Cara untuk memohon Rumah Selangorku dan Pendaftaran permohonan Projek Rumah Mampu Milik Selangor melalui lembaga perumahan dan hartanah selangor di link ehartanah lphs supaya diluluskan. Teruskan membaca..
Atas nama jenama Selangorku, rumah mampu milik dilancarkan oleh kerajaan negeri Selangor. Apply juga, bantuan deposit rumah pertama mydeposit.
Skim dan projek perumahan rakyat bantuan rumah pertama anak selangor ini diletakkan di bawah dasar Perumahan negeri Selangor di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor LPHS Selangor.
Harapannya adalah satu, memastikan setiap ahli keluarga yang tinggal di Selangor memiliki rumah yang berada dalam keadaan baik, selesa dan selamat sebagai tempat berteduh pada harga mampu milik dan murah atau “Affordable Homes”. Ini pula contoh spnb rumah mesra rakyat di selangor.
Ada banyak pilihan untuk anda pilih berdasarkan gaji dan saiz keluarga anda yang ditawarkan pada harga rumah yang murah untuk anda terutamanya rakyat Selangor yang mempunyai gaji RM3,000 dan ke bawah ataupun gaji bulanan RM10,000 dan ke bawah. Semua pilihan ada di depan mata anda sekarang untuk dipilih.
Permohonan Rumah Selangorku 2024 Lphs
Butiran lebih lengkap boleh anda semak pautan dan butiran pada jadual ini termasuklah syarat mohon rumah selangorku:
BACA SINI >> Rumah mampu milik kl rumawip untuk dijual
- Senarai projek bantuan perumahan baru selangorku melalui link pautan ehartanah lphs, https://ehartanah.lphs.gov.my
- Pendaftaran rumah selangorku online : https://ehartanah.lphs.gov.my
Ada 4 jenis yang ditawarkan untuk anda iaitu Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana teres dan Rumah Mampu milik selangor di bawah skim selangorku.
Yang bagusnya harga rumah baru di selangor lphs selangorku sekarang ini ditawarkan adalah tidak lebih RM250 ribu.
Dalam pada masa yang sama anda boleh semak samada kawasan anda dapat wifi percuma Selangor atau tidak
Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Selangor 2024
BACA SINI >> best place to invest property in malaysia
- Warganegara Malaysia
- Umur adalah 18 tahun ke atas
- Pastikan anda mahu tinggal di unit kediaman tersebut bukannya anda bagi sewa pada orang lain pula
- Masih belum ada rumah sendiri lagi
- Anda hanya boleh jual atau pindah milik kepada orang selepas tempoh 5 tahun lamanya
- Pastikan pendapatkan anda tidak lebih daripada gaji dan pendapatan yang telah ditetapkan. Contohnya untuk beli rumah kos rendah pastikan gaji anda tak lebih RM3 ribu. Manakala untuk selangorku house unit kategori lain, gaji tak boleh melebihi RM10K
Senarai Projek Rumah Selangorku
Boleh semak harga, senarai projek, contoh rumah selangorku type dan jenis a, b, c dan d. Mana satu pilihan anda untuk projek rumah untuk dijual selangor?
BACA SINI >> best condominium in kl
JENIS | KELUASAN (sqft) | HARGA | GAJI DIBENARKAN |
---|---|---|---|
PAKEJ A (Perumahan Rumah Kos Rendah selangor) | 700 | RM42K | RM3,000 dan ke bawah |
PAKEJ B (Rumah Kos Sederhana Rendah) | 750 | Bermula RM100 hingga RM250K | RM10,000 dan ke bawah |
PAKEJ C (Rumah Kos Sederhana) | 800 @ 900 @ 18×60 | Bermula RM100 hingga tidak melebihi RM250K | RM10,000 dan ke bawah |
PAKEJ D (Harga Mampu Milik) | 1000 @ 20×60 | Bermula RM100 hingga RM250K | RM10,000 dan ke bawah |
FAQ Lembaga Perumahan dan hartanah Selangor LPHS
Ya. Sangat mudah. Jika anda melepasi syarat kelayakan mudah yang ditetapkan. Tawaran unit sekarang sangat banyak sekarang
Maaf tiada. Ini kerana rayuan tidak dibuka jika permohonan kena reject.
Anda boleh jual atau sewa pada orang lain selepas 5 tahun iaitu tempoh memoratarium 5 tahun.
Anda perlu sertakan dokumen sokongan seperti penyata kwsp, penyata gaji, salinan kad pengenalan, bil utiliti, akaun bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah jika pasangan tidak bekerja.
akan dikemaskinikan untuk anda
P/S: Jika pendaftaran sebelum ini sudah melebihi 2 tahun, pemohon perlu mohon semula
PP/S : Hati-hati jikalau sudah daftar dan hantar permohonan secara online serta berjaya lulus, tetapi anda menolak tawaran tersebut, maka nama anda akan kena senarai hitam dan blacklist dalam list dan Senarai Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku.
PPP/S: Jika anda mahu kongsikan program rumah mampu milik rumah selangorku dengan kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat anda di Facebook dan Whatapps mereka yang tinggal di Selangor sekarang, dipersilakan