Harga Perodua Alza 2023 price Malaysia yang akan bersaing dengan model kereta baru seperti ativa, myvi, bezza mitsubishi xpander aruz dan juga toyota veloz
Pada julai, kereta Perodua Alza generasi kedua telah diperkenalkan bagi menggantikan kereta alza generasi pertama yang telah berada di pasaran selama 13 tahun.
Begitu banyak pembaharuan yang ditampilkan oleh Perodua bagi model Alza kali ini yang sama sekali menjadikan penawaran model terbaru ini sangat berbeza.
BACA SINI: Harga mitsubishi xpander 2023 malaysia
Tiga pilihan varian ditawarkan iaitu X, H dan AV dengan setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Harga Perodua Alza 2024 Price Malaysia Yang Baru
Akhirnya diumumkan harga alza di Malaysia termasuk di Kuala Lumpur Kl Pulau Pinang Terengganu Melaka Penang Selangor Kelantan Sarawak Perlis Kedah Negeri Sembilan Sabah Pahang Perak Pahang.
- BACA SINI >> perodua aruz harga sebulan
- BACA SINI >> Harga myvi baru dan bayaran bulanan
- BACA SINI >> Harga Proton X90 Baru Price: Bayaran Bulanan Kereta
VARIAN | SEMENANJUNG (RM) | SABAH & SARAWAK (RM) |
---|---|---|
Harga alza baru 1.5L AVD-WT | 75,500 | 78,000 |
1.5L HD-CVT | 68,000 | 70,500 |
1.5LX D-DVT | 62,500 | 65,000 |
Senarai Ansuran Harga Perodua Alza 2023 Bulanan
- BACA SINI >> Harga proton saga baru bayaran bulanan
- BACA SINI >> Harga Perodua Bezza 2024 Baru Bayaran Bulanan
VARIAN | ANSURAN | SEMENANJUNG (RM) | SABAH & SARAWAK (RM) |
---|---|---|---|
1.5L AVD-WT | 9 TAHUN | 827 | 855 |
7 TAHUN | 1,007 | 1,040 | |
5 TAHUN | 1,331 | 1,375 | |
0% DP. | 919 | 1,528 | |
1.5L HD-CVT | 9 TAHUN | 745 | 773 |
7 TAHUN | 907 | 940 | |
5 TAHUN | 1,199 | 1,243 | |
0% DP | 828 | 858 | |
1.5LX D-DVT | 9 TAHUN | 685 | 712 |
7 TAHUN | 834 | 867 | |
5 TAHUN | 1,102 | 1,146 | |
0% DP | 761 | 791 |
Kelebihan
1. Harga alza yang berpatutan
Walaupun sedikit mahal berbanding model yang lama, dengan penambahbaikan yang ketara dari segi teknologi dan aspek keselamatan, Alza menawarkan harga yang sangat berbaloi.
2. Rekaan Luaran dan Dalaman
Rekaan luaran Alza nampak garang dan futuristik. Rekaaan dalaman pula sangat mewah dengan tempat duduk yang diperbuat daripada kulit dan fabrik bewarna coklat.
Sistem dan skrin infotainment serta paparan meter pula seolah-olah kita berada di dalam sebuah kereta mewah
3. Sistem Suspensi Seimbang
Sistem suspensi Alza tidak terlalu lembutdan tidak terlalu keras.
Ini menjadikan penjumbang atau pemandu tidak terlalu berayun atau terlambung apabila memandu di permukaan jalan yang tidak rata.
4. Keselamatan
Terdapat begitu banyak ciri-ciri keselamatan yang diterapkan di dalam Alza.
Yang paling ketara adalah Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran.
Kombinasi Amaran Perlepasan Laluan (LDW), Pencegahan Perlepasan Lalaun (LDP) dan Kawalan Penetapan Laluan (LKC) memastikan anda tidak tersasar dari laluan semasa memandu.
Sistem Kawalan Jejajah Adaptif akan memberi amaran sekiranya anda terlalu rapat dengan kenderaan di depan atau bersebelahan.
Alza juga dilengkapi dengan 6 beg udara dan sistem pemantauan titik buta.
5. Teknologi Terkini
Perodua Alza dilengkapkan dengan suit Perodua Smart Drive Assist (PSDA).
PSDA Perodua Alza terbahagi kepada beberapa kategori termasuk Bantuan Keselamatan Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Hadapan.
Selain daripada itu, Alza baharu juga dilengkapi ciri-ciri terkini seperti kamera 360 darjah, brek letak kereta elektronik, brek cakera belakang dan tiga mod pemanduan baharu iaitu biasa, eko dan kuasa.
Kekurangan
1. Keselesaan
Walaupun dengan ruang yang lebih luas berbanding model yang lama, namun pemanduan jarak jauh dengan kapasiti penuh akan memberikan ketidakselesaan kepada para penumpang.
Sekiranya anda ingin memandu pada jarak yang jauh, hadkan bilangan penumpang kepada 5 orang sahaja bagi menikmati keselesaan perjalanan.
2. Ergonomik
Rekaan kerusi pemandu dan tetapan stereng kurang ergonomik menyebabkan pemandu mudah merasa lenguh terutama sekali apabila mengharungi perjalanan jarak jauh.
Perodua Alza Jimat Minyak Tak
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad, penggunaan bahan api Alza baru adalah 22km/L.
Ini menjadikan Alza merupakan antara kereta yang terbaik dan jimat minyak dalam kelas MPV
Alza vs Toyota Veloz
Alza dan Velos dihasilakan daripada platform yang sama iaitu pacuan hadapan Daihatsu New Global Architecture (DNGA).
Ianya juga menggunakan enjin yang sama dengan kuasa kuda 106 dan tork 137 Nm.
1. Harga
Anda boleh mendapatkan model kereta ini dengan harga alza serendah RM62500 dan boleh memilih daripada tiga varian yang ditawarkan.
Namun, Veloz hanya mempunyai satu varian dengan harga RM95000 menjadikan jurang harga di antara kedua kereta antara kereta alza dan kereta veloz ini begitu tinggi sedangkan memiliki enjin dan platform yang sama.
2. Bahagian Luaran
Tidak banyak perbezaan dari segi rekaan luaran kedua-dua kereta ini kerana ianya menampilkan rupa asas yang sama.
Namun dari segi rekaan muka, Alza menonjolkan abjad X seperti yang terdapat pada MyVi dan Ativa bersama gril utama berbentuk seperti mangkuk serta elemen berbentuk ‘L’.
Veloz pula membawa rekaan gril berbentuk heksagon dengan elemen berbentuk Y.
Bagi kluster lampu LED hadapan pula, ianya hanya dibezakan dari segi perincian dan grafik dalaman sahaja.
Kedua-dua kereta ini menampilkan jalur krom namun dengan reka bentuk yang sedikit berbeza.
Jalur krom untuk veloz bermula dari hujung bonet, ke bahagian kening dan terus sehingga ke fender dan tingkap belakang.
Manakala jalur krom alza tidak bersambung dengan fender dan lampu hadapan.
3. Suspensi
Alza memiliki jarak kelegaan tanah setinggi 150mm dan 160mm, manakala Veloz menampilkan jarak yang lebih tinggi iaitu 190mm.
Dari segi kerendahan ini, ia memudahkan anda memasukkan barang ke dalam alza dan juga memudahkan kank-kanak serta orang tua untuk masuk ke dalam kereta.
Ketinggian jarak kelegaan tanah Veloz pula menjamin agar pemandu tidak perlu risau akan permukaan bawah kereta daripada ancaman tanah atau jalan yang tidak rata.
4. Kabin
Veloz dan Alza dilengkapi dengan skrin infotenmen 9 inci.
Namun Alza hanya dilengkapi dengan fungsi android auto manakala Veloz dilengkapi dengan Android Auto dan juga Apple Carplay
5. Stereng Steleskopik
Veloz dan Alza dilengkapkkan dengan sistem stereng yang berbeza di mana Veloz dilengkapi dengan stereng steleskopik yang boleh di laras ke kiri, kanan, atas dan bawah sedangkan setreng Alza hanya boleh dilaras ke atas dan bawah sahaja.