Cara Pembahagian Harta mengikut hukum & ilmu faraid jika Anda suami atau isteri Meninggal Dunia untuk beli rumah dengan join 2 nama
Kepada yang sudah beli rumah pertama, kedua dan seterusnya kami ucapkan tahniah. Tetapi tahukah anda, ramai sebenarnya yang membuat kesilapan pada ketika membeli rumah bersama-sama terutamanya melibatkan antara pasangan suami isteri.
BACA SINI: Jika anda penjawat awam, sila semak baki pinjaman perumahan kerajaan lppsa sekarang
Kononnya ramai yang beranggapan, jikalau beli rumah dengan 2 nama, akhirnya jikalau salah seorang mati meninggal dunia samada isteri atau suami meninggal, pasangan anda terus dapat rumah tersebut.
Itu yang biasa perancangan dibuat oleh kalangan pasangan muda hari ini sekarang. Tetapi tahukah anda, banyak sebenarnya masalah akan timbul apabila salah seorang meninggal dunia.
Hukum Faraid Jika Suami Meninggal
Biasanya ramai yang ambil insuran MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful), asal tandatangan sahaja tanpa membuat semakan. Ini kerana ada juga MRRT yang diambil rupa-rupanya tidak ‘cover’ sepenuhnya jumlah pinjaman perumahan yang anda ambil. Atau tidak menampung keseluruhan tempoh pinjaman rumah anda.
- BACA SINI >> eGumis: Login Online Wang Tidak Dituntut (egumis.anm.gov.my)
Sebab ada yang menggunakan 5 peratus tambahan pinjaman perumahan dari bank untuk tujuan macam-macam, legal fee (yuran guaman), valuation fee (yuran penilaian) dan juga MRTT.
Akhirnya, MRTT tidak dapat menampung keselurhan insurans rumah anda. Jadi mohon semak semula terma MRTT anda. Walaubagaimanapun untuk contoh di bawah ini, kami angggap MRTT cover keseluruhan pinjaman perumahan yang anda buat suami isteri.
- Ok baik. Dipendekkan cerita. Rumah anda beli bersama diletakkan atas nama anda sebagai isteri dan suami tercinta anda
- Masalahnya pinjaman perumahan atas suami anda seorang sahaja
- Kemudian suami anda meninggal dunia
- Jadi anda sebagai isteri, akan mula menuntut untuk claim MRTT
- Biasanya MRTT akan ambil masa beberapa bulan. Biasanya sekitar 6 bulan lamanya untuk diselesaikan
- Tetapi tahukah anda, anda sebagai isteri perlu terus membayar seperti biasa bayaran bulanan pinjaman perumahan tersebut untuk tempoh sekitar 6 bulan lamanya sehingga proses claim MRTT berjaya diselesaikan
- Dan di sini masalah akan mula timbul?
BACA SINI: Pembahagian Harta Pusaka: www.jkptg.gov.my borang a
Adakah anda sebagai isteri merasakan rumah tersebut akan menjadi hak milik anda sepenuhnya, selepas hutang rumah tersebut telah diselesaikan melalui claim MRTT tersebut?
Jawapannya TIDAK!!
Cara Pembahagian Harta Faraid Untuk Isteri
Katakan nilai rumah tersebut yang terkini (harga pasaran), RM250,000
Berdasarkan cara kiraan faraid jika suami meninggal, anda sebagai isteri hanya akan dapat bahagian sebanyak 50 peratus + 12.5 peratus sahaja daripada nilai rumah tersebut.
Bakinya perlu dibahagikan mengikut ilmu faraid dikalangan waris faraid mengikut cara pembahagian faraid kematian suami
Untuk memudahkan pemahaman anda, boleh rujuk gambar yang dikongsikan di bawah sebagai rujukan
Jikalau tiada anak lelaki
- Adik beradik suami anda pun berhak tuntut harta daripada nilai rumah anda itu
Cara Pengiraan Faraid Suami Meninggal
- Samada anda jual rumah tersebut, hasil jualan dibahagikan menggikut pembahagian harta faraid.
