Syarat permohonan Visa mm2h Malaysia Requirements My Second Home program mengikut new rules bagi tahun 2024 dengan Jabatan Imigresen Malaysia
Program Malaysia MySecond Home ialah program yang diperkenalkan di bawah inisiatif kerajaan, bagi memudahkan warga asing dari seluruh dunia untuk tinggal di Malaysia untuk jangka masa yang panjang.
Pada mulanya, program ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Jabatan Imigresen KDN bagi menggalakkan warga asing tinggal secara sah di Malaysia.
Warga asing yang register dan daftar di bawah program ini akan layak mendapat pas lawatan sosial jangka panjang yang membolehkan mereka memasuki Malaysia beberapa kali dalam tempoh 10 tahun.
Oleh itu, adalah penting bagi setiap warga asing yang berhasrat untuk bekerja dan tinggal di Malaysia untuk memohon permit visa ini untuk menikmati beberapa faedah, keistimewaan dan kelebihan selama tinggal di Malaysia.
Cara Apply MM2H Malaysia My Second Home Programme
Warga asing dari mana-mana negara boleh apply dan memohon permit visa Malaysia MM2H ini mengikut new rules dan requirements 2024 yang ditetapkan kerajaan.
- BACA SINI >> senarai hitam imigresen
- BACA SINI >> kedutaan china di malaysia
- BACA SISI >> semak bantuan sara hidup bsh
Pendaftaran perlu dilakukan melalui Jabatan Imigresen Malaysia untuk mereka yang mahu menetap di Malaysia secara sah atau mahu membeli mana-mana hartanah di Malaysia.
Berikut adalah garis panduan yang perlu dipenuhi untuk anda register dan daftar program ini:
Pemohon perlu semak syarat kelayakan skim program mm2h agar menepati garis panduan yang ditetapkan kerajaan dan Jabatan Imigresen Malaysia.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Kemudian, untuk proses memohon yang seterusnya dengan mengemukakan dokumen beserta borang permohonan yang boleh didapati di https://www.imi.gov.my
- Permohonan akan diproses dan disemak oleh pihak berkuasa.
- Pemohon perlu menghadiri taklimat yang telah dianjurkan oleh pihak berkuasa, kerana ia diwajibkan untuk pemohon Semenanjung Malaysia sahaja.
- Akhir sekali, pemohon perlu melengkapkan semua prosedur imigresen yang diperlukan semasa tiba di Malaysia untuk mendapatkan visa (pas lawatan sosial).
SUMBER: Imigresen
MM2H Malaysia Requirements 2024
Setiap permohonan yang dihantar perlu melepasi new rules and mm2h requirements 2024 untuk mendapatkan visa ini supaya mereka boleh menikmati tinggal di Malaysia untuk jangka masa yang panjang.
Warga asing yang memenuhi semua kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia boleh tinggal di Malaysia untuk tempoh yang ditetapkan sama ada 5 tahun atau 10 tahun.
Berikut adalah syarat MM2H 2024 yang telah ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan tiga (3) kategori yang disenaraikan di bawah;
REQUIREMENTS | SILVER | GOLD | PLATINUM |
---|---|---|---|
Fixed Deposit | RM500,000 | RM2,000,000 | RM5,000,000 |
Tempoh visa | 5 tahun | 15 tahun | Layak apply penduduk tetap (PR) |
Umur | Mestilah berumur sekurang-kuranganya 30 tahun | ||
Jumlah maksimum Pengeluaran Deposit Tetap sebanyak 50% dibenarkan selepas 1 tahun | Untuk pembelian hartanah (RM750,000+), perbelanjaan perubatan dan/atau pelancongan dalam Malaysia | Untuk pembelian hartanah (RM1.5 juta+), perbelanjaan perubatan dan/atau pelancongan di Malaysia | |
Berapa Hari yang diperlukan untuk tinggal di Malaysia dalam setahun untuk umur 30-29 tahun | 60 hari setahun untuk pemohon dan pasangan | ||
Berapa Hari yang diperlukan untuk tinggal di Malaysia dalam setahun untuk umur 50+ | 60 hari setahun untuk pemohon dan pasangan | ||
Tanggungan | Mestilah bujang dan tidak melebihi umur 35 tahun | ||
Keluarga & Mertua | Dibenarkan (Mesti umur 60+) | ||
Medical Report | Wajib untuk setiap permohonan | ||
Medical Insurance | Diperlukan untuk setiap seorang yang berumur 59 tahun dan ke bawah | ||
Semakan rekod jenayah | Wajib untuk setiap yang berumur 18+ |
Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Apply MM2h
Semasa apply dan pendaftaran, pemohon perlu menyediakan dokumen yang diperlukan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
Visa ini berhak kepada sesiapa sahaja yang menyediakan borang permohonan yang lengkap dan dokumen sokongan yang diperlukan.
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan yang perlu disediakan oleh pemohon untuk register, apply dan daftar program malaysia my second home mm2h;
- Surat permohonan
- Salinan cover letter
- Borang Imm.12 IM.12.pdf (Salinan), seperti yang ditunjukkandi laman web Jabatan Imigresen Malaysia JIM
- salinan pasport dan yang original
- Sijil perkahwinan pemohon yang disahkan (Salinan)
- sijil kelahiran anak pemohon
- Penyata bank tiga bulan pemohon yang terkini sebagai bukti kewangan.
- Salinan sah bagi slip gaj atau slip pencen selama tempoh tiga bulan terkini pemohon
Cara Keluarkan Duit Dari Fixed Deposit Untuk Pemegang Visa
Pemegang visa yang ada simpanan di fixed deposit layak untuk keluarkan duit mereka selepas tempoh setahun.
Walaubagaimanapun, pengeluaran hanya dibolehkan untuk beberapa urusan termasuk untuk beli rumah dan hartanah di Malaysia, beli kereta, bayar yuran universiti, sekolah, kolej anak-anak ataupun perbelanjaan perubatan di Malaysia.
Pengeluaran diboleh dengan syarat anda mesti mengemukakan surat permohonan untuk keluarkan duit dari fixed deposit dengan menyertakan bersama dokumen sokongan seperti salinan visa MM2H, visa pasport, sijil simpanan tetap, resit pembayaran yang dibuat, dan kelulusan Bersyarat.
Semua dokumen tersebut perlu diserahkan kepada pihak berkuasa. Akhirnya, pengeluaran hanya layak selepas mendapat kelulusan.
Cara Renew dan Perbaharui Malaysia My Second Home Program
Anda boleh renew dan perbaharui visa sebelum sebelum tamat tempoh. Ia bagi memastikan bahawa hanya pemagang visa benar-benar tinggal dan menetap di Malaysia.
Pemohon perlu melengkapkan borang visa pembaharuan MM2H bersama-sama dokumen yang diperlukan dan mengemukakan permohonan untuk renew dan perbaharui kepada Jabatan Imigresen Malaysia JIM.
Setelah berjaya diperbaharui, pemegang visa boleh terus tinggal di Malaysia dalam tempoh visa yang ditetapkan.
Persoalannya caj harga untuk renew dan perbaharui program malaysia mysecond home?
Yuran tahunan untuk visa ini adalah sekitar RM500 hingga RM550 seorang.
Pemegang MM2h Visa Boleh Buka Perniagaan di Malaysia?
Pemegang visa tidak dibenarkan bekerja di mana-mana syarikat di Malaysia. Bagaimanapun, mereka dibenarkan membuka bisnes dan perniagaan sendiri di Malaysia.
Adakah Pemohon Mendapat Taraf Penduduk Tetap di Malaysia
Tidak sama sekali. Program ini hanya visa pas yang membolehkan mereka tinggal satu tempoh yang lebih lama dan panjang di Malaysia.
Walaubagaimanapun, mereka bukanlah penduduk tetap.
Adakah Pemegang Visa MM2h Boleh Beli Property di Malaysia
Program MM2H 2024 ini sengaja diperkenalkan untuk menggalakkan warga asing menetap di Malaysia.
Bukan itu sahaja, mereka dibenarkan membeli mana-mana hartanah di Malaysia pada harga yang telah dibenarkan kerajaan setelah anda layak menjadi pemegang visa.
Adakah Ada Pengecualian Cukai Untuk Mm2h 2024?
Ya pendapatan pencen yang diterima dari negara asalnya mendapat pengecualian dari lhdn dan kerajaan malaysia.
Tetapi jika anda menerima pendapatan di Malaysia akan dikenakan cukai dan income tax.
Bolehkah Pemegang Visa Kerja Part Time?
Pemegang visa layak kerja part time di Malaysia jika ingin jana pendapatan di Malaysia.
Mereka dibenarkan kerja part time untuk mana-mana syarikat tempatan Malaysia.
Walaupun, ia terhad untuk bekerja untuk tempoh masa maksimum 20 jam seminggu.