Fresh Graduate Salary Malaysia: Average Gaji Tinggi Untuk Degree

Basic & Average gaji tinggi Fresh Graduate Salary Malaysia Untuk pekerjaan lepasan grad Degree diploma master untuk yang nak kerja Tahun 2024

average gaji fresh graduate salary malaysia

Menurut Kamus Cambridge, salary ialah jumlah wang tetap yang diperolehi oleh individu yang bekerja untuk sesuatu pekerjaan. Ia boleh dibayar sama ada setiap jam, harian, atau bulanan.

Biasanya, salary ini akan dibayar terus ke dalam akaun bank individu atau secara tunai. Terdapat beberapa jenis salary yang ditawarkan iaitu basic salary, upah, elaun, insentif dan salary bersih. Kesemua salary ini akan dibayar kepada individu yang telah melaksanakan tugas yang diberikan mengikut permintaan majikan atau pelanggan.

Lazimnya, pekerjaan yang gaji tinggi di malaysia ini akan ditentukan oleh majikan berdasarkan tahap pangkat, kemahiran, kelayakan akademik, dan risiko yang berkaitan dengan skop kerja masing-masing.

Oleh itu, salary ini amat penting bagi setiap pekerja yang dilakukan. Salary juga boleh menjadi sumber motivasi kepada pekerja untuk meningkatkan produktiviti mereka dalam pekerjaan mereka.

Berapa Basic Malaysia Fresh Graduate Salary

Kelayakan akademik terutamanya lepasan iajazah di universiti swasta atau universiti awam, merupakan salah satu penanda aras untuk majikan semak dan check sebelum mengambil sebagai pekerja dan penentuan fresh grad salary malaysia.

Adalah penting untuk memastikan bahawa jawatan yang ditawarkan kepada pekerja sesuai dengan kelayakan pendidikan mereka. Ia bergantung kepada skop kerja yang diperlukan oleh majikan.

Bagi pemegang fresh graduate untuk grad ijazah dan degree di Malaysia, julat salary dan gaji yang boleh dituntut mereka adalah bermula RM2500 sebulan dan ke atas bergantung kepada skop kerja, keadaan tempat kerja, jenis pekerjaan dan pelbagai lagi.

Kadar salary ini ditetapkan bagi memastikan majikan tidak mencabul hak pekerja yang merupakan lepasan degre dan ijazah sarjana muda dari universiti malaysia atau dari universiti luar negara

SUMBER: DOSM

Average Salary di Malaysia Untuk Gaji Fresh Graduate Degree 2024

BACA SINI >> Contoh resume bahasa melayu yang terkini mengikut format

Terdapat 14 negeri di Malaysia yang bakal menjadi pilihan kalangan graduan dan fresh graduate di Malaysia untuk memulakan karier kerja.

Bagaimanapun, setiap negeri menawarkan julat salary yang berbeza, terutamanya kepada fresh grad baharu di malaysia.

Kuala Lumpur, merupakan ibu negara Malaysia, adalah negeri teratas yang menawarkan salary dan pilihan pekerjaan untuk kalangan graduan di Malaysia.

Ini kerana kebanyakan aktiviti ekonomi di Malaysia berpusat di Kuala Lumpur.

Kebanyakan sektor perkhidmatan, seperti kewangan, kejuruteraan, perubatan, pendidikan dan banyak lagi, perkhidmatan makanan dan minuman, e-hailing, runcit dan lain-lain, banyak beroperasi di kawasan bandar metropolitan Kuala Lumpur KL.

kerja gaji besar di malaysia

Kesemua pekerjaan ini menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Oleh itu, graduan baru yang bekerja di Kuala Lumpur cenderung menerima salary yang lebih tinggi berbanding mereka yang bekerja di negeri lain.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, median tertinggi salary untuk kalangan malaysia fresh graduate salary 2024 ialah RM5,088 sebulan, yang menjana 15.4% daripada jumlah aktiviti ekonomi Malaysia.