- Atau anda menggunakan duit simpanan anda untuk diberikan kepada ahli waris yang layak mengikut pengiraan faraid. Jikalau tiadak cukup cash, terpaksalah ikut PILIHAN YANG PERTAMA
ANDA (ISTERI): Jadi daripada RM250,000 anda akan dapat 50 peratus + 12.5 peratus (62.5 peratus) iaitu sebanyak RM156,250
- Jadi jikalau suami anda sebelum meninggal dunia, sempat buat hibah takaful atas nama anda.
- Suami anda mati meninggal dunia, automatik RM250,000 akan diberikan kepada anda sebagai penerima HIBAH TAKAFUL dalam tempoh beberapa minggu sahaja
- Anda tidak perlu bahagikan RM250,000 mengikut faraid.
- Anda juga boleh gunakan RM250,000 untuk bayaran bulanan sepanjang proses claim MRTT
Tahukah, proses FARAID mengambil masa sekitar 2 tahun. Ada kes 10 tahun pun tak selesai-selesai lagi. Ini baru cerita satu rumah, satu harta. Bagaimana jikalau yang banyak harta.
Itu pentingnya buat HIBAH TAKAFUL INI.
Jikalau tidak kasihan pasangan masing-masing terutamanya isteri anda terpaksa berhadapan situasi ‘PERIT’ seperti ini.
Wawarkan kepada pasangan masing-masing
Sumber: http://e-muamalat.islam.gov.my
Hukum Faraid Jika Isteri Meninggal
Anda akan sedar ada masalah akan tiba apabila anda kematian isteri tercinta anda.
Bagi kes kematian isteri pula, MRTT tidak dapat nak claim.
Sebab apa? Sebab financing di bawah nama suami. Jadi MRTT hanya akan cover kematian suami sahaja.
Jadi macam mana?
Hak isteri 50 peratus dari pemilikan rumah tetap perlu diagihkan ikut faraid (sebab rumah dua nama).
Kalau rumah RM 500,000
- suami dapat RM250,000
- isteri RM250,000 (kena agihkan ikut faraid bahagian ini)
Pilihan yang ada?
Suami guna cash atau tunai yang ada untuk bayar hak faraid waris isteri (kalau tidak waris seperti adik beradik akan claim rumah tu)
Atau
Suami jual rumah tersebut, dan hasil 50 peratus bahagian faraid isteri diagihkan kepada waris-waris yang berhak.
Jikalau masih tidak faham lagi, boleh rujuk gambar di bawah ini melibatkan hukum faraid isteri anda meninggal. Kiraan faraid dalam bentuk bergambar seperti di bawah ini.
Lagi kasihan kepada suami jikalau jadi macam ini.
Ada penyelesaian tak?
Ada
Penyelesaiannya Elak Faraid. Buat hibah hartanah
Suami kepada isteri dan isteri kepada suami.
Jikalau Buat Pinjaman LPPSA
Tidak kisah loan LPPSA atau Loan dengan pihak bank, bila kita beli rumah kita akan attach sekali dengan Takaful untuk protect kita sekiranya berlaku kematian.
Selalunya dengan MRTT.
Bila wife meninggal MRTT akan akan bayar baki hutang rumah ikut amount coverage yang diambil.
Apabila rumah sudah habis dibayar, suami boleh tuntut harta sepencarian. Dan selebihnya wajib difaraidkan kepada waris yang layak. Bukan 100 peratus jadi milik suami ya.
FAQ Pembahagian Harta Faraid Jika Meninggal Dunia
1. Jikalau ada penyakit ,contoh darah tinggi,kencing manis,jantung boleh ambil hibah takaful?
2. Andai kata rumah, si isteri minta husband buat hibah atas nama anak, maka rumah itu tu automatik akan diwariskan kepada anak tanpa melalui sistem pembahagian faraid?
3. Kalau rumah nama isteri, kemudian isteri meninggal dunia, rumah pakai loan LPSAA macam mana pula? Apa persediaan yang perlu?
Kepada yang rasa artikel hukum faraid jika suami meninggal ada anak lelaki atau tiada anak lelaki ini bermanfaat untuk ahli keluarga terdekat, pasangan anda (isteri atau suami anda) dan kawan-kawan rapat ini, boleh SHARE di FACEBOOK & WHATAPPS mereka. Dipersilakan