Permohonan Pembahagian Harta Pusaka kecil online bagi tahun 2023 atau di pejabat tanah dengan download JKPTG online www.jkptg.gov.my borang a, cara mengisi dan panduan memohon dikongsikan di bawah ini
Kepada yang baru sahaja kematian orang tersayang, kami ucapkan salam takziah buat anda. Sudah pastinya banyak proses yang perlu dilaksanakan bagi mengelakkkan perkara-perkara berbangkit di kemudian hari ini.
BACA SINI: Semakan cukai tanah online di Malaysia
Ini termasuklah urusan pembahagian harta pusaka kecil di jkptg dari si mati yang melibatkan beberapa hartanah yang ditinggalkan seperti tanah, rumah, kedai, simpanan wang tunai di bank, pelaburan saham, simpanan pelaburan agen ASB / ASN, kereta, caruman kwsp dan lain-lain.
Dan jika semua jumlah harta yang ditinggalkan oleh si mati tidak melebihi RM2 juta, ia boleh diuruskan untuk Jabatan Tanah dan Galian Jkptg melalui Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil yang bertanggungjawab untuk memproses borang permohonan, melakukan proses perbicaraan dan akhirnya mengeluarkan satu perintah untuk pembahagian pusaka kecil untuk yang berhak.
Senarai Kandungan Penting:
Semakan Status Pembahagian Harta Pusaka Kecil 2023
Untuk permohonan baru ada 2 pilihan boleh di buat, samada memohon secara online di laman web portal rasmi, www.jkptg.gov.my atau boleh buat di pejabat tanah yang terdekat samada di Putrajaya Labuan Sabah Sarawak Negeri Sembilan jkptg Melaka jkptg Johor Pahang Terengganu Kelantan jkptg Kuala Lumpur jkptg Selangor jkptg Perak Perlis Kedah ataupun di Pulau Pinang jkptg Penang
- BACA SINI >> pelepasan cukai perniagaan
- BACA SINI >> Harga Perak Hari Ini Malaysia: 1 Gram 10 Gram 1 kg
PERKARA | LINK PAUTAN |
---|---|
Daftar permohonan permohonan pembahagian pusaka kecil secara online | https://www.myetapp.gov.my/ daftar permohonan myetapp online |
Semakan Status Pembahagian secara online | https://www.myetapp.gov.my/ semakan online |
BACA SINI: Hukum faraid kwsp jika suami meninggal
Download Borang a Pusaka Kecil 2023 Jkptg
PERKARA | LINK PAUTAN |
---|---|
Download borang A dalam bahasa Melayu | https://www.jkptg.gov.my bahasa melayu |
Download borang A dalam bahasa Inggeris | https://www.jkptg.gov.my bahasa melayu |
Borang A di Pejabat Tanah
Selain kaedah online anda boleh juga hantar permohonan secara manual di pejabat tanah dan galian PTG yang terdekat anda samada di Sabah Sarawak Labuan Putrajaya Kuala Lumpur KL Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Perlis Kelantan Terengganu Pahang Perak Kedah Pulau Pinang Penang.
Senarai Dokumen Penting Yang Diperlukan
Sila semak senarai dokumen penting yang diperlukan, https://www.jkptg.gov.mySENARAI_SEMAK_BORANG_A.pdf
Panduan Cara Mengisi Borang Pusaka Kecil
Pastikan untuk permohonan anda, anda sudah pun daftar akaun secara online di portal JKPTG, www.jkptg.gov.my
Di bawah Akta (Pembahagian) 1955, ada dua jenis borang memohon sebenarnya yang disediakan iaitu:
- Di bawah Seksyen 17 Borang P
- Di bawah Seksyen 8 Borang A
Jika anda tidak pernah buat permohonan sebelum ini, dan ini adalah permohonan baru daripada anda atas nama si mati, sila isi borang A
Borang P digunakan jika anda mahu memasukkan lagi harta yang masih tertinggal untuk dibahagikan dan diselesaikan.
- PASTIKAN setelah anda siap isi secara online borang A JKPTG ini, sila cetak dan pergi ke Majistret ataupun Peseruhjaya Sumpah untuk proses tandatangan dan bawa bersama dokumen penting yang diperlukan ke Unit Pembahagian Pusaka.
- Dokumen permohonan dan salinan dokumen sokongan yang penting ini perlu hantar tidak lebih dari 21 hari tarikh anda mohon secara online
Carta Alir (Semak Proses)
Mari tonton secara ringkas video yang dikongsikan khas untuk anda mengenai isu ini dengan lebih lanjut dari pihak jkptg sendiri.
Semoga urusan pembahagian anda melalui JKPTG ini dipermudahkan.