Emirates Airlines Manage Booking: Check In & Flight Ticket Price

Harga Booking Ticket Flight Fly Emirates Airlines manage booking Malaysia check in Emirate tahun 2023

emirates airlines malaysia manage booking

Emirates merupakan syarikat penerbangan milik kerajaan Dubai. Ianya merupakan penerbangan yang terbesar yang bertapak di Timur Tengah.

Menurut Skytrax, emirates flight booking ialah penerbangan terbaik dunia yang mendapat rating 4 bintang daripada penumpang disebabkan oleh tawaran perkhidmatannya yang luar biasa.

Pangkalan hub utamanya adalah terletak di Dubai yang beroperasi menerbangkan pesawat dan penumpang ke enam (6) benua di dunia termasuklah Eropah, Afrika, Asia, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Australia.

Emirates telah melebarkan sayap perniagaannya ke seluruh pelusuk dunia dengan mengadakan kerjasama dengan negara-negara lain.

Cara Daftar Akaun Emirates Airline

Pelancong yang berminat untuk menikmati pengalaman menaiki pesawat Emirates, mereka perlu mendaftar akaun bersama Emirates Airlines terlebih dahulu bagi memudahkan urusan penempahan tiket.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar akaun Emirates Airlines;

emirates airways booking flight status
  • Klik pada butang “Log In” untuk membuat pendaftaran akaun bagi pengguna yang menggunakannya buat pertama kali.
  • Klik pada butang “Join Now” seperti pada Rajah di bawah ini

SUMBER >> https://mypt3.co/travel-malaysia

emirates login online
  • Masukkan maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan betul untuk menyertai komuniti Emirates Skywards dan klik pada butang “Create an Account”
penerbangan emirates skywards register

Akhir sekali, pengguna akan menerima notifikasi menerusi emel menunjukkan pendaftaran akaun berjaya.

Cara Log Masuk Emirates Flight Booking Online

Pengguna boleh mula mengakses laman rasmi Emirates dan mendapat promosi-prmosi yang ditawarkan setelah akaun yang didaftarkan telah disahkan.

Berikut merupakan cara untuk log masuk ke akaun emirates flight booking;

  1. Layari laman portal rasmi Emirates Airlines di https://www.emirates.com
  2. Klik pada bahagian “Log In”.
  3. Masukkan emel dan kata laluan.
  4. Kemudian, klik pada butang “Log In”.
  5. Paparan menu utama akan dipaparkan kepada pengguna.

Cara Buat Booking Penerbangan Emirates Flight

Pengguna boleh membuat penempahan tiket untuk ke destinasi yang mereka inginkan.

Penempahan tiket boleh dibuat menerusi kaunter tiket emirates flights dan juga menerusi atas talian.

Penempahan tiket secara atas talian boleh dibuat di portal rasmi Emirates dan aplikasi Emirates. Berikut merupakan cara untuk membuat penempahan tiket Emirates;

  • Layari laman portal rasmi Emirates Airlines di https://www.emirates.com dan log masuk ke akaun pengguna.
  • Klik pada bahagian “Search Flights”.
  • Masukkan destinasi perlepasan, destinasi ketibaan, tarikh penerbangan, bilangan penumpang da kelas penerbangan seperti pada Rajah di bawah ini
emirates airlines malaysia
  • Klik pada butang “Search Flights”.
  • Senarai penerbangan, harga dan masa penerbangan akan dipaparkan seperti di bawah ini untuk pengguna membuat pilihan.
  • Klik pada butang “Continue to passengers” setelah pilihan dibuat.
  • Masukkan butiran yang dikehendaki dengan lengkap dan betul
emirates business class
  • Klik pada butang “Save & Next”.
  • Pengguna akan diberi pilihan untuk membuat pemilihan tempat duduk dan pengguna perlu klik pada “Choose Seats”.
  • Kemudian, klik pada “Continue to Payment”.
  • Pengguna perlu membuat pembayaran penempahan tiket menerusi kad debit atau kad kredit
  • Akhir sekali, setelah selesai penempahan tiket, pengguna akan menerima itineari penerbangan menerusi emel pengguna. Ini menunjukkan penempahan tiket pengguna telah berjaya dan disahkan.
emirates payment flights

Harga Tiket Emirates Airlines Business Class

Emirates merupakan syarikat penerbangan mewah Dubai yang sangat terkenal dalam golongan elit.

Emirates menawarkan kabin kelas perniagaan yang sangat mewah dan esklusif serta layanan yang diberikan cukup istimewa.

Terdapat dua (2) jenis kelas perniagaan yang ditawarkan iaitu Kelas Perniagaan Emirates A380 dan Kelas Perniagaan Boeing 777. 

Kedua-dua jenis kelas perniagaan ini menawarkan kemudahan yang selesa dan mewah seperti katil flat yang selesa dan lembut, ruangan lounge yang luas, hidangan makanan daripada tukang masak terbaik dunia, perkhidmatan dan layanan yang terbaik, hiburan terkini dengan video LED tanpa batas dan boleh mengakses lounge lapangan terbang.

Berikut merupakan kadar harga sehala bagi penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi dibawah adalah seperti berikut;

DESTINASIANGGARAN HARGA (RM/SEHALA)
emirates flights to Dubai10134
emirates flights to London9024
emirates flights to Paris8996
emirates flights to Istanbul9996
Flight to Switzerland8688
Emirates business class price malaysia to Melbourne11125

Harga Tiket Emirates First Class

Kabin kelas pertama bagi penerbangan Emirates Airline adalah antara yang mendapat pengiktirafan dari Skytrax.

Kabin kelas pertama yang cukup esklusif dan mewah menjadi pilihan utama golongan bangsawan.

Antara kemudahan yang ditawarkan adalah ruang duduk yang luas dan penuh privasi yang dikenali sebagai A380/ Boeing 777 Private Suite, hidangan makanan daripada tukang masak terkenal dunia, tempat duduk dan katil yang selesa dan besar, tempat persegaran umpama spa, disediakan dengan koleksi penjagaan kulit, hiburan tanpa had dengan skrin video yang besar dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, penumpang kelas pertama akan diberikan keutamaan untuk memasuki pesawat terlebih dahulu, dimana golongan ini akan didedikasikan dengan lounge yang privasi.

Mereka juga akan diberi kelebihan parking valet, perkhidmatan persendirian oleh krew pesawat dan pemilihan makanan dalam pesawat yang mewah umpama hotel 5 bintang.

Berikut merupakan kadar harga sehala bagi penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi dibawah adalah seperti berikut;

DESTINASIANGGARAN HARGA (RM/SEHALA)
Emirates airlines booking flight to Dubai16385
Emirates airlines booking flight to London17131
Emirates airlines booking flight to Paris16486
Emirates airlines booking flightt to Istanbul16460
Flight to Switzerland19110
Flight to Melbourne20355
harga tiket pesawat first class ke amerikaAkan dikemaskinikan

Cara Login Fly Emirates Airlines Manage Booking

Setiap penempahan tiket Emirates Airlines boleh dipinda dengan mudah melalui portal rasmi Emirates Airlines.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengakses emirates manage booking untuk pemindaan tempahan tiket secara online;

  1. Pengguna perlu melayari portal rasmi https://www.emirates.com dan log masuk ke akaun anda.
  2. Klik pada bahagian “emirates airlines Manage Booking/ Check In” seperti pada Rajah bawah ini
  3. Masukkan nama keluarga dan nombor tempahan, kemudian klik pada butang “Manage booking”.
  4. Pengguna boleh meminda tempahan sama ada untuk membuat tambahan bagasi, pemilihan makanan, pemilihan tempat duduk, pertukaran tarikh penerbangan atau banyak lagi.
  5. Akhir sekali setelah pindaan atau tambahan dibuat di bahagian emirates airlines manage booking, pengguna perlu membuat pembayaran dan pihak Emirates Airlines akan menghantar emel tiket yang baharu.
flight fly emirates manage booking

Cara Buat Fly Emirates Online Check-In

Dengan arus teknologi yang semakin canggih, penumpang boleh membuat emirates check in secara online dengan murah dan cepat tanpa perlu ke kaunter tiket.

Berikut merupakan cara cara untuk emirates online check-in.

  1. Layari portal rasmi emirates www.emirates.com airlines online check in
  2. Klik pada bahagian “check in emirates flight” dan masukkan nombor penempahan penerbangan dan nama keluarga serta klik pada butang “fly emirates malaysia check-in”.
  3. Tanda pada nama penumpang dan klik pada butang “Continue”.
  4. Pada bahagian “Add-Ons”, penumpang boleh memilih untuk tambah bagasi, makanan dan pemilihan tempat duduk. Jika tidak perlu, pengguna boleh abaikan dengan klik pada butang “Continue”.
  5. Seterusnya, pilihan medium penerimaan Boarding Pass dan klik pada butang “Continue”.
  6. Akhir sekali, penumpang perlu membuat pengesahan dan penumpang akan menerima Boarding Pass digital.

Cara Check Emirates Flight Status

Penumpang juga boleh memeriksa status penerbangan Emirates Airlines menerusi laman portal rasmi Emirates Airlines.

Berikut merupakan cara-cara untuk memeriksa status flight emirates Airlines;

  1. Layari portal rasmi www.emirates.com log masuk ke akaun pengguna.
  2. Klik pada “Flight Status”
  3. Masukkan maklumat penerbangan yang dikehendaki seperti nombor penerbangan, destinasi penerbangan dan tarikh penerbangan.
  4. Kemudian, klik pada butang “Check Status”.
  5. Akhir sekali, status penerbangan penumpang akan dipaparkan untuk makluman penumpang.

Cara Semak Emirates Booking Ticket Promotion

Emirates juga tidak terkecuali dalam menawarkan promosi-promosi yang menarik sebagai salah satu strategi pemasarannya.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan promosi fly Emirates;

  1. Layari laman sesawang portal rasmi https://www.emirates.com  
  2. Klik pada bahagian “Special Offers” di www.emirates.com untuk menikmati promosi promosi emirates booking yang ditawarkan seperti pada Rajah di bawah ini
ticket emirates promotion online check-in

FAQ Berkaitan Flight Emirates

1) Adakah emirate airway adalah antara syarikat penerbangan terbaik di dunia?

Tidak boleh disangkal lagi, emirate airline tersenarai antara 10 syarikat penerbangan yang terbaik di dunia.

2) Siapakah pengurus besar syarikat penerbangan ini di Malaysia

Kini, Emirates yang beroperasi di Malaysia dipegang oleh pengurus besar (Country Manager) oleh Saeed Mubarak. Beliau menyasarkan perkembangan emirate airline di Malaysia sekali gus memastikan rakyat Malaysia memilih Emirates sebagai medium perlancongan mereka.

3) Bila syarikat penerbangan emirate airline ini mula beroperasi di Malaysia

Malaysia telah bekerjasama emirate airway pada Oktober 1996 dengan melancarkan penerbangan Emirates di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

4) Berapa jumlah penerbangan syarikat ini di peringkat antarabangsa?

Emirate airway menjalankan penerbangannya ke 152 destinasi antarabangsa dan domestik dengan adanya 262 pesawat yang cukup moden, cekap dan selesa memberi kepuasan dan keselesaan kepada penumpang.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia