Mae Login Maybank: Cara Daftar & Register Online

Download Mae maybank apps online, Login Untuk Transfer, simpanan tabung, tukar transfer limit

mae maybank apps

Maybank Anytime Everyone merupakan aplikasi dompet digital bagi institusi perbankkan Maybank Berhad. Ianya diperkenalkan untuk memudahkan urusan pengguna Maybank untuk membuat transaksi atas talian.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik dan teratur.

Antara perkhidmatan yang terdapat pada aplikasi ini adalah akaun MAE, debit card, Tabung, Maybank Home2u, Expenses, Sama-Sama Lokal, Scan & Pay dan Shopping & Promotions.

Secara amnya, aplikasi ini menawarkan lebih banyak manfaat dan kelebihan dari segi fungsi dan perkhidmatan yang disediakan di platform tersebut.

Cara Download & Register Mae Maybank Kepada Pelanggan Baru

Pengguna Maybank yang ingin melakukan transaksi atas talian perlulah mae download aplikasi ini di telefon bimbit mereka.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini menerusi Apps Store atau Google Play untuk menggunakan aplikasi ini.

Kepada yang berjaya memuat turun aplikasi ini mestilah mendaftar dulu akaun mereka sebelum ianya boleh digunakan untuk menjalankan urusan secara atas talian.

Berikut merupakan cara daftar MAE maybank bagi pelanggan yang baru sahaja register dengan institusi perbankkan Maybank;

  1. Pengguna perlu memuat turun aplikasi tersebut dan klik pada aplikasi tersebut.
  2. Kemudian, klik pada “No account? Apply for an Account now”.
  3. Klik pada butang “Next”.
  4. Masukkan nama penuh dan nombor telefon bimbit pengguna dengan betul dan klik pada butang “Continue”.
  5. Isi semua butiran maklumat pengguna dengan lengkap dan klik pada butang “Continue”.
  6. Seterusnya, cipta nama pengguna, imej keselamatan, kata laluan dan 6-digit nombor pin yang betul bagi akaun pengguna.
  7. Sahkan nombor telefon bimbit pengguna dengan klik pada butang “Yes, Proceed”.
  8. Masukkan nombor OTP yang betul yang diterima oleh pengguna menerusi SMS dan klik pada butang “Continue”.
  9. Setkan nama pengguna bagi akaun yang telah didaftarkan dan klik pada butang “Done”.
  10. Akhir sekali, pendaftaran berjaya.

BACA SINI >> Senarai Broker Forex Terbaik di Malaysia 2025 Untuk Trading

Cara Download dan Daftar Mae Kepada Pelanggan Maybank

Pelanggan Maybank yang masih tidak mempunyai akaun, kini oleh memuat turun aplikasi tersebut.

Muat turun aplikasi ini boleh dilakukan menerusi Google Apps atau Apps Store.

Berikut merupakan cara untuk daftar MAE maybank bagi pelanggan Maybank;

  1. Pengguna perlu muat turun aplikasi dan klik pada aplikasi tersebut.
  2. Kemudian, klik pada “Existing M2U/MAE user? Log in here”.
  3. Masukkan nama pengguna yang betul dan klik pada butang “Continue”.
  4. Sahkan imej keselamatan dan masukkan 6-digit nombor pin bagi akaun.
  5. Seterusnya, sahkan nombor telefon bimbit pengguna dan OTP akan dihantar pada telefon bimbit pengguna.
  6. Masukkan nombor OTP tersebut dan klik pada butang “Continue”.
  7. Masukkan nama pengguna bagi akaun tersebut dan klik pada butang “Done”.
  8. Akhir sekali, pendaftaran MAE maybank berjaya selepas download.

Cara Login Mae Maybank Online

BACA SINI >> lhdn call centre

Setelah berjaya membuat pendaftaran maybank apps online, pengguna boleh mula mengakses mae login akaun mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Berikut merupakan cara untuk log masuk mae login maybank online:

  1. Pengguna perlu klik pada mae app di telefon bimbit pengguna.
  2. Masukkan nama pengguna dan sahkan imej keselamatan yang dipaparkan kepada pengguna.
  3. Kemudian, masukkan kata laluan yang sah.
  4. Akhir sekali, klik pada butang “Log Masuk mae login online”.

