Semak contoh No Cukai Pendapatan LHDN Number, senang sahaja dapatkan semula nombor rujukan anda
Setiap daripada anda yang bekelayakan untuk buat lhdn payment, ada dapat semak nombor cukai pendapatan masing-masing.
No rujukan tersebut adalah unik untuk setiap pembayar cukai
Dengan ada nombor lhdn ini, banyak urusan boleh dilakukan oleh anda sebagai pembayar cukai.
Jika anda terlupa atau mahu mendapatkan segera number tersebut, boleh semak secara online melalui panduan perkongsian seperti di bawah ini
Semak No Cukai Pendapatan LHDN
Untuk dapatkan nombor anda mudah sahaja, boleh terus login ke link pautan ini, https://edaftar.hasil.gov.my
- BACA SINI >> bilangan penggajian lhdn
- Anda akan diminta memasukan beberapa butiran penting antaranya seperti jenis pengenalan (samada no kad pengenalan baru, no polis, no tentera atau passport number anda)
- Kemudian isi no pengenalan diri anda berdasar pilihan yang telah anda buat
- Letakkan kod keselamatan yang terpapar setiap kali anda refresh halaman tersebut untuk tujuan sekuriti
- Akhir sekali, untuk tujuan keselamatan juga supaya semak nombor fail cukai lhdn tidak didedahkan sewenang-wenang secara online kepada scammer, anda perlu letakkan email dan no telefon bimbit yang telah daftar dan register dengan pihak LHDN.
Boleh terus contact mereka di sini, lhdn contact number
Masalah Tak Dipaparkan Nombor
BACA SINI >> Semakan bil cukai taksiran
Pastikan anda masukkan alamat email dan nombor telefon yang betul yang mana telah daftar dan register dalam sistem pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri. Jika tidak, anda akan dapat notis seperti gambar di bawah ini
Jika anda sudah terlupa mana satu email atau nombor telefon yang berada dalam sistem LHDN, boleh mendapatkan semula dengan cara:
- pergi berjumpa dengan kakitangan LHDNM di pejabat lhdn yang berdekatan dengan anda ATAUPUN…
- Boleh terus hubungi di bahagian Hasil Care Line di nombor 03-89111000
Check Jika Tiada LHDN Number
Jika anda tiada nombor income tax, ini bermakna anda tidak pernah daftar dengan lembaga hasil dalam negeri. Anda boleh berbuat demikian dengan ikut cara seperti di bawah ini:
- BACA SINI >> e-daftar lhdn
Contoh Nombor Cukai Pendapatan Individu & Syarikat
- Kod 01 – SG Untuk Individu yang tiada gaji dan punca pendapatan
- Kod 02 – OG Untuk Individu
- Kod 03 – D Untuk Perkongsian
- Kod 04 – C Untuk Syarikat
- Kod 05 – J Untuk Keluarga Sekutu Hindu
- Kod 06 – F Untuk Pertubuhan
- Kod 07 – TP Untuk Harta Pusaka
- Kod 08 – TA Untuk Badan Amanah
- Kod 09 – TC Untuk Amanah Unit/Harta Tanah
- Kod 10 – CS Untuk Koperasi
- Kod 11 – Lain-lain
NOTA: Untuk contoh nombor cukai adalah OG 10234567080 manakala untuk syarikat adalah seperti C 1234567809
Soalan Lazim & FAQ No Lhdn
Ada dikongsikan di atas ini
Ia adalah nombor rujukan yang merupakan pengenalan kepada pengistiharaan pendapatan anda secara rasmi dengan kerajaan melalui lembaga hasil dalam negeri
Semoga perkongsian cara mendapatkan contoh income tax number memudahkan anda membuat sebarang urusan selepas ini walau di mana sahaja.