Justeru, tidak dapat dinafikan mengapa kebanyakan fresh grad memilih Kuala Lumpur malaysia untuk memulakan kerjaya dan mengembangkan kemahiran bekerja berbanding bekerja di kampung masing-masing dengan gaji dan salary yang lebih besar dan lebih tinggi tahun 2024.

Berapa Gaji Untuk Pelajar Lepasan Sarjana / Master di Malaysia

Biasanya salary bulanan yang boleh diperoleh kalangan graduan sarjana adalah dalam lingkungan RM5,001 hingga RM10,000 setiap bulan.

Ia sesuai dengan pengetahuan dan kepakaran mereka dalam bidang tertentu. Majikan perlu mempertimbangkan untuk membayar graduan sarjana dalam julat salary ini.

Oleh itu, kelayakan mereka mesti diselaraskan dengan salary bulanan mereka untuk menggalakkan kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran di kalangan graduan peringkat tinggi.

Berapa Gaji Kabin Krew (Pramugara & Pramugari)

Semua syarikat penerbangan mempunyai krew kabin mereka sendiri. Gaji kru kabin (pramugara dan pramugari) adalah berbeza-beza bergantung kepada syarikat penerbangan dan pengalaman individu dalam industri penerbangan.

Seorang kru kabin dijangka memperoleh purata sekitar RM2000 hingga RM4000 sebulan. Bonus dan elaun akan diberikan sekiranya mereka menjalankan tugas dengan baik mengikut perjalanan dan lokasi negara.

Berapa Gaji Fresh Graduate Petronas Malaysia 2024 Sebulan

PETRONAS ialah syarikat minyak dan gas yang beroperasi di seluruh negara. Mereka mengambil graduan baru yang lulus dari Universiti Petronas, dengan julat gaji terbaik bermula RM3,150 sebulan.

Akan ada kenaikan dalam tempoh setahun atau selepas tempoh percubaan, bergantung pada syarat kontrak kerja mereka.

Namun begitu, fresh grad salary malaysia 2024 berbeza mengikut skop kerja dan jabatan mereka.

Berapa Gaji Juruterbang (Pilot) Sebulan

Industri penerbangan adalah salah satu industri penting di Malaysia, kerana ia adalah sebahagian daripada pengangkutan udara yang semakin berkembang pesat dikalangan pengembara hari ini.

Purata gaji juruterbang (pilot) adalah antara RM5400 dan RM16900 sebulan, bergantung kepada kemahiran penerbangan, pengalaman, kelayakan, jenis syarikat penerbangan, dan waktu latihan.

Kesimpulannya, tugas juruterbang adalah sesuatu yang menarik dan mencabar, kerana ia memerlukan kemahiran yang tinggi dan dikaitkan dengan risiko yang tinggi, terutamanya semasa mengendalikan penerbangan.

Fresh Graduate Engineer Salary di Malaysia

Sebagai seorang fresh graduate engineer, mereka cenderung untuk memperoleh gaji jurutera yang cukup baik bergantung kepada kepakaran mereka, seperti elektrik, awam, mekanikal, kimia, dan sebagainya.

Julat purata gaji jurutera adalah antara RM3400 dan RM4800 untuk graduan baharu pada 2024.

Profesion ini mendapat permintaan tinggi dan diperlukan oleh setiap syarikat dan kilang di Malaysia.

Berapa Gaji di Micron Technology

Sebagai graduan baru Micron Technology, mereka boleh memperoleh gaji sekitar RM4,000 sebulan.

Syarikat ini menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dengan kadar gaji yang baik,

Graduan baru boleh meluaskan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman kerja mereka jika mereka memohon pekerjaan di Micron.

Gaji Manager (Pengurus)

Anggaran gaji basic salary di Malaysia 2024 bagi lulusan degree untuk jawatan pengurus (manager) di Malaysia melebihi RM5000 sebulan, tanpa mengira bidang dan industri.

Setiap syarikat di Malaysia memerlukan seorang pengurus yang bertanggungjawab menguruskan syarikat. Mereka akan dibayar dengan sewajarnya, sesuai dengan skop kerja mereka. Oleh itu, sebagai pengurus, mereka berhak menerima gaji sebegitu.

Gaji Jurutera Perisian / Software Engineer

Jurutera perisian atau software engineer adalah pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi di kalangan rakyat Malaysia sekarang ini. Ia amat diperlukan oleh syarikat di Malaysia, kerana kebanyakan sistem kerja menggunakan perisian.

Purata gaji bulanan (salary) yang diterima jurutera perisian atau software enginerr adalah RM4100 hingga RM6000 sebulan, atau lebih, bergantung kepada kepakaran dan pengetahuan mereka.

Pekerjaan seperti ini dianggap sebagai salah satu pekerjaan dengan gaji tertinggi di Malaysia.

Gaji Juruteknik

Gaji juruteknik di Malaysia berbeza antara satu sama lain bergantung kepada bidang perkhidmatan mereka.

Julat purata gaji biasa untuk juruteknik dan technician asas tanpa sebarang kepakaran adalah sekitar RM2,400 sebulan. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi lebih tinggi jika kakitangan juruteknik mempunyai kepakaran tertentu.

P/S: Berdasar pemerhatian kami, salary dan gaji fresh graduate tertinggi di Malaysia antaranya ialah auditor di big four samada di KPMG, Price Waterhouse Coopers PWC, Ernst & Young EY dan Deloitte, Petronas.

Cuma untuk mendapat pekerjaan yang gaji besar di malaysia tidak mudah, sengit saingannya serta cabarannya.

Senarai Pekerjaan Gaji Tinggi di Malaysia 2024

Cara Untuk Dapatkan Gaji Tinggi di Malaysia Tahun 2024 untuk wanita, fresh graduate, lepasan spm.

Banyak pekerjaan gaji tinggi dan besar sekarang. Teruskan membaca butiran di bawah ini….

cara dapatkan gaji tinggi di malaysia

Senarai pekerjaan di malaysia dengan gaji paling tinggi dikalangan pekerja adalah seperti berikut:

  • Juruterbang (Pilot)
  • Agen Insurans
  • Agen Hartanah
  • Saintis Data <<< (Tengah laku)
  • Chargemen
  • Pakar Bedah
  • Sains aktuari
  • Ketua Pegawai Kewangan
  • Pengarah Pemasaran IT <<< (Tinggi Permintaan)
  • Penyelidik Klinikal
  • Pengarah Pengurusan Risiko
  • Pengarah Strategi <<< (Tinggi Permintaan)
  • Pengarah Perkhidmatan Guaman
  • Pengurus Operasi Elektrik & Gas
  • Banker Pelaburan (Tinggi Permintaan)
  • Pakar Pembangunan & Operasi Dalam IT <<< (Tinggi Permintaan)

Dengan pekerjaan seperti ini, peluang untuk dapat kerja gaji 20k sebulan, 30k, 40k, 50k sebulan tiada masalah.

Kerja Gaji Tinggi Lepasan Spm

Walaupun anda hanya lepasan spm sahaja, ada sebenarnya banyak peluang kerja yang boleh dapat gaji tinggi untuk anda. Antaranya ialah:

  1. Agen insuran
  2. Agen hartanah
  3. Penasihat Kewangan

Tidak dinafikan ketiga-tiga kerja senang gaji banyak sedang mendaat permintaan tinggi dikalangan anak muda hari ini.

Tetapi jika anda sijil yang bertauliah untuk kemahiran tertentu anda boleh dapat gaji antara RM8000 hingga berpuluh ribu ringgit sebulan. Antara kerja tersebut adalah:

  1. Wireman
  2. Pegawai ROHS (Restriction of Hazardous Substances Directive)
  3. Chargeman
  4. Rig Operator / Operator Pelantar Minyak
  5. Pegawai Keselamatan & Kesihatan
  6. Plastics Welders
  7. Offshore Inspection (gaji offshore 2024 tengah sedap sekarang)
  8. Welding Inspector & Welding QC Co-ordinator

Bagaimana Cara Dapatkan Gaji Tinggi di Malaysia

Untuk apa kita menunggu peluang kenaikan pangkat dan gaji, jika ia masih tidak kunjung tiba?

Izinkan kami berkongsi dengan anda beberapa cara dan teknik yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kerja gaji besar termasuk peluang dapat kerja gaji 5000 sebulan di Malaysia.

Adakah Ada Kerja Gaji Besar di Malaysia?

TIADA. Semuanya perlu bermula dari bawah cari pengalaman / sambung pendidikan tinggi bagi lepasan spm / stpm, bersusah payah di awal kehidupan dalam kerjaya, dan insyallah dengan usaha berterusan tanpa kenal erti putus asa, tiada yang mutahil untuk menikmati gaji yang tertinggi dalam kerjaya yang anda ceburi.

  • Gaji diploma lebih tinggi dari gaji degree, begitulah seterusnya

1. Negotiate Dengan Majikan Anda Sejak Dari Awal

Berdasarkan pembacaan dan penelitian kami mengenai asas perundingan gaji dan kenaikan pangkat, kami suka dengan kaedah dan cara untuk meningkatkan untuk menjadikan gaji anda lebih tinggi sepanjang tempoh kerjaya anda di Malaysia seperti dikongsikan oleh Ramit Sethi.

Ramit Sethi juga berkongsi dalam video panduan olehnya, skrip yang boleh anda gunakan semasa sesi rundingan tawaran kerja kepada anda.

Anda perlu rundingkan peluang gaji yang lebih tinggi pada mula-mula anda menerima tawaran kerja, ini kerana ia adalah tempoh yang paling sesuai untuk berbincang bagi memboleh gaji anda bertambah lebih cepat untuk sesuatu tempoh pada mada akan datang.

Sebagai contoh:

  1. Pekerjaan yang menawarkan kepada anda gaji permulaan RM2500 dengan kenaikan tahunan 5 peratus akan menjadi RM3000 + pada Tahun 5
  2. Pekerjaan yang menawarkan gaji permulaan RM3000 dengan kenaikan tahunan 5 peratus akan menjadi RM3600 + pada Tahun 5

Jadi adakah anda nampak betapa pentingnya untuk mendapat gaji permulaan yang tinggi?

Persoalannya sekarang, bagaimana jika anda sudah pun menerima tawaran kerja bersama-sama tawaran gaji? JANGAN RISAU, ini ada video yang SANGAT SESUAI untuk anda.

2. Cara Dapat Gaji Lebih Tinggi Khas Untuk Wanita Malaysia

– PERTIMBANGAN KHAS UNTUK PEKERJA WANITA –

Untuk diskusi pekerjaan dengan gaji lebih tinggi untuk wanita di malaysia, anda perlu ubah gaya dan perkataan seperti yang dikongsikan pada video di atas ini.

Kami tidak sarankan anda mengambil skrip di atas, sebiji-sebiji. Ini adalah kerana golongan wanita tidak disarankan untuk cuba berunding dan tawar menawar secara langsung.

SEBALIKNYA, beritahu yang anda boleh melayani pelanggan syarikat dengan lebih baik dengan peranan baharu yang diberikan, sekali gus mampu membantu syarikat menjana lebih banyak pendapatan.

Beritahu mereka bahawa anda memerlukan jawatan yang lebih tinggi supaya anda boleh membantu membangunkan pekerja baru dan dapat meningkatkan produktiviti pekerja sedia ada.

3. Pindah Tempat Kerja

Baiklah, katakanlah anda tidak mahu berunding dengan majika anda. Kami sarankan anda untuk berpindah tempat kerja.

Anda boleh mula kemaskini CV anda dari masa ke semasa dan menghantar syarikat dan tempat kerja lain yang anda inginkan.

Walaupun mungkin anda merasakan tidak banyak. Tetapi jika anda berpeluang untuk mendapat gaji dengan perbezaan sebanyak RM200 / RM300 / RM500 lebih tinggi berbanding tempat kerja sekarang, mengapa tidak?

Dengan tambahan dan peningkatan gaji sebanyak itu, setahun sudah berapa?

Berdasar kajian yang dilakukan sendiri oleh Agensi Pekerjaan iaitu Micheal Page, anda berpeluang cerah sebenarnya untuk naik gaji antara 10 peratus sehingga 25 peratus apabila anda berjaya berpindah ke tempat kerja yang lain.

pekerjaan gaji tertinggi

SUMBER: https://www.michaelpage.com.my

4. Pertimbangkan Untuk Kerja di Luar Negara

Tidak dinafikan di Malaysia, kita sekarang mengalami krisis pengangguran dikalangan belia. 10 tahun lalu, fresh graduate boleh dapat RM3000, sekarang RM2500 adalah jumlah dirasakan agak baik di Malaysia.

Di Malaysia, untuk mendapatkan kerja gaji besar di malaysia perlu bekerja di MNC ataupun GLC.

Tetapi tahukah anda begitu banyak peluang di luar termasuk peluang kerja di luar negara sana untuk anda mendapat pengalaman dan gaji baru fresh graduate untuk degree yang lebih tinggi tahun 2024?

Jika ia baik untuk masa depan anda, mengapa tidak?

Diploma Yang Mudah Dapat Kerja

Antara pekerjaan yang mudah anda dapat kerja dengan lulusan diploma ialah rekabentuk grafik, akauntan, jururawat (nurse), juruteknik (technician) di bidang kejuruteraan, sains komputer.

Dan satu lagi untuk lepasan diploma yang paling senang dapat kerja adalah eksekutif pentadbiran di syarikat swasta yang semakin mendapat permintaan tinggi ketika ini.

Pekerjaan Dengan Gaji Besar Untuk Wanita

Ada banyak peluang untuk kalangan fresh graduate wanita untuk menerima salary dan gaji yang besar dan tinggi dengan pekerjaan di Malaysia seperti di bawah ini:

  • Guru
  • Pakar Doktor kanak-kanak (Pediatrician)
  • Pereka grafik (graphic designer)
  • Penasihat Kewangan (Financial Advisor)
  • Pengurus Jualan (Sales Manager)
  • Pengarah Sumber Manusia

FAQ

1. Apakah pekerjaan yang tidak memerlukan spm

Jual produk kosmetik, buat website, jual barang online, buat mobile app, jadi ahli sukan dan pemain bola sepak, jadi artis selebriti atau influencer dan banyak lagi. Peluang terbuka luas untuk anda.

Pastinya ramai anda di sini yang mahu memperolehi gaji tinggi di Malaysia untuk degree fresh graduate tahun 2024, tetapi persoalan sekarang bagaimana cara dan tips yang boleh digunapakai?

Kebiasaannya ramai yang beranggapan cara yang boleh dipraktikkan adalah dengan:

  • Menjadi pekerja yang mahir dalam syarikat anda bekerja
  • Menjadi pekerja yang setia
  • Menantikan masa dan ketika, peluang untuk kenaikan pangkat dan gaji

Sebenarnya usah kita bersandarkan kepada 3 tips di atas. Sebaliknya anda sendiri boleh tentukan masa depan kerjaya anda dengan cara dan teknik tersendiri.

Usah untuk mengharapkan dan bergantung harap kepada orang atas anda termasuk majikan untuk memberi ganjaran yang lebih baik kepada anda.

Tugas majikan anda adalah untuk memanfaatkan kemahiran anda, dapatkan keuntungan maksimum yang mereka boleh daripada anda. Ia adalah demi kepentingan terbaik mereka untuk membayar jumlah yang sama atau kurang, tidak lebih. Ini bukan tuduhan, cuma fakta.

P/S: Gaji yang lebih besar tidak berdasarkan pendidikan semata, tetapi yang paling penting pengalaman dan kepakaran anda diutamakan.

Kami doakan hasrat anda untuk mendapatkan gaji untuk fresh graduate yang lebih tinggi Malaysia samada guna lulusan diploma degree master dapat tertunai tahun 2024! Semoga berjaya dalam laluan kerjaya anda.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia