Yang di Pertuan Agong Malaysia: Nama Next Agung Baru

Senarai nama yang di pertuan Agong Malaysia: Siapakah giliran Nama Next Agung baru tahun 2024

senarai nama yang di pertuan agong malaysia

Seri Paduka Baginda yang dipertuan agong merupakan pemerintah tertinggi negara yang menjalankan tugas-tugas melibatkan hal ehwal negara yang sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Negara Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen mestilah dipimpin oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Beliau diberikan mandat untuk mengetuai pembahagian kuasa pemerintahan yang terbahagi kepada perundangan, kehakiman dan eksekutif. Segala tugas-tugas yang dijalankan oleh yang di pertuan agong malaysia adalah di bawah nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Menurut sistem pemerintahan beraja Malaysia, kepimpinan dan pemilihan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia adalah digilirkan pada setiap lima (5) tahun. Pergiliran ini melibatkan antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu.

Sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja, jawatan yang di pertuan agong malaysia ini mestilah dipilih oleh Majlis Raja-raja. Oleh yang demikian, jawatan dan kedudukan seseorang yang dipertuan agong ini adalah sangat signifikan dalam hierarki pertubuhan sebuah negara yang maju dan harmoni.

Senarai Yang Dipertuan Agong Malaysia Sehingga Sekarang 2024

Berikut merupakan senarai nama yang di pertuan agong malaysia yang telah berkhidmat dan menabur bakti di Malaysia dari dahulu sehingga agung terbaru;

NAMA AGONG MALAYSIANEGERITEMPOH PEMERINTAH
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku MuhammadSultan Negeri Sembilan 3 Ogos 1957 – 1 April 1960
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman ShahSultan Selangor14 April 1960 – 1 September 1960
Al-Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan JamalullailSultan Perlis21 September 1960 – 20 September 1965
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal AbidinSultan Terengganu21 September 1965 – 20 September 1970
Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan BadlishahSultan Kedah21 September 1970 – 20 September 1975
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan IbrahimSultan Kelantan21 September 1975 – 29 Mac 1979
Al-Marhum Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam ShahSultan Pahang26 April 1979 – 25 April 1984
Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan IsmailSultan Johor26 April 1984 – 25 April 1989
Al-Marhum Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarrullahu-lahSultan Perak26 April 1989 – 25 April 1994
Al-Marhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul RahmanSultan Negeri Sembilan26 April 1994 – 25 April 1999
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlhajSultan Selangor26 April 1999 – 21 November 2001
Tuanku Syed Sirajuddin Inbi Al-Marhum Tuanku Syed Putra JamalullailSultan Perlis13 Disember 2001 – 12 Disember 2006
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal ShahSultan Terengganu13 Disember 2006 – 12 Disember 2011
Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan BadlishahSultan Kedah13 Disember 2011 – 12 Disember 2016
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V Sultan Kelantan13 Disember 2016 – 6 Januari 2019
Nama Agong ke 16 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahSultan Pahang31 Januari 2019 – 30 Januari 2024
Nama Agong ke 17 adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Johor31 Januari 2024
Next agong malaysia ke 18 [akan dikemaskinikan]//
SUMBER: Istana Negara

Bila Tarikh Mula Sultan Johor Jadi Agong

Suami sudah sedia maklum yang mana giliran next agong malaysia ke 17 adalah dari Sultan Johor bermula tahun 2024 hingga.

Berkuatkuasa bermula 31 Januari 2024, giliran sultan johor jadi agong 2024 iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar akan menyandang jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia bagi tempoh lima (5) tahun seterusnya.

Majlis Raja-Raja Melayu bersetuju untuk perlantikan tersebut menerusi Mesyuarat Yang Ke-263 (Khas) yang berlangsung di Istana Negara pada 27 Oktober 2023.

Bila Tarikh Akhir Sultan Johor Jadi yang Di Pertuan Agong Malaysia

Perlantikkan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia adalah memakai sistem pergiliran di antara 9 buah negeri beraja.

Tempoh pemerintahan mereka adalah selama 5 tahun.

Oleh yang demikian, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ini akan meletakkan takhtanya pada 30 Januari 2029.

Syarat Dan Faktor Permilihan Agung Malaysia

Berdasarkan Jadual Ketiga Perlembangan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja, YDPA dipilih mengkut kaedah dan cara yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh Majlis Raja-Raja sebelum pemilihan yang dipertuan agong ini boleh dijalankan dan diperkenankan termasuklah;

yang dipertuan agong
  1. Raja paling kanan dari segi pemerintahannya akan dipilih terlebih dahulu dalam kalangan Sultan dan Raja bagi sembilan (9) negeri beraja.
  2. Baginda yang dilantik mendapat perkenan untuk menjadi dan menyandang jawatan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia (YDPA).
  3. Agung Malaysia tersebut mestilah tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental agar pemerintahan berjalan dengan adil dan saksama.
  4. Baginda merupakan raja yang berada di kedudukan teratas dalam kalangan raja-raja lain.
  5. YDPA yang dilantik mestilah bukan merupakan yang dipertuan agong yang memegang jawatan melebihi dua (2) penggal berturut-turut.

Manakala, pemilhan seseorang yang di pertuan agong malaysia ini adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu dari segi umur, perkenan dan kesesuaian menjalani tugas -tugas YDPA.

Raja-raja Melayu ini layak untuk dipilih sebagai agung malaysia kecuali mereka adalah tergolong seperti yang berikut;

  1. Yang dipertuan agong belum mencapai umur dewasa.
  2. YDPA yang bakal dilantik telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda tidak berhasrat untuk dipilih sebagai YDPA.
  3. YDPA yang bakal dilantik tidak sesuai atau tidak layak untuk menjalankan tugas atau fungsi sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia. 

Bagaimana Cara dan Proses Lantik Agong Baru

Perlantikan yang di pertuan agong malaysia mestilah dilakukan tidak lewat daripada empat (4) minggu daripada tarikh berlakunya kekosongan jawatan tersebut.

Proses perlantikan ini mestilah dipilih menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual 3 Perlembagaan Persekutuan & Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja.

Pemilihan yang di pertuan agong malaysia ini akan berlaku dalam persidangan antara Majlis Raja-Raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan memberi kertas undi kepada setiap raja dan penandaan undi dijalankan.

Ianya dilakukan secara undi sulit. Calon agung malaysia mestilah mendapat majoriti lima (5) undi untuk memegang jawatan tersebut. 

Proses lantikkan ini akan dijalankan sehinga baginda menerima tawaran jawatan yang dipertuan agong tersebut. Kertas undi ini akan dimasukkan ke dala peti undi semasa proses perlantikkan dijalankan.

Akhir sekali, kertas undi akan dimusnahkan selepas keputusan undian diumumkan di hadapan Raja-Raja.

Secara tidak langsung, perlantikkan tersebut berkuatkuasa dan YDPA dilantik untuk tempoh lima tahun. 

Senarai Kuasa Yang Di-Pertuan Agong Malaysia

Malaysia mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan di mana Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dilantik untuk menjalankan pemerintahan kerajaan tertakluk pada Perlembagaan Persekutuan.

Ianya merupakan salah satu daripada beberapa bentuk monarki yang diiktiraf di dunia.

Baginda merupakan pemerintah tertinggi yang menjadi tunggak utama pemerintahan negara Malaysia yang mana bidang kuasanya meliputi bidang kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman. 

Berdasarkan Perkara 181 (1) di dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan YDPA dalam menjamin kedaulatan dan kesejahteraan negara telah memperuntukkan definisi bidang kuasa YDPA.

Berikut merupakan senarai bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong yang perlu disandang oleh Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dengan adil dan saksama;

  1. Yang di pertuan agong malaysia (YDPA) merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang bertindak dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara Malaysia.
  2. Baginda merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda dan negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan.
  3. Baginda mempunyai autoriti tertinggi dalam melantik Perdana Menteri Malaysia dan anggota kabinet di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  4. Baginda bertanggungjawab dalam memelihara kedudukan istana dan hak orang Melayu dan Bumiputera.
  5. Baginda memegang kuasa dalam memelihara kepentingan sah kaum-kaum lain sebagai warganegara Malayia.
  6. Baginda juga mempunyai kuasa untuk memperkenalkan Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Parlimen, serta memanggil, memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
  7. Yang dipertuan agong mempunyai autoriti untuk mengurniakan darjah kebebasan, bintang dan pingat.

Yang Dipertuan Agong Malaysia Boleh Pecat Singkir Perdana Menteri?

Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia dilantik di bawah perkenan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia (YDPA) dengan kuasa budi bicara baginda.

Perlantikan ini mestilah tidak dipegaruhi atau tanpa pengaruh nasihat daripada mana-mana pihak.

Kuasa perlantikan Perdana Mentei ini adalah tertakluk pada Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan. Ianya tidak boleh dilakukan secara sebarangan.

Perlantikan ini mestilah mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. 

Agung malaysia diberi kuasa autoriti dalam melantik Perdana Menteri sepertimana yang tertakluk di dalam Perlembagaan Negara.

Namun begitu, kuasa memecat atau menyingkir ini tidak dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Akan tetapi, secara amnya, prinsip umum menerusi Seksyen 29 Jadual Ke-11 Perlembagaan Persekutuan, yang dipertuan agong yang mempunyai kuasa dalam melantik  pastinya mempunyai kuasa dalam memecat Perdana Menteri mengikut kepercayaan majoriti Ahli Dewan.

Sebagai kesimpulannya, kuasa melantik merupakan bidang kuasa yang di pertuan agong, manakala kuasa memecat tidak tertakluk kepada kuasa budi bicara YDPA.

Pemecatan hanya boleh berlaku jika Baginda yakin mengenai kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan terhadap Perdana Menteri sepertimana yang dijelaskan dalam Perkara 43(4).

Senarai Giliran Yang Dipertuan Agong Mengikut Negeri di Malaysia

Penggiliran yang di pertuan agong ini tertakluk kepada perkenan dan undi rahsia ketika Mesyuarat Pemilihan Majlis Raja-Raja.

Ianya digilirkan mengikut tempoh lima (5) tahun tampuk pemerintahan mengikut negeri-negeri beraja.

Berikut merupakan senarai giliran Yang Di-Pertuan Agong mengikut negeri;

  1. Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
  2. Sultan Selangor
  3. Raja Perlis
  4. Sultan Terengganu
  5. Sultan Kedah
  6. Sultan Kelantan
  7. Sultan Pahang
  8. Sultan Johor
  9. Sultan Perak

Kelebihan Sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia

Perlembagaan Persekutuan diwujudkan untuk menjamin kedaulatan dan kuasa beraja di Malaysia agar terus berkekalan sebagaimana menurut Perkara 181 (1).

Kuasa Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) di dalam perlembagaan ini terus disanjung dan dipertahankan bagi menjamin pembahagian bidang kuasa utama negara dapat dijalankan dengan adil dan saksama.

Keunikan sistem beraja berpelembagaan ini adalah bermula sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kuasa yang dimiliki oleh YDPA mengatasi segala kuasa Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikkannya.

Oleh yang demikian, sistem ini dianggap unik berbanding negara-negara lain kerana ketua negara dipilih secara bergilir daripada sepuluh (10) orang Raja yang memerintah Negeri-Negeri Melayu.

Justeru itu, raja yang terpilih dan dipilih sahaja yang dilantik menjadi YDPA berdasarkan syarat dan faktor pemilihan yang di pertuan agong malaysia. Pemilihan ini adalah menurut kaedah monarki yang bercorakkan demokrasi.

Ianya penting bagi memastikan kedudukan Raja-Raja Melayu ini disanjung demi kedaulatan sebuah negara Malaysia. 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia