LHDN Jadual Pcb Login: Cara kira Potongan cukai bulanan pcb income tax berjadual untuk setiap pendapatan pekerja menggunakan EPCB Calculator Online di malaysia.
Potongan Cukai Bulanan (PCB contribution income tax) merupakan kaedah pemotongan cukai secara bulanan oleh majikan terhadap pendapatan pekerja.
Kaedah ini adalah tertakluk di bawah subseksyen 107(2) Akta Cukai Pendapatan 1967. Pemotongan cukai ini biasanya dibuat berdasarkan data peribadi pekerja yang direkodkan di Jabatan Sumber Manusia di setiap syarikat.
Tujuan kaedah e-pcb ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengurangkan beban pekerja daripada dikenakan cukai sekaligus dengan nilai yang tinggi pada tahun taksiran tersebut.
Pekerja yang dikenakan potongan cukai bulanan ini adalah individu-individu yang menerima pendapatan bulanan yang layak dikenakan lhdn PCB tax.
Senarai Kandungan Penting:
Cara Daftar EPCB Online
LHDN EPCB Malaysia merupakan satu sistem atas talian yang diperkenalkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada pihak majikan untuk memudahkan pengguna menyemak, membuat pengemaskinian maklumat, meminda data, menyimpan maklumat dan membuat bayaran cukai income tax secara bulanan.
- BACA SINI >> Mytax hasil LHDN: login masuk portal
- BACA SINI >> Income tax malaysia budget : personal LHDN rate [UPDATED]
- BACA SINI >> Pelepasan Cukai Pendapatan: Senarai Pengecualian Untuk 2024
Secara amnya, sistem ini ini berfungsi sebagai semakan terhadap fail teks CP39 yang disediakan oleh majikan adalah mengikut spesifikasi daripada pihak LHDN dan menghantar fail teks tersebut kepada LHDN.
Majikan yang ingin membuat lhdn Potongan Cukai Bulanan pcb ini perlu mendaftar akaun EPCB terlebih dahulu.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar akaun pcb income tax;
- Layari laman sesawang https://mytax.hasil.gov.my seperti pada rajah di atas ini.
- Klik pada bahagian “e PCB online income tax”.
- Pengguna perlu klik pada bahagian “Pengguna Baru”.
- Kemudian, pengguna hendaklah mengisi butiran maklumat pendaftaran majikan dengan lengkap dan betul dan klik pada butang “Hantar”.
- Akhir sekali, pengguna akan menerima notifikasi pendaftaran pengguna telah berjaya.
Cara Epcb Login
Majikan yang telah berjaya membuat pendaftaran e-PCB online ini, mereka boleh mula log masuk ke dalam sistem epcb login ini pada bila-bila masa.
Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke sistem income tax pcb:
- Layari laman sesawang untuk akses masuk epcb login, https://ekls.hasil.gov.my seperti pada Rajah di atas ini.
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan majikan sepertimana yang telah didaftarkan.
- Pengguna mestilah memasukkan kod keselamatan seperti yang dipaparkan.
- Akhir sekali, klik pada butang “Hantar”.
Cara Daftar ECP39 Login Untuk Majikan
ECP39 merupakan satu sistem penggajian berkomputer yang membolehkan para majikan menghantar data dan membuat bayaran bulanan secara atas talian.
Sistem ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan pihak majikan membuat pengiraan PCB terhadap gaji pekerja.
Sistem ini juga perlu didaftarkan terlebih dahulu oleh majikan sebelum boleh digunakan secara atas talian.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar dan register ECP39 bagi majikan;
- Layari laman sesawang https://ecp39.hasil.gov.my seperti pada Rajah di atas ini.
- Klik pada butang “Pendaftaran Kali Pertama”.
- Masukkan nombor rujukan majikan pada ruangan yang disediakan dan klik pada butang “Semak”.
- Kemudian, majikan perlu mengisi data maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul dan seterusnya, klik pada butang “Hantar”.
- Notifikasi berkenaan pendaftaran tersebut telah berjaya akan dihantar menerusi emel majikan.
- Buka emel tersebut dan klik pada butang “Sahkan Alamat Emel” untuk mengesahkan pendaftaran ECP39.
- Akhir sekali, masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah bagi mengaktifkan akaun ECP39.
Cara Log Masuk ECP39 Login
Majikan boleh mula log masuk ke dalam sistem setelah pengaktifan akaun telah berjaya diaktifkan.
Aktiviti log masuk ke akaun ini boleh dibuat oleh majikan pada bila-bila masa. Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke dalam sistem ECP39;
- Layari laman sesawang untuk login pcb ecp39, https://ecp39.hasil.gov.my
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah.
- Akhir sekali, klik pada butang “Log Masuk”.
Apa Beza CP39 vs CP38
Kedua-duanya merupakan mekanisme potongan cukai yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.
Walaubagaimanapun, kedua-duanya membawa fungsi yang berbeza.
Menjadi persoalan samada cukai ditanggung oleh majikan ya atau tidak? Inilah fungsi pcb CP39 payment.
Ia adalah merupakan satu sistem yang digunakan oleh pihak majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer untuk mengisytiharkan Potongan Cukai Bulanan secara bulanan.
Sistem ini digunakan untuk menghantar data pekerja dan membuat bayaran tersebut secara atas talian.
Manakala, CP38 pcb merupakan potongan cukai tambahan yang dikenakan kepada individu yang mempunyai tunggakan pembayaran cukai yang terdahulu.
Ia merupakan arahan yang dikeluarkan oleh pihak LHDN kepada majikan untuk membuat potongan cukai tambahan terhadap pendapatan pekerja.
CP38 ini dikeluarkan untuk memastikan pembayar cukai menyelesaikan tunggakan cukai mereka.
Cara Masukkan dan Delete Employee Dalam ECP39
Majikan atau pentadbir akaun yang bertanggungjawab membuat potongan cukai bulanan (PCB) pekerja wajib mendaftar akaun.
Menerusi sistem ini, pentadbir akaun boleh menambah dan membuang pekerja yang tersenarai untuk PCB ini.
Berikut merupakan cara-cara untuk menambah dan membuang pekerja dalam sistem;
- Layari laman sesawang https://ecp39.hasil.gov.my.
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Log Masuk”.
- Pada bahagian Menu, klik pada butang “Pekerja”.
- Senarai maklumat pekerja akan dipaparkan.
- Bagi tujuan menambah pekerja, klik pada butang “Tambah Pekerja Baru” seperti pada Rajah di bawah ini
- Bagi tujuan penghapus atau membuang pekerja daripada sistem, klik pada ikon tong sampah untuk membuang.
Syarat Potongan PCB
Antara syarat kelayakan minimum bagi pendapatan bulanan yang akan dikenakan untuk potongan cukai bulanan pcb adalah seperti berikut;
- Gaji minimum untuk potongan pcb Individu adalah bujang yang menerima pendapatan RM2851 sebulan selepas penolakan dari bantuan kwsp.
- Manakala gaji minimum untuk potongan pcb untuk Individu yang sudah berkahwin dan pasangan tidak bekerja menerima pendapatan RM3581 secara bersih selepas penolakan dari KWSP.
Cara Dapatkan e-PCB Number
Individu yang layak dikenakan Potongan Cukai Bulanan mestilah mendaftar sebagai pembayar cukai terlebih dahulu.
Oleh itu, majikan bertanggungjawab dalam mendaftar setiap pekerjanya yang dikehendaki membuat potongan cukai tersebut.
Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman sesawang https://mytax.hasil.gov.my.
Setelah pendaftaran berjaya, setiap individu akan diberikan nombor rujukan cukai.
Nombor ini akan diberikan selepas 3 hari bekerja selepas tarikh pendaftaran.
Semakan nombor cukai ini boleh dibuat di laman portal rasmi MyTax pada bahagian e-Daftar seperti pada Rajah di bawah ini.
Cara Buat Bayaran Cukai PCB Payment Online
Terdapat dua (2) cara pembayaran atas talian yang disediakan kepada pembayar cukai iaitu melalui perbankan internet dan FPX.
Bagi tujuan pembayaran, pengguna perlu klik pada butang “Sila klik untuk membuat pembayaran”.
- Halaman slip pengesahan data cp39 pcb akan dipaparkan kepada pengguna bagi tujuan pengesahan maklumat agar ianya betul dan lengkap sebelum dihantar.
- Hal ini kerana, setelah pembayaran dibuat, pengemaskinian maklumat tidak boleh dibuat lagi.
- Slip pengesahan akan dipaparkan seperti pada Rajah di bawah ini. Pengguna perlu klik pada butang “Hantar & Selesai” untuk membuat pembayaran.
- Masukkan informasi akaun bank pengguna untuk memudahkan urusan pembayaran.
- Nilai bayaran akan ditolak menerusi akaun bank tersebut.
Jadual PCB Terkini
Jadual potongan cukai bagi tahun taksiran akan ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Jadual PCB 2023 adalah tertakluk sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Potongan Cukai Bulanan Tahun 2018.
Majikan boleh merujuk jadual pcb deduction table 2023 pdf schedule potongan cukai ini di portal https://phl.hasil.gov.my seperti pada lhdn pcb table di bawah ini.
Cara Guna Kalulator PCB Calculator Malaysia
Untuk menggunakan kalkulator pcb lhdn, anda boleh terus login masuk ke link pautan yang disedikan oleh pihak lhdn malaysia, online calculator pcb, http://calcpcb.hasil.gov.my sangat mudah digunakan calculator cukai pendapatan ini.
Cara Pengiraan Pcb Untuk Pekerja Asing
Majikan bertanggungjawab dalam menguruskan pengiraan potongan cukai bulanan pekerjanya dan tidak silap semasa kira pcb pekerja masing-masing.
Potongan Cukai berjadual (PCB cukai) wajib dikenakan kepada individu pekerja yang berpendapatan yang layak dikenakan cukai.
Ianya termasuklah pekerja tempatan dan pekerja asing. Kadar cukai yang dikenakan kepada pekerja asing adalah tertakluk pada perenggan 1A, Bahagian 1, Jadual 1 ACP.
Kadar cukai untuk pengiraan potongan cukai bulanan yang dikenakan adalah 26 peratus daripada pendapatan. Berikut merupakan contoh cara pengiraan cukai pendapatan untuk potongan PCB bagi pekerja asing;
- Jumlah gaji bulanan: RM4000
- Contoh cara pengiraan potongan cukai bulanan PCB: RM4000 x 26 peratus
- Jumlah cukai PCB: RM1040
Mudah bukan cara kira pcb gaji? Atau boleh juga gunakan pcb calculator. Teruskan membaca..
Berapa Penalti Lewat Bayar PCB
Penalti sebanyak 10 peratus akan dikenakan kepada individu yang lewat buat bayaran Potongan Cukai Pendapatan bulanan berjadual (PCB cukai).
Penalti ini dikenakan untuk memastikan majikan atau individu berkaitan membuat bayaran cukai mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak LHDN.
Selamat Membayar Cukai
Oleh itu, pihak majikan bertanggungjawab dalam menguruskan pendapatan pekerja agar pekerja yang memenuhi kelayakan ini membayar cukai kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Majikan yang gagal membuat potongan cukai bulanan ini bakal dikenakan kompaun daripada pihak LHDN.
Ianya juga menjadi satu kesalahan sepertimana yang tertakluk di sisi undang-undang.
Tuntasnya, pemotongan potongan cukai bulanan berjadual ini adalah berdasarkan Jadual PCB online yang telah ditetapkan oleh pihak LHDN yang mana anda boleh check menggunakan calculator yang sediakan oleh pihak hasil..