Daftar Eplks: Login ID Permohonan Permit Pekerja Asing Online

Login Semakan Eplks Permohonan Lanjutan Pas Kerja Sementara Plks Online

semakan permohonan eplks login online malaysia

ePLKS merupakan satu sistem Permohonan Lanjutan Pas Kerja Sementara yang ditubuhkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada majikan-majikan yang ingin menggaji warga asing untuk bekerja di Malaysia.

Sistem ini diwujudkan untuk membolehkan majikan membuat permohonan lanjutan tempoh bekerja untuk membenarkan pekerja mereka yang dalam kalangan warga asing untuk melanjutkan pekerjaan mereka di Malaysia secara sah.

BACA SINI >> border pass online

Oleh itu, ianya menjadi tanggungjawab majikan dan wakil majikan untuk membuat permohonan permit PLKS ini secara atas talian sebelum mereka mengupah pekerja asing dalam syarikat atau organisasi mereka.

Cara Mohon eplks Online

Permohonan ePLKS ini boleh dilakukan secara atas talian sahaja.

Permohonan ini perlu dilakukan oleh majikan atau wakil majikan yang berhasrat untuk melanjutkan tempoh pekerjaan warga asing sebagai tenaga kerja mereka.

Permohonan eplks online ini mestilah dipohon sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tempoh permit tersebut tamat.

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan ePLKS secara online;

  1. Majikan perlu melayari portsl eplks, https://imigresen-online.imi.gov.my
  2. Klik pada bahagian “Pendaftaran”.
  3. Kemudian, isi butiran maklumat peribadi majikan dan pekerja asing tersebut.
  4. Muat naik dokumen-dokumen sokongan elpks yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Kemudian, klik pada butang “Hantar” untuk menghantar permohonan.
  6. Akhir sekali, majikan akan menerima emel pendaftaran berjaya dan Slip Akaun Pendaftaran ID Pengguna
plks login

Syarat Permohonan eplks

Ia terbahagi kepada dua (2) jenis permohonan iaitu permohonan bagi pekerja warga asing dalam pelbagai sektor dan pembantu rumah asing.

Kedua-dua permohonan ini mestilah dilakukan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Kegagalan memenuhi syarat permohonan ini boleh menyebabkan permohonan ini ditolak dan warga asing tersebut perlu dihantar pulang ke negara mereka.

Berikut merupakan antara syarat permohonan yang perlu dipenuhi sebelum permohonan boleh dilakukan secara atas talian;

  1. Permohonan ini mestilah dipohon dalam tempoh tiga (3) bulan sehingga selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh tamat tempoh sah laku.
  2. Tempoh sah laku passport pemohon sebagai pekerja asing adalah melebihi 12 bulan.
  3. Pekerja mestilah mempunyai rekod berstatus aktif dan mempunyai pas yang sah.
  4. Majikan dan pekerja tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana jabatan atau agensi kerajaan Malaysia.
  5. Pekerja tiada dalam senarai syak bagi kesalahan-kesalahan yang menyalahi undang-undang negara.
  6. Mempunyai jaminan sekuriti dalam bentuk jaminan bank, insuran dan wang cagaran di mana tempoh sah laku adalah sekurang-kurangnya 18 bulan daripada tarikh permohonan.
  7. Pekerja asing mestilah memiliki Slip Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) – kecuali bagi pekerja asing di sektor perladangan dan pembantu rumah asing.
  8. Pekerja asing juga mestilah memiliki Slip pengesahan Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) kecuali bagi pembantu rumah asing.
  9. Pemohon pekerja asing hendaklah telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat dan bebas daripada penyakit berjangkit oleh pusat kesihatan yang berdaftar dengan FEMOMA. 
e-plks online jabatan imigresen malaysia

Caj Bayaran Mengikut Sektor

Setiap permohonan ini akan dikenakan caj bayaran mengikut sektor pekerjaan pekerja asing untuk membolehkan pekerja mendapat permit lanjutan kerja.

Berikut merupakan jadual caj bayaran permohonan PLKS;

SEKTORLEVI SEMENANJUNGLEVI SABAH / SARAWAKPLKS (RM)
PerkilanganRM1850RM1010RM60
PembinaanRM1850RM1010RM60
PerladanganRM640RM590RM60
PetanianRM640RM410RM60
PerkhidmatanRM1850RM1490RM60
Perkhidmatan (Pulau Peranginan)RM1850RM1010RM60

Jadual Caj Bayaran Mengikut Negara

Permohonan PLKS ini adalah berbeza mengikut warganegara seseorang pekerja asing / warga asing tersebut.

Majikan perlu mengenalpasti warganegara pekerja asing mereka sebelum membuat permohonan ini.

Berikut merupakan caj bayaran PLKS bergantung kepada visa yang dikenakan ke atas warganegara tertentu;

NEGARAVISA (RM)
IndonesiaRM15
BangladeshRM20
PakistanRM20
MyanmarRM19.50
IndiaRM50
FilipinaRM36
ThailandPERCUMA
KembojaRM20
NepalRM20
VietnamRM13
Sri LankaRM15

Caj Bayaran Pembantu Rumah Mengikut Negara

Permohonan bagi pekerja asing di sektor lain dan pembantu rumah asing adalah berbeza.

Caj bayaran yang perlu dibayar bagi melanjutkan permit mereka juga berbeza.

Berikut merupakan jadual caj bayaran bagi pembantu rumah asing mengikut negara-negara tertentu;

PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASINGNEGARA SUMBERVISA (RM)CAJ BAYARAN PLKS (RM)
Peringkat PertamaIndonesia15610.00
Filipina36631.00
Sri Lanka50645.00
100695.00
ThailandPERCUMA595.00
Kemboja20615.00
India50645.00
Laos20615.00
Vietnam13608.00
Peringkat Kedua dan SeterusnyaIndonesia15790.00
Filipina36811.00
Sri Lanka50825.00
100875.00
ThailandPERCUMA775.00
Kemboja20795.00
India50825.00
Laos20795.00
Vietnam13788.00

Berapa Lama Tempoh Kelulusan

Setelah majikan berjaya menghantar dan membuat pembayaran caj bayaran yang dikenakan ke atas permohonan PLKS ini, permohonan ini akan diproses.

Keputusan kelulusan permohonan ini akan dimaklum kepada majikan menerusi alamat emel mereka dalam tempoh 3 sehingga 5 hari bekerja.

Cara Semakan Kelulusan PLKS Online Lulus atau Tidak

Majikan yang berjaya menghantar dan membuat bayaran PLKS ini boleh membuat semakan permohonan mereka secara atas talian untuk mengetahui sama ada permohonan mereka berjaya atau gagal.

Semakan ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman sesawang https://imigresen-online.imi.gov.my.

Majikan hanya perlu memasukkan nombor pendaftaran Syarikat dan nombor kad pengenalan majikan atau wakil majikan, dan klik pada butang “Cari”.

Keputusan permohonan akan dipaparkan kepada majikan untuk semakan mereka.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia