Cara Keluarkan Duit Emadani RM100 Cashout dari ewallet setel touch n go TNG dan Mae Maybank, bolehkan pindah dan transfer ke bank?
Malaysia kini ke arah digitalisasi di mana beberapa aplikasi dompet digital diwujudkan dan diperkenalkan kepada rakyat Malaysia, antaranya termasuklah TNG, Setel, MAE dan ShopeePay.
Aplikasi-aplikasi ini membolehkan pengguna membuat transaksi digital tanpa tunai. Kaedah ini diwujudkan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan masyarakat. Bahkan, ianya dilihat sebagai satu langkah ke arah perkembangan penggunaan teknologi dalam urusan harian rakyat Malaysia.
Kini, aplikasi-aplikasi ini giat digunakan dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam golongan belia. Ianya ternyata banyak memudahkan urusan harian masyarakat.
Oleh yang demikian, pengkreditan emadani RM100 diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan penggunaan transaksi digital secara lebih meluas oleh semua lapisan masyarakat.
Cara Keluarkan Duit Emadani Dari TNG Touch n Go eWallet
Baki duit yang terdapat dalam aplikasi Touch N Go pengguna boleh dikeluarkan dan dipindahkan ke akaun bank pengguna.
- BACA SINI >> Cara Daftar Touch n Go Guna Ic: TNG Ewallet Register Login
- BACA SINI >> how to claim e pemula
Berikut merupakan cara keluarkan duit tng ewallet untuk membuat pengeluaran tersebut;
- Pengguna perlu buka aplikasi Touch N Go mereka.
- Klik pada ikon “Transfer”.
- Kemudian, klik pada mana kaedah pengeluaran.
- Sebagai contoh, klik pada bahagian “DuitNow”.
- Pilih akaun pengguna bagi tujuan pemindahan wang tersebut.
- Masukkan maklumat penerima bank/e-wallet, nombor akaun dan pilih jenis pengeluaran tersebut.
- Klik pada butang “Next”.
- Masukkan amaun yang ingin dikeluarkan oleh pengguna.
- Nyatakan tujuan pengeluaran dan klik pada butang “Confirm Transfer”.
- Akhir sekali, cara keluarkan duit madani di aplikasi Touch N Go berjaya.
Cara Keluarkan Duit Dari Setel
Menerusi aplikasi Setel, pengguna boleh membuat pengeluaran baki wang mereka masuk ke akaun bank pengguna dan berikut merupakan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut;
- Buka aplikasi Setel pengguna.
- Klik pada ikon “Imbas” pada menu utama aplikasi tersebut.
- Seterusnya, imbas kod QR akaun bank pengguna.
- Masukkan amaun yang ingin dikeluarkan dan dikreditkan ke akaun bank pengguna.
- Akhir sekali, klik pada butang “Transfer” dan pengeluaran berjaya.
3. Cara Cashout Emadani Shopeepay
BACA SINI >> cara keluarkan duit dari shopee pay
ShopeePay merupakan aplikasi atas talian Shopee yang membolehkan pengguna membuat pembelian dan membuat pengeluaran duit melaluinya.
Berikut merupakan cara-cara untuk mengeluarkan duit menerusi ShopeePay;
- Buka aplikasi Shopee pengguna.
- Klik pada ikon “wallet”.
- Seterusnya, klik pada ikon “Withdrawal”.
- Pilih akaun bank pengguna dengan betul bagi tujuan pengkreditan wang.
- Isikan maklumat nombor akaun bank penggguna dan masukkan nama penuh pengguna bagi akaun bank tersebut.
- Klik pada butang “Confirm”.
- Masukkan amaun yang ingin dikeluarkan daripada dompet digital ShopeePay pengguna.
- Kemudian, klik pada butang “Next”.
- Sahkan transaksi pengeluaran tersebut dan klik pada butang “Confirm”.
- Sekali lagi sahkan pengeluaran tersebut dengan pengesahan cap jari pengguna.
- Akhir sekali, pengeluaran duit pengguna daripada ShopeePay akan diproses.
Cara Keluarkan Duit eWallet Dari Mae Maybank
Aplikasi MAE merupakan aplikasi perbankkan Maybank dan duit yang terdapat dalam aplikasi tersebut juga boleh dikeluarkan.
Berikut merupakan cara keluarkan duit ewallet dari MAE Maybank;
- Buka aplikasi MAE pengguna.
- Klik pada ikon “Transfer”.
- Pilih akaun yang ingin dipindahkan.
- Sebagai contoh, pilih kaedah “DuitNow”.
- Seterusnya, pilih bank akaun pengguna.
- Masukkan nombor akaun bank dan amaun yang ingin dikeluarkan.
- Masukkan rujukan pengeluaran pengguna dan klik pada butang “Continue”.
- Akhir sekali, klik pada butang “Transfer Now”.
Macam Mana Cara CashOut Emadani Yang Paling Mudah
Apakah cara cashout emadani yang paling senang?
BACA SINI >> mae maybank online
eMADANI merupakan bantuan dompet digital yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Bantuan sebanyak RM100 ini diberikan dalam bentuk pengkreditan ke dalam aplikasi e-Wallet pengguna sama ada MAE, TNG, ShopeePay atau Setel.
Segala pembelian mestilah dilakukan menerusi aplikasi-aplikasi ini.
Oleh itu, tidak satu cara cash out emadani yang dibenarkan secara tunai bagi aplikasi-aplikasi e-wallet tersebut.
Bolehkah Keluarkan Duit Emadani Dari Ewallet
BACA SINI >> duit tabung haji boleh dikeluarkan
Kerajaan telah mengumumkan bahawa wang eMADANI yang dikreditkan ke dalam e-wallet pengguna adalah bagi kegunaan transaksi tanpa tunai sahaja.
Oleh yang demikian, duit eMADANI yang diterima oleh penerima adalah tidak dibenarkan untuk dikeluarkan dan ditukarkan kepada tunai. Apa cara keluarkan duit madani sekalipun tidak dibenarkan.
Tindakan Kerajaan Malaysia Jika Keluar Duit Emadani Dari Ewallet
Bantuan e-Wallet yang dikenali dengan eMADANI adalah diberikan kepada rakyat Malaysia dengan matlamat untuk menggalakkan transaksi digital menerusi dompet digital dalam kalangan masyarakat.
Namun begitu, ada segelintir rakyat Malaysia cuba pelbagai cara keluarkan duit dari e wallet dan ditukarkan kepada tunai.
Hal ini adalah menyalahi undang-undang dan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Oleh yang demikian, penerima yang membuat pengeluaran tunai eMADANI ini secara haram boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Kerajaan Malaysia boleh menyekat akaun e-wallet penerima yang terlibat dengan aktiviti tersebut dan melucutkan hak kredit eMADANI RM100 tersebut daripada akaun e-Wallet mereka.
Boleh Transfer Duit TNG ke EWallet Setel Mae Boost?
Anda tidak boleh sama sekali buat pindahan duit dan wang anda dari aplikasi touch n go TNG ke edompet lain.
Pindahan ini tidak boleh dilakukan dengan apa cara sekalipun kerana tiada sebarang ikon ‘Transfer’ untuk pindahkan wang anda ke ewallet lain seperti Grab, Boost, Shopeepay, Setel Mae Maybank dan edompet yang lain.
Cara Withdraw Money Dari TNG Visa Card
Kad Visa Touch n’ Go juga berfungsi seperti mana-mana kad Visa yang lain. Kad visa ini dikeluarkan oleh Touch N Go untuk memudahkan pengguna membuat transaksi menggunakan kad visa.
Bukan itu sahaja, kad TNG Visa ini membolehkan pengguna membuat pengeluaran wang yang ada pada mereka.
Cara Pindah Tng Ewallet Ke Bank
Cara keluarkan duit, cashout, pindah dari melalui aplikasi TNG Touch n go adalah dibenarkan melalui ciri Go+ dan fungsi pengeluaran DuitNow dan boleh transfer ke bank.
Pengeluaran ini boleh dilakukan melalui mana-mana ATM yang menerima kad Visa.