Syarat Untuk Claim Hrdf Login

HRDF Login Registration: Human Resources Development Fund Malaysia hrd levy payment

hrdf login

Human resources development fund atau Bahasa Melayu nya adalah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Ianya tertakluk di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001 (Akta PSMB 2001). Menurut artikel yang diterbitkan oleh Aditi Sharma Kalra pada May 2021, Human resources development fund telah dijenamakan semula menjadi HRD Corp. Penjenamaan semula ini telah diumumkan di laman web rasmi terbaru mereka.

Ia merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab memungut levi daripada para majikan dan menyediakan pembiayaan untuk latihan serta pembangunan tenaga kerja dalam mencapai aspirasi pengembangan bakat Malaysia. Dengan misi menambahbaik kehidupan rakyat dari segi pekerjaan dan pembelajaran sepanjang hayat, ia telah membantu rakyat Malaysia mendapatkan pekerjaan, penempatan latihan industri, khidmat bimbingan dan kaunseling serta membuka peluang yang lebih luas untuk menjana pendapatan.

Ia membawa visi untuk menjadikan setiap individu di Malaysia sebagai individu yang terlatih dan mempunyai kebolehkerjaan yang tinggi. Sejajar dengan aspirasi Negara untuk mencapai status Negara berpendapatan tinggi, ia akan sentiasa menjadi pemangkin dan badan yang bertanggungjawab untuk mengembangkan bakat tenaga kerja di Malaysia.

Cara Daftar Hrdf Registration

Berikut merupakan langkah-langkah untuk cara daftar hrd corp:

BACA SINI: Perkeso login: cara daftar portal assist socso online

  • Sebagai majikan yang telah mendaftar di bawah akta PSMB 2001 dan mempunyai lebih daripada 10 orang pekerja Warganegara Malaysia, anda wajib mendaftar.
  • Bagi majikan yang mempunyai 5 hingga 9 orang pekerja Warganegara Malaysia pula, mereka diberi pilihan untuk mendaftar ataupun tidak.
  • Peratusan levi yang akan dikenakan adalah sebanyak 1% gaji bulanan pekerja bagi majikan yang memiliki 10 orang pekerja tempatan, manakala 0.5% bagi majikan yang memiliki 5 hingga 9 pekerja tempatan.

Sebelum anda register, pastikan anda telah mengimbas dokumen berikut:

a) Lesen pendaftaran dari Pendaftar Perniagaan (ROB) atau Pendaftar Syarikat (ROC)

b) Penyata KWSP atau PERKESO terkini

c) Profil Syarikat atau Laporan Tahunan atau Laporan Kewangan yang telah diaudit

  1. Layari laman web hrdcorp.
  2. Pada menu tarik turun, klik pada “Majikan”
  3. Klik pada pautan “Klik Sini Untuk Pendaftaran”
  4. Anda akan dibawa ke paparan www.hrdcorp.gov.my borang 1. Lengkapkan Borang 1 dengan teliti. Anda boleh klik link ini untuk mendapatkan panduan bagaimana untuk mengisi borang 1; supportcentre hrdcorp.
  5. Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan betul dan sah. Dokumen yang di muat naik juga adalah dokumen yang sah.
  6. Akhir sekali tekan butang “hantar” pada borang 1.

Gambar rajah di bawah menunjukkan panduan untuk mendaftar

hrdf malaysia

Cara Akses Hrdf Login

BACA SINI: Cara socso claim: Borang Tuntutan Perkeso 2022

Sebelum anda dapat log masuk ke dalam sistem Pembangunan Sumber Manusia Berhad, anda perlu mendapatkan nama pengguna dan kata laluan terlebih dahulu untuk akses login masuk hrdf malaysia.

Untuk tujuan permohonan nama pengguna dan kata laluan, anda perlu menghantar surat dengan menggunakan kepala surat syarikat dan ditandatangan oleh pegawai yang berkuasa sekurang-kurangnya berpangkat eksekutif.

Surat tersebut dengan jelas menyatakan permohonan untuk mendapatkan kata laluan dan disertakan dengan maklumat seperti berikut:

  1. Nombor MyCoID
  2. Nama Syarikat
  3. Nama Pemohon
  4. Alamat E-mel yang berdaftar
  5. Nombor Telefon

Hantar permohonan anda ke alamat e-mel support@hrdcorp.gov.my dan tunggu dalam tempoh 24 jam untuk permohonan anda disemak.

Notifikasi dan kata laluan yang dijana oleh hrdsystem@hrdcorp.gov.my akan dihantar ke alamat e-mel yang anda telah daftar.

Setelah memperoleh kata lalaun, anda boleh layari laman web hrdcorp dan tekan login masuk hrdf malaysia.

Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda.

Cara Membuat Bayaran Hrd Levy Payment

BACA SINI: Akta kerja 1955: pembayaran gaji & hak pekerja wanita malaysia

Terdapat tiga jenis pembayaran levi iaitu Levi Semasa yang merupakan bayaran yang dilakukan pada tempoh yang ditetapkan, Hrd levy Dalam Tunggakan iaitu bayaran levi yang dibuat selepas tempoh yang ditetapkan dan yang ketiga adalah Faedah Terhadap Hrd levy yang merupakan bayaran yang dibuat di atas kelewatan pembayaran dengan kadar 10%.

Berikut adalah langkah-langkah pembayaran levi:

  1. Layari laman web hrdf portal, hrdcorp.
  2. Tekan butang log masuk dan masukkan nama pengguna dan kata laluan.
  3. Pada paparan seterusnya, tekan pada ikon permohonan dan klik pautan levi dan seterusnya Form 2 Eslip Form seperti gambar rajah di bawah
  4. Pada paparan seterusnya, pilih jenis pembayaran anda seperi yang dibincangkan di atas.
  5. Seterusnya masukkan data levi yang ingin dibayar dan sahkan bayaran bulanan dengan menekan butang “OK”.
  6. Tekan “seterusnya” pilih cara bayaran. Anda boleh membayar menggunakan aplikasi JomPay atau perbankan dalam talian (FPX).
hrdf levy payment

Setiap pembayaran yang dilakukan akan disertakan dengan e-slip.

Cara Permohonan Hrdf Training Courses 2022

Agensi ini menyediakan pelbagai jenis program dan platform untuk anda mendapatkan latihan bagi memantapkan ilmu, pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pekerjaan yang anda inginkan.

Berikut merupakan cara yang anda boleh gunakan untuk mendaftar latihan dan hrd training yang anda perlukan.

hrd corp hrdf training
  1. Layari laman web dengan login hrd portal, hrdcorp dan tekan log masuk.
  2. Anda akan di bawa ke paparan E-TRIS. Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda.
  3. Pada paparan berikunya tekan pada ikon aplikasi.
  4. Seterusnya pilih pengurusan profil, program latihan dan pendaftaran program latihan seperti gambar rajah di bawah:
  5. Seterusnya tekan pada tab “Pendaftarab Baru untuk Program Latihan”
  6. Pada paparan seterunya, anda perlu melengkapakan maklumat seperti maklumat program, rangka kursus, topik/modul, senarai pelatih, bayaran untuk setiap pelatih, dokumen lampiran dan pengisytiharan.
  7. Di halaman maklumat program, masukkan bidang kemahiran, tajuk kursus, jenis latihan samada secara bersemuka atau dalam talian dan mod kursus samada secara separuh atau sepenuh masa, tempoh kursus dan pilih program yang bersijil ataupun tidak.
  8. Pada bahagian rangka kursus pula anda boleh mendapatkan rangka kursus yang disediakan poleh pelatih.
  9. Abaikan bahagian topik/modul dan biarkan kosong
  10. Seterusnya pada ruang senarai pelatih, anda perlu memilih sekurang-kurang nya seorang pelatih daripada senarai.
  11. Kosongkan bahagian bayaran untuk setiap pelatih.
  12. Anda perlu memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan seperti profil pelatih, sijil pengecualian TTT atau surat dan sijil bukti sokongan.
  13. Lengkapkan maklumat peribadi pada ruang pengisytiharan dan tekan butang simpan dan hantar.

Selain daripada menggunakan platform E-TRIS, anda juga boleh mendaftar Program Latihan secara dalam talian dengan menggunakan platform E-LATIH.

Pertama sekali anda perlu mendaftar akaun hrdf corp anda dalam sistem e-Latih.

  1. Layari laman web hrdf malaysia portal, hrdcorp dan pada menu tarik turun, pilih pautan “Program”.
  2. Seterusnya skrol ke bawah sehingga anda menjumpai ikon dan pautan e-Latih. Klik pada ikon tersebut.
  3. Tekan daftar dan masukkan maklumat peribadi anda seperti nama, e-mel dan kata laluan pada bahagian maklumat akaun.
  4. Pada maklumat peribadi, anda perlu memasukkan maklumat seperti kewarganegaraan, nombor kad pengenalan, nombor telefon serta maklumat pekerjaan.
  5. Setelah selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan, tekan “Cipta Akaun” dan anda akan terus dibawa masuk ke dalam sistem e-Latih. Di sana anda boleh memilih untuk menyertai kursus dan latihan yang anda perlukan secara dalam talian.

HRD Contact Number

Sebarang maklumbalas dan pertanyaan boleh hubungi mereka di alamat berikut:

CAWANGANCAWANGAN
IBU PEJABAT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD Wisma, Jalan Beringin Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Nombor Hotline: 1800-88-4800 Lur Negara: +603 -2082 6400 Fax: (+6) 03 – 2096 4999JOHOR No. 50 & 50-01, Jalan Setia 3/7 Taman Setia Indah, Johor Bahru 81100 Johor (TEL) 07-353 8121, 07-353 8131 (FAX) 07-353 8217
MELAKA Lot 4-04, Wisma UTC Jalan Tan Chay Yan Off Jalan Hang Tuah 75300 Melaka (TEL) 06-282 1537 (FAX) 06-282 1536PULAU PINANG Tingkat 2, Wisma PERKESO Lebuh Tenggiri 2 Bandar Seberang Jaya 13700 Penang(TEL) 04-397 0779, 04-398 4697, 04-398 0081 (FAX) 04-398 7350
PERAK Level 19, Perak Techno Trade Centre Jalan Jelapang Bandar Meru Raya 30020 Ipoh Perak (TEL) 05-526 3357 (FAX) 05-526 3127CAWANGAN PANTAI TIMUR Tingkat 1 Pejabat PERKESO Negeri Pahang Wisma PERKESO Jalan Mat Kilau 25000 Kuantan Pahang Darul Makmur (TEL) 09-5132079 & 09-5130715 (FAX) 09-5130362
SABAH Lot B5, Tingkat 5, Bangunan KWSP Kota Kinabalu, 88598 Sabah (TEL) 088-260 114, 088-263 114 (FAX) 088-252 114SARAWAK Wisma PERKESO Level 4, Lot 436, Section 54, No. 52 Travilion Commercial Centre Padungan 93100 Kuching, Sarawak MALAYSIA (TEL) 082–254721 / 082- 254564 (FAX) 082–254795

Semoga perkongsian ini, membantu anda membuat sebarang urusan berkaitan hrdf malaysia untuk urusan registration & login dengan agensi yang ada sekarang ini.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia