Langkah Memelihara Bangunan Bersejarah Dan Cara Memulihara Binaan
Kali ini kami di MyPT3 akan berkongsi mengenai langkah memelihara bangunan bersejarah kepada anda semua.
BACA SINI >> jenama aircond terbaik dan jimat elektrik
Pelajar Tingkatan 3 boleh mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menyiapkan tugasan kerja kursus Sejarah PT3 2016 memandangkan topik langkah memelihara bangunan sejarah termasuk di dalam isi kandungan yang perlu dinyatakan di dalam tugasan Sejarah PT3.
BACA SINi: Informasi bangunan sultan abdul samad
Senarai Langkah Memelihara Bangunan Bersejarah
Pengekalan dan pemeliharaan bangunan bersejarah perlulah dilakukan oleh semua pihak. Panduan dan iktibar kepada generasi muda dan bahan penyelidikan, rujukan dan kajian tentang evolusi sejarah yang berlaku dapat dijadikan menerusi kewujudan dan peninggalan bangunan bersejarah ini. Persoalannya, apakah langkah yang harus dilakukan untuk memelihara dan mengekalkan bangunan bersejarah ini?
- BACA SINI >> Ptptn login: portal semakan baki penyata online
- BACA SINI >> Peristiwa bersejarah di malaysia
- BACA SINI >> bantuan pahang student 2023
Rata-rata pengunjung dan pelancong yang bertandang sangat tertarik akan keunikan bangunan sejarah contohnya seperti Kota A’Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota Cornwallis, tapak kaki Hang Tuah, Istana Kellis, Penjara Pudu dan Bangunan Stadhuys. Oleh itu, sebagai tarikan dan tatapan pelancong asing, bangunan bersejarah mesti dipelihara dan dipulihara. Bangunan bersejarah ini mempunyai daya penarik yang kuat kerana ia berkaitan dengan evolusi manusia dan sejarah yang berlaku di tanah air kita.
Seperti yang kita semua sedia maklum, para pelancong tidak mengira dalam dan luar negara sangat berminat untuk melawat dan berkunjung ke bangunan bersejarah. Selain itu, pengubahsuaian juga boleh dilakukan terhadap bangunan bersejarah dengan menjadikannya sebagai bangunan muzium yang memaparkan peninggalan dan sejarah tertentu. Contohnya yang boleh dilihat adalah Muzium Diraja Kedah yang merakamkan dan memaparkan sejarah susur galur raja-raja yang memerintah negeri Kedah yang pada dahulunya merupakan Istana Lama Kedah. Pada masa yang sama, ia boleh dijadikan sebagai tontonan dan panduan generasi muda akan datang menerusi keindahan seni bina Bangunan Istana Lama Kedah.
Tambahan pula, bangunan pentadbiran boleh dijadikan daripada bangunan lama bersejarah ini. Contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur pernah dijadikan mahkamah. Dengan langkah seperti ini, kos pembinaan baharu dapat dikurangkan oleh pihak yang berkenaan dan menjadi kebanggaan dan mercu tanda orang ramai yang pernah berurusan di situ. Selain itu, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda Kuala Lumpur dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Justeru, pusat jagaan dan rumah kebajikan juga boleh turut dijadikan daripada bangunan bersejarah ini. Badan kebajikan tidak perlu membina bangunan baru atau menyewa tempat lain. Bangunan bersejarah tersebut boleh diubah suai oleh mereka mengikut keperluan tanpa perlu merobohkan dan melupuskan bangunan bersejarah berkenaan. Dengan ini, golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik mendapat pembelaan.
Selain itu, jika bangunan tersebut masih selamat digunakan, bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai pusat perniagaan. Pelanggan akan mudah dan lebih tertarik dengan bangunan bersejarah. Peniaga juga dapat merasai suasana yang unik dan berbeza dalam berniaga.
Bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman dalam mengkomersialkan dan menaikkan nama Malaysia ke peringkat global. Hal ini kerana, sesebuah filem banyak bergantung dan mementingkan latar belakang sesuatu tempat dan lokasinya. Bangunan bersejarah perlu digunakan sekiranya sesuatu filem itu berkonsepkan dan bertemakan peritiwa bersejarah. Contohnya, lakonan Jacky Chan di dalam filem ‘Police Story III’ yang berlatar belakangkan Stesen Kereta Api dan Mahkamah Persekutuan. Jadi jelaslah di sini bahawa terdapat syarikat perfileman luar negara yang menjalankan penggambaran di Malaysia. Secara natijahnya, Malaysia dapat diperkenalkan di persada dunia dan berdiri sama tinggi dengan negara membangun dan maju yang lain.
Di samping itu, bangunan bersejarah juga mempunyai nilai estetika yang tinggi dan nilai-nilai seni yang penting. Seni bina yang halus yang bercorakkan warisan budaya bangsa boleh dilihat dengan teliti pada bangunan bersejarah. Kreativiti dan kehalusan seni bina bangsa kita pada zaman silam dapat dihayati oleh kita semua. Keistimewaan dan keindahan budaya juga boleh kita hayati. Contoh terdekat yang boleh diambil adalah ukiran unik dan indah pada dinding kayu rumah Melayu tradisional yang terdapat di Malaysia ini. Sebahagian besarnya penjajah yang menjajah dan menakhluk sesuatu negeri tersebut yang banyak mempengaruhi seni bina dan nilai seni sesuatu bangunan. Istana Seri Menanti dipengaruhi oleh pengaruh Minangkabau. Jadi, penjagaan rapi hendaklah diberikan terhadap bangunan bersejarah ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Di samping itu, bahan penyelidikan juga dapat dijadikan menerusi bangunan bersejarah ini. Bagi mereka yang meminati sejarah terutamanya bagi para pengkaji sejarah dan para ilmuwan sejarah, perkara ini sangat penting bagi mereka. Hal ini kerana, sejarah yang berlaku di Tanah melayu sebelum kemerdekaan tercapai dapat dibuktikan dengan bahan bukti sejarah yang ada. Sebagai contoh, kedatangan Portugis memerintah di negara kita bukanlah dongeng mahupun kisah mitos semata-mata tetapi cerita yang benar berlaku. Hal ini dapat dibuktikan apabila bangunan A’Famosa yang didirikan semasa peperangan Tiga Segi yang membabitkan Acheh, Johor dan Melaka. Jelaslah bangunan A’Famosa masih boleh dilihat dan berdiri dengan gahnya sehinggalah ke hari ini.
Kesimpulannya, pelbagai manfaat dan faedah masih boleh diperolehi daripada kwujudan dan pengekalan binaan bangunan bersejarah ini. Ia merupakan sebahagian warisan bangsa Malaysia dan peninggalan berharga pahlawan dan orang-orang terdahulu. Sudah semestinya wang ringgit pun tidak dapat menggantikan tinggalan-tinggalan bersejarah ini. Banyak kisah yang tersingkap di dalamnya yang tidak dapat diperikan ke dalam buku-buku sejarah. Oleh yang demkian, dalam pengekalan dan untuk langkah-langkah memulihara bangunan bersejarah di Malaysia, semua pihak haruslah berganding bahu dan bekerjasama antara satu sama lain.