Program bantuan ITEKAD Bank Islam online: Mohon borang permohonan pinjaman pembiayaan perniagaan mikro bank islam personal loan Untuk Peniaga Asnaf dan B40. Terima bisnes modal RM1000 – RM5000
YAB Perdana Menteri mengumumkan iTEKAD yang merupakan salah satu program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi membantu usahawan mikro khususnya dari golongan B40 dan Asnaf yang terjejas akibat COVID-19.
Bantuan dalam program ini akan diberikan kepada perusahaan mikro milik asnaf atau B40 iaitu peniaga kecil-kecilan yang mempunyai kurang daripada 5 orang pekerja tetap atau pendapatan jualan tahunan di bawah RM300,000.
BACA SINI: Apply Pinjaman TEKUN Nasional Antara RM1 ribu hingga RM10,000
Minimum RM1000 dan maksimum RM5000 setiap orang adalah amaun pembiayaan bagi pemohon yang layak bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 5 tahun. Di bawah adalah informasi lanjut berkenaan program ini, cara program dijalankan, kelayakan permohonan dan cara memohon.
Cara Mohon iTekad Bank Islam Personal Loan
Bermula 1 Mei, permohonan pinjaman bank islam online ini akan dibuka kepada anda semua. Borang yang dikeluarkan nanti hendaklah diisi oleh pemohon yang berminat.
BACA SINI >> Personal loan 2023: cara apply pinjaman peribadi bank
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Baca Senarai Soalan Lazim Untuk Program Ini | FAQ |
Permohonan beserta dokumen berkaitan yang sudah dilengkapkan boleh dihantar ke emel | sadaqahouse@bankislam.com.my |
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan semasa hantar borang permohonan pembiayaan bank islam personal loan ini :
- Kad pengenalan
- Bukti pendapatan perniagaan (contoh: Penyata bank 6 bulan terkini, Borang B Cukai Pendapatan)
- Maklumat perniagaan seperti alamat perniagaan, jenis perniagaan, maklumat pemilik perniagaan, pendapatan setahun, bilangan pekerja, dan lain-lain)
- Bil utiliti
- Bukti operasi perniagaan (contoh: permit berniaga, pendaftaran perniagaan)
SEMAK SINI: Apply di sini, Pinjaman perniagaan ssm
Apa Itu Skim Itekad
Ia adalah satu program kewangan sosial yang tujuannya untuk menyokong dan memudahkan pembiayaan bagi usahawan mikro B40 dan asnaf yang sudah hilang pendapatan kesan daripada wabak COVID-19.
Program ini direka untuk menggunakan sumber kewangan sosial (seperti sedekah, wakaf dan zakat) untuk pemohon yang layak dengan menyediakan modal permulaan yang digabungkan dengan pembiayaan mikro berpatutan.
Usahawan mikro yang layak akan dibantu melalui program ini, dengan penglibatan bank peserta dengan kerjasama beberapa Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan rakan-rakan pelaksana.
Bank pertama yang melaksanakan program seperti ini adalah Bank Islam.
Matlamat Program
Matlamat program ini adalah untuk membantu usahawan mikro terutama sekali dalam kalangan B40 dan asnaf yang terjejas akibat COVID-19 untuk bangkit semula membina perniagaan mereka.
Contohnya seperti Makcik Kiah yang berniaga pisang goreng di sekitar Kampung Baru selama ini.
Namun, disebabkan oleh COVID-19, Makcik Kiah sudah terputus modal pusingan kesan daripada tidak dapat berniaga.
Beliau dapat dibantu melalui program ini untuk memulakan semula perniagaan setelah selesai wabak ini.
Cara Mohon Loan Bank Islam
Berikut adalah cara program ini dijalankan buat pertama kali :
- Bank Islam akan bekerjasama dengan SME Corporation Malaysia (“SME Corp”) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“MAIWP”) untuk fasa pertama.
- Program latihan pembangunan perniagaan yang dianjurkan oleh SME Corp dan MAIWP akan diikuti oleh pemohon yang layak dan berjaya terpilih.
- Sebagai modal perniagaan bagi usahawan di kalangan B40 dan asnaf akan disediakan pembiayaan mikro.
- Manakala untuk membeli peralatan perniagaan, dana zakat Bank Islam akan diberikan kepada asnaf.
- 100 usahawan mikro yang layak akan dipilih mengikuti program ini untuk permulaan.
Syarat Kelayakan Memohon Pinjaman Bank Islam
Berikut adalah syarat kelayakan pinjaman perniagaan bagi permulaan program loan pembiayaan bank islam ini untuk sme mikro dan pks:
- Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSMo
- Usahawan mikro sekitar Wilayah Persekutuan di kalangan B40 dan asnaf
- Peniaga kecil-kecilan yang mempunyai 5 orang pekerja tetap dan pendapatan jualan tahunan di bawah RM300,000.
Contohnya :
- i) Peniaga yang menjual air balang, kuih-muih, nasi lemak, dan pisang goreng di warung
- ii) Peniaga yang membuat kuih, makanan secara kecil-kecilan, kek di rumah untuk dijual di pejabat dan kedai.
- iii) Tukang jahit yang membuka sudut niaga jahitan kecil atau mengambil upah menjahit dari rumah; dan pelbagai lagi usahawan mikro meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan dan lain-lain.
Segala maklumat yang kami kongsikan ini bersama dengan anda semua berdasarkan pengumuman yang dibuat sendiri oleh Bank Islam berdasar kenyataan yang dikongsikan di bawah:
Jika anda merasakan pinjaman itekad bank islam ini bersesuaian untuk dikongsikan bersama-sama rakan-rakan komuniti perniagaan anda yang lain, boleh kongsikannya di Facebook dan Wahatppas mereka