Berapa Gaji Pendapatan golongan T15 income, T1, T10, T5, golongan T20 di Malaysia mengikut ucapan Bajet 2025
Ramai yang terkejut buat pertama kalinya kumpulan t15 kedengaran di dewan rakyat melalui Budget 2025 Malaysia.
Apabila Perdana Menteri sendiri mengumumkan golongan t15 ini akan terdedah dengan beberapa penarikan subsidi. Ia termasuk subsidi minyak, pendidikan dan juga kesihatan.
Persoalannya apa maksud t1, t5, t10, golongan t15, dan juga t20 di Malaysia? Adakah mereka ini benar-benar patut ditarik subsidi?
Di bawah ini kami cukup berkongsi pecahan income, salary, gaji dan pendapatan bulanan mereka untuk kumpulan yang dianggap ‘maha kaya di malaysia’ ini. Adakah anda juga termasuk dalam golongan ini? Teruskan membaca….
Apa Itu Golongan T15, T1, T10, T5, T20
Di mana ada 3 kumpulan besar di Malaysia berdasar income group dan pendapatan mereka setiap bulan.
- Keputusan Rayuan Str 2024 Dalam Proses
- Mystr Log Masuk Str bantuantunai.hasil.gov.my Login
- berapa lama proses refinance rumah
Samada anda kumpulan gaji m40, b40 ataupun gaji T20.
Setiap nombor dan angka yang tertera kepada huruf ‘T’ yang juga dipanggil TOP adalah merujuk kepada peratusan berdasarkan kedudukan tertinggi pendapatan isi rumah di Malaysia.
- Gaji T1 adalah kumpulan 1 peratus yang menerima pendapatan RM50 ribu dan ke atas. Golongan ini biasanya adalah kalangan yang menjawat jawatan CEO, pengurusan tertinggi ataupun usahawan berjaya.
- Gaji T5 adalah golongan yang menerima gaji, income pendapatan antara RM30 ribu hingga RM50 ribu sebulan. Mereka ini banyak bekerja sebagai pekerja yang sudah berpengalaman luas dalam sesuatu industri
- Gaji T10 adalah kalangan yang merupakan pegawai peringgi tertinggi dalam kerajaan, pengurus, menerima gaji RM20 ribu hingga RM30 ribu.
- Gaji T15 biasanya terdiri pegawai kanan kerajaan, profesional berkemahiran tinggi, dapat gaji dan pendapatan antara RM10 ribu hingga RM20 ribu setiap bulan.
SUMBER: DOSM
Kesan Kategori T15 Kena Tarik Subsidi
- Anda perlu bayar lebih untuk anak anda melibatkan yuran sbp dan yuran ipta universiti awam
- Tidak lagi menikmati subsidi minyak. Perlu ayar harga minyak ikut harga pasaran
- Perlu bayaran caj lebih mahal berbanding rakyat Malaysia lain untuk menikmati kemudahan kesihatan awam
Tepatkah Gambar Pecahan Pendapatan Ini?
Kami tidak pasti bagaiaman boleh timbul gambar rajah ini.
Yang pastinya gambar ini tiada sebarang kredibiliti meletakkan kedudukan pendapatan isi rumah di Malaysia berdasar income, gaji yang merujuk kepada golongan T15.
Sebenarnya apa yang kami faham merujuk kepada ucapan pembentangan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim, menyatakan dasar baru ini tertakluk kepada 15 peratus yang menerima gaji dan pendapatan tertinggi sahaja.
Ini yang kami faham. Bukannya 15 peratus yang tertinggi berdasar kumpulan T20.
Golongan T15 dengan 15 peratus yang menerima gaji dan pendapatan tertinggi di Malaysia sama sekali tidak sama dan berbeza.
Beza T20 dan T15
Setakat belum ada lagi kelihatan beza antara 2 kumpulan. Semuanya bergantung kepada definasi dan maksud t15 sepertimana yang diumumkan kerajaan selepas ini.
Cara Pelaksanaan
Berdasar kekalutan yang berlaku setakat ini, Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi mengatakan pelaksanaan untuk hapus subsidi untuk kumpulan top 15 peratus ini akan merangkumi beberapa faktor.
- Akan ambil kira pendapatan bersih setiap bulan
- Kerajaan akan memastikan hanya yang benar-benar ‘mampu’ sahaja akan dikecualikan daripada menerima subsidi
- Sekarang ini kerajaan sedang memperhalusi pelaksanaanya melibatkan apa yang dikatakan mahakaya T15. Nantikan!
Kebaikan Hapus Subsidi Untuk T15
- Dapatkan mengelakkan kalangan warga asing untuk terus menggunakan dan menikmati subsidi minyak di negara kita
- Berjaya mengurangkan lambakan kes penyudupan minyak diesel dan minyak petrol disebabkan harga kita masih murah berbanding di negara jiran
- Penjimatan subsidi dari T15 dapat digunakan untuk tujuan pembangunan dan membantu golongan rentan dan susah di Malaysia
- Defisit fizikal negara akan kekal mampan untuk tempoh panjang