Maksud Bendera Malaysia & Gambar Warna Jalur Gemilang

Maksud Bendera Malaysia & Gambar Warna Jalur Gemilang

bendera malaysia

Upacara penurunan Bendera Union Jack diadakan pada 30 Ogos 1957, sehari sebelum Hari Kemerdekaan diisytiharkan. Upacara ini berlangsung di Padang Bandar Hilir, Melaka yang dihadiri oleh President Commissioner Inggeris, M. G. Hammett di Melaka bersama-sama ribuan penduduk tempatan.

BACA SINI: Cuti hari malaysia 2022: Sejarah Pembentukan 16 September 1963 dan siapa yang dipertuan agong malaysia

Penyerahan bendera Union Jack kepada M. G. Hammett dan penurunan bendera inggeris ini berlaku menunjukkan bahawa berakhirnya penaklukan penjajah British di Tanah Melayu.

Kibaran bendera Union Jack ini tidak lagi menaungi Tanah Melayu menandakan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan. Rajah di bawah nanti ia menunjukkan bendera Union Jack telah diturunkan bagi menggantikan Bendera Kebangsaan.

Sejarah Bendera Malaysia di Stadium Merdeka

Satu peristiwa sejarah telah dilakar di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Ianya merupakan hari yang ditunggu oleh semua penduduk Tanah Melayu.

Kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini adalah bermula pada detik dan hari 31 Ogos 1957.

Banyak acara yang diadakan pada hari tersebut, antaranya ialah perarakan, penyerahan dan penyampaian perutusan, pengisytiharan dengan laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali dan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu, yang hari ini dikenali sebagai “Jalur Gemilang”.

Peristiwa menaikkan Bendera negara kita Malaysia buat pertama kalinya diadakan di Stadium Merdeka.

Acara ini diiringi dengan nyanyian lagu “Negaraku” dengan penuh penghormatan.

Upacara ini jelas menunjukkan bahawa Tanah Melayu pada Ketika itu telah mencapai kemerdekaan daripada terus dinaungi oleh kuasa Barat.

Hasrat ini telah direalisasikan oleh Tunku Abdul Rahman dengan jayanya. Jasa 3 individu yang menaikkan bendera pada ketika itu juga wajar dikenang.

Individu-individu tersebut merupakan :

  • Bintara Kanan Awang Salleh
  • Laskar Kelas I Mohd Sharif Kalam
  • Laskar Kanan Oliver Cuthbert Samuel yang dapat dilihat pada Rajah di bawah ini
jalur gemilang

SUMBER: Malaysia

Apa Maksud Bendera Malaysia

Bendera malaysia juga dikenali sebagai Jalur Gemilang.

Jalur Gemilang ini terdiri daripada 14 jalur merah dan putih yang berselang seli, terdapat kanton biru tua, bulan sabit kuning dan bintang pecah 14 yang membawa maksud yang tersendiri.

Ia dikibarkan pada hari ini membawa dan melambangkan jati diri rakyat dan negara Malaysia itu sendiri secara tidak langsung. Ia mencerminkan kedaulatan, keamanan, kemerdekaan, kepimpinan dan kekuasaan sesebuah negara. 

Jalur Gemilang, adalah nama rasmi yang diperkenalkan pada kemerdekaan yang ke-40 pada tahun 1997 oleh Tun Mahathir bin Mohamad.

Bendera ini digelar sebagai Bendera MMalaysia selama 47 tahun telah ditukar atas susulan nama daripada Redzuan Tamin yang merupakan seorang pegawai Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti.

Nama susulan ini telah menewaskan 28 cadangan nama lain bagi menggantikan nama Bendera Malaysiaa.

Ilham untuk menamakan Jalur Gemilang diusulkan oleh Datuk Hashim Mat Dris dan dikemukan kepada Perdana Menteri pada ketika itu.

Pelbagai cadangan nama lain ditolak antaranya ialah Malaysia Raya, Mega Sakti, Saga Merah, Setia Perkasa, Seri Setia Negara, Seri Setia Perkasa dan Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang. Beberapa mesyuarat telah diadakan bagi menentukan nama baru

Akhirnya, pada 31 Ogos 1997 pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah mengisytiharkan secara rasmi nama Bendera negara Malaysia ditukar kepada Jalur Gemilang.

Jalur Gemilang yang berkibar megah hari ini membawa maksud, pertamanya, “Jalur” yang terdiri daripada 14 jalur merah dan putih menggambarkan rakyat daripada 14 negeri mempunyai satu hala tuju yang sama menuju kegemilangan negara Malaysia.

Manakala, “Gemilang” pula membawa maksud cahaya yang terang menjelaskan bahawa apa jua bidang kehidupan rakyat Malaysia, mereka didorong petunjuk yang terang apabila menghadapi apa sahaja cabaran yang datang.

Warna Putih Pada Bendera Malaysia Melambangkan Apa?

Jalur merah dan putih yang disusun secara berselang seli membawa maksud warna merah mencerminkan keberanian dan kegigihan setiap rakyat Malaysia mengharungi segala halangan dan rintangan bagi mempertahankan negara tercinta tempat tumpahnya darah.

  • Manakala, warna putih pula menunjukkan kesucian dan keluhuran budaya, adat dan keperibadian rakyat Malaysia dalam mencapai perpaduan negara dan bangsa. 
  • Warna merah dan putih itu disusun secara bergilir sebanyak 14 jalur itu melambangkan 14 negeri di Malaysia iaitu Kelantan, Perlis, Kedah, Pahang, Perak, Terengganu, Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan.

Identiti dan keperibadian yang dibawa oleh rakyat dari 14 negeri ini mestilah menepati maksud warna merah dan putih dalam memartabatkan kedaulatan Malaysia.

Nyatakan Maksud Anak Bulan dan Bintang Dalam Bendera Malaysia

  • Pada bendera Jalur Gemilang terdapat bucu bintang bendera malaysia yang terdiri daripada 14 bucu.
  • 14 bucu tersebut menandakan perpaduan berbilang kaum termasuklah Melayu, Cina dan India secara amnya bagi 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. 

Maksud Bulan dan Bintang Warna Kuning di Jalur Gemilang

Bulan dan bintang pada Bendera Malaysiaa kedua-duanya berwarna kuning.

  • Warna bendera negara malaysia untuk warna kuning tersebut melambangkan warna Diraja. Ia menunjukkan kedudukan institusi Raja-raja Melayu Beperlembagaan yang tinggi dan berdaulat serta kedudukan Rukun Negara yang wajar dipatuhi. 
  • Bulan dan bintang pada bendera juga mempunyai maksud yang tersendiri. Ia menjelaskan agama rasmi persekutuan negara merupakan agama Islam. Al-Quran dan Sunnah menjadi rujukan utama selepas Rukun Negara.

Siapakah Yang Mencipta Bendera Malaysia

Setiap negara diwakili oleh bendera negara mereka tersendiri. Ia menjadi lambang kepada identiti sesebuah negara dan rakyat negara itu sendiri.

Bendera sesebuah negara pastinya membawa maksud tersirat dan tersurat bagi mencerminkan jati diri rakyat.

Idea penciptaan bermula apabila penggunaan panji-panji digunakan di Tanah Melayu.

Penggunaan bendera seawal era Kesultanan Melayu tidak lagi asing. Menurut Sejarah Melayu nukilan Tun Sri Lanang yang merupakan Bendahara Johor, beliau menyatakan penggunaan panji-panji di Kesultanan Johor.

Antara bendera yang digunakan pada zaman Kerajaan Majapahit adalah bendera Sang Saka Getih-Getah Samudera atau Sang Saka Gula Kelapa. 

Hampir kesemua kerajaan Melayu pada abad ke-17 mula menggunakan bendera berwarna putih bagi melambangkan negeri-negeri mereka.

Walaubagaimanapun, apabila bermulanya penjajahan British, pihak penjajah British mula mengarahkan setiap negeri mesti mempunyai bendera mereka yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.

Namun, apabila British mula menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, pihak British kemudian menetapkan penggunaan satu sahaja bendera yang digunakan bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Bendera tersebut merupakan bendera yang mempunyai empat jalur melintang berwarna putih, merah, kuning dan hitam serta terdapat seekor harimau yang berada di dalam satu bujur putih di bahagian tengah bendera.

Penggunaan bendera ini juga digunakan bagi Malayan Union sehinggalah Hari Kemerdekaan diisytiharkan pada tanggal 31 Ogos 1957. Bendera tersebut diturunkan dan digantikan dengan Bendera negara kita Malaysia.

Pada tahun 1949, Majlis Raja-raja bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa untuk membuat rundingan berkenaan reka bentuk bendera yang mempunyai jalur berwarna yang baharu.

Satu pertandingan perigkat Kebangsaan anjuran Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan untuk memilih reka bentuk jalur Malaysia yang baharu.

Rajah dibawah merupakan tiga (3) cadangan reka bentuk yang dipilih untuk menggantikan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu.

bendera negara

Keputusan akhirnya memutuskan cadangan bendera Persekutuan Tanah Melayu ketiga telah dipilih.

  • Reka bentuk bendera malaysia dicipta oleh seorang arkitek kerajaan dari Johor yang bernama Mohamed bin Hamzah.
  • Ia merupakan hasil buah fikiran dan ciptaan merujuk kepada idea daripada hasil gabungan antara bendera Johor dan bendera Kerajaan Majapahit.
  • Walaubagaimanapun, beberapa ubah suai telah dibuat dengan persetujuan daripada Mohamed bin Hamzah sehingga mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950.

Di dalam satu majlis pada 26 Mei 1950, bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri disaksikan oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.

Pada tahun 1963, tahun penubuhan Malaysia, bendera Persekutuan Tanah Melayu diubah suai buat kesekalian kalinya untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak dan Singapura.

Aspek yang digariskan bagi mengubahsuai bendera tersebut adalah dengan menambah bilangan jalur-jalur dan pecahan bintang.

Sungguhpun, Singapura akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada Malaysia, design bendera tetap dikekalkan reka bentuknya seperti yang dilihat pada hari ini. 

Apa Hukuman Denda Pasang Bendera Terbalik

Menurut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, memasang bendera secara terbalik merupakan antara salah satu perbuatan menghina bendera akan dikenakan denda sebanyak RM20,000 atau penjara selama maksimum 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Berapa Saiz & Ukuran Jalur Gemilang

Ukuran bendera Jalur Gemilang terbahagi kepada lima (5) ukuran yang berbeza mengikut tujuan penggunaannya.

  1. Pertama, bagi penggunaan penutup keranda sebagai penghormatan negara terhadap tokoh yang berjasa untuk negara adalah 4 kali lebar dan 8 kali panjang. Ukuran bender aini merupakan ukuran bendera sederhana.
  2. Kedua, bendera besar yang mempunyai ukuran 6 kaki lebar dan 12 kaki panjang. Bendera yang bersaiz besar ini biasanya digunakan bertujuan untuk dikibarkan di Bangunan Kedutaan Negara di luar negara. Untuk dikibarkan di dalam negara, bendera ini dikibarkan di tempat-tempat tertentu sahaja.
  3. Ketiga, Jalur Gemilang yang berukuran bendera kereta yang mempunyai ukuran lebar 0.5 kaki dan panjangnya 1 kaki. Bagi ukuran bendera ini biasanya diletakkan dan dikibarkan, di bahagian depan kereta sama ada di tengah, disebelah kanan atau kiri. Penggunaan bendera kereta hanya dikhaskan untuk individu-individu tertentu sahaja seperti Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan, Raja, Duta-duta Negara Asing di Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
  4. Keempat, bendera Jalur Gemilang yang berukuran bendera meja yang bersaiz sama seperti bendera kereta iaitu 1 kaki panjang dan 0.5 kaki lebar. Bendera bagi ukuran ini disangkut pada tiang bendera mini seperti pada gambar Rajah yang boleh diletakkan di atas meja terutamanya di atas meja semasa persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis menandatangani perjanjian.
  5. Akhir sekali, bendera Jalur Gemilang yang bersaiz dan berukuran biasa. Ianya 6 kaki panjang dan 3 kaki lebar. Bender aini biasanya dikibarkan di bangunan-bangunan kerajaan, pejabat-pejabat dan rumah kediaman bagi memupuk semangat patriotisme dalam diri.

Penulis Lagu Negaraku & Lirik Negaraku

YouTube video

Bagi memupuk semangat cintakan ibu pertiwi, satu lagu patriotik telah dicipta.

Lagu ini biasanya dinyanyikan apabila bendera dinaikkan dan dikibarkan di majlis-majlis rasmi negara terutamanya.

Walaubagaimanapun, bagi memupuk semangat patriotik sejak kecil, Kementerian Pelajaran mewajibkan nyanyian Lagu Negaraku dinyanyikan di majlis perhimpunan sekolah.

Lagu ini mestilah dinyanyikan dengan penuh kebanggaan oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Nyanyian Lagu Negaraku ini menjadi tanda negara kita bebas dijajah oleh penjajah dan telah mencapai kemerdekaan.

Penulis kepada lagu Negaraku ialah Allahyarham Saiful Bahri. Susunan bait-bait lirik lagu Negaraku disusun dengan penuh teliti dan makna yang menunjukkan taat setia rakyat kepada raja dan negara.

Rajah di bawah menunjukkan figura hebat sebagai penulis lagu Negaraku serta lirik lagu Negaraku.

lagu negaraku

Soalan Lazim & FAQ

1) Apakah maksud warna biru Pada Bendera Malaysia

Melambangkan perpaduan

2) Apakah gelaran untuk bendera malaysia

Jalur gemilang

3) Berapakah jalur putih dan merah bagi jalur gemilang

7 jalur putih dan 7 jalur merah

4) Siapa yang mencipta bendera malaysia

Ada dikongsikan di atas ini.

Kesimpulannya, bendera Jalur Gemilang dan lagu Negaraku menjadi bukti jati diri rakyat Malaysia dan taat setia rakyat kepada raja dan negara. 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia