Senarai Contoh Peribahasa Melayu dengan gambar dan Maksud perumpaan Bahasa Melayu bagi tingkatan 1, 2 , form 3, tingkatan 4 dan spm
Bagi contoh soalan PT3 Bahasa Melayu terdapat soalan peribahasa yang akan ditanya kepada calon peperiksaan Tingkatan 3 PT3 kelak pada soalan no. 4 di dalam bahagian A.
Format peribahasa Bahasa Melayu tersebut akan terbahagi kepada 2.
Iaitu yang bergambar dan maksud peribahasa merujuk kepada karangan dan petikan yang diberikan. Jelas? Mypt3 difahamkan dengan lambakan contoh perumpamaan dan gambar peribahasa Melayu yang ada pada ketika ini.
Hanya peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 sahaja yang akan ditanya dalam soalan peribahasa Bahasa Melayu PT3 kelak.
Contoh Maksud Peribahasa Bergambar
Bersama-sama ini Mypt3 lampirkan koleksi gambar untuk anda semak satu persatu, jom teka bagi senarai disebalik maksud peribahasa bergambar merujuk kepada soalan peribahasa PT3 Bahasa Melayu Tingkatan 3 mengikut urutan nombor yang mana jawapan turut disediakan kepada anda di bawah ini :
- BACA SINI >> Portal rasmi apdm kpm apdm.moe.gov.my login kehadiran murid
- BACA SINI >> Portal rasmi splgkpm login modul individul
- BACA SINI >> contoh peribahasa Bahasa Melayu
- BACA SINI >> Contoh Surat Cuti Sekolah Tidak Hadir Kerana Sakit
- Bagai cincin dengan permata
- Bagaimana acuan begitulah kuihnya
- Dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
- Bagai lintah menghisap darah
- Nasi sudah menjadi bubur
- Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan
- Bagai murai dicabut ekor
- Bagai katak di bawah tempurung
- Kaki ayam
Di bawah ini MYpt3 kongsikan pula contoh soalan peribahasa Melayu yang boleh anda lakukan ulangkaji dan buat latihan daripada masa ke semasa yang mana terdapat contoh peribahasa bergambar dan juga maksud peribahasa Melayu yang bakal ditanya dalam soalan Bahasa Melayu PT3 kelak.
Mypt3 turut suka untuk berkongsi senarai contoh peribahasa Melayu dengan gambar yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, tingkatan 2 hingga Tingkatan 3 seperti di bawah ini sebagai rujukan :
BACA SINI >> Download Salinan Sijil Spm Online Bila Hilang
- Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
- Ringan tulang, berat perut.
- Ada udang di sebalik batu.
- Biar titik jangan tumpah.
- Indah khabar daripada rupa.
- Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.
- Jauhari jua yang mengenal manikam.
- Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.
- Alah membeli menang memakai.
- Alang-alang mandi biar basah.
- Kalau tak berada-rada, tak akan tempua bersarang rendah.Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
- Seperti api di dalam sekam.
- Seperti lintah menghisap darah
- Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
- Genggam bara api biar sampai jadi arang.
- Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
- Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
- Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
- Umpama orang mengantuk disorongkan bantal
- Seperti harimau menyembunyikan kukunya.
- Seperti embun di hujung rumput.
- Sudah terantuk baru terngadah.
- Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.
- Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
- Jauh berjalan luas pandangan.Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung.
- Seperti hujan jatuh ke pasir.
- Alang-alang berdakwat biarlah hitam.
- Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
- kilat dan pasu
Contoh Jenis Peribahasa dan Maksud
- Pepatah: Ayat nasihat atau panduan. Contohnya: “Sediakan payung sebelum hujan.”
- Bidalan: Peribahasa dengan maksud tersirat. Contohnya: “Harapkan pegar, pegar makan padi.”
- Perumpamaan: Bandingan berdasarkan sifat atau keadaan. Contohnya: “Bagai duri dalam daging.”
- Kata Hikmat: Ucapan penuh pengajaran. Contohnya: “Ilmu pelita hidup.”
20 Peribahasa Yang Selalu Keluar Dalam Peperiksaan SPM
Peribahasa merupakan bahagian penting dalam penulisan dan pemahaman Bahasa Melayu, terutamanya dalam SPM.
Peribahasa merupakan bahagian penting dalam penulisan dan pemahaman Bahasa Melayu, terutamanya dalam SPM. Berikut adalah 20 peribahasa popular dan maksudnya:
- Seperti aur dengan tebing: Hidup saling membantu dan bergantung antara satu sama lain.
- Bagai duri dalam daging: Sesuatu yang menyakitkan atau menjadi penghalang.
- Harapkan pegar, pegar makan padi: Orang yang dipercayai mengkhianati amanah.
- Sediakan payung sebelum hujan: Bersedia sebelum menghadapi kesusahan.
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing: Bekerjasama menghadapi susah dan senang.
- Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan: Jika melakukan sesuatu, lakukan sehingga selesai.
- Seperti kerbau dicucuk hidung: Orang yang sentiasa menurut perintah tanpa bantahan.
- Seperti enau dalam belukar: Mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
- Lain padang, lain belalang: Situasi berbeza memerlukan cara berbeza.
- Seperti katak di bawah tempurung: Orang yang tidak tahu hal dunia luar.
- Bagai ayam disambar helang: Hilang secara tiba-tiba.
- Air yang tenang jangan disangka tiada buaya: Orang diam jangan disangka tidak berbahaya.
- Genggam bara api biar sampai jadi arang: Kesabaran dan ketekunan menghasilkan kejayaan.
- Laut mana yang tidak berombak: Semua orang pernah melakukan kesilapan.
- Ukur baju di badan sendiri: Bertindak mengikut kemampuan.
- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat: Persatuan membawa kejayaan.
- Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran: Kehilangan sesuatu kerana tamak.
- Seperti api dalam sekam: Bahaya yang tidak kelihatan.
- Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak: Menyesuaikan diri dengan situasi.
- Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri: Tempat asal lebih baik walaupun sederhana.
Semoga Berjaya!
Pelajar perlu memahami peribahasa ini untuk berjaya dalam penulisan dan pemahaman Bahasa Melayu.