Senarai Bangunan Bersejarah Di Malaysia , tempat bersejarah & monumen best
Pada entri kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua artikel yang menarik iaitu tentang bangunan bersejarah di Malaysia.
BACA SINI:n Maksud Bendera malaysia & Gambar Warna Jalur Gemilang
Semoga artikel ini menberi manfaat dan faedah kepada anda semua terutamanya kalangan pelajar Tingkatan 3 yang akan mencari bahan untuk Tugasan dan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 kali ini. Semoga ia memudahkan kerja anda semua.
BACA SINI: Semak harga postage poslaju 2020 di Malaysia
Senarai Kandungan Penting:
Bangunan Bersejarah Di Malaysia : Bangunan Sultan Abdul Samad
1) Bangunan Bersejarah di Malaysia
- BACA SINI: Sambutan tema hari kemerdekaan 2022 malaysia
- BACA SINI >> contoh sejarah tingkatan 3
Sebagai bukti kepada sesuatu peristiwa sejarah dan sesuatu era itu, monumen lama dan bangunan lama sangat berfungsi untuk dijadikan bukti lebih-lebih lagi dari segi perkembangan sejarah negara. Detik-detik dan saat sejarah negara pernah dijajah dan ditawan pada suatu ketika dahulu dapat diimbas kembali dengan wujudnya peninggalan penjajah seperti rumah agam, jambatan, kota dan menara jam. Penjajahan awal pemerintahan British di semenanjung Tanah Melayu ketika akhir abad ke-18 dapat dibuktikan dengan kewujudan dan tertubuhnya bangunan monumen dan kolonial bersejarah di Georgetown, Pulau Pinang seperti Kota Cornwallis (1808), Gereja St George (1817), Menara Jam Victoria (1897) dan juga Muzium Negeri (1821).
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan yang seni binanya bercirikan Moor dan direka bentuk oleh Anthony C. Norman, seorang arkitek British. Kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya pula ialah 57 meter adalah merupakan tapak bangunan dua tingkat ini didirikan. Terdapat juga tempat letak kereta untuk para hakim dan juga pegawai-pegawai mahkamah yang terletak di bahagian bawah bangunan. Ia juga mempunyai sebuah menara jam yang setinggi 40 meter dan 3 buah kubah.
Pada tahun 1978, pengubahsuaian telah dilakukan yang telah menelan belanja sebanyak RM17.2 juta yang mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan. Bendera Union Jack telah diturunkan di sini pada tanggal 31 Ogos 1957 dan bermulanya kibaran bendera Wilayah Persekutuan. Tanda dan mercu kibaran bendera ini menunjukkan satu tanda berlalulah zaman penjajahan di negara kita dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka tanpa penjajahan asing. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1896 dan nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu telah diambil untuk menamakan bangunan ini.
Di bawah ini adalah gambar bangunan Sultan Abdul Samad lama yang pernah menjadi bangunan kerajaan suatu ketika dahulu.
SEMAK SINI JUGA: Senarai tempat menarik di langkawi waktu malam
Bangunan Bersejarah Di Malaysia : Bangunan Stadhuys
2) Bangunan Bersejarah di Malaysia
Pada tahun 1650, Bangunan Stadhuys telah dibina oleh pemerintah Belanda sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan juga pegawai-pegawainya. Bangunan ini merupakan contoh terbaik senibina gaya Belanda pada ketika itu.
Di Rantau Timur, bangunan Stadhuys dipercayai sebagai bangunan yang tertua. Di dalamnya terdapat Muzium Sejarah dan Muzium Ernografi yang boleh dikunjungi tidak kira pelancong luar dan dalam negara. Bangunan ini sangat menggambarkan keunikan dan contoh terbaik bagi senibina Belanda pada zaman itu. Di dalamnya juga boleh didapati bahan peninggalan sejarah Melaka 400 tahun dahulu dan pameran pakaian pengantin tradisional.
Kedua-dua muzium ini ada memaparkan butiran terperinci dan lengkap mengenai bagaimana di zaman dahulu, bahan-bahan dan pakaian-pakaian peninggalan ini memainkan peranan pada ketika itu.
Jangan tidak tahu bangunan bersejarah di Malaysia di Melaka pada asalnya adalah warna putih.
