Semakan Plkn 2025 3.0 Online: Check Senarai Nama

Semak dan online check senarai nama semakan PLKN 3.0 2025 pelatih terpilih dalam kemasukan Program latihan Khidmat Negara guna ic

senarai nama semakan plkn 3.0 2025 online

Program Latihan Khidmat Negara 2025 ialah program latihan asas ketenteraan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada Disember 2003.

Terdapat modul latihan ketenteraan yang merangkumi modul fizikal, khidmat komuniti, pembinaan karakter dan kenegaraan, sebagai contoh aspek kepimpinan, ketahanan diri, aktiviti kawad kaki, aktiviti berpasukan, abseiling, aktiviti perhutanan, dan pengenalan kepada senjata api dijalankan selama tempoh 45 hari.

Program ini ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan dan memperkasakan jati diri generasi anak-anak muda di Malaysia terhadap perjuangan cintakan tanah air, Malaysia.

Namun begitu, pada 13 Ogos 2018, Menteri Belia & Sukan telah mengumumkan ia dimansuhkan serta merta kerana dana yang dikeluarkan untuk menjayakan program ini menelan kos yang tinggi. Pemansuhan ini adalah bertujuan untuk menstabilkan ekonomi negara.

Akan tetapi, pada tahun 2023, kerajaan telah menyatakan hasrat mereka untuk mewujudkan kembali kepada golongan belia.

Hal ini telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan pada 9 Oktober 2023.

Semakan Plkn 2025 Online

Perlaksanaan PLKN 3.0 ini sudah dimuktamadkan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan dan banyak lagi pemegang taruh yang lain.

Oleh yang demikian, semakan nama plkn 2025 online untuk edisi 3.0 sudah pun mula dibuka kepada pelajar untuk membuat semakan kemasukan pemilihan program ini.

Check segala informasi dan semakan PLKN ini boleh dilakukan secara online menerusi laman sesawang https://midas.mod.gov.my

Cara Semakan Senarai Nama Plkn 3.0 2025 Online & SMS

Kepada anda yang lahir pada tahun 2007 anda boleh cek dan semak status samada nama anda terpilih untuk PLKN 3.0 Siri 2/2025 di online portal kerajaan eplkn guna mykad, kad pengenalan, ic anda.

  • Check terus di portal rasmi ePLKN, https://www.eplkn.gov.my
  • Masukkan maklumat peribadi yang diperlukan seperti No. Kad Pengenalan (MyKad)
  • Lengkapkan kod captcha yang dipaparkan.
  • Klik butang ‘Semak’
  • Akhirnya status semakan penempatan kem pelatih khidmat negara dan maklumat program latihan dipaparkan jika nama anda terpilih.

Manakala untuk semakan secara sms boleh dibuat dengan taip

  • PLKN SEMAK NoKADPENGENALAN
  • Hantar ke: 15888

Anda akan menerima mesej balas berkenaan status pemilihan anda.

Syarat Kelayakan Khidmat Negara 2025

Plkn 2025 wajib atau tidak?

Latihan ini diwajibkan kepada golongan remaja lepasan SPM atau berumur 17 tahun untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka.

Individu yang memenuhi syarat kelayakan ini tidak akan dikecualikan daripada menyertai PLKN 3.0 ini.

Semak Lokasi & Tarikh Latihan PLKN 3.0 Siri 2/2025

Jadual latihan PLKN 3.0 Siri 2/2025 bermula pada tarikh 11 Mei hingga 24 Jun 2025.

Seramai 550 pelatih khidmat negara menjalani latihan selama 45 hari di dua Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang. Adakah anda salah seorang yang terlibat?

Mengapa Khidmat Negara 2025 Dikenakan Semula

Setelah 5 tahun pemansuhan PLKN ini, kerajaan telah mempertimbangkan kembali program ini untuk diperkenakan semula kepada golongan belia.

Ianya dikenali sebagai khidmat negara 2025. Program ini masih dianggap relevan oleh sesetengah individu untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan belia.

Disebabkan oleh kurangnya sifat dan semangat cintakan tanah air dalam kalangan belia hari ini, kerajaan berpendapat untuk mewujudkan kembali program latihan asas ketenteraan ini.

Kerajaan juga menyifatkan latihan ini merupakan salah satu pelaburan jangka masa panjang dalam melahirkan belia yang mempunyai jati diri kukuh dalam mempertahankan negara, memupuk semangat patriotisme dan membentuk disiplin diri yang teguh dalam diri seseorang rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian, ianya wajar diperkenalkan semula.

Semakan Cara Tolak Jika Nama Dalam Senarai Pelatih PLKN 2025

check senarai nama plkn 2025

PLKN ini wajib disertai oleh setiap belia yang disenaraikan oleh kerajaan untuk menyertai latihan ketenteraan ini.

Penolakan untuk menyertai latihan ini adalah tidak dibenarkan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Namun begitu, individu terpilih untuk menyertai PLKN 3.0 dibenarkan untuk menolak menyertai program ini dengan memohon semakan penangguhan kemasukan di atas sebab yang dibenarkan sahaja. 

Bagaimana Cara Untuk Mohon Penangguhan PLKN 3.0

Belia yang disenaraikan sebagai peserta boleh memilih untuk membuat penangguhan program ini.

Namun begitu, ianya tertakluk kepada alasan yang dibenarkan sahaja. Bagi perlaksanaan PLKN 3.0 (2025) ini, kaedah penangguhan program ini masih lagi tidak diumumkan.

Kebiasaannya, peserta perlu menghantar surat penangguhan bersama surat tunjuk sebab bagi membenarkan penangguhan tersebut.

Akan tetapi, bagi perlaksanaan latihan ini, pelatih boleh buat semakan di laman sesawang https://mod.gov.my seperti pada Rajah 1.0 untuk maklumat selanjutnya dari semasa ke semasa.

Syarat Untuk Saya Mohon Penangguhan

Bagi semakan PLKN 2025, penangguhan penyertaan pelatih dalam PLKN ini boleh ditangguhkan sehingga peserta berumur 35 tahun.

Hal ini kerana penyertaan latihan ini adalah wajib kepada semua peserta yang terpilih.

Antara syarat yang dibenarkan bagi peserta untuk membuat penangguhan adalah apabila melibatkan isu kesihatan.

Semakan Senarai Latihan Dan Aktiviti Sepanjang PLKN 2025 3.0

Jika semakan dan check menurut perbincangan perlaksanaan, kerajaan telah menetapkan PLKN 3.0 ini akan merangkumi dua (2) fasa, fasa 1 dan fasa 2.

Perlaksanaan PLKN 3.0 pada fasa pertama akan membabitkan penyertaan pelajar tingkatan empat (4) menerusi badan beruniform di sekolah-sekolah. Seterusnya, perlaksanaan fasa kedua disasarkan kepada pelajar lepasan SPM.

Antara modul ke atas pelatih PLKN 3.0 (2025) diperkenalkan adalah guna modul atau latihan berkombinasikan latihan ketenteraan dan kenegaraan.

Latihan ketenteraan ini akan lebih ditekankan ke atas peserta sebanyak 90 peratus berbanding modul kenegaraan sebanyak 10 peratus.

Modul ini akan dibahagikan kepada empat (4) bahagian iaitu latihan fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.

Kesemua modul dan latihan ini telah ditetapkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) agar ianya dijalankan ke atas setiap peserta bagi tempoh 45 hari. 

FAQ Khidmat Negara 2025

1. Semak dan Check berapa lama Tempoh PLKN 2025 3.0

Bagi perlaksanaan siri kali, kerajaan telah menetapkan program latihan ini dijalankan selama 45 hari sahaja.

Perlaksanaan ini dijalankan di kem tentera iaitu kem Pusat Latihan Polis (Pulapol), di mana ianya boleh menampung 4,000 individu bagi tempoh setahun.

2. Adakah Ada Duit Elaun pelatih PLKN 3.0 Setiap Bulan

Akan dikemaskinikan maklumat untuk anda

Masih belum terlambat lagi untuk semak plkn untuk tahu samada nama anda masuk dalam senarai nama pelatih khidmat negara bagi siri 1, 2, 3 dan seterusnya bagi tahun 2025 ini!