Cara buat Personal Loan Bank dan Syarat Pinjaman Peribadi Maybank 2025 berdasar review dan pengalaman apply pembiayaan sendiri.
Pembiayaan peribadi maybank ini diwujudkan bagi memudahkan individu yang memerlukan dana secara segera bagi tujuan peribadi seperti memerlukan dana untuk pembiayaan bil hospital, pembiayaan melanjutkan pembelajaran, pembiayaan kos perkahwinan dan tujuan kecemasan yang lain.
BACA SINI >> cara apply personal loan bank
Maybank Berhad merupakan antara salah satu bank yang menawarkan personal loan maybank 2025 kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan pinjaman maybank yang digariskan dan ditetapkan dari awal.
Cara Buat Personal Loan Maybank
Terdapat cara buat melalui dua (2) jenis pinjaman yang boleh anda apply oleh peminjam iaitu Maybank Personal Loan dan Maybank Islamic Personal Financing-i.
- BACA SINI >> Sme business loan malaysia (sme maybank cim rhb)
- BACA SINI >> Cara tukar kad debit maybank online: apply debit card
- BACA SINI >> pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai
Kedua-dua pinjaman peribadi dan pembiayaan peirbadi maybank bank ini boleh dipohon dengan dua (2) cara buat dan mohon iaitu;
1. Cara Buat Pinjaman Bank Maybank di Kaunter
BACA SINI >> maybank dividend history
- Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Maybank yang berdekatan dengan pemohon.
- Pemohon perlu mengisi borang permohonan pinjaman peribadi dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak bank untuk memproses permohonan pemohon.
- Pihak bank akan menghubungi pemohon dan mengkreditkan jumlah pinjaman ke dalam akaun bank pemohon jika permohonan mereka lulus.
2. Cara Buat Loan Bank Maybank Secara Online Banking
- Permohonan juga boleh dibuat menerusi laman sesawang Maybank2u seperti pada Rajah di bawah ini
- Pemohon boleh klik pada butang “Mohon Sekarang” untuk membuat permohonan.
- Permohonan akan diproses selama 48 jam untuk diluluskan.
- Pemohon perlu mengisi butiran yang diperlukan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan sebagai lampiran.
- Amaun pinjaman yang diluluskan oleh pihak Maybank akan dikreditkan ke akaun pemohon dan pemohon perlu membuat bayaran bulanan terdapat pinjaman tersebut.
Pinjaman ini bersifat konvensional di mana ianya tidak memerlukan apa-apa cagaran.
Caj proses dan caj duti setem juga tidak dikenakan kepada pemohon.
Nilai pinjaman yang dipohon itulah yang akan diterima oleh peminjam
1. Dokumen Mohon Pinjaman Maybank
Pinjaman ini ditawarkan kepada semua individu yang layak tanpa mengira sektor pekerjaan pemohon, termasuklah penjawat awam, pekerja swasta dan pinjaman peribadi maybank untuk bekerja sendiri.
Untuk memastikan peminjam tersebut layak untuk memohon Maybank loan ini, dokumen seperti berikut diperlukan untuk memproses pinjaman tersebut;
DOKUMEN | PENJAWAT AWAM | PEKERJA SWASTA | BEKERJA SENDIRI |
---|---|---|---|
Salinan Kad Pengenalan Pemohon | / | / | / |
Salinan Kad Pengenalan Pemohon | / | / | |
Salinan penyata bank kemasukan gaji selama 6 bulan (gaji dikreditkan oleh syarikat ke akaun tersebut). | / | / | |
Borang BE yang terkini beserta resit pembayaran cukai. | / | / | / |
Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat. | / | ||
Salinan 6 bulan penyata bank syarikat. | / |
2. Syarat Personal Loan Dengan Maybank
Setiap pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan untuk meluluskan permohonan pinjaman peribadi mereka.
Syarat pinjam untuk memohon pinjaman peribadi di Maybank adalah seperti berikut;
- Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah berumur 21 sehingga 60 tahun.
- Pendapatan minimum bulanan pemohon sebanyak RM3500 atau RM42000 setahun.
- Nama pemohon tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan seperti bank selain Maybank, AEON dan Koperasi di Malaysia.
- Pemohon tidak mempunyai akaun bank atau pinjaman yang berada dibawah pemerhatian khas.
- Pemohon tidak diselia dibawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
- Pemohon mestilah pekerja berstatus tetap jika mereka merupakan kakitangan kerajaan.
- Pemohon yang bekerja di syarikat swasta atau GLC, mereka mestilah bekerja lebih daripada 6 bulan dengan syarikat yang sama.
- Pemohon juga mestilah mempunyai caruman KWSP lebih daripada 6 bulan bagi pekerja swasta dan GLC.
- Pemohon yang bekerja sendiri hendaklah memastikan syarikat mereka didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan kadar minimum setahun.
3. Berapa Lama Proses Kelulusan
Biasanya untuk persoalan berapa lama proses kelulusan pinjaman dengan maybank akan ambil masa hanya sehingga 5-7 hari bekerja sahaja.
- Jika apply secara online: 24jam hingga 3 hari bekerja sudah dapat tahu
- Manaka mohon di cawangan Maybank ambil masa 3-5 hari bekerja
- Dokumen yang lengkap akan membantu tempoh kelulusan menjadi lebih cepat
Pemohon yang memenuhi syarat seperti di atas akan mendapat kelulusan pinjaman peribadi lebih cepat berdasar pengalaman kami sendiri apply dengan Maybank.
Ini akan memudahkan pihak bank memproses permohonan pinjaman peribadi pemohon tanpa sebarang masalah.