Contoh Apa maksud enterprise dan sdn bhd, Cara Daftar Syarikat Enterprise Perkongsian & Company buka Sdn Bhd di Malaysia
Sesebuah perniagaan perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan (APP) 1956.
Pendaftaran perlu dibuat dalam tempoh tidak melebihi 30 hari dari tarikh perniagaan tersebut dimulakan.
BACA SINI: Mydata login SSM Sign Up / Register Untuk Beli Maklumat Syarikat
Di Malaysia, terdapat empat jenis perniagaan yang boleh dibina iaitu pemilikan tunggal, rakan kongsi, syarikat sendirian berhad dan perkongsian liabiliti terhad.
Maksud Syarikat Enterprise di Malaysia
Perniagaan milikan tunggal juga sering dikenali sebagai Enterprise.
- BACA SINI >> ePerolehan Login Masuk: Portal Tender Mof www.eperolehan.gov.my
- BACA SINI >> Kadar caruman kwsp
Maksud dan ciri ciri yang ada pada syarikat enterprise dalam APP 1956 ditakrifkan sebagai sebuah perniagaan yang ditubuhkan, dimiliki, diurus, dan dibiayai oleh seorang individu sahaja.
Anda sama sekali tidak memerlukan Modal dibenarkan untuk daftar enterprise. Tidak perlu sama sekali modal dibenarkan syarikat enterprise (syarikat pemilikan tunggal / syarikat perkongsian).
Pendaftaran Perniagaan Enterprise Melalui Kaunter SSM
BACA SINI >> mystr login
- Kenalpasti lokasi pejabat SSM terdekat dan kunjungi pejabat tersebut.
- Pastikan anda membawa bersama kad pengenalan dan wang tunai untuk pembayaran kos pendaftaran
- Dalam perjalanan, anda boleh memikirkan nama perniagaan agar proses pendaftaran lebih cepat dan lancar.
- Setibanya di pejabat, dapatkan borang pendaftaran dan nombor giliran. Sementara menunggu giliran, anda boleh mengisi borang tersebut.
- Apabila giliran anda dipanggil, hadir ke kaunter dan lunaskan pembayaran pendaftaran Enterprise anda.
- Akhir sekali, anda perlu menunggu dalam 45 minit untuk mendapatkan sijil pendaftaran anda dan anda boleh meneruskan perniagaan anda dengan sah.
BACA SINI: Untuk daftar syarikat enterprise ssm online secara online boleh terus rujuk di sini, Ezbiz SSM Online: Cara Daftar Login Ebiz & Renew 2024
Seterusnya, kami akan berkongsi beza sdn bhd dengan enterprise seperti di bawah ini. Teruskan membaca…
Kelebihan Daftar Syarikat Enterprise
i. Daftar Enterprise Yang Mudah Dan Murah
Proses penubuhan atau pendaftaran enterprise (syarikat milikan tunggal / syarikat perkongsian) adalah sangat mudah di mana peniaga itu sendiri boleh mendaftar terus di kaunter SSM.
Selain daripada itu, proses kelulusan juga hanya mengambil masa dalam 1 jam dan kos daftar enterprise di Malaysia juga sangat murah.
Lebih mudah berbanding cara buka syarikat sdn bhd.
ii. Diyakini Dan Ada Kredibiliti
Dengan nombor perniagaan SSM, anda akan lebih dipercayai oleh pihak bank, kerajaan dan perniagaan kerana anda telah mendaftar perniagaan anda secara sah disisi undang-undang.
iii. Pembukaan Akaun Semasa
Setelah mendaftar perniagaan enterprise dengan SSM, anda boleh membuka akaun bank semasa.
Dengan adanya akaun semasa, pengurusan operasi dan kewangan perniagaan anda akan menjadi lebih mudah dan anda tidak perlu lagi menggunakan akaun peribadi.
iv. Patuh Undang-Undang
Setelah mendaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, anda boleh berniaga tenang kerana perniagaan anda sah di sisi undang-undang.
Anda tidak perlu risau didenda sehingga RM50000 atau penjara 2 tahun sekiranya didapati bersalah berniaga tanpa mendaftar.
v. Satu Bentuk Motivasi
Pendaftaran perniagaan anda membuatkan anda lebih bersemangat untuk berniaga.
Anda boleh menggunakan nama perniagaan anda untuk promosi tanpa risau.
SUMBER: Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Keburukan Daftar Ssm Untuk Company Enterprise
i. Liabiliti Tidak Terhad
Dari segi perundangan, perniagaan enterprise dan pemiliknya adalah satu badan.
Bermakna, sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap perniagaan tersebut juga akan memberi impak kepada pemiliknya.
Sekiranya, perniagaan tersebut terpaksa ditutup kerana muflis, maka pemiliknya juga turut diistyiharkan muflis dan berdepan kemungkin harta benda seperti rumah, kereta dan asset lain disita.
ii. Tiada Kesinambungan
Sekiranya pemilik atau salah seorang daripada pemilik perniagaan meninggal dunia, perniagaan akan terbubar.
iii. Kurang Kredibiliti
Sebagai sejenis perniagaan yang berkos rendah, enterprise memiliki kredibiliti yang rendah.
Ini bermakna agak mustahil untuk pelabur-pelabur untuk melabur di dalam perniagaan tersebut.
Tambahan lagi, perniagaan ini tidak perlu menghantar sebarang laporan kewangan dan audit kepada SSM.
Anda boleh letak berapa banyak untuk pendapatan anda melibatkan gaji pemilik syarikat enterprise
iv. Kadar Cukai Yang Tinggi
Kadar cukai sehingga 28 peratus adalah lebih tinggi berbanding cukai syarikat sendirian berhad.
v. Kos Pendaftaran Enterprise SSM
Berikut adalah antara adalah kos pendaftaran tahunan perniagaan enterprise oleh SSM:
NO | URUSAN | KOS |
---|---|---|
1 | Milikan tunggal dengan menggunakan nama sendiri sebagai nama company | 30.00 |
2 | Milikan tunggal atau perkongsian dengan nama tred | 60.00 |
3 | Pendaftaran cawangan | 5.00 |
4 | Cetak maklumat pernigaan | 10.00 |
Berdasarkan rekod semakin banyak senarai syarikat sdn bhd di Malaysia.
Contoh Sdn Bhd (Company Syarikat Sendirian Berhad)
Ciri ciri Syarikat Sendirian Berhad adalah ia merupakan sebuah entiti yang ditubuhkan oleh lebih daripada seorang individu yang digelar sebagai pemegang saham. Bukan mudah cara buka syarikat sdn bhd.
Syarikat ini perlu didaftar dengan SSM di bawah Akta Syarikat 1965.
Cara Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad
Cara nak daftar ssm sdn bhd adalah seperti di bawah ini:
- Bagi pendaftaran Syarikat Sdn Bhd anda tidak boleh mendaftar terus dengan SSM.
- Itu sebablah kami kata katakan dari awal cara daftar syarikat sdn bhd ini lebih rumit.
- Anda perlu mengenalpasti setiausaha syarikat yang bertauliah dan berlesen. Setiausaha Syarikat menyediakan khidmat penubuhan syarikat yang akan membantu anda untuk daftar perniagaan sdn bhd sendirian berhad anda.
- Sediakan sekurang-kurang tiga cadangan nama syarikat untuk disemak oleh pihak setiausaha syarikat untuk melihat potensi nama syarikat pilihan anda diluluskan oleh SSM.
- Seterusnya, sediakan satu hingga maksimum tiga cadangan aktiviti perniagaan sdn bhd.
- Langkah seterusnya adalah menyediakan maklumat bakal pengarah syarikat. Maklumat ini termasuk nama, salinan kad pengenalan, alamat tempat tinggal, e-mel dan nombor telefon. Minimum bilangan pengarah yang diperlukan adalah seorang sahaja.
- Selepas itu, anda perlu menunggu sehingga 3 ke 5 hari untuk setiausaha syarikat untuk melengkapkan proses daftar sendirian berhad anda di SSM.
- Syarat syarat untuk menubuhkan sebuah perniagaan sdn bhd adalah seperti berikut:
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu langganan syer syarikat.
- Pengurusan syarikat sdn bhd di Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya seorang pengarah yang merupakan permastatutin tetap
- Memiliki seorang setiausaha syarikat yang boleh terdiri daripada:
- Seorang ahli badan professional yang ditentukan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; atau
- Seorang individu yang mempunyai lesen daripada SSM
Bagaimana jelas dengan perkongsian untuk contoh syarikat sdn bhd?
Dan satu lagi tidak boleh sama sekali daftar sdn bhd online, semuanya mesti melalui syarikat setiausaha.
Kenapa Perlu Daftar Syarikat Sdn Bhd di Malaysia
Persoalannya sekarang ini kenapa perlu daftar sdn bhd ? Apa kelebihan yang bakal anda terima? Teruskan membaca…
i. Liabiliti Terhad
Sekiranya syarikat mengalami kerugian dan terpaksa ditutup atau muflis, pemilik syarikat hanya akan menanggung kerugian setakat modal yang dilaburkan di dalam syarikat sahaja.
Ini bermakna asset persendirian lain yang didaftar atas nama sendiri sebagai nama company tidak akan terjejas dan atau disita.
ii. Kesinambungan
Syarikat masih boleh terus beroperasi sekiranya adal dalam kalangan pemilik yang meninggal dunia atau menarik diri.
Pegangan saham pemilik itu tadi boleh dijual kepada pemilik baru dab syarikat tidak perlu dibubar
iii. Kredibiliti Yang Tinggi
Syarikat sendirian berhad adalah satu entiti perniagaan yang kukuh.
Ini menyebabkan pihak-pihak berkaitan seperti bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih percaya untuk berurusan seterusnya memudahkan syarikat untuk mendapatkan pinjaman, sumber bekalan yang berkualiti dan mudah untuk memenangi tender dari kerajaan.
Syarikat juga wajib menyediakan laporan kewangan yang disahkan oleh juruaudit.
Perkara ini dapat menjamin kewangan syarikat diurus dengan baik dan menambahkan keyakinan pelabur untuk melabur.
iv. Kadar Cukai Yang Rendah
Kadar cukai bagi perniagaan jenis syarikat adalah lebih rendah berbanding cukai untuk perniagaan individu.
Malah pemilik syarikat boleh membuat perancangan cukai yang sah bagi mendapatkan pengurangan cukai.
v. Dividen Bebas Dari Cukai
Pemilik syarikat sendirian berhad mengaut keuntungan dengan cara mengambil dividen.
Ini kerana, dividen syarikat adalah bebas daripada cuakai dan ini dapat menjimatkan kos syarikat.
vi. Tukar Hak Milik
Seseorang individu yang ingin menjadi pemilik bersama perlu memiliki saham di dalam syarikat.
Para pemegang saham ini berhak menjual saham mereka dan apabila berbuat demikian mereka bermaksud melepaskan status pemilikan syarikat.
Pembeli yang membeli saham terbabit pula akan dikira sebagai pemilik bersma yang baru.
vii. Melantik Pasukan Professional Untuk Mengurus Syarikat
Sekiranya pemilik syarikat memiliki pengalaman dan kemahiran yang kurang dalam mentadbir dan mengurus syarikat, mereka boleh melantik golongan professional untuk memainkan peranan tersebut.
Kumpulan individu ini digelar Lembaga pengarah yang bertanggungjawab mengurus dan menjana lebih banyak keuntungan.
viii. Potensi Yang Tinggi
Pengurusan syarikat oleh golongan profesional mampu meningkatkan potensi syarikat untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi.
Kelemahan Daftar Syarikat Sdn Bhd
- Cara buka syarikat sdn bhd yang jauh lebih sukar dan dan kos modal harga yang lebih mahal
- Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat.
- Saham syarikat sdn bhd tidak boleh dijualbeli melalui Pasaran Saham.
- Tiada istilah untuk anda dapatkan proses daftar syarikat sdn bhd murah. Ini kerana untuk jangka masa panjang komitmen tahunan ssm sdn agak tinggi.
Kos Buka Syarikat Sdn Bhd
Untuk undang-undang syarikat sdn bhd di bawah Akta Syarikat yang baru 2016, untuk daftar sdn bhd mengenakan bayaran secara pukul rata iaitu RM1000 untuk setiap permohonan dan modal buka syarikat sdn bhd.
Bagi kami kos modal buka syarikat sdn bhd agak murah dan masih lagi berpatutan untuk syarikat besar tetapi bukan untuk syarikat kecil di Malaysia.
Di bawah Akta Syarikat lama 1965, setiap permohonan untuk penubuhan syarikat hendaklah disertakan dengan kos modal buka syarikat sdn bhd seperti jadual berikut:
MODAL SAHAM YANG DIBENARKAN (RM) | YURAN (RM) |
---|---|
Sehingga 400,000 | Harga daftar ssm sdn bhd untuk permulaan bermula 1000 |
400,001 – 500,000 | 3000 |
500,001 – 1 juta | 5000 |
1,000,001 – 5 juta | 8000 |
5,000,001 – 10 juta | 10000 |
10,000,001 – 25 juta | 20000 |
25,000,001 – 50 juta | 40000 |
50,000,001 – 100 juta | 50000 |
100,000,001 dan keatas | 70000 |
Bagaimana? Sudah faham beza sdn bhd dengan enterprise?
Adakah Ada Syarikat Sdn Bhd Untuk Dijual
Kepada yang sedang cari untuk beli syarikat sdn bhd yang ingin dijual, kami ada senarai syarikat yang tersedia pada ketika ini. Kami akan kemaskinikan daripada masa ke semasa senarai company sdn bhd untuk dijual KELAK!
Pemilihan Senarai Contoh Nama Syarikat Enterprise & Sdn Bhd
Semasa membuat pendaftaran syarikat, nama syarikat enterprise baik milikan tunggal atau nama perniagaan perkongsian dan nama syarikat sdn bhd di malaysia yang dicadangkan perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak SSM.
Nama syarikat sangat penting kerana ianya merupakan identiti syarikat. Nama syarikat melambangkan keeksklusifan syarikat tersebut dan akan memberi impresi pertama kepada pelanggan.
Oleh itu, pemilihan nama syarikat perlulah unik, menarik dan mudah dikenali dan diingati. Berikut merupakan panduan dan tips untuk memilih nama syarikat:
- Pilih nama syarikat yang melambangkan jenis perniagaan anda. Hal ini akan memudahkan pelanggan untuk mengenali dan mengetahui produk anda dalam sekelip mata. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual pakaian, pilihlah contoh nama syarikat perkongsian di malaysia seperti EXCLUSIVE CLOTH Sdn. Bhd.
- Pilih nama syarikat yang lebih eksklusif untuk menunjukkan nilai kualiti perniagaan anda dan mampu menarik perhatian pelanggan. Syarikat-syarikat besar seperti facebook, google dan apple menggunakan nama yang sangat eksklusif dan sangat mudah diingati sebagai nama syarikat mereka kerana mereka satu-satunya syarikat yang menggunakan nama tersebut.
- Hadkan nama syarikat anda kepada 3 perkataan sahaja. Jangan menamakan syarikat anda dengan nama syarikat yang terlalu panjang. Nama yang panjang bukan sahaja menyukarkan pelanggan untuk mengingati nama tersebut malah akan merumitkan urusan berkaitan pengisian borang dan sebagainya
- Nama syarikat yang anda daftarkan juga perlu mempunyai maksud. Pihak SSM lebih mudah menolak permohonan perniagaan anda sekiranya nama yang anda daftarkan tidak membawa apa-apa maskud dan tidak menunjukkan nilai-nilai yang positif.
- Jangan sesekali mencampurkan Bahasa dalam menamakan syarikat anda. Pastikan anda menggunakan satu Bahasa sahaja.
- Elakkan daripada menggunakan nama yang ada kaitan dengan institusi lain kerana ianya akan menimbulkan kekeliruan malah anda juga boleh dikenakan Tindakan undang-undang kerana meniru hak cipta syarikat lain.
- Namun anda boleh menggunakan bahasa asing yang membawa maksud yang positif. Sebagai contoh nama perniagaan perkongsian seperti HELIO Sdn Bhd. HELIO membawa maksud cantik dalam bahasa Itali. Adalah tidak digalakkan menggunakan perkataan yang tidak mempunyai maksud atau bermaksud negatif.
- Pastikan anda tidak menggunakan perkataan yang dilarang oleh dan berkaitan undang-undang seperti “kerajaan Malaysia”, “diraja Malaysia”, “bank”, “saham”, dan lain-lain.
Pengalaman Daftar Sdn Bhd
Berdasar pengalaman kami sendiri, jika anda ada rancangan dan plan mahu bida dan dapatkan projek kerajaan yang lebih besar boleh register sdn bhd
Ataupun jika anda mahu apply loan perniagaan dengan jumlah pinjaman yang lebih besar.
Jika tidak, kami sarankan anda gunakan sahaja enterprise untuk bisnes dan perniagaan.
Ini kerana dengan company sdn bhd, anda perlu menanggung kos operasi yang lebih besar setiap bulan dan setiap tahun.