Fungsi dan Kelebihan Mae Apps Online

Aplikasi ini ternyata memberi banyak manfaat kepada pengguna dengan ciri-ciri dan fungsi yang ditawarkan pada aplikasi ini.

Antara funsi dan kelebihan aplikasi ini adalah seperti berikut;

1. Set Jumlah Withdraw di ATM Dengan Scan

Maybank merupakan institusi perbankkan pertama yang memperkenalkan aplikasi e-dompet yang begitu canggih serta memberi manfaat yang maksima kepada pengguna.

Kemudahan perkhidmatan ATM Cash-Out diperkenalkan untuk membolehkan pengguna membuat pengeluaran wang menerusi mesin ATM tanpa perlu membawa kad debit atau kad kredit untuk membuat pengeluaran wang.

Pengguna hanya perlu scan pada kod yang tertera pada skrin mesin ATM.

Menerusi kaedah tersebut, pengguna boleh setkan jumlah pengeluaran wang di MAE apps dan wang akan dikeluarkan melalui mesin ATM.

Oleh yang demikian, pengguna akan lebih mudah untuk mengeluarkan wang mereka walaupun mereka tidak membawa kad debit atau kredit mereka.

2. Bayar Bil

Pengguna juga boleh membuat pembayaran bil-bil mereka menerusi aplikasi. Ianya boleh dilakukan menerusi kaedah JomPay.

Ianya bahkan lebih mudah kepada pengguna untuk membuat pembayaran bil sama ada bil Astro, bil air, bil elektrik dan banyak lagi.

Dengan cara ini, pengurusan pembayaran bil pengguna akan lebih teratur sekaligus dapat mengelakkan berlakunya tunggakan bayaran bil.

3. Buat Simpanan Melalui Sistem Tabung Mae

Antara fungsi yang menarik yang diperkenalkan di dalam aplikasi ialah Tabung MAE maybank.

Sistem tabung ini diwujudkan untuk menggalakkan pengguna membuat simpanan daripada duit yang terdapat di dalam akaun Maybank mereka. Ianya dapat menjamin pengurusan kewangan yang baik dalam kalangan masyarakat.

Menerusi sistem tabung MAE maybank ini, pengguna boleh membuat pelbagai jenis simpanan dengan jumlah simpanan yang telah disetkan oleh pengguna.

Duit yang ada di dalam akaun Maybank pengguna akan diasingkan dan dimasukkan ke dalam tabung tersebut untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan.

Tuntasnya, pengguna akan lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan mereka.

4. Scan Bayar Shopping, Barangan dan Makanan Guna Mae Maybank

Dengan adanya “Scan & Pay” ini, pengguna akan lebih mudah untuk membeli belah, membeli barangan dan makanan menggunakan maybank MAE apps ini.

Pengguna hanya perlu imbas kod QR yang terdapat di pasaraya, kedai, pusat beli-belah dan sebagainya ketika ingin membuat pembayaran.

Ianya dapat memudahkan pengguna dengan menggalakkan penggunaan dompet digital serta mengurangkan penggunaan tunai.

5. Tunjukkan Pattern Perbelanjaan Setiap Bulan

Pada setiap bulan, pengguna boleh menyemak rekod perbelanjaan mereka mengikut kategori yang telah dibahagikan di aplikasi.

Pengguna boleh membuat semakan perbelanjaan ini di bahagian “Expenses”.

Kesemua rekod perbelanjaan akan dipaparkan mengikut kategori yang betul untuk memudahkan pengguna mengenalpasti perbelanjaan mereka dan mengelakkan pengguna melakukan perbelanjaan yang tidak berfaedah.

6. Boleh Terus Block Card Jika Anda Transaksi Scam

Pengguna boleh juga menyekat kad mereka daripada digunakan jika ianya terdedah kepada transaksi yang mengcurigakan.

Hal ini dapat mengelakkan pengguna Maybank daripada ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sekatan ini boleh dilakukan di aplikasi ini. Justeru itu, aplikasi ini menawarkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik berbanding aplikasi institusi perbankkan lain. 

Cara Transfer Duit Guna Mae Maybank & Approve Setiap Transaksi

Fungsi utama aplikasi perbankkan atas talian adalah untuk membolehkan pengguna membuat pemindahan dana secara atas talian dengan lebih pantas tanpa perlu hadir ke mana-mana ATM.

Ianya boleh dilakukan menerusi aplikasi. Berikut merupakan cara-cara untuk membuat pemindahan wang menerusi mae app;

  1. Pengguna perlu buka aplikasi mereka.
  2. Log masuk ke akaun mereka.
  3. Pada paparan menu utama, klik pada ikon “Transfer”.
  4. Masukkan kata laluan yang sah.
  5. Pilih akaun yang ingin dipindahkan oleh pengguna.
  6. Kemudian, masukkan nombor akaun bank penerima dan klik pada butang “Done”.
  7. Masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan dan klik pada tanda “Betul”.
  8. Seterusnya, masukkan rujukan penerima dan klik pada butang “Continue”.
  9. Sahkan transaksi tersebut dan klik pada butang “Transfer Now”.
  10. Akhir sekali, klik pada butang “Approve” untuk mengesahkan pemindahan dana tersebut.

Cara Buat Mae Change Limit Transaksi Ke Bank Lain ke ASB, Tabung Haji

Setiap pengguna dibenarkan untuk membuat perubahan had transaksi untuk membolehkan mereka membuat pemindahan dana.

  1. Perubahan ini perlu dilakukan secara atas talian. Ianya perlu dilakukan di https://www.maybank2u.com.my
  2. Pengguna perlu ke bahagian “Setting” dan memilih “Pay & Transfer” untuk membuat perubahan had transaksi sama ada transaksi ke bank lain, ASB, Tabung Haji dan lain-lain.
  3. Pengguna boleh memilih mana-mana amaun yang mereka suka bagi memudahkan mereka membuat pemindahan dana tersebut.

Cara Apply Mae Card Online

cara apply kad mae maybank login

Cara apply dan mohon mae card secara online banking sangat mudah dan senang

  1. Anda buka aplikasi dan klik di bahagian ‘MORE’
  2. Klik kad MAE Card
  3. Masukkan maklumat untuk dihantar kad ini ke rumah anda

Untuk baca lebih banyak kelebihan yang ditawarkan kad ini, boleh terus baca di link pautan mbb malaysia, www.maybank2u.com.my

Tabung Mae

Pada aplikasi ini juga menawarkan kemudahan untuk anda buat simpanan duit secara online melalui sistem tabung mae by maybank2u.

Membantu anda simpan untuk jangka masa pendek, serdahana dan jangka masa panjang dengan mudah dan sangat efektif.

Untuk tahu maklumat yang lebih lanjut boleh terus pergi ke link pautan ini, https://www.maybank2u.com.my

FAQ

1. Boleh Login Mae Maybank Guna 2 Akaun Maybank Pada Telefon Yang Sama?

Pengguna dibenarkan untuk log masuk dan menggunakan dua (2) akaun mae Maybank login online yang berbeza dalam satu aplikasi dalam satu telefon bimbit pengguna.

Pengguna hanya perlu tambahkan akaun Maybank mereka di dalam aplikasi mereka.

Ianya bahkan boleh digunakan untuk lebih daripada dua (2) akaun Maybank yang berbeza.

2. Apa Itu Maybank Mae Card

Mae card merupakan kad debit yang diwujudkan untuk memudahkan pengguna untuk membuat transaksi dan perbelanjaan bagi akaun sahaja.

Akaun simpanan yang lain tidak akan terjejas. Fungsinya adalah sama seperti kad debit dan kredit Maybank yang lain. Akan tetapi, kad MAE maybank ini diperkenalkan khusus bagi kegunaan untuk akaun sahaja.

3. Adakah app ini adalah berfungsi seperti ewallet

Ya betul

4. Apakah syarat kelayakan untuk apply kad di atas ini

Tiada

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia