Contoh tugasan folio Kerja Kursus Geografi 2024 Tingkatan 3: Panduan Tugasan bagi tajuk kajian taburan guna tanah dengan peta lakar?
Alhamdulillah, rata-rata pembaca setia Mypt3 sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus sejarah Pt3 tingkatan 3 moe gov my
Hampir kesemuanya telah memulakan, ada yang telah siap malah ada yang hantar awal kepada guru masing-masing.
Semuanya hasil panduan yang Mypt3 kongsikan di sini dan tidak lupa juga semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh kalangan follower. Yang belum join boleh klik pada Group Telegram ini Tahniah diucapkan kepada anda semua. kami akan kongsikan segala tips dan panduan untuk anda siapkan kerja lapangan tingkatan 3 ini.
Seperti biasanya Mypt3.com akan berkongsi segala intipati dan maklumat berdasarkan format yang telah ditetapkan termasuklah
Folio Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3
Seperti yang kita semua sedia maklum, tajuk kajian guna tanah telah dipilih untuk anda muatkan dalam Tugasan Kerja Khusus Geografi tingkatan 3 kali ini melibatkan kawasan kajian anda.
- BACA SINI >> Semak cukai tanah selangor
- BACA SINI >> semakan spr
Seperti di bawah ini antara perlu anda sudahkan dan siapkan sebelum dihantarkan pada tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 31 Julai 2018 ini.
Kehendak soalan atau tugasan yang telah diberikan hendaklah ditepati dalam menghasilkan kajian kes yang bermutu dan terbaik. Aspek kehendak soalan yang dikehendaki itu merangkumi :
- Pengenalan
- Tajuk kajian kes yang relevan
- Senarai Isi Kandungan
- Penghargaan
- Objektif Kajian Yang Dijalankan,
- Kaedah Kajian Geografi PT3
- Latar Belakang bagi kawasan kajian (Pendahuluan), Ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan kajian yang dilakukan
- Peta Lakar berasas peta topografi di kawasan kajian anda melibatkan taburan guna tanah
- Melakukan tafsiran terhadap peta lakar
- Salah satu jenis guna tanah dipilih untuk dimuatkan dalam tugasan folio
- Huraian faktor mempengaruhi guna tanah
- Senaraikan kesan guna tanah terhadap alam sekitar di kawasan kajian
- Senarai usaha usaha, langkah dan cadangan menyelesaikan halangan dan masalah kesan guan tanah di kawasan kajian
- Rumusan Geografi PT3
- Borang Soal Selidik Geografi Pt3
- Lampiran (gambar/dokumen) yang berkaitan dan akhir sekali adalah Sumber Rujukan.
Jelas? Di bawah ini adalah tarikh tempoh pelaksanaan kerja kursus untuk pelajar tingkatan 3 berserta dengan perkara yang mesti dirangkumkan dalam kes kajian geografi anda:
- Tempoh Kerja Kursus – Tarikh pelaksanaan : 8 Julai sehingga 27 Julai 2018
- Arahan tugasan, Latar belakang ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan kajian
– Melukis dan mentafsir peta lakar berasaskan peta topografi di kawasan kajian
– Senarai faktor mempengaruhi dan kesan guan tanah di kawasan kajian anda
– Cadangan Penambahbaikan atau pembaikanpulih atau usaha-usaha atau langkah-langkah yang boleh dilaksanakan terhadap sebarang halangan dan masalah guna tanah di kawasan kes kajian hendaklah.
– Pembentangan laporan hasil kajian kepada guru
Tips Pelajar Tingkatan 3
Calon PT3 dikehendaki untuk melakukan Tugasan kerja kursus iaitu kajian taburan guna tanah melalui lukisan peta lakar yang perlu ditafsirkan di kawasan tempat tinggal calon ataupun berhampiran sekolah calon.
Calon dinasihati supaya memastikan ketulenan ataupun ‘originality” kajian kes kerja kursus yang dijalankan. Dalam erti kata lain, anda tidak boleh memplagiat ataupun meniru secara bulat-bulat sepenuhnya hasil kerja pihak dan individu lain. Seeloknya tugasan kajian yang dihasilkan ini adalah atas titik peluh dan usaha calon sendiri.
Mahu lihat contoh terbaik untuk kerja kursus yang boleh anda jadikan rujukan, hasil perkongsian Mypt3.com boleh klik pada pautan di bawah ini :
- Contoh Geografi Pt3 Jawapan Tugasan 2019 : KLIK SINI
Tajuk Kerja Kursus Geografi Pt3 Tingkatan 3
Semak sejarah tajuk kerja kursus geografi pt3 bagi kajian tingkatan 3 dari tahun 2014 sehingga yang terkini
Bermula sekarang, khusus buat kalangan pelajar Tingkatan 3 akan bertarung sekali lagi untuk tempoh 2 minggu lamanya bagi menyiapkan kajian kes melibatkan Kerja Kursus Geografi Pt3 tingkatan 3.
Berdasarkan maklumat yang Mypt3 perolehi khas untuk pembaca setia di sini, tajuk kerja kursus geografi pt3 bagi tugasan lapangan tingkatan 3 adalah seperti di bawah ini :
Mari semak bersama-sama…
TAHUN | TAJUK |
---|---|
2021 | TIADA |
2020 | TIADA |
2019 | Kegiatan ekonomi Malaysia |
2018 | Kajian Guna Tanah |
2017 | Kajian Peta Lakar |
2016 | Sistem pengangkutan di Malaysia |
2015 | Kegiatan Ekonomi |
2014 | Pencemaran alam sekitar (udara, air dan tanah) |
Soalan Lazim & FAQ
1. Adakah kerja kursus ini akan perlu dibuat oleh tingkatan 3 sahaja
P/S : Kongsikan halaman ini dengan kawan sekelas anda melalui Whatapps atau Facebook atau Telegram supaya dapat bincangkan bersama.