Berapa caj & kos harga renew passport, cara buat Passport Malaysia Baru 2024 pertama kali secara online atau di utc, serta denda pasport malaysia hilang kali pertama Rm400 hingga RM1200
Dahulu untuk pergi ke luar negara, adalah boleh dikatakan hampir mustahil. Dengan kos penerbangan yang mahal menyebabkan peluang rakyat Malaysia bercuti ke luar negara hanyalah impian semata-mata.
Bercuti ke luar negara seringkali dikaitkan hanya untuk golongan kaya sahaja. Sehinggalah adanya harga tiket air asia promo kemudian Malindo Air dan banyak lagi syarikat tambang murah yang menawarkan harga tiket flight yang mampu milik untuk rakyat Malaysia keluar negara.
Begitu juga harga passport. Dahulu mahal sekarang harga sudah turun dan semakin turun harga.
Terkini melalui semakan status perjalanan imigresen Malaysia telah membuat tawaran yang cukup menarik apabila menawarkan harga serendah RM200 sahaja.
Senarai Kandungan Penting:
Berapa Harga Buat Passport Malaysia 2024
Dan dokumen anda akan aktif selama tempoh 5 tahun lamanya.
- BACA SINI >> Cara ambil gambar passport: Photo & Background Yang Betul
- BACA SINI >> perbaharui passport tamat tempoh di Malaysia
Menarik bukan dengan semakan baharu malaysia passport price 2024?
- Harga renew passport lama malaysia : RM300
- Harga baru renew passport malaysia untuk umur 13 tahun hingga 59 tahun : RM200
- Harga renew passport untuk warga emas 60 tahun ke atas : Rm100
- Harga untuk buat baru passport 2024 melibatkan jemaah haji : Rm100
- Harga renew untuk 5 tahun : RM200 (seperti harga untuk permohonan baru)
- Harga renew passport untuk kanak kanak 12 tahun dan ke bawah : Rm100
- Harga renew untuk OKU (Orang Kelainan UPaya) : PERCUMA dan FREE
BACA SINI: Cara buat temujanji imigresen online
Cara Buat Passport Pertama Kali Online
Dengan arus teknologi yang semakin canggih, dokumen perjalanan anda kini boleh dipohon dan dilakukan secara atas talian.
Pemohon tidak lagi perlu ke kaunter Jabatan Imigresen Malaysia untuk membuat permohonan dokumen ini.
Walaubagaimanapun, bagi individu yang pertama kali ingin membuat permohonan, mereka wajib hadir ke JIM untuk urusan membuat dokumen perjalanan ini.
Berikut merupakan cara buat pasport malaysia secara online;
- Pemohon mestilah melayari laman sesawang imigresen-online seperti pada Rajah di atas ini
- Klik pada butang “Setuju”.
- Pemohon hendaklah mengisi butiran maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan betul seperti pada Rajah di bawah ini
- Kemudian, klik pada butang “Carian”.
- Seterusnya, pemohon mestilah memuat naik gambar berukuran pasport online seperti mana yang dinyatakan.
- Tanda pada kotak persetujuan untuk pengesahan dan persetujuan maklumat yang dinyatakan dan diisikan.
- Klik pada butang “Teruskan”.
- Pemohon hendaklah membuat pembayaran sebanyak RM200.
- Akhir sekali, pemohon akan menerima resit bayaran yang telah dibuat dan pemohon hendaklah hadir ke kaunter JIM untuk membuat tuntutan dengan menunjukkan resit bayaran tersebut.
Cara Buat Passport di UTC Kaunter Imigresen Malaysia
Bagi individu yang pertama kali ingin membuat dokumen baru passport, kanak kanak, pelajar yang menyambung pelajaran ke luar negara, individu yang kehilangan passport atau warga emas yang tidak mahir untuk melakukan permohonan atas talian, mereka boleh membuat permohonan di mana-mana kaunter imigresen yang berdekatan.
Berikut merupakan cara cara untuk buat permohonan menerusi kaunter imigresen malaysia;
- Pemohon hendaklah hadir ke mana-mana Jabatan Imigresen Malaysia yang berdekatan atau utc yang terdekat.
- Bagi pemohonan 18 tahun ke bawah, ibu bapa hendaklah hadir bersama.
- Dapatkan borang permohonan dengan pegawai yang bertugas di JIM.
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
- Pemohon akan dipanggil oleh pegawai JIM yang bertugas untuk tujuan mengambil gambar dan membuat pengesahan cap jari.
- Pemohon mestilah menunggu 1-3 jam untuk menerima dokumen perjalanan pemohon.
- Akhir sekali, pemohon perlu membuat bayaran untuk menerima dokumen rasmi perjalanan ke luar negara tersebut.
Adakah Cepat Siap Jika Buat Dokumen Rasmi di UTC
Cara buat pasport malaysia semakin lancar. Proses bagi permohonan di UTC adalah mengambil masa 1 jam sahaja bergantung kepada bilangan pemohon pada hari tersebut.
Tetapi, Semakin ramai pemohon, semakin lama tempoh menerima dokumen ini.
Walaubagaimanapun, permohonan adalah dalam tempoh 24 jam sahaja. Pemohon akan menerima dokumen mereka pada hari yang sama.
Kos Harga Passport Hilang Kali Pertama 2024
Anda akan dikenakan denda passport hilang yang tinggi berdasarkan kadar yang diumum Jabatan Imigresen Malaysia baru baru ini seperti pada jadual di bawah ini :
BACA SINI: myimms e service status
KATEGORI | Kali Pertama | Kali Kedua | Kali Ketiga |
---|---|---|---|
Semua orang | RM400 | RM700 | RM1200 |
Bawah 12 tahun @ umur 21 tahun belajar di luar negara | RM300 | RM600 | RM1100 |
1) Anda boleh pergi ke mana cawangan Jabatan Imigresen Malaysia di UTC untuk harga renew passport yang berhampiran dengan anda samada Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Selangor, Perak, Sarawak, Sabah, Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Kedah, Terengganu, Kelantan, Johor.
2) Antara dokumen untuk buat baru yang perlu anda bawa bersama di Pejabat Imigresen adalah semestinya kad pengenalan anda. Itu sahaja.
Tidak perlu bawa gambar untuk tujuan dokumen perjalanan anda bersama.
Ini kerana kakitangan Imigresen yang akan ambil gambar anda menggunakan kamera canggih mereka yang diintegarasikan dengan sistem mereka
3) Jikalau anda mahu renew secara online, boleh buat menggunakan sistem Myonline Pasport. Pautannya di bawah. sangat mudah.
Hantar permohonan secara online, buat bayaran secara online. dan boleh ambil pasport malaysia anda di cawangan Imigresen yang tersenarai dalam sistem online tersebut
PERKARA | PAUTANNYA |
---|---|
Permohonan pembaharuan pasport malaysia secara online | eservices imi gov my |
Semak Status Dokumen Perjalanan
Pemohon yang berjaya membuat permohonan atas talian boleh membuat semakan mohon sama ada lulus atau tidak.
Semakan status permohonan boleh dibuat oleh pemohon menerusi laman sesawang https://imigresen-online.imi.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini.
Pemohon hendaklah memasukkan butiran maklumat yang dikehendaki dan klik pada butang “Carian” untuk mengetahui semakan status pemohon.
Pemohon yang lulus semakan online boleh segera membuat tuntutan passport di kaunter JIM.
Manakala, individu yang gagal, mereka hendaklah membuat semak status dengan menghubungi pihak JIM berkenaan dengan status permohonan mereka.
Gambar Pasport
Di sini kami kongsikan cara buat gambar cara buat gambar ukuran background secara online yang boleh dibuat melalui handphone / guna microsoft word / tanpa menggunakan software photoshop
- Cara buat online passport mengikut size photo malaysia guna phone / handphone : Kami sarankan anda gunakan aplikasi / apps PICSTART
- Atau cara kedua, anda boleh buat gambar menggunakan sistem online, change background portal
Sangat mudah. Anda boleh cuba sekarang
Di Mana Tempat Lokasi Pejabat Passport KLIA
Bermula 19 Januari, pejabat perkhidmatan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertujuan untuk memudahkan urusan para pelancong Malaysia jika terdapat masalah dengan dokumen perjalanan mereka.
Ianya terletak di Pejabat Passport KLIA, Jabatan Imigresen Malaysia, Long Term Car Park, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
FAQ
Jika anda buat permohonan sebelum 3 petang, anda akan dapat pada hari yang sama.
Tetapi jika anda hantar permohonan selepas itu, anda hanya akan dapat selepas pukul 10 pagi pada hari berikutnya
Latar belakang gambar mestilah warna biru dan saiz ukuran adalah 35×50 mm
P/S : Berdasarkan ranking, pasport negara kita diletakkan antara yang berpengaruh di dunia kerana boleh masuk lebih 180 buah negara di dunia. Hebat bukan?
PP/S : Jikalau boleh berhati hati. Jangan biar passport hilang. Ini kerana jumlah denda dan penalti yang dikenakan terhadap anda cukup tinggi iaitu antara RM400 (hilang kali pertama), RM700 (hilang kali kedua) dan Rm1200 (hilang kali ketiga dan seterusnya)
PPP/S : Untuk pengetahuan anda tiada caj ke sabah ataupun caj harga ke sarawak.
Untuk yang mahu melancong atau pergi ke Sabah atau Sarawak, anda akan diberikan dokumen di balai ketibaan airport Sabah atau Airport Sarawak. Ia membolehkan anda tinggal di Sabah dan Sarawak tidak lebih 3 bulan lamanya.
PPPP/S : Untuk anda yang bekerja di Brunei, harga renew passport Brunei dikenakan caj serendah 5 tahun (sah selama 5 tahun maksimum).
Sama kita mengharapkan agar kerajaan pertimbangan harga renew passport akan diturunkan dan tempoh dipanjangkan bagi memudahkan rakyat Malaysia merancang perbelanjaan selelepas ini.