Di bawah ini anda semak sendiri gambar bangunan bersejarah Stadhuys pada zaman dahulu dan juga gambaran sekitarnya pada era 300-400 tahun lampau seperti yang terpapar pada gambar di bawah ini:
Bangunan Bersejarah Di Malaysia : Batu Bersurat, Terengganu
3) Bangunan Bersejarah di Malaysia
Pada tahun 1887, Batu Bersurat dijumpai di Padang Tara, di tepi Sungai Tara, Kampung Buloh, Kuala Berang dia Daerah Hulu Terengganu. Kemudian, Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan telah menjumpai Batu Bersurat ini di bahagian tangga surau Kampung Buloh pada tahun 1902. Batu Bersurat ini dijadikan dan digunakan sebagai alas membasuh kaki sebelum naik ke tangga surau dan keadaannya pula telah patah sebahagian di sebelah atas.
Pada Batu Bersurat ini terdapat tulisan jawi bertarikh 702 hijrah yang ditulis di atasnya. Penerangan mengenai Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hakam Islam berkaitan perbuatan maksiat dan hukuman yang akan dikenakan mengikut taraf seseorang beserta dengan kenyataan-kenyataan palsu ada ditulis pada batu itu.
Batu Bersurat ini pernah dihantar pada tahun 1983 ke Muzium Singapura buat pinjaman sementara. Batu Bersurat telah dibawa kembali ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura apabila Muzium Negara Kuala Lumpur telah siap dibina.
Pada tanggal 12 Februari 1987, surat telah ditulis oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada Jabatan Muzium dengan terkandungnya isi dan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat itu. Ini kerana pihak Muzium Terengganu ingin mempamerkan Batu Bersurat itu di muzium mereka. Pada tahun 1991, keputusan telah dikeluarkan oleh Jemaah Menteri agar Batu Bersurat itu dipulangkan semula kepada Kerajaan Terengganu.
Suatu upacara penyerahan semula Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah dilangsungkan di Dewan Perjanjian, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi. Pada masa itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan iaitu Encik Ismail Bin Adam yang mewakili Kerajaan Persekutuan. Manakala, YAB. Dato’ Seri Amar DiRaja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad yang merupakan Menteri Besar Terengganu pada ketika itu mewakili Kerajaan Negeri Terengganu.
Penemuan Batu Bersurat di Terengganu ini merupakan sebuah peringatan yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia dan juga merupakan titik tolak bermulanya pengisytiharan Agama Islam sebagai agama rasmi negara dan Undang-undang Islam.
Konklusinya di sini, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan dan monumen bersejarah peninggalan zaman dahulu amatlah penting dan diperlukan supaya generasi muda dapat tahu mengenai latar belakang dan sejarah penubuhan sesebuah negara.
Bangunan Bersejarah di Malaysia : Muzium Negara Kuala Lumpur
Semak butiran pada 5 gambar di bawah :
Bangunan Bersejarah di Malaysia : Candi Lembah Bujang, Kedah
Semak butiran pada 2 gambar di bawah :
Bangunan Bersejarah di Malaysia : Masjid Zahir Alor Setar Kedah
Semak butiran pada 3 gambar di bawah :
Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah nama bagi bangunan ini.
Latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad ini hanya disebut sebagai ‘Bangunan’ sahaja sebelum ditukar kepada nama yang sekarang ini.
Nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah telah diambil untuk menamakan bangunan ini yang pada ketika itu memerintah tahun 1898 hingga 1957.
Ia boleh digunakan sebagai rujukan untuk bahan folio sejarah anda kelak
1. Sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad
Pengenalan bagi bangunan ini ialah bangunan yang penuh dengan keunikan yang tersendiri dan identiti seni bina dan juga penuh dengan warisan dan kebudayaan yang masyhur serta sentiasa diangkat tinggi di mata negara lain.
Ia menjadi sanjungan rakyat dan kebanggaan rakyat Malaysia sebagai salah satu bangunan bersejarah yang terkenal. Strukturnya sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia berikutan di sinilah lokasinya sambutan perayaan-perayaan penting akan dianjurkan dan disambut oleh rakyat Malaysia seperti Sambutan Hari Merdeka, Sambutan Tahun Baru serta acara-acara dan sambutan lain yang berkaitan dengan pelancongan negara. Bangunan bersejarah Kuala Lumpur yang menjadi salah satu tempat menarik di KL ini juga menjadi mercu tanda yang masyhur di Kuala Lumpur dan kebanyakan pelancong dari luar negara sangat mengagumi dengan sambutan-sambutan yang seringkali diadakan di sini.
2. Asal Usul Bangunan Sultan Abdul Samad
- BACA SINI: eFiling Kehakiman: Portal Efs eKehakiman
Pada awal 1893, sejarah bermula apabila perancangan bagi mendirikan sebuah bangunan kerajaan sebagai pusat pentadbiran telah mula dilakukan oleh Residen British di Selangor, Sir William Maxwell. Kawasan seluas 1.034 hektar telah dipilih sebagai tapak yang sesuai untuk mendirikan pusat pentadbiran, iaitu lokasinya terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, iaitu berhampiran dengan pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Anthony C. Norman, seorang arkitek Inggeris telah mereka bentuk bangunan ini dan dibantu oleh A.B. Hubbock yang pada ketika itu berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894.
Pembinaan ini bertujuan supaya jabatan-jabatan kerajaan yang penting dapat ditempatkan semasa British memerintah di negara kita. ‘Bangunan Baru Kerajaan’ iaitu The New Government Offices adalah nama yang dikenali ketika permulaan pembinaannya dan kemudian sebagai ‘Sekretariat Persekutuan’ ataupun Federal Secretariat. Sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974, bangunan ini diguna sama dengan Kerajaan Negeri Selangor.
Pada akhir abad ke-19, Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang didirikan di Kuala Lumpur. Malah di bawah pengendalian Charles Edwin Spooner, sebagai perancang Bangunan Kerajaan pada ketika itu dan juga Sir William Maxwell, kejayaan berupa program ‘Bangunan Tersergam’ (Massive Building Programme) telah berjaya diperoleh.
3. Pengasas Bangunan
Arthur Charles Alfred Norman, arkitek British yang berkhidmat di Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur adalah orang bertanggung jawab mereka bentuk pelan asal Bangunan ini dan turut dibantu oleh Charles Edwin Spooner, seorang jurutera yang berasal dari British untuk memulakan kerja pembinaan bangunan ini.
Mulanya, Bangunan ini hanya menggunakan konsep Inggeris Classical Rennaisance iaitu hasil reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman. Namun, seni bina Islam telah diadaptasi sebagai tonggak reka bentuk bangunan tersebut menggantikan pelan asal A.C. Norman. Orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam ini adalah seorang arkitek muda, R.A.J. Bidwell. Perubahan ini berlaku kerana berikutan ketidakpuasan hati C.E. Spooner dengan reka bentuk yang dikemukakan dan ditampilkan oleh A.C. Norman.
4. Tarikh Bina
Pada tahun 1893, adalah tarikh mula senibina dan pada tahun 1897, pembinaan siap sepenuhnya untuk digunakan. Selama dua tahun tujuh bulan masa telah diambil. Tetapi pada 6 Oktober 1894, barulah Sir Charles B.H. Mitchell selaku Gabenor Negeri-Negeri Selat telah melakukan perletakan batu asas bangunan selepas reka bentuk bangunan tersebut dipersetujui.
5. Lokasi
Lokasi Bangunan ini amat strategik kedudukannya iaitu di Jalan Raja, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang sedang pesat membangun. Keluasan kawasan ini adalah 10,200 meter persegi. Di hadapan dengan bangunan ini adalah Kelab Diraja Selangor dan Dataran Merdeka dan berhampiran dengan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Raja Selangor, Jalan Tun Perak, dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Terdapat juga Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan di bahagian bangunan ini di mana mengalirnya pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak.
6. Tujuan Penubuhan
Sebuah bangunan kerajaan ingin dibina dan didirikan sebagai pusat pentadbiran British pada ketika itu merupakan objektif utama bangunan ini dibina. Di samping, memberi imej baru kepada Kuala Lumpur dan agar imej seni bina Islam yang menarik dapat ditonjolkan. Pembinaan awal Bangunan Kerajaan Baru ini adalah bertujuan supaya semua Jabatan Pentadbiran Neger-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) dapat ditempatkan di bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat iaitu menempatkan :
- Bilik Mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber);
- Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner);
- Sekretariat Kerajaan (G.S.O);
- Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board);
- Public Works Department (PWD);
- Pejabat Tanah;
- Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).
- Jabatan Galian;
- Audit dan Perbendaharaan;
7. Kos Pembinaan
Bagi tujuan pembinaannya, kos telah pun dihadkan tidak melebihi RM231,000.00 oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, kira-kira sejumlah RM152,000 dianggarkan bagi jumlah keseluruhan kos pembinaan bangunan ini dan ada juga sumber yang mengatakan angka sebenar kos binaan adalah RM152,824. Namun demikian, ia tetap menjadi sebuah bangunan termahal pada ketika itu.
Walau bagaimanapun, pengubahsuaian telah dialami bangunan ini yang menelan belanja RM17.2 juta selama enam tahun dan pada tahun 1978, ia siap diubahsuai semula. ‘Pengubahsuaian telah dilakukan terhadap bangunan ini untuk dijadikan sebagai pejabat kementerian dan lebih kurang RM20 juta anggaran kos pengubahsuaian,” Datuk Seri Muhd Shafie Apdal berkata, pada 24 Disember 2008.
8. Perasmian Bangunan
Pada 4 April 1897, bangunan ini sudah pun siap dan dirasmikan oleh Sir Frank Swettenham, Residen British dengan acara dan upacara yang penuh gemilang berserta dengan ucapan menarik oleh Charles Edwin Spooner, berkenaan sejarah pembinan bangunan tersebut. Teks lengkap ucapan perasmian beliau dalam Bahasa Inggeris boleh diperolehi dan didapati sebagai rujukan dalam JMBRAS BOL. 65, tulisan buku The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M Gillick. Bangunan ini telah diangkat dan diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada tahun 2007 berdasarkan sejarah dan keunikannya tersendiri.
Keistimewaan Banguan Bersejarah Sultan Abdul Samad
1. Reka Bentuk Pelan
Reka bentuk pelannya sangat unik dan menarik dan merupakan antara bangunan yang masyhur pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat bangunan dan suatu elemen penting yang diketengahkan dalam reka bentuk bangunan ini adalah ladam setinggi 57 kaki.
Sebuah anjung yang berhadapan dengan Padang Kelab Diraja Selangor merupakan bahagian utama bangunan ini. Tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke bilik-bilik Mahkamah Agung dan kamar-kamar Hakim boleh dilihat oleh pelawat semasa memasuki pintu utama bangunan ini. Bagi memberikan pengudaraan secara maksimum, ruang pejabat ini dipagari serambi, terutama ketika itu tiada penghawa dingin pada zaman pemerintahan British itu.
2. Bahan Binaan
Sebuah kilang bertempat di Brickfield telah ditubuhkan untuk membekalkan bahan binaan kepada Banguan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S). Bahan binaan yang dibekalkan adalah seperti 18,000 pikul kapur, 50 tan besi keluli, 2,500 tong simen, 5,000 lb tembaga, 30,000 kaki padu kayu dan 4 juta batu bata.
3. Pengubahsuaian dan Penaiktarafan
Banjir besar telah melanda bandar raya Kuala Lumpur apabila hujan lebat berlaku di seluruh negara pada tahun 1971. Banjir yang berlaku ini telah menenggelamkan bangunan ini dan Padang Kelab Selangor dan menyebabkan pada struktur bangunan bersejara h ini di bahagian dalaman dan luaran Bangunan ini rosak teruk. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat sekitar tahun 1978 dan pada tahun 1984, ia siap sepenuhnya dan anggaran pengubahsuian belanja sebanyak RM17.2 juta. Sumbangan sebanyak RM200,000 telah disumbang oleh kerajaan Australia pada tahun 1982 untuk penyaduran tembaga pada ketiga-tiga kubah yang kini bersinar dan berseri dengan indahnya.
Terdahulu sebelum penyaduran tembaga ini, kubah-kubah tersebut dibuat daripada kayu dan kepingan tembaga yang dicat hitam disalut pada batu-bata. Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan langsung bahagian luar bangunan ini dan kedudukan asal bangunan tersebut. Ini kerana hanya bahagian dalam bangunan sahaja yang diubahsuai. Pada tahun 1984, Bangunan ini sekali lagi dirasmikan setelah ia siap dengan sepenuhnya. Mulai Disember 2007, bangunan telah diubah suai dengan dijadikan sebagai pejabat-pejabat Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Perpaduan dan Warisan Malaysia.
3. Hiasan Dalaman
Sebuah dataran berbentuk segi empat turut dibina di dalam bangunan ini dan diperindahkan lagi di mana di tengah-tengahnya ada satu dataran segi empat yang dipagari dan dikelilingi oleh batas-batas pokok bunga yang cantik belaka. Bangunan ini juga mempunyai satu menara jam besar, tiga buah kubah dan sebuah arked dan juga satu serambi besar tertutup.
Ketiga-tiga kubah, arked, menara jam besar serta lengkungannya yang luas merupakan ciri-ciri utama bangunan ini. Kubah-kubah itu telah disalut dengan tembaga yang dahulu pada asalnya hanya diperbuat daripada kayu dan batu-bata yang dicat hitam. Dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun mengapit kubah yang terletak di atas menara jam besar. Kubah yang berada di tengah itu agak luar biasa dan unik kerana ia adalah paduan dan gabungan dua ciri tradisional kubah dan kios.
Gerbang yang terdapat di struktur bangunan berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Gerbang ini diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Dua menara kecil di sudut bangunan mengimbangi menara jam besar yang terletak di tengah-tengah. Keagungan bangunan ini dilambangkan dengan adanya tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara.
Kegunaan Dahulu dan Sekarang
Bangunan Sultan Abdul Samad digunakan sebagai Pejabat Residen Jeneral, Pusat Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pejabat Pos Besar pada zaman penjajahan British. Selepas merdeka, ia digunakan sebagai Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Perakaunan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sehinggalah tahun 1978. Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi Jenayah dan Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil dan Dagang telah ditempatkan di bangunan ini pada tahun 1978. Akhir sekali, kegunaan bangunan ini dijadikan sebagai pejabat rasmi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Kesenian dan Warisan Malaysia (KPPKW).
Bangunan Sultan Abdul Samad yang bersejarah ini turut diwartakan menjadi warisan kebangsaan negara. Keseluruhan kompleks bersejarah termasuklah bangunan ini sendiri ditadbir dan dijaga oleh KPPKW.
Senarai Bangunan Bersejarah di Malaysia
Di bawah ini Mypt3.com kongsikan senarai bangunan bersejarah di Malaysia yang boleh anda pilih untuk dimasukkan sebagai kajian bagi tugasan dan kerja kursus sejarah PT3 2016 anda kelak.
- Bangunan bersejarah Johor: Majlis Bandaraya Johor Bahru, Masjid Sultan Abu Bakar, bangunan Sultan Ibrahim, Kota Batu Johor Lama, Galeri Dato’ Onn, MUzium Sultan Abu Bakar, bangunan sekolah Mengenah Kebangsaan SMK Tinggi Muar, Hospital Sultanah Aminah, Balai Polis Bukit Kepong
- Bangunan bersejarah Kedah: Masjid Zahir, Lembah Bujang, Maktab Mahmud, Jambatan Merdeka, Muzium Diraja Kedah, Balai Besar Alor Setar,
- Bangunan bersejarah Kelantan: Pintu Kota Istana Balai Besar, Istana Jahar, Kubu Pantai Sabak, Jambatan Gantung Sultan Ismail Nal, Muzium Perang, Muzium Islam, Wat Phothivihan, Jambatan Guillemard, Masjid Kampung Laut, Masjid Muhammadi, Muzium Diraja Istana Batu,
- Bangunan bersejarah Kuala Lumpur: Muzium Negara, Stadium Merdeka, Stesen Keretapi Kuala Lumpur KL, Bangunan Parlimen Malaysia, Victorian Institution, Perpustakaan Negara Malaysia, Carcosa Seri Negara, Tugu Negara, Istana Budaya, bangunan Sekolah Convent Bukit Nanas, Muzium Diraja Kuala Lumpur,
- Bangunan bersejarah Labuan: Kompleks Bersejarah Chimney, Terowong Tanjung Kubong, Tugu Penyerahan Jepun, Tugu Peringatan Perang Dunia Ke II
- Bangunan bersejarah Melaka: Kota A Famosa, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Replika Istana Kesultanan Melaka, Bangunan Stadthyus, Perigi Hang Tuah, Gereja St Paul, Bangunan Lama Hong Kong dan Shanghai Bank, Masjid Tengkera, Muzium Islam Melaka, Rumah Api Tanjung Tuan
- Bangunan bersejarah Negeri Sembilan: Istana Lama Seri Menanti, Masjid Negeri, Masjid Kuala Dulang, Teratak Za’aba, Tugu Peringatan Sungai Kelamah, Muzium Kota Lukut, Tugu Peringatan Kuala Klawang, Bangunan sekolah SMK King George V, Muzium Tentera Darat, Istana Ampang Tinggi,
- Bangunan bersejarah Pahang: Muzium Diraja Pekan, Pejabat Kerajaan Kuala Lipis, Muzium Sultan Abu Bakar, Jambatan Gantung Sungai Lembing
- Bangunan bersejarah Perak: Istana Iskandariah, Istana Kenangan Kuala Kangsar, Kota Belanda, Kota Long Jaafar, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Maktab Melayu Kuala Kangsar, Maktab Perguruan Sultan Idris, Muzium Negeri Perak, Istana Kelli (Kelli’s Castle), Masjid Ihsaniah Iskandariah, Penjara Kinta, Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh, Convent Taiping, Menara Jam Condong Teluk Intan, Galeri Sultan Azlan Shah, Menara Pavillion, Jambatan Victoria,
- Bangunan bersejarah Perlis: Kota Indera Kayangan, Majlis Perbandaran Kangar, Masjid Lama Arau, Ruah Tetamu Kangar, Stesen Keretapi Padang Besar (Railway), Jabatan Imigresen Malaysia, Muzium Kota Kayang,
- Bangunan bersejarah Pulau Pinang Penang: Kota Cornwallis, Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang, Penang Free School, Rumah Kelahiran P.Ramlee, Muzium Perang, Muzium Negeri, Gereja St Anne, Masjid Kling, Gereja St.George, Menara Jam Victoria, Bukit Melawati,
- Bangunan bersejarah Sabah: Rumah Agnes Keith, Masjid Jamek, Muzium Warisan, Tokong Sam Sing Kung, bangunan Sekolah St Michael and Gereja All Angels, Muzium Agop Batu Tulug, Menara Jam Atkinson, bangunan sekolah menengah kebangsaan SMK Tambunan,
- Bangunan bersejarah Sarawak: Kubu Margherita, Muzium Sarawak, Muzium Etnologi (Bangunan Lama)
- Bangunan bersejarah Selangor: Bangunan Abdul Samad, Bukit Malawati, Istana Bandar / Alaeddin, Kuala Kubu Baru, Gedung Raja Abdullah, Kota Raja Mahadi, Selangor Chinese Association Hall, High School Kajang, Balai Bomba Kota Raja Klang, Jambatan Kota, Penjara Kajang, Madrasah Muhammadiyah Sabak Bernam, Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Muzium Petaling Jaya, Istana Alam Shah, Muzium Sultan Alam Shah, bangunan sekolah Menengah Kebangsaan SMK Tuanku Abdul Rahman Arang Batu,
- Bangunan bersejarah Terengganu: Istana Maziah, Bangunan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu PSMCT, Masjid Ulul Albab Jerteh, Batu Bersurat Padang Tara, Istana Maziah
Contoh Pengenalan Bangunan Bersejarah Kerja Kursus Sejarah PT3
Bagi mendapatkan hasil kerja kursus yang terbaik dan maksimum, anda haruslah memulakannya dengan pengenalan yang mantap dengan cara menghuraikan atau menjelaskan keseluruhan kajian yang dilakukan secara umum mengenai tajuk tugasan yang telah diberikan.
Contoh penulisan pengenalan merangkumi maksud dan definisi bangunan bersejarah, tempat bersejarah & monumen di Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin pesat membangun dan maju dalam pelbagai sektor, namun dicelah-celah arus pembangunan dan pemodenan ini terdapat bangunan bersejarah yang menarik dan indah di samping keunikan reka bentuk dan senibina bangunannya serta penuh dengan kesan sejarah ketamadunan pada suatu masa dahulu yang tetap terpelihara sehingga kini.
Setiap bangunan dan tinggalan lama bersejarah yang terdapat di negara ini mestilah dipelihara dan dipulihara dengan rapi dan sebaik mungkin bagi mengelakkan warisan ketamadunan sejarah ini daripada terus lenyap, pupus dan dilupakan oleh generasi masa kini dan pada masa akan datang.
Contoh bangunan bersejarah yang wajar dan mestilah dipulihara adalah seperti Balai Besar di Alor Setar, Kedah, Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Kota Margherita di Sarawak dan Bangunan Stadhuys di Bandar Hilir, Melaka. (Anda boleh nyatakan bangunan tinggalan sejarah lain yang lebih menarik dan terkenal)
Begitu juga di tempat tinggal saya di Pulau Pinang terdapat bangunan bersejarah ….. (Sila nyatakan bangunan bersejarah yang anda kaji untuk tugasan anda)
p/s: Diharapkan dengan perkongsian contoh pengenalan bangunan bersejarah ini dapat memberi manfaat kepada pelajar PT3 untuk menyelesaikan dan menyiapkan tugasan dan kerja kursus sejarah PT3. Semoga anda dapat menghasilkan pengenalan yang bermutu dan berkualiti seterusnya menarik minat pemeriksa untuk membacanya.