Harga Bateri Kereta murah dan berpatutan: Kering & Basah serta battery tahan lama dan tidak cepat rosak
Apabila anda sudah memiliki kereta, banyak bahagian yang perlu anda jaga. Ia termasuklah bateri kereta anda.
Senarai Promosi harga kereta di Malaysia
Ada bateri kereta terbaik yang tahan lama, ada juga yang mati dan rosak cepat, ada harga murah dan mahal, ada juga kategori basah dan kering.
Banyak pilihan di pasaran sekarang. Pokok pangkalnya, anda perlu bijak memilih yang mana satu sesuai dengan kereta anda.
Senarai Harga Bateri Kereta Terbaik
Ada banyak pilihan harga bateri kereta yang terbaik di pasaran sekarang. Daripada harga bateri kereta yang murah sehinggalah ke harga yang mahal.
- BACA SINI >> Cara daftar dan register grab food rider malaysia
- BACA SINI >> Daftar permohonan bantuan permohonan lesen memandu percuma
- BACA SINI >> jual kereta di mytukar
KATEGORI | HARGA |
---|---|
Bateri NS40ZL | RM120-RM170 |
Bateri NS60 | RM140-RM180 |
Bateri NS70 | RM190-RM245 |
Bateri DIN55 | RM190-RM245 |
Bateri 55D23L | RM190-RM245 |
Harga bateri kereta juga bergantung kepada jenama yang anda piliha dari jenama Panasonic, Century, Bosch, Yokohama, GP Yamasaki, Aokly, Yuasa, Hitachi, Amaron dan lain-lain lagi untuk tahun 2023.
Kami sedang kemaskini data dan info harga bateri kereta yang murah dan sesuai dengan model kereta Perodua Myvi Axia Viva Alza Kancil Bezza, Proton Gen2 Saga Waja Wira Persona, Honda City Civic Accord dan banyak lagi model kereta. Nantikan
Tips Memilih Bateri
BACA SINI >> tesla malaysia price
- Jangan sesekali beli kereta yang tersimpan lama di kedai
- Jangan sesekali buang kad waranti, dan resit pembelian bateri kereta anda. Ini kerana ada kes di mana bateri cepat rosak dari tempoh waranti yang diberikan
- Anda perlu bateri kereta yang sesuai dengan suhu dan iklim di Malaysia serta sesuai dengan sistem audio kereta anda. Lebih hebat sistem audio, lebih kuasa yang diperlukan untuk bateri kereta anda
- Sila memilih bateri yang hampir sama spesifikasi seperti yang dibekalkan pembuat kereta
Cara Buat Bateri Tahan Lama
BACA SINI: Cara Nak Beli Kereta Second Hand: Tips Beli Cash / Direct Owner / Loan
Cara Buat Bateri Tahan Lama dan tidak kong dengan cepat
- Sila parking kereta di tempat yang berbumbung atau tempat yang lebih teduh
- Jika anda perancangan untuk tinggalkan kereta anda untuk tempoh yang lama, kami nasihatkan anda anda tinggalkan bateri kereta anda untuk sementara waktu
- Jangan sesekali kerapkali untuk cas semula kereta anda samada menggunakan jumper. Seeloknya bawa kereta anda untuk seminggu sekali ataupun hidupkan kereta yang anda jarang gunakan 2 hari sekali.
- Jangan sekali lupa tutup lampu kereta, cabut kunci kereta anda
- Menggunakan bateri yang sesuai dengan sistem audio kereta anda
- Matikan sistem audio, aircond, sistem elektronik terlebih dahulu sebelum hidupkan enjin kereta
Cara Jual Bateri
Apabila anda beli bateri kereta yang baru, jangan sesekali buang bateri lama.
Dan juga jangan sesekali beri secara percuma dan free bateri lama anda kepada tuan kedai ketika anda menukar bateri yang baru.
Anda sebenarnya boleh buat duit dengan bateri lama anda, apabila anda jual bateri anda kepada syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur KL.
Kadar yang ditetapkan untuk dibeli oleh Syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora adalah RM1 untuk setiap 1 kg. Ataupun anda boleh jual di bengkel-bengkel bateri dengan kadar harga antara RM10 hingga RM15. Anda juga boleh jual dengan Carsome.