Semak contoh cara dapatkan sijil SPM secara online check Download original certificate dan permohonan salinan SPM Hilang dengan lembaga peperiksaan malaysia.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah peperiksaan kebangsaan yang diduduki oleh pelajar Tingkatan 5 bertujuan untuk melayakkan mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Diploma, Sarjana Muda dan Falsafah Kedoktoran.
Peperiksaan ini merupakan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menentukan taraf pendidikan seseorang pelajar di peringkat sekolah menengah. SPM menjadi titik utama bagi perjalanan seseorang dalam bidang pendidikan dalam menentukan hala tuju dan masa depan seseorang.
BACA SINI >> Cara kira pointer stpm matrikulasi mrsm universiti
Ia merupakan satu sijil yang membuktikan kelayakan seseorang sama ada mampu meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya. Ia juga merupakan dokumen penting bagi setiap orang kerana dengan sijil inilah membolehkan seseorang mendapat kerja.
Cara Permohonan Sijil SPM Hilang Online / Offline
Ia mestilah disimpan dengan baik oleh setiap orang bagi mengelakkannya daripada hilang.
- BACA SINI >> Gred spm 2024: skema markah sekolah menengah terkini
- BACA SINI >> myresultspm moe gov my 2024
- BACA SINI >> upu.mohe.gov.my: Jawapan Contoh Soalan Temuduga Universiti
Ini kerana dokumen tersebut merupakan antara dokumen yang penting.
Walaubagaimanapun, sijil melibatkan spm certificate yang original mungkin juga akan hilang disebabkan oleh beberapa faktor seperti bencana alam seperti banjir, berlakunya kebakaran, rumah dimasuki pencuri dan terlupa akan keberadaan sebenar sijil tersebut.
Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan sijil SPM yang telah hilang disebabkan oleh faktor-faktor tersebut, antaranya hadir ke kaunter Lembaga Peperiksaan Malaysia di Putrajaya, membuat permohonan melalui pos atau boleh mendapatkannya secara atas talian.
Download Permohonan Salinan Sijil SPM Online Check
Bagi memudahkan urusan seseorang, pemohon boleh check borang permohonan sijil SPM secara online certificate melalui beberapa cara, antaranya;
- Pemohon perlulah melayari laman sesawang elp moe seperti pada Rajah di bawah ini
- Pemohon hendaklah klik pada butang “Daftar Akaun” terlebih dahulu dan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran.
- Setelah selesai mendaftar, masuk ke halaman utama dan klik pada ikon “Salinan Keputusan” untuk tujuan permohonan salinan keputusan Sijil SPM seperti pada Rajah di bawah ini
- Pilih pada sijil dan isi butiran kad pengenalan pemohon.
- Seterusnya, klik pada butang “Papar Borang Permohonan”.
- Pemohon perlu mengisi alamat rumah pemohon untuk tujuan penghantaran sijil melalui pos.
- Walaubagaimanapun, pemohon boleh klik pada “Penghantaran Salinan” untuk memilih sama ada untuk mengambil sendiri salinan sijil tersebut atau memilih untuk penghantaran ke rumah pemohon.
- Pemohon perlu membayar sebanyak RM30 sebagai caj permohonan salinan sijil SPM dan klik pada butang “Mohon”.
- Akhir sekali, pemohon mestilah membuat pembayaran dan klik pada butang “Hantar Permohonan”.
Cara Mendapatkan Sijil SPM Original
Ada segelintir pelajar yang tidak pernah menuntut sijil SPM ori yang tidak dituntut dan yang belum dituntut mereka disebabkan oleh sebab-sebab tertentu seperti berpindah ke negeri lain sebelum mendapat keputusan peperiksaan.
Namun, ada waktu ketika mereka memerlukan sijil tersebut untuk tujuan meminta kerja terutamanya kerja di pejabat kerajaan.
Sijil SPM tidak dituntut ini boleh dituntut melalui tiga (3) cara seperti membuat permohonan tuntutan di kaunter Lembaga Peperiksaan Malaysia di Putrajaya, permohonan melalui pos dan juga secara atas talian.
Kaedah untuk mendapatkannya sama seperti cara permohonan jika sijil SPM anda hilang.
Cara Download Secara Online
Ekoran pandemik melanda negara kita, kerajaan Malaysia menyarankan setiap pelajar untuk memuat turun sijil mereka secara atas talian bagi mengelakkan berlaku perhimpunan di sekolah.
Berikut merupakan cara-cara untuk memuat turun dan download sijil SPM secara atas talian / online ;
- Calon/ pemohon boleh melayari laman sesawang sppat moe gov my dan klik pada “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Sekolah”.
- Seterusnya, log masuk dengan memasukkan nama login dan kata laluan serta klik pada butang “Masuk” untuk ke halaman seterusnya.
- Pemohon hendaklah memilih tahun yang mereka menduduki peperiksaan SPM untuk mencetak sijil mereka.
- Pemohon akan dipaparkan dengan paparan laman utama sekolah dengan kod bppp, nama sekolah dan butiran pengguna.
- Selepas itu, pemohon perlu klik pada ikon “Menu Laporan” pada sebelah kiri, klik pada “Laporan Keputusan” dan pilih jenis sijil keputusan yang diinginkan.
- Kemudian, pemohon hendaklah memasukkan maklumat pusat peperiksaan dan pilihan cetakan dengan betul dan klik pada butang “Papar”.
- Akhir sekali, pemohon boleh sedia untuk memuat turun spm certificate online anda untuk simpanan peribadi
Apa Maksud Sijil GCE O Level
Sijil GCE-O Level atau dikenali sebagai Sijil General Certificate of Education Ordinary Level (seperti pada Rajah 6.0) yang menentukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris seseorang pelajar sehingga peringkat sekolah menengah, SPM.
Sijil GCE-O Level bermaksud keputusan kelayakan O-Level seseorang pelajar. Gred GCE-O yang terpapar adalah sama juga digunakan di negara luar seperti United Kingdom, Australia dan Singapore.
Gred GCE-O Level ini penting bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran mereka ke luar negara.
Bukan itu sahaja, ianya juga menunjukkan kualiti penulisan kita mengikut standard yang dikeluarkan oleh Cambridge English sama ada ianya mencapai tahap yang diinginkan atau tidak.
Apa Maksud Sijil 1119
Sijil 1119 SPM pula merupakan sijil bagi kod kertas esei bahasa Inggeris pelajar.
Secara amnya, cara pemarkahan kertas bahasa Inggeris kod 1119 akan ditanda sebanyak dua (2) kali iaitu mengikut piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan standard pemarkahan O-Level.
Sijil 1119 ini penting bagi setiap pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan bahasa Inggeris seseorang berada di gred yang mana.
P/S: Jangan sesekali anda cuba buat sijil spm palsu