Berita terkini untuk isu tiada Lagi Skim Pencen Dimansuhkan dan dihapuskan Untuk lantikan penjawat awam dan Kakitangan Baru kerajaan tahun 2024?
Sebab apa ramai yang mahu bergelar penjawat awam, sebab banyak kelebihan yang bakal dinikmati mereka. Antaranya pinjaman yang cukup mudah, ada pilihan untuk penerima bayaran pencen selepas bersara, pelbagai tawaran elaun dan kenaikan gaji penjawat awam serta pangkat.
Sebelum ini, Tun Mahathir telah memberikan jaminan kepada semua penjawat awam tidak menerima kesan besar dengan skim pencen 2020. Untuk penjawat awam sedia ada sekarang ini skim pencen tidak dimansuhkan atau dihapuskan atau ditamatkan untuk anda. Tetapi….
SEMAK SINI: Jadual gaji penjawat awam 2024
Tetapi untuk kakitangan awam yang baru seperti anak-anak anda akan datang atau anak-anak anda, akan menerima kesan pembaharuan dan rombakan ini. Walaubagaimanapun pelaksanaan pada masa itu terhenti selepas berlaku pergolakan politik pada masa itu. Sehinggalah ia diteruskan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Butiran mansuh skim pencen penjawat awam ada dikongsikan seperti di bawah ini….
Berita Terkini Skim Pencen Dimansuhkan Untuk Lantikan Baru
Isu pencen penjawat awam dihapuskan dan dimansuhkan skim inioleh kerajaan malaysia telah menjadi satu topik yang cukup hangat pada ketika ini. Masakan tidak sistem skim ini telah dilaksanakan telah sekian lamanya.
- BACA SINI >> Tarikh penyata bayaran pencen 2024
- BACA SINI >> Bantuan pesara kerajaan 2024 bajet 2024: kad pencen kwap
- BACA SINI >> beza sspa dan ssm
Tetapi kerajaan tiada pilihan lain untuk menjaga kantung kewangan negara pada masa sekarang dan akan datang daripada terus terjejas teruk.
1) Untuk mana-mana penjawat awam yang sudah sah jawatan dan telah menurunkan tandatangan perjanjian skim pencen sebelum ini, anda tetapi terima pencen seperti yang dalam perjanjian seperti biasa apabila mula bergelar pesara kerajaan kelak.
Ini kerana anda dilindungi di bawah :
- Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan (Perlindungan Hak-hak Pencen) yang mana Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) akan bertanggungjawab terhadap skim anda
BACA SINI: Jawatan Kosong Kerajaan & Cara Memohon Kerja 2024
Sekarang ini bayaran pencen adalah 60 peratus daripada gaji pokok jikalau tempoh perkhidmatan untuk pencen penuh 30 tahun manakala 50 peratus kalau 25 tahun.
Jadi sangat-sangat mustahil untuk skim pencen dimansuhkan dan dihapuskan kerana ia dilindungi PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Dan untuk ubah PERLEMBAGAAN MALAYSIA sangat-sangat sukar dan hampir mustahil.
Tetapi kerajaan boleh meminda akta ini untuk membolehkan kerajaan melaksanakan tindakan mansuh skim pencen dihapuskan untuk penjawat awam yang baru.
2) Oleh itu, untuk kakitangan awam yang baru mungkin besar akan terkesan dengan skim pencen yang terbaru dan terkini selepas ini.
Bermula tahun 2024, berkemungkinan tiada lagi skim pencen kerajaan di mana dimansuhkan dan digantikan dengan skim lantikan baru penjawat awam dengan caruman kwsp terkini.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun hantar cadangan dan kajian mereka kepada jemaah menteri dan jawatan kuasa terlibat.
Semuanya akan dilaksanakan apabila ia dimuktamatkan selepas mendapat persetujuan barisan kabinet Malaysia dan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam.
5 Info Skim Lantikan Baru Tiada Pencen Penjawat Awam
- Penjawat awam yang dapat lantikkan tetap selepas ini tidak akan terima skim pencen lagi digantikan dengan caruman KWSP seperti kakitangan swasta yang lain.
- Anda akan membuat caruman setiap bulan manakala Kerajaan Malaysia juga sebagai majikan akan memberikan tambahan caruman setiap bulan
- Skim gaji anda bakal terima adalah lebih tinggi berbanding kakitangan yang terima skim pencen
- Kemudahan pinjaman perumahan dan pinjaman kereta mungkin akan digantikan dengan pemberikan elaun penjawat yang lebih tinggi
Punca Pencen Dihapuskan
Sekarang ini untuk pembayaran pencen sahaja setiap tahun dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun. Satu jumlah yang agak besar untuk kerajaan Malaysia.
- Kerajaan Malaysia merasakan terbeban dengan perbelanjaan besar yang perlu ditanggung setiap tahun untuk menyediakan bajet yang tinggi untuk membayar gaji kerajaan dan pembayaran pencen kepada golongan pesara.
- Jika kerajaan Malaysia tidak bertindak cepat untuk mansuh skim pencen, jika tidak tidak negara akan berdepan sehingga RM120 bilion pada tahun 2040 kelak.
- Kerajaan bakal jimat banyak setiap tahun dengan rombakan skim baru merujuk kepada tindakan tiada lagi pencen untuk penjawat awam selepas ini.
- Kerajaan Malaysia akan memperoleh kakitangan awam yang benar-benar komited untuk bekerja, dan mudah untuk menyingkirkan dan membuang kakitangan awam yang tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan
Berita Cadangan Tiada Pencen Penjawat Awam Tahun 2019
Jadi kepada ibu bapa yang ada anak-anak yang merancang masuk ke dalam sektor kerajaan ini berita terkini untuk makluman anda merujuk cadangan awal sebelum ini di era pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
SUMBER: bharian
Isu pencen penjawat awam akan dihentikan telah dilaporkan di banyak portal berita terbaik berita harian sinar harian malaysiakini malaysia news sejak tahun 2019 lagi, sehinggalah ia bakal dilaksanakan tahun 2024 ini.
Oleh itu selepas ini, tiada lagi pencen penjawat awam dan kakitangan kerajaan di putrajaya, sabah sarawak, Kedah, Pulau Pinang Penang, Kuala Lumpur KL, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, Kelantan, Pahang, Perlis, dan juga Perak.
P/S : Kepada geng Cuepacs usah lagi mohon untuk ditambah umur persaraan yang akhirnya menidakkan peluang golongan muda untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan. Cukuplah! Nah, sekarang boleh nampak kesan memanjangkan tempoh umur penjawat awam sebelumnya akhirnya memberikan kesusahan kepada genarasi mendatang.
PP/S : Kepada kakitangan baru 2024, gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Jaga disiplin, jaga produktiviti, jaga kualiti kerja.
PPP/S : Berita ini juga berita kurang baik untuk penjawat awam lama yang masih dalam status kontrak yang telah menunggu bertahun-tahun lamanya untuk diserapkan dalam kerajaan.
PPPP/S: Kerajaan ada memberikan respon isu skim kontrak ganti pencen, ia tidak benar sama sekali. Ia hanya sementara sahaja sehinggalah skim baru ini diumumkan kelak. Bermula era kerja kerajaan tiada pencen selepas ini.
PPPPP/S: Kongsikan berita terkini kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat anda di FACEBOOK & WHATAPPS mereka, dipersilakan….