LHDN Contact Number: No Telefon Customer Service

Portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri malaysia LHDN contact number Customer Service & lhdn near me

lhdn lembaga hasil dalam negeri malaysia

Fungsi agensi ini merupakan satu badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan bertujuan untuk memungut hasil negara. Ianya diperbadankan pada 1 Mac 1996 yang dikenali sebagai HASiL.

Agensi ini merupakan antara salah satu ajen kerajaan yang bertanggungjawab dalam menguruskan perkhidmatan seperti pentadbiran, penilai, pungutan dan pengutipan bayaran cukai.

Antara cukai yang terlibat ialah cukai hartanah, cukai pintu, cukai setem, cukai pindah milik tanah, cukai pendapatan, cukai petroleum dan banyak lagi. 

Kini, ia mempunyai 12 buah pejabat pengarah negeri dengan 38 buah cawangan yang terdapat di serata negeri-negeri di Malaysia. Ianya merangkumi dan dibantu oleh 19 jabatan yang professional dalam menguruskan urusan pentadbiran melibatkan percukaian.

Customer Service LHDN Contact Number

Waktu operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri malaysia adalah pada hari Isnin sehingga hari Jumaat, bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Pengguna boleh menghubungi pusat panggilan hotline Lhdn melalui talian HASIL Care Line pada nombor 03-8911 1000.

Pengguna perlu menyatakan nama penuh, nombor rujukan cukai dan nombor telefon lhdn ketika membuat panggilan lhdn customer service tersebut.

Pihak pegawai akan membantu anda dalam menyelesaikan isu yang dihadapi oleh anda setiap kali anda contact mereka melalui nombor lhdn customer service seperti yang dinyatakan di atas.

nombor telefon lhdn customer service number

Fungsi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Terdapat 19 jabatan di bawah satu bumbung badan berkanun yang membawa bidang tugas yang tersendiri. 

1. Mengurus Semakan Keputusan Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia

Setiap bantuan yang diumumkan oleh kerajaan dalam bajet tahunan negara adalah merupakan inisiatif dibawah penyeliaan Kementerian Kewangan.

Menjadi peranan pihak agensi ini untuk membuat bayaran bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.

Bantuan Kerajaan Keluarga Malaysia ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan yang dihadapi oleh rakyat kerana peningkatan taraf hidup pada masa kini.

Pihak lembaga hasil dalam negeri malaysia akan memastikan setiap individua tau keluarga yang layak akan memanfaatkan bantuan ini.

Setiap individu yang layak perlu membuat permohonan kepada bantuan melalui laman sesawang BKM.

Setelah permohonan dihantar dan ditapis oleh pihak bertugas, pemohon boleh membuat semakan permohonan di laman sesawang yang sama dengan memasukkan nombor kad pengenalan pemohon.

Bagi individu yang berjaya, bantuan akan dikreditkan ke akaun bank pemohon mengikut tarikh-tarikh atau tempoh yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Manakala, bagi yang gagal, rayuan boleh dibuat untuk pertimbangan pihak terbabit.

2. Kutipan Cukai PCB oleh Majikan

Potongan Cukai Bulanan (PCB) ialah potongan hasil pendapatan pekerja pada tahun semasa secara bulanan.

Tujuan penolakan ini adalah untuk memastikan pekerja membayar cukai setahun secara sekali gus.

Pihak majikan bertanggunjawab dalam memotong hasil pendapatan pekerja untuk tujuan pembayaran cukai PCB.

Jabatan Pungutan Hasil akan memastikan setiap majikan membuat potongan cukai terhadap pekerjanya yang memenuhi syarat gaji minimum yang telah ditetapkan iaitu;

  1. Pendapatan individu bujang adalah RM2851 sebulan selepas penolakan KWSP.
  2. Pendapatan bagi individu yang sudah berkahwin dan mempunyai pasangan yang tidak bekerja berpendapatan RM3851 sebulan selepas penolakan KWSP.

Majikan boleh membuat pembayaran PCB ini secara atas talian melalui e-PCB atau e-Data PCB dengan menyerahkan borang CP39 kepada pihak bertugas.

3. Kutipan Cukai CKHT Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) diperkenalkan dibawah Akta Keuntungan Cukai Harta Tanah 1976 bertujuan menyekat sebarang isu spekulasi terhadap harta tanah.

lembaga hasil

Antara contoh harta tanah yang dikenakan cukai ialah rumah, bangunan, tanah, gudang dan banyak lagi.

Cukai akan dikenakan apabila berlaku pelupusan terhadap harta tanah tersebut pada tahun taksiran.

Pembayaran cukai ini menjadi tanggunjawab pemeroleh hartanah dan juga pelupus hartanah. CKHT ini akan dikenakan kepada individu yang melupuskan harta tanah dalam tempoh 5 tahun pertama dari tarikh pemerolehan.

Pihak bertugas telah menetapkan kadar bagi CKHT bagi tahun 2022 adalah seperti berikut;

4. Kutipan Duti Setem Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

BACA SINI >> Senarai stamping lhdn Duty Exemption

Akta Setem 1949 memperuntukkan taksiran dan pungutan duti setem ke atas surat cara dan aktiviti yang tidak melibatkan transaksi seperti perjanjian.

Surat cara ialah dokumen yang yang berada dibawah kategori undang-undang, komersial dan urusan kewangan.

Sebagai contoh, perjanjian sewa, perjanjian hutang/ loan pendidikan, perjanjian pertukaran hak milik hartanah dan banyak lagi. 

Duti Setem ini terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu Duti Ad Valorem dan Duti Tetap. Duti Ad Valorem ini dikenakan ke atas surat cara mengikut harga semasa, manakala duti tetap pula dikenakan nilai cukai secara tetap.

Surat cara yang jatuh dibawah dua jenis duti ini wajib disetem. Ini adalah bertujuan untuk memastikan surat cara yang dipersetujui sah disisi undang-undang jika berlaku sebarang permasalahan atau isu dikemudian hari. 

Penyeteman boleh dilakukan di kaunter mana-mana cawangan lhdn near me / yang berdekatan atau boleh dilakukan secara atas talian di laman sesawang stamps hasil seperti pada Rajah di bawah

lhdn contact number hotline malaysia

5. Kutipan Cukai Individu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Cukai individu atau lebih dikenali dengan cukai pendapatan merupakan hasil cukai daripada hasil pendapatan yang diperolehi dan dijana oleh individu selama setahun.

Cukai individu ini tertakluk dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang berkuatkuasa ke atas individu yang layak untuk dikenakan cukai.

Tujuan kutipan cukai individu ini adalah merupakan hasil daripada pendapatan negara bertujuan untuk mentadbir dan membangunkan negara dari segi sosial, ekonomi dan infrastruktur.

Kutipan cukai individu ini dikenakan berbeza-beza mengikut pengiraan pendapatan setahun yang diperolehi oleh individu.

Pembayaran cukai individu ini boleh dibuat dengan menghantar borang BE.

6. Kutipan Cukai Perniagaan

Trend perniagaan di Malaysia semakin meningkat sehingga ke peringkat global. Hasil daripada kutipan cukai perniagaan meningkat dari tahun ke tahun bagai cendawan tumbuh kerana wujudnya perniagaan atas talian.

Kerajaan menyasarkan kutipan cukai dari hasil perniagaan masyarakat yang layak dikenakan cukai ialah selebih kurang RM1.3 bilion setahun.

Syarikat atau individu yang menjalankan urusan perniagaan wajib membayar cukai hasil daripada keuntungan yang diperolehi selama setahun jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Oleh itu, setiap syarikat atau individu yang menjalankan perniagaan diwajibkan untuk menghantar anggaran cukai secara e-filing (e-CP204) di laman sesawang secara atas talian di ez hasil

Ianya menjadi tanggungjawab pengarah syarikat, setiausaha syarikat, pengurus dan individu yang berkaitan untuk memastikan perniagaan yang dijalankan memenuhi bayaran cukai yang dikeluarkan oleh. 

7. Sistem Sekatan Perjalanan Lembaga Hasil Dalam Negeri

Bagi individu yang gagal untuk membuat bayaran cukai pendapatan, cukai keuntungan hartanah dan cukai korporat, mereka akan dinafikan atau disekat perjalanan ke luar negara.

Tujuan sekatan perjalanan ini dikuatkuasakan adalah untuk memastikan setiap individu tidak culas terhadap hutang mereka kepada negara.

Permohonan pelepasan sekatan perjalanan ke luar negara boleh dibuat ke mana-mana cawangan secara tunai dan resit akan dikeluarkan bagi membenarkan individu ke luar negara. 

Walaubagaimanapun, ia juga menawarkan pelepasan sekatan perjalanan sementara bagi individu yang memenuhi syarat-syarat seperti pembayar cukai membuat bayaran cukai sebanyak 50 peratus daripada jumlah cukai, pemohon mengemukakan surat permohonan perlepasan atas sebab dan tujuan yang munasabah mengikut pertimbangan pegawai bertugas dan pembayar cukai membayar cukai mengikut jadual pembayaran yang betul.

Surat kebenaran ini akan dikeluarkan oleh pegawai mengikut tempoh-tempoh yang telah ditetapkan. 

Oleh itu, setiap individu wajib memastikan diri mereka bebas daripada sekatan perjalanan oleh agensi ini dengan membuat semakan di laman sesawang https://sspi.imi.gov.my/SSPI/

Borang LHDN Malaysia

PERKARALINK PAUTAN
borang cp22 (Borang Pemberitahuan Pekerja BaruKLIK SINI BORANG

FAQ

1. Apa peranan dan fungsi Agensi ini

Peranan agensi ini berperanan yang penting dalam memperbaiki dan memastikan kualiti serta keberkesanan sistem percukaian di Malaysia supaya ianya telus dan berintegriti.

2. Apa kuasa yang ada pada agensi ini

Agensi ini berkuasa dalam bidang kewangan dan pentadbiran cukai negara yang tertakluk dibawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995. Ia juga bertanggungjawab terhadap pengurusan hasil negara yang didasarkan dengan akta-akta seperti Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum 1967, Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990. 

3. Agensi ini di di bawah kementerian apa

Kementerian Kewangan malaysia (MOF)

4. Apa contact number

ada dikongsikan seperti di atas ini

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia