Cara semakan berapa harga Daftar Haji Guna kwsp terkini dan semak giliran pendaftaran haji anda secara online dan anak anda tarikh pergi (Jimat kos harga Deposit RM1300) serta kos harga tambang mengerjakan hajj tahun 2023
Berdasarkan semakan kami, semakin ramai yang sudah melakukan pendaftaran untuk mengerjakan haji. Ini sekaligus jumlah yang menunggu semakin lama.
Tetapi untuk daftar, anda perlu deposit tunai yang agak tinggi yang akan terbeku dalam akaun tabung haji untuk dimasukkan dalam senarai menunggu sehingga nama anda dipanggil untuk penggilan haji. Persoalannya daftar berapa kena? Dengan minimum simpanan tabung haji serendah RM1300, anda sudah boleh register.
Walaubagaimanapun, bukan semuanya boleh sediakan minimum simpanan tabung haji RM1300 secara tunai untuk register dan tidak boleh untuk keluarkan duit tabung haji balik dan guna untuk sekian lama sehingga nama anda dipanggil utnuk mengerjakan haji.
Oleh itu, ada cara yang lebih mudah di mana tidak perlu keluar simpanan tabung haji untuk menunaikan haji sebanyak RM1300 untuk daftar, masih boleh melakukan semakan pendaftaran haji aka tanpa deposit. Jika berminat untuk mengetahuinya, boleh teruskan membaca.
Semakan Daftar Haji KWSP / Online 2023
Ya…mungkin ada yang tidak tahu, mungkin juga ada yang pernah dengar tetapi tidak jelas bagaimana cara daftar haji melalui epf / kwsp. Boleh teruskan membaca langkah-langkahnya di bawah ini:
- BACA SINI >> Umrah diy terkini: tips backpacker
- BACA SINI >> tarikh bayaran dividen kwsp 2023
1) Apa yang perlu anda lakukan untuk tujuan semakan pendaftaran adalah dengan terus pergi ke mena-mana cawangan tabung haji yang berdekatan untuk buka akaun tabung haji guna kwsp. Ataupun anda boleh juga ke cawangan Bank Islam atau Bank Rakyat
2) Dengan bawa kad pengenalan dan semakan penyata kwsp sahaja sudah cukup untuk meneruskan proses pendaftaran haji di kaunter. Kakitangan yang bertugas akan membantu melancarkan proses pendaftaran untuk anda.
Untuk mendapatkan penyata kwsp sekarang mudah sahaja, ia boleh dimuatkan dan download terus di portal i akaun kwsp online atau di kiosk atau terus di kaunter kwsp.
Bagi kami cara ini lebih praktikal tanpa menganggu simpanan tunai anda yang boleh digunakan dikala kecemasan.
Daripada duit caruman kwsp itu berlonggok di kwsp, adalah lebih baik serampang dua mata.
Anda terus dapat pulangan dividen setiap tahun, duit caruman anda tidak terjejas dalam pada masa yang sama anda dapat register dan daftar untuk mengerjakan ibadah haji
Selain itu, ada juga cara mendaftar haji secara online juga cukup mudah dengan portal rasmi thijari login

Syarat Daftar Haji
- Anda merupakan terdiri dari umat Islam
- Bukan merupakan seorang hamba dan sudah bebas dan merdeka
- Mampu dari segi kewangan dan kesihatan
- Mukallaf
Berapa Harga Tambang Haji 2023
Tahukah anda jumlah subsidi Tabung haji muassasah yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia untuk membayar sebahagian kos harga pakej haji 2023 bagi menunaikan dan mengerjakan haji sahaja.
Tahun | Jumlah Sebenar Kos Haji | Jumlah Subsidi haji | Berapa Bayaran Kos Harga Daftar Pergi Haji |
---|---|---|---|
2020 | TIADA | TIADA | TIADA |
2019 | RM 22900 | RM 12920 | RM9980 |
Harga tiket penerbangan pergi dan balik ke Tanah Suci, penginapan hotel di Madinah dan tempat tinggal hotel di Mekah, hidangan makanan sepanjang anda mengerjakan ibadah haji, caj yuran harga haji adalah antara yang terpaksa dibayar kerajaan Malaysia kepada kerajaan Arab Saudi.
Oleh itu, jikalau diikutkan harga kos haji 2023 ntuk setiap rakyat lebih tinggi daripada RM22900.
Mana tidaknya, kursus haji, kos perubatan (ubat-ubat dan rawatan daripada doktor) sepanjang tempoh haji, buku rujukan, tambang pergi haji 2023, kaunseling, kakitangan bertugas TH, urusan kewangan. Semuanya melibatkan kos.
Yang bagusnya ini semua tidak perlu anda bayar. Malah tidak dimasukkan dalam kos haji yang sebenar.
Penjelasan Isu Subsidi Haji Muassasah
- Untuk makluman, bayaran subsidi haji hanya diberikan kepada Bakal Haji yang Terpilih bagi tahun semasa di mana tahun peruntukan adalah tahun ini 1440H/2019M dan yang buat pendaftaran dan menunaikan haji buat kali pertama secara Muassasah.
- Bagi pengiring atau yang merayu dan berjaya, ini bermakna mereka pergi menunaikan haji lebih awal dari tahun peruntukan dan tidak layak mendapat bayaran subsidi haji. Terima Kasih – THCC
SUMBER: https://www.tabunghaji.gov.my
Bagi pendapat Mypt3 sendiri, sepatutnya pengumuman berkenaan TIADA SUBSIDI HAJI bagi Rayuan Mahram, Rayuan lain-lain bagi yang Pertama kali Menunaikan Haji dimaklumkan sebelum Surat Tawaran Haji keluar.
Semoga pihak TH pertimbangkan untuk tahun ini, rayuan masih diberi harga subsidi juga bagi yang PERTAMA kali menunaikan Haji. Insyaallah.
Yang tidak dapat tempat, boleh gunakan pakej haji 2023 swasta yang pastinya lebih mahal.
Pakej Haji Andalusia 2023
Harga pakej Haji Andalusia 1443H / 2023 bermula dengan kadar harga RM38490.

Pakej yang ditawarkan oleh pihak Andalusia adalah lebih mementingkan keselesaan jemaah haji.
Perkhidmatan yang disediakan di bawah pakej Andalusia ini ialah sajian makanan sebanyak 3 kali sehari, dibimbing oleh mutawwif yang berpengalaman, bimbingan kuliah agama sepanjang ibadah haji kepada jemaah haji, ziarah di Mekah dan Madinah, pengangkutan dan penginapan jemaah haji, insurans takaful, barang hadiah dan kargo dengan harga yang berpatutan.
Segala keperluan jemaah haji disediakan dengan baik oleh pihak Andalusia.
Pakej Haji 2023 TH Travel Tabung Haji
Harga pakej haji Tabung Haji Travel menawarkan pakej haji bukan muassasah dengan kadar harga antara RM22000 sehingga RM200000 seorang mengikut pakej berdasarkan keselesaan dan kemewahan layanan serta perkhidmatan yang disediakan.
Ianya diiktiraf oleh Lembaga Tabung Haji. Jemaah haji yang ingin berdaftar bersama syarikat Tabung Haji swasta ini tidak perlu meragui perkhidmatan mereka kerana ianya berlesan dibawah Lembaga Tabung Haji Malaysia.
Terdapat tiga (3) jenis pakej kos haji swasta 2023 yang ditawarkan oleh Tabung Haji Travel berdasarkan perkhidmatan yang disediakan iaitu pakej ekonomi, sedehana dan premium.
Pakej-pakej ini boleh didaftarkan berdasarkan kemampuan jemaah haji itu sendiri.
Cara Semakan Giliran Haji
PERKARA | LINK PAUTAN |
---|---|
Semakan Giliran Tunai Haji secara online | https://www.thijari.com.my |
Cara Daftar Haji Anak Online
Untuk makluman tiada had umur untuk daftar untuk ibadah haji.
Daripada baby yang baru lahir sehinggalah ke peringkat warga emas. Semuanya boleh daftar dan nantikan giliran anda.
Tetapi jikalau daftar haji kwsp pastikan anda merupakan pemegang akaun kwsp adan umur tidak boleh lebih 55 tahun
Berapa Harga Upah Badal Haji
Maksud Badal Haji merupakan haji yang diupahkan kepada seseorang individu yang layak disisi syarak untuk melakukan haji bagi pihak orang lain disebabkan oleh halangan-halangan tertentu.
Harga upah badal haji yang rata-rata dikenakan adalah dalam lingkungan RM2000 sehingga RM3000.
Ini kerana pihak Arab Saudi telah menetapkan kos permit untuk melakukan badal haji dengan kos sebanyak SR10,000 untuk mengelakkan berlakunya penipuan.
Berapa Limit Umur Haji
Bagi tahun 2023, musim haji dijangka bermula pada 26 Jun 2023.
Kerajaan Arab Saudi di dalam satu kenyataannya menyatakan tiada had tiada limit umur pergi haji bagi tahun 2023 selagi mana kesihatan mereka mengizinkan.

Hukum Buat Haji
Hukum mengerjakan ibadah haji adalah wajib bagi setiap umat Islam kerana ianya termasuk dalam rukun Islam yang kelima.
Ia wajib dipatuhi oleh semua masyarakat Muslim yang berkemampuan dari segala sudut seperti berkemampuan dari sudut kewangan, rohani dan jasmani.
Berapa Hari Tempoh Mengerjakan Haji
Anggaran ibadah haji dapat diselesaikan oleh jemaah haji adalah lebih kurang 12 hari dengan perincian seperti di bawah;
- Melakukan ibadah umrah wajib selama 1-2 hari.
- Wukuf di Arafah selama 1-2 hari.
- Aktiviti di Mina selama 3 hari.
- Melakukan tawaf Ifadah, saei dan tahallul yang boleh dilengkapkan dalam masa satu (1) hari.
- Perjalanan ke Mekah selama satu (1) hari.
- Perjalanan ke Arafah selama satu (1) hari.
- Perjalanan ke Mina selama satu (1) hari.
- Tawaf Wada’ selama satu (1) hari.
Soalan Lazim & FAQ Sebelum Ibadah Haji
1. Apa maksud haji
PP/S : Jikalau apabila anda daftar tetapi dapat terteranya dapat giliran menunaikan haji agak lama lagi, jangan risau. Ini kerana berdasarkan dapatan yang kami terima. Biasanya mana-mana yang register dan buat semakan pendaftaran haji akan dapat gilirannya 10 atau 15 tahun sahaja lagi. Tidaklah sampai 30 atau 40 tahun lagi. Ini kerana mengambil kiraa persoalannya kematian calon yaang menunggu atau yang menolak atas faktor kesihatan dan sebagainya.
PPP/S : Satu lagi ingin diingatkan di sini, anda tidak boleh sama sekali daftar haji anak guna kwsp. Tidak boleh untuk anak anda, tidak boleh guna juga untuk isteri. Hanya untuk pemegang akaun kwsp yang sah. Tidak boleh wakilkan.
Semoga perkongsian info dari cara daftar dan harga pergi haji dengan kwsp, pendaftaran secara online, register untuk anak anda membantu perjalanan anda melakukan rukun islam yang ke lima ini bersama orang yang tersayang