Cara Beli Kereta Second Hand: Tips Beli Cash / Direct Owner / Loan kereta terpakai
Sebenarnya tiada istilah apa model, brand kereta jenis second hand yang terbaik di Malaysia hari ini.
BACA SINI: Ini pengalaman jual kereta di Carsome review atau perbandingan mytukar vs carsome
Hakikatnya yang terbaik adalah kereta yang berbaloi anda beli, pada harga kereta second hand lebih murah tanpa memberikan banyak kerosakan dan masalah kepada anda dan family anda. Itulah yang terbaik sebenarnya.
Kalau ikutkan beli kereta jenis second hand agak menguntungkan juga bagi kami, ini kerana harga kereta pun sudah jatuh. Owner pertama sudah menanggung nilai kerugian akibat jatuh harga selepas keluar showroom keret. Asalkan anda ada sedikit ilmu untuk tahu samada kereta kategori second hand tersebut ok atau tidak, anda boleh jimat banyak sebenarnya.
Senarai Kandungan Penting:
Tips Kereta Second Hand Terbaik
Di bawah ini kami akan kongsikan beberapa tips berdasarkan pengalaman kami sendiri beli kereta terpakai sebelum ini.
BACA SINI >> Kurnia Insurance: Login Motor Car Insurans Kereta Online
- Buka bonet enjin, Semak di setiap marking kereta anda. Samada ada kesan simen ataupun terdapat kesan skru pernah ditanggalkan di bahagian fender hadapan
- Check tulang panel kereta, ketuk disetiap inci bahagian tersebut. Jika pernah disimen, akan ada perbezaan bunyi apabila diketuk.
- Pastikan marking pada kipas, radiator, gearbox, dan hos yang lain masih ada.
- Perhatian bibir di bahagian hud bonet kereta tiada kesan pernah kena ketuk dan pernah kena simen
- Tiada rengangan yang ketara ataupun tak selari di antara panel kereta. Pastikan juga warna cat sama / sekata di antara permukaan pintu kereta tersebut.
- Bahagian utama dalam sesebuh kereta adalah pillar A. Ini adalah bahagian yang paling keras pada kereta yang bertindak melindungi bahagian kabin semasa berlaku pelanggaran / kemalangan / eksiden. Jika Pillar A pernah terkesan kerana kemalangan, akan kelihatan kesan ketara pada Pillar A (buka getahnya terlebih dahulu).
- Setelah anda cjeck bahagian body luar dan dalam, anda harus pandu uji dan test kereta kategori second hand tersebut, lakukan REV kereta terpakai itu beberapa kali. Pastikan dashboard kereta tidak bergegar kuat kereta REV.
- Pastikan aircond kereta masih sejuk
- Perhatikan fungsi brek kereta ketika pandu uji
BACA SINI >> Semakan bantuan subsidi car seat
Semua tips cara beli kereta yang second hand di atas membantu anda dari beli kereta potong, atau kereta terpakai yang pernah kelangan atau eksiden.
Berapa Bayar Bulanan Kereta Second Hand
Berapa anda kena bayar bulanan kereta second hand bergantung kepada jenama, bank, model kereta dan lain-lain. Untung lebih senang, anda boleh semak pautan info di bawah ini:
Cara Nak Beli Kereta Second Hand Cash
Pastikan anda follow dan ikut langkah dan cara nak beli untuk Kereta Second Hand dengan cash.
- Sila buat semakan saman
- Test drive kereta
- Runding dengan penjual untuk mendapatkan harga yang terbaik
- Bayar deposit
- Buat pemeriksaan puspakom
- Pergi ke JPJ untuk urusan pindah milik
- Beli Insurans Kereta Baru
- Penjual thumbprint untuk batalkan insurans dan roadtax kereta
- Anda dibenarkan oleh JPJ untuk dipindahkan nama kepada anda pada geran
- Bayar baki harga jualan kereta
Cara Beli Kereta Second Hand Loan
Jika anda sudah ada kereta terpakai pilihan anda, ini cara beli dari kereta second hand melalui loan.
- Sila buat pinjaman kereta
- Sila nyatakan insuran yang anda mahu ambil untuk lindungi
- Pilih nombor plat
- Itu sahaja
NOTA: Contoh Surat Perjanjian Jual Beli Kereta
Cara & Tips Beli Kereta Mengikut Gaji
- Jangan membuat keputusan terburu-buru. Kebiasaanya, pembeli kereta pertama akan memilih mana-mana pinjaman yang ditawarkan tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Anda perlu meneliti produk pinjaman yang ditawarkan oleh setiap bank yang berbeza supaya sesuai dengan kewangan anda.
- Membuat perbandingan jenis pinjaman kereta yang ditawarkan. Anda perlu membandingkan kadar faedah pinjaman kereta yang dikenakan dengan beberapa tawaran bank yang lain. Kebiasaannya, kadar faedah pinjaman kereta adalah berbeza seperti tempoh pinjaman (tahun) dan margin pinjaman (Margin of Finance). Semasa membuat perbandingan, dapatkan nasihat daripada ahli keluarga dan rakan anda.
- Mengenal pasti risiko pinjaman kereta dan kemampuan kewangan. Membuat pinjaman kereta tidak haruslah termasuk elaun tambahan anda, tetapi hanya gaji pokok (fixed income) anda supaya elaun tambahan anda boleh digunakan untuk membuat pembayaran dan pembelian bagi memastikan kelangsungan kehidupan.
- Sekiranya anda tidak dapat membuat bayaran pinjaman, kereta anda berkemungkinan akan ditarik balik oleh pihak bank, dikenakan faedah tambahan, penalti, atau dilelong.
- Anda juga perlu mengambil kira kos penyelenggaraan kereta (maintenance), pengisian minyak kereta, pembayaran tol, atau bayaran kupon dan saman.
Kegagalan membuat bayaran balik kepada bank berdasarkan jadual pembayaran yang ditetapkan akan menjejaskan skor kredit pinjaman (CCRIS dan CTOS) dan mempengaruhi urusan permohonan pinjaman pada masa hadapan.
Memilih kadar faedah pinjaman kereta terendah. Semak laporan kredit, dan mengenal pasti Terma dan Syarat (Terms and Conditions) dalam pinjaman bank.
Anda perlu menyemak kontrak (agreement) dengan pihak bank bagi mengenal pasti sama ada bayaran caj tambahan tersembunyi yang mungkin dikenakan terhadap anda.
NOTA: Jika gaji rm1000 beli kereta tiada masalah jika membeli kenderaan yang sesuai dengan kemampuan anda.
Jangan Beli Kereta Showroom
Ya. benar. tetapi ikut juga karakter bakal pembeli kereta tersebut. Sebab ada jenis orang terutamanya kalangan pembeli wanita / perempuan suka kereta baru.
Ada masalah boleh claim waranty. Tidak mahu pening-pening kepala memikirkan tentang penyelenggaraan dan maintenance kereta. Suka bau kereta baru dan lain-lain.
Tetapi tahukah anda sebaik sahaja kereta baru anda keluar sahaja dari showroom, nilai kereta yang anda beli itu akan terus jatuh harga antara 10 hingga 20 peratus. ON THE SPOT!
Hari ini ada banyak betul pilihan kereta second hand murah samada di Sabah Sarawak Pulau Pinang Penang kereta terpakai Selangor, Kuala Lumpur KL Putrajaya Melaka Negeri Sembilan Johor Kelantan Terengganu Pahang Perlis Perak Kedah.
SUMBER: Carro
Selesai Masalah, Elak Kena TIPU!
Semoga perkongsian ini dapat memberikan penjelasan disebalik beberapa persoalan anda sebelum ini termasuklah:
- Cara beli kereta terpakai direct owner
- Cara beli kereta terpakai untuk student
- cara beli kereta second hand dengan buat loan
- Cara nak tahu samada kereta terpakai tersebut pernah tak kemalangan (accident) atau tidak
Soalan Lazim & FAQ
1) Berapa lama proses beli kereta terpakai
Semoga perkongsian memberikan keyakinan dan lebih kefahaman sekaligus memudahkan proses anda nak beli kereta second hand kelak!