Pemeriksaan Kesihatan Percuma: Borang Medical Check up 2023

Borang Pemeriksaan Kesihatan Percuma: Full Medical Check up 2023

borang pemeriksaan kesihatan percuma 2023

Kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu inisiatif pemeriksaan kesihatan secara percuma melalui satu program yang dikenali sebagai Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Agenda ini diluluskan oleh Kementerian Kesihatan pada Ogos 2020.

Program ini diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan taraf dan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma ini diberi keutamaan kepada golongan individu yang berumur 40 tahun dan ke atas. Ia bertujuan untuk menggalakkan golongan individu ini mengesan faktor-faktor penyakit yang tidak berjangkit seperti diabetes, kadar kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, strok, kanser dan banyak lagi pada peringkat awal agar ianya boleh dirawat dan dicegah dengan cepat.

Masyarakat akan sedar status kesihatan mereka lebih awal dan langkah berjaga-jaga boleh diambil agar ianya tidak semakin serius. Hal ini penting kerana ianya mampu menyelamatkan nyawa individu serta mengurangkan risiko berlakunya komplikasi.

Senarai Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Antara saringan yang dijalankan oleh pegawai perubatan menerusi Program Saringan Kesihatan Nasional ialah saringan pemeriksaan indeks jisim tubuh, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan paras glukos darah, pemeriksaan paras kolestrol darah, ujian darah dalam najis, saringan kanser payudara dan status merokok.

Klinik Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama daripada PeKa B40, PERKESO dan LPPKN menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma ini.

Tuntasnya, masyarakat yang layak sepertimana yang dinyatakan oleh pihak Kerajaan mestilah segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan bagi mengesan dan mencegah penyakit tidak berjangkit pada peringkat awal.

Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Klinik Kesihatan

Pemeriksaan kesihatan ini boleh dijalankan di mana-mana klinik kesihatan kerajaan dan swasta yang menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma.

Disebabkan oleh saringan kesihatan nasional ini merupakan kerjasama antara PeKa B40, PERKESO dan LPPKN, individu yang berminat boleh menjalankan pemeriksaan percuma ini melalui tiga (3) cara;

1. Pemeriksaan Kesihatan dengan menghadiri Klinik Kesihatan Malaysia (KKM)

  • Individu yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan perlu membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera atau hanya hadir tanpa membuat apa-apa janji temu.
  • Bagi janji temu menerusi aplikasi MySejahtera, individu boleh memilih mana-mana klinik kesihatan yang berdekatan dan pilihan tarikh untuk membuat pemeriksaan kesihatan boleh dipilih mengikut masa individu. 

2. Pemeriksaan Kesihatan menerusi Program PeKa B40

  • Individu yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma terlebih dahulu membuat semakan kelayakan terhadap pemeriksaan percuma ini.
  • Semakan boleh dibuat di laman sesawang https://kelayakan.pekab40.com.my seperti pada Rajah di bawah ini
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik pada butang “Semak”.
  • Jika nama anda tersenarai, anda boleh hadir ke mana-mana klinik kerajaan berdaftar sebagai Klinik PeKa B40 yang berhampiran tanpa perlu membuat janji temu.
full medical check up

3. Pemeriksaan Kesihatan menerusi Skim Keilatan bagi pencarum PERKESO.

  • Individu yang layak boleh membuat janji temu bagi pemeriksaan kesihatan percuma menerusi aplikasi SEHATi.

Harga Full Medical Check Up Price 2023 di Hospital Swasta

HOSPITALANGGARAN HARGAJENIS PEMERIKSAAN
Medical Checkup Hospital Pantai

RM168 -RM950– Mengambil sampel darah – Pemeriksaan jantung
– Mengambil sampel air kencing Saringan kesihatan mental.
Medical Check up Hospital Sunway
 
RM599-RM1060– Pemeriksaan berat, tinggi, indeks jisim badan (BMI).
– Ujian penglihatan -Pemeriksaan tekanan darah
– XRay
– Pemeriksaan darah
– Pemeriksaan air kencing Kaunseling diet Ujian Fungsi Pulmonari (PFT).
– Pemeriksaan Ultrasound Perut & Pelvis.
Checkup Hospital Gleneagles
 
RM501– Pemeriksaan Kesihatan Fizikal.
– Pemeriksaan Elektrokardiogram (ECG).
– X Ray
– Pemeriksaan ujian darah dan air kencing – Pemeriksaan ujian darah.
Checkup Hospital Prince Court
 
RM600– Pemantauan tanda-tanda vital.
– Pemeriksaan mata Ujian penglihatan.
– Pemeriksaan Ujian fungsi hati, tiroid dan buah pinggang.
– Pemeriksaan air kencing Pemeriksaan Hepatitis B (Antigen permukaan & antibodi)
Medical Checkup KPJ
 
RM347– Indeks Jisim Badan (BMI)
– Pemeriksaan tekanan darah
– Carta Snellen
– X Ray dada
– Pemeriksaan Asas (basic medical checkup)
– Pemeriksaan Air Kencing

Senarai Hospital Swasta Tawar Free Medical Check up

Berikut merupakan antara senarai hospital-hospital swasta yang menawarkan pemeriksaan secara percuma kepada masyarakat;

  1. Hospital Universiti Sains Malaysia (USM)
  2. Hospital Assunta
  3. KPJ Bandar Dato’ Onn
  4. Iswanah Health Care
  5. Hospital Vidant Duplin
  6. Hospital Pakar Kuala Terengganu

Banyak lagi hospital swasta yang lain menawarkan inisiatif pemeriksaan kesihatan percuma ini.

Kebanyakkan hospital swasta yang menawarkan pemeriksaan percuma ini adalah untuk tempoh-tempoh tertentu.

Tempoh-tempoh ini akan ditentukan di laman sesawang hospital swasta tersebut.

Ianya bertujuan untuk menggalakkan dan memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap pentingnya kesihatan.

Berapa Medical Checkup Price Untuk Student di Private Hospital

Setiap pelajar yang ingin memasuki alam universiti, mereka perlu membuat pemeriksaan kesihatan sama ada di hospital kerajaan dan hospital swasta.

Pemeriksaan kesihatan merupakan salah satu syarat untuk mendaftar ke mana-mana universiti.

Bagi pelajar yang memilih untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital swasta, kadar harga yang perlu dibayar agak tinggi berbanding hospital kerajaan.

Anggaran harga pemeriksaan kesihatan bagi pelajar adalah RM80 sehingga RM120.

Caj Medical Checkup Klinik Kesihatan

PAUTAN LINK : moh.gov.my

Soalan Lazim & FAQ

1. Apa nama program kesihatan ini

Ianya juga merupakan mekanisme yang dijalankan oleh Kerajaan di bawah Saringan Kesihatan Nasional.

2. Pemeriksaan free ini boleh dibuat di hospital swasta

Pemeriksaan boleh dijalankan di mana-mana klinik kesihatan Kerajaan dan bukan Kerajaan.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia