Emaklum JKM: Daftar Portal ANM & Login

Daftar Emaklum JKM di portal anm Login

daftar emaklum anm portal

Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mewujudkan satu sistem di bawah penyeliaannya yang dinamakan dengan sistem eMaklum.

Sistem eMaklum ini berperanan untuk menyemak dan menghantar maklumat status invois dan bayaran kepada penerima bayaran. Penerima bayaran ialah merupakan individu, pembekal, kontraktor dan penjawat awam. 

Sistem eMaklum new ini adalah bertujuan untuk memudahkan individu atau pembekal untuk menyemak status bayaran mereka masuk ke dalam bank atau tidak, secara tidak langsung ia dapat menjimatkan masa.

Ia merangkumi semua bidang bekalan, perkhidmatan dan kerja. Rajah 1.0 seperti di bawah menunjukkan halaman utama Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Cara Daftar Emaklum ANM

Sistem eMaklum baru ini tidak perlu kepada pendaftaran yang rasmi. Semakan invois dan bayaran boleh dibuat melalui sistem eMaklum ini dengan hanya melayari laman sesawangnya di https://emaklum.anm.gov.my

Cara Semakan Bayaran & Semak Invois

Segala rekod invois dan bayaran akan berada di dalam sistem eMaklum.

  1. Bagi individu, kakitangan kerajaan atau pembekal ingin membuat semakan, mereka perlu memasukkan data-data yang diminta seperti nombor kad pengenalan bagi individu dan nombor syarikat bagi pembekal serta nombor akaun, nombor invois atau nombor rujukan bayaran di medan kedua.
  2. Seterusnya, klik pada butang “Semak”. Semua rekod bayaran dan invois akan dipaparkan hasil daripada semakan pengguna.
  3. Walaubagaimanapun, pada bahagian semakan, terdapat dua (2) tab berbeza iaitu tab yang menyatakan “Sebelum 10/07/2021” dan “10/07/2021 dan Selepas”.
  4. Bagi tab “Sebelum 10/07/2021” adalah untuk semakan informasi pembayaran sebelum tarikh 10 Julai 2021, di mana semua maklumat adalah berdasarkan program padanan maklumat invois dan maklumat pembayaran.
  5. Manakala, bagi tab “10/07/2021 dan Selepas” adalah semua maklumat pembayaran berdasarkan fail AP523 yang telah mendapat kelulusan EFT (ZIAP512) oleh Pejabat Perakaunan.

Semakan Notifikasi Emel, SMS Atau Secara Cetakan

Sistem eMaklum hanya menyimpan informasi berkaitan notifikasi pembayaran dalam tempoh 18 bulan yang terbaharu sahaja mulai 30 Julai 2021.

Maklumat yang melebihi tempoh 18 bulan akan hilang daripada sistem secara automatik.

Hal ini penting bagi individu atau pembekal untuk mengambil maklum dan mengambil langkah selamat dengan memuat turun semua maklumat-maklumat penting dalam simpanan individu atau pembekal bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan. 

Notifikasi berkaitan dengan maklumat dokumen invois dan pembayaran akan dimaklumkan melalui tiga (3) cara iaitu melalui emel, SMS (Short Messaging System) atau surat.

Bagi notifikasi melalui emel, emel akan dihantar secara automatik kepada individu atau pembekal menerusi alamat emel yang berdaftar jika berlaku sebarang perubahan status dokumen iGFMAS.

Seterusnya, melalui SMS, dimana notifikasi SMS akan dihantar pada nombor telefon bimbit yang sah secara automatik bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS.

Akhir sekali, maklumat perubahan status dokumen akan dihantar secara cetakan, yang bermaksud surat bercetak akan dihantar menerusi kiriman pos kepada individu atau pembekal pada alamat yang betul.

Tiga (3) metod notifikasi ini merupakan inisiatif sistem eMaklum bertujuan untuk mengemaskini setiap perubahan status maklumat invois dan pembayaran kepada individu dan pembekal.

  • Status dokumen invois akan mula dikemaskini setelah dokumen diterima, seterusnya disemak, diperakukan atau dikuiri serta dibatalkan oleh Jabatan Akauntan Negara.
  • Manakala, bagi status dokumen bayaran akan mula dikemaskini bermula dengan Non EFT (TT, Bank Draft atau Cek) telah dikeluarkan, kemudiannya EFT akan dihantar ke bank dimana bank akan menerima atau menolak EFT tersebut.
  • Jika EFT ditolak, dokumen pembayaran akan dibatalkan dengan serta merta.

Panduan Cara Buan Carian Dokumen Emaklum JANM

Carian dokumen ini boleh dilakukan di portal rasmi eMaklum penyata gaji pada laman web https://emaklum.anm.gov.my/ seperti pada Rajah 3.0.

e maklum
  • Terdapat kotak “Carian Dokumen Pembayaran”, di mana carian boleh dibuat oleh individu dan pembekal dengan memasukkan nombor kad pengenalan bagi individu dan nombor daftar syarikat atau organisasi bagi pembekal.
  • Seterusnya, masukkan nombor akaun bank, nombor invois atau no rujukan bayaran.
  • Kemudian, masukkan Tarikh invois pembekal dan klik pada butang “Cari”.
  • Semua maklumat yang perlu diisi perlulah diisi dengan tepat dan betul.
  • Keputusan carian akan dipaparkan seperti berikut pada Rajah di bawah ini:
e-maklum anm

Cara Check Bayaran Bulanan Emaklum JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan khidmat bantuan kewangan kepada kumpulan sasaran yang layak.

Tahap kelayakan akan diambil kira berdasarkan permohonan individu melalui laman web eBantuanJKM.

Bagi pemohon yang layak, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun individu pada setiap bulan. Semakan bayaran tersebut boleh dibuat melalui sistem eMaklum.

Langkah-langkah untuk membuat semakan bayaran bulanan bantuan JKM di dalam sistem eMaklum adalah seperti berikut:

  • Penerima elaun hendaklah melayari laman web eMaklum secara atas talian atau melalui aplikasi eMaklum yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit sendiri.
  • Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Kemudian, masukkan nombor bank akaun yang menerima bantuan JKM.
  • Selepas itu, pilih tarikh semakan sebagai contoh 01/01/2022 sehingga 15/01/2022, mengikut tarikh yang anda ingin membuat semakan.
  • Akhir sekali, tekan pada butang “Semak” untuk melihat status bayaran.

Sistem akan memaparkan status bayaran “Diterima oleh Bank” menunjukkan bayaran telah dibuat ke dalam akaun penerima elaun.

Jika pada sistem eMaklum penyata gaji tersebut memaparkan “Tiada Maklumat” atau “Dihantar ke Bank”, ia menunjukkan bayaran belum dibuat atau dimasukkan ke dalam bank.

Bagi status bayaran yang telah Berjaya, penerima elaun bolehlah memuat turun perincian bayaran pada butiran cetak untuk rujukan dan rekod simpanan peribadi seperti pada contoh Rajah dibawah. 

emaklum jkm

Secara pratikalnya, sistem eMaklum ini sangat efisien untuk digunakan untuk tujuan semakan dan carian invois dan bayaran.

Ini merupakan inisiatif Kerajaan dalam memperkenalkan sistem ini untuk memudahkan para pengguna secara amnya dan menjimatkan masa apabila melibatkan bank. 

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia