7 Langkah cara Keluarkan Duit Tabung Haji (Dah Tak Guna Buku untuk tujuan pengeluaran, dah boleh keluar secara online dari baki minimum 1300)
Nampaknya satu demi satu penggunaan buku pelaburan utama dikalangan bumiputera dan orang Islam sudah tidak digunakan lagi.
Sebelum ini Amanah Saham Bumiputera ASB mengumumkan mereka tidak menggunakan lagi buku pelaburan untuk tujuan pelbagai urusan, semuanya sejak wujudkan portal asnb / asb online banking (Cara Semak Baki Asb Online Guna IC di Myasnb Login).
Sekarang ini tiba pula giliran Tabung Haji pula mengumumkan untuk memansuhkan sekaliguskan era penggunaan buku pelaburan TH tidak akan ada lagi selepas ini di kaunter untuk pelbagai urusan termasuk keluarkan duit simpanan anda dari tabung haji.
Ini kerana kami dimaklumkan sekarang ini TH dalam proses untuk kerana digital dan sistem online sepenuhnya tidak lama sahaja lagi.
Cara Keluarkan Duit Tabung Haji
Mari kita semak beberapa butiran penting mengenai mekanisme pelaksanaan sejak penggunakan buku pelaburan dimansuhkan.
- BACA SINI >> Semakan tawaran haji 2024
1) Selepas ini untuk tujuan pengeluaran termasuk keluarkan duit dan wang simpanan tabung haji di kaunter, anda tidak perlu bawa buku pelaburan lagi. Apa yang perlu anda bawa hanyalah kad pengenalan sahaja.
2) Maknanya jikalau anda pemilik akaun boleh bawa sahaja kad pengenalan anda untuk tujuan pelbagai urusan di kaunter
3) Bagaimana pula akaun TH masih lagi di bawah pengawasan penjaga? Penjaga atau ibu bapa juga hanya perlu bawa kad pengenalan mereka sahaja untuk pengesahan dan meneruskan pelbagai urusan di kaunter.
4) Walaubaagaimanapun kepada anda yang sudah register dan daftar akaun TH anda dan anak-anak anda di portal Maybank2u, anda boleh membuat tambahan (transfer tabung haji ke maybank) simpanan dan pelaburan serta pengeluaran di secara online di Maybank2u. Sangat Mudah! Boleh cuba.
5) Selain daripada online banking Maybank, anda boleh gunakan juga Bank Rakyat dan bank Islam termasuk juga anda boleh keluar duit tabung haji dan transfer bank islam ke tabung haji online. Sangat MUDAh!
6) Jikalau anda rasa mengelakkan daripada berurusan di kaunter, anda juga boleh semak baki minimum tabung haji balance di mesin ATM Bank Islam atau Bank Rakyat bagi mendapatkan dan melakukan semakan transaksi 5 yang terakhir di penyata mini.
7) Manakala untuk mendapatkan penyata yang lebih lengkap, anda boleh link kad atm anda dengan akaun TH untuk semakan di mesin ATM Maybank, Bank Rakyat, bank Islam dan juga CIMB Click. Aturannya boleh semak pada gambar di bawah ini :
SUMBER: https://www.tabunghaji.gov.my
Duit Tabung Haji Dah Masuk Dan Boleh Buat Pengeluaran
BACA SINI >> cara claim duit ic
Di bawah ini adalah salah satu contoh penyata tabung haji untuk anda semak jumlah yang dikreditkan bagi agihan terbaru yang anda perolehi melalui sistem tabung haji online
Anda sudah boleh keluarkan duit tabung haji melalui cara pengeluaran di kaunter cawangan TH, kaunter bank Rakyat, istem irakyat, Maybank2u, Bank Islam Online, ATM Bank Islam begitu juga melalui sistem thijari.
Hati-hati!!
Kami nasihat jika anda masih mahu pergi haji mengikut giliran yang telah tetap, jangan sesekali duit dari akaun tabung haji anda tidak boleh dikeluarkan kurang dari 1300.
P/S : Sangat bagus dengan pembaharuan ini. Jadi tiada lagi masalah tertinggal buku, buku tabung hilang, buku rosak dan sebagainya.
PP/S : Perlu diingat, memang boleh buat pengeluaran tetapi jikalau anda sudah daftar haji pastikan baki minimum pengeluaran tabung haji online ada sekurang-kurangnya RM1300 dan ke atas. Jikalau tidak pendaftaran anda akan terbatal.