Polis Bantuan 2023: Permohonan Jawatan & Gaji

Gaji Polis Bantuan 2023: Permohonan Jawatan, kerja kosong dan tawaran tangga gaji mengikut gred dan pangkat di uitm sime darby airport klia ataupun di petronas

permohonan polis bantuan petronas 2023

Secara umumnya, anggota polis memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan negara dan masyarakat, tidak kira seseorang anggota itu merupakan anggota polis bantuan ataupun anggota polis PDRM.

Mereka adalah merupakan anggota polis khas yang berkhidmat untuk organisasi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas polis dan mempunyai autoriti yang sama seperti seseorang pegawai polis yang setaraf pangkatnya.

Anggota polis yang telah dilantik akan dikawal di bawah Seksyen 47-50 Akta Polis 1967 akan bertanggungjawab untuk berkhidmat di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan atau pihak atasan serta berperanan penting dalam menjaga kawasan yang kurang mendapat pengawasan dan menjadi tumpuan pihak anggota polis.

Mereka juga boleh menjadi unit kepada PDRM dalam situasi-situasi yang diperlukan. Rajah 1.0 di bawah merupakan contoh kad kuasa polisbantuan menunjukkan polisbantuan tersebut mempunyai kuasa di kawasan jagaannya.

Cara Apply Permohonan Polis Bantuan 2023

Menurut Akta Polis 1967, permohonan jawatan Polis Bantuan boleh dipohon dengan mengemukakan permohonan kepada ketua Polis Negara melalui Pesuruhjaya atau Ketua Polis yang terlibat.

Permohonan tersebut boleh dilakukan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Sektor Swasta mewakili pekerja-pekerjanya.

BACA SINI >> Myspp 2023: Cara Daftar & Login Semakan SPP Guru One Off

Seterusnya, Pesuruhjaya atau Ketua Polis akan mengemukakan permohonan polis bantuan itu kepada Ketua Polis Negara (Cawangan Pembantu), permohonan ini perlu disertakan dengan surat sokongan pihak majikan.

Kemudian, Cawangan Pembantu akan melawat ke kawasan pemohon untuk mengambil tahu keperluan kuasa polis bantuan yang diperlukan di kawasan tersebut bagi kelulusan pihak Ketua Polis Negara atau Pegawai Kanan Polis terhadap permohonan tersebut.

Setelah selesai segala penyelidikan kawasan pemohon, pemohon perlu mengemukakan laporan dan permohonan tersebut kepada Ketua Polis Negara atau mana-mana Pegawai Kanan Polis yang mempunyai kuasa dalam meluluskan atau membantah permohonan tersebut.

Syarat Kelayakan

Cara memohon polis bantuan bergantung sepenuhnya pada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Antaranya ialah;

  • Individu yang ingin memohon menjadi polisbantuan hendaklah merupakan seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon perlu lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau apa sahaja kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Pemohon mestilah lulus dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Pemohon mestilah merupakan bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang telah berkhidmat atau berkerja sekurang-kurangnya selama sepuluh (10) tahun yang di mana jawatannya telah disahkan dengan rekod perkhidmatan yang baik.
  • Pemohon hendaklah tidak berumur melebihi 45 tahun.
  • Pemohon berkebolehan dalam Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan dengan baik dan lancar.
  • Pemohon tidak terlibat dengan rekod jenayah dan dadah.
  • Pemohon juga mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal yang digariskan oleh Polis Diraja Malaysia.

Skop Kerja Jawatan Kosong Polis Bantuan

Peranan utama bidang tugas seorang anggota adalah bertanggungjawab dalam menjaga dan melindungi harta milik majikan serta mencegah jenayah di kawasan-kawasan bawah jagaannya seperti Rajah 2.0.

Bidang kuasa polis kategori ini hanya tertakluk pada kawasan-kawasan yang diarahkan sahaja, bahkan mereka tidak mempunyai autoriti atau kuasa di luar kawasan jagaan mereka.

Antara bidang-bidang tugas yang lain bagi seseorang anggota adalah :

  • Mengadakan rondaan
  • Bit dan kawalan statik di kawasan yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya dari semasa ke semasa.
  • Mengawal orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan bagi mengawal dan membanteras jenayah daripada berlaku, seperti kecurian wang di bank.
  • Berkuasa untuk mencegah kesalahan-kesalahan jenayah serta mengesan dan menangkap pesalah di kawasan jagaannya. Ini sangat penting bagi memastikan keselamatan masyarakat sekeliling dan juga majikan secara amnya.

Potensi Gaji Polis Bantuan 2023

Mengikut Seksyen 49A bagi Akta Polis 1967, menjadi kuasa Menteri dalam menetapkan faedah atau tangga gaji polis mengikut pangkat 2023 yang perlu diterima anggota bertugas dari semasa ke semasa berkenaan dengan tugas tugas yang telah ditetapkan.

gaji polis 2023

Seseorang anggota sewajarnya menjalankan khidmat mereka secara sukarela tanpa mengharapkan apa-apa faedah melainkan yang ditetapkan oleh Menteri.

Anggaran potensi gaji polis bantuan apabila dilantik sebagai adalah minimum antara RM1000 sehingga RM4000 maksimum mengikut kadar tangga gaji dan gred atau senarai gaji polis mengikut pangkat 2023 yang ditetapkan oleh Menteri.

Beza Kerja Kosong Polis Bantuan vs Polis PDRM

Menurut Perenggan 20 Perintah Tetap Ketua Polis Negara menjelaskan bahawa pangkat polis bantuan haruslah lebih rendah daripada pangkat pegawai polis PDRM, sekiranya ingin bekerjasama dengan pegawai polis PDRM dalam menangani isu-isu jenayah. 

Jelaslah bahawa terdapat perbezaan antara police bantuan dan juga polis PDRM dari segi pangkat dan bidang kuasa di antara kedua-duanya.

Bidang kuasa di antara kedua-duanya adalah hampir sama di mana kedua-duanya bertanggungjawab dalam menjaga ketenteraman awam daripada berlakunya jenayah, tetapi yang membezakannya adalah polis bantuan hanya mempunyai kuasa di kawasan mereka bertugas atau dipertanggungjawabkan sahaja, manakala polis PDRM mempunyai kuasa secara menyeluruh.

Antara peranan polis PDRM mengikut Seksyen 20 Akta Polis menyatakan bahawa seseoarang anggota polis berperanan dalam menangkap individu yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap bagi menjaga ketenteraman awam.

Selain itu, polis PDRM bertanggungjawab dalam memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta, kemudian melindungi harta awam, memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang, menjaga keamanan keadaan semasa negara dan menghadiri mahkamah jika melibatkan isu jenayah jika diperintahkan.

Akta Polis Bantuan

Akta Polis 1967 (Akta 344) merupakan suatu akta atau panduan berkaitan Polis Diraja Malaysia berhubung dengan organisasi, disiplin, kuasa-kuasa dan tugas polis dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Akta Polis Bantuan boleh dirujuk pada Bahagian IX pada Seksyen 47 sehingga Seksyen 50 di dalam Akta Polis 1967. Di bawah Akta ini menjelaskan peranan, perlantikan, gaji, tugas-tugas dan kuasa-kuasa yang melibatkan polisbantuan.

Boleh Bekerja di Mana

Mereka boleh berkhidmat di mana-mana Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau sektor swasta yang berdaftar dengan Kerajaan.

Sebagai contoh, Polis Bantuan Pos Malaysia, Polis bantuan Petronas, Sime Darby, Airport KLIA, Universiti, polis bantuan UITM, Bank, untuk Pusat Beli Belah, Lebuhraya dan “Federal Air Marshal Service”, Penubuhan PolisBantuan di Malaysia dan sebagainya.

Secara konklusinya, Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada pelbagai pegawai anggota polis di mana amanah dan tanggungjawab mereka disandarkan oleh rakyat.

Apa-apa informasi yang berkait langsung dengan Polis Diraja Malaysia boleh dirujuk di portal rasmi Polis Diraja Malaysia di https://www.rmp.gov.my

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia