Semak bagaimana cara untuk tukar channel astro, Upgrade pakej & Downgrade astro
Astro (All-Asia Satellite Television and Radio Operator) menyediakan perkhidmatan saluran televisyen dan radio kepada rakyat Malaysia secara berbayar dan percuma bertujuan untuk memastikan segala informasi dunia sampai kepada pelanggan.
Saluran yang disediakan untuk anda langgan Astro bukan sahaja berbentuk sosial, akan tetapi ianya merangkumi ilmiah, dokumentasi, drama dan banyak lagi.
Cara Subscribe Astro
Astro menawarkan ratusan saluran hiburan kepada pelanggan.
- BACA SINI >> cara bayar bil digi postpaid
- BACA SINI >> STR 2025 – Semakan Kelayakan
Pelanggan yang melanggan pakej asas boleh memilih untuk membeli atau menambah saluran Astro yang baharu.
Subscribe Astro Malaysia channel ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman sesawang Astro atau menerusi saluran 200.
Berikut merupakan cara-cara untuk membeli pakej saluran Astro secara atas talian;
- Layari laman sesawang https://www.astro.com.my seperti pada Rajah di bawah ini
- Log masuk ke akaun pengguna sebagai pelanggan Astro dengan klik pada butang “Login”.
- Masukkan alamat emel dan kata laluan pengguna dengan betul dan klik pada butang “Login”.
- Klik pada bahagian “My Account” dan seterusnya klik pada “Manage Account”.
- Kemudian, pada bahagian Account Summary, pilih “Add-On” dan klik pada butang “Manage”.
- Pelanggan boleh memilih mana-mana saluran yang ingin ditambah dan klik pada butang “Buy”.
- Harga saluran tambahan akan dipaparkan dan klik pada butang “Confirm”.
- Akhir sekali, saluran Astro yang telah diberi akan dikemaskini dan pelanggan boleh menikmati saluran baru mereka.
Walaubagaimanapun, pelanggan Astro juga boleh membuat pembelian saluran Astro menerusi saluran 200.
Berikut merupakan cara-caranya;
- Klik pada saluran 200 pada decoder Astro pelanggan.
- Pilih “Upgrade/ Buy Packs” untuk membuat pembelian saluran Astro pada bahagian paparan menu utama.
- Pilih pada mana-mana saluran yang ingin dibeli dan klik pada butang “OK”.
- Lakukan pembayaran.
- Akhir sekali, pembelian saluran baru berjaya dan dalam tempoh 15 minit saluran baru akan dikemaskini dalam langganan Astro pelanggan.
Cara Downgrade Astro Channel Malaysia Package
Astro menawarkan pelbagai pakej kepada pelanggannya. Ianya termasuklah pakej Value Pack, Starter Pack, Super Pack Lite Movies, Super Pack Lite Sports, Super Pack dan Super Pack Plus.
- BACA SINI >> Pakej Astro Njoi: Harga Promotion dan Cara Daftar
Pelanggan diberi pilihan untuk memilih mana-mana pakej yang ditawarkan mengikut citarasa pelanggan.
Setiap pakej yang ditawarkan oleh Astro mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Saluran-saluran yang anda subscribe astro channel juga boleh upgrade astro dan downgrade pakej astro mengikut keinginan pelanggan.
- Bagi pelanggan yang ingin downgrade yang dilanggan, mereka boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Astro di talian 03-95433838.
- Pihak Astro akan membantu menguruskan urusan tersebut dengan kadar segera.
- Pengemaskinian pakej saluran Astro yang baharu akan diproses dalam masa 1-2 hari sahaja.
- Pelanggan akan menikmati saluran yang dipilih dengan bayaran harga langganan secara bulanan yang lebih rendah.
Cara Tukar Pakej Astro Malaysia
Pelanggan boleh memilih untuk menukar saluran Astro mereka dengan memilih pakej yang ditawarkan oleh pihak Astro.
Pertukaran ini boleh dibuat dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan Astro, menghadiri mana-mana cawangan pusat Astro atau secara atas talian menerusi aplikasi Astro.
Berikut merupakan cara cara untuk tukar astro pakej secara online;
- Layari laman sesawang Astro di https://www.astro.com.my
- Log masuk ke akaun pelanggan.
- Pilih bahagian “Langganan” pada bahagian paparan menu utama.
- Klik pada butang “Tambah/ Tukar Pakej”.
- Pelanggan boleh memilih mana-mana saluran dan pakej yang diingini.
- Akhir sekali, klik pada butang “Confirm”.
Cara Reset Astro
Kebiasaannya, saluran Astro perlu diresetkan jika terdapat masalah pada decoder Astro.
Sebagai contoh, tiada audio, tiada video, skrin berwarna hitam atau skrin berwarna biru memerlukan saluran Astro untuk direset semula.
Berikut merupakan cara-cara untuk reset astro channel;
- Tekan pada butang “Home” pada alat kawalan jauh.
- Pilih bahagian “Setting”.
- Kemudian pilih “Installation Settings” dan masukkan nombor pin (default: 0000).
- Pilih bahagian “Restore Factory Setting” dan klik pada butang “YES”.
- Seterusnya, klik pada butang “OK”.
- Akhir sekali, matikan bekalan kuasa selama 10 saat dan hidupkan semula.
- Channel Astro pelanggan telah anda berjaya reset