Senarai permohonan Scholarship Malaysia 2024: Best For postgraduate Degree Master PHD termasuk dari biasiswa Petronas PNB Bank Negara BNM
Scholarship atau dengan nama lain, biasiswa merupakan tajaan pendidikan yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang di peringkat pengajian mereka.
Pelajar akan menerima tajaan kewangan bagi pengajian mereka tanpa perlu membuat membuat bayaran balik. Ia bukannya sebuah pinjaman kewangan.
Scholarship ini ditawarkan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat rendah dan peringkat tinggi.
Scholarship bukan hanya merangkumi tajaan yuran pengajian, namun ianya juga termasuklah dengan elaun sara diri, elaun tiket penerbangan, elaun makan dan banyak lagi elaun-elaun yang berkaitan.
Senarai Scholarship Malaysia 2024 For Degree Master & PHD
Terdapat banyak biasiswa dan scholarship for degree, biasiswa master postgraduate scholarship malaysia dan phd yang ditawarkan di Malaysia bertujuan menggalakan bidang pendidikan dalam kalangan masyarakat Malaysia dikalangan postgrad.
- BACA SINI >> Biasiswa 2024 ijazah sarjana muda degree
- BACA SINI >> Senarai biasiswa lepasan spm 2024
- BACA SINI >> Biasiswa mara scholarship
- BACA SINI >> Login portal jpa malaysia
1. Stipendium Hungaricum Scholarship
Biasiswa Stipendium Hungaricum merupakan tajaan pengajian ke universiti di Hungaria. Ia merupakan biasiswa bagi pengajian luar negara.
Ianya diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Hungaria. Tajaan ini meliputi bayaran yuran pengajian, elaun sara diri secara bulanan, elaun kediaman dan insurans kesihatan.
- Individu yang layak untuk membuat permohonan biasiswa ini, mereka boleh membuat permohonan di portal stipendiumhungaricum scholarship seperti pada Rajah di bawah ini
BACA SINI >> Ebaki Mara Login Bayaran Balik Pinjaman
2. Malaysian Sunway Scholarship
Biasiswa Sunway merupakan tajaan pengajian bagi pelajar Sunway untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi lepasan SPM dan STPM.
Antara program yang ditawarkan di bawah biasiswa postgrad scholarship ini ialah Sunway-ICAEW Global Accountant Scholarship Scheme, Sunway-ACCA Global Leader Scholarship, Sunway University Postgraduate by Research Scholarship dan Sunway University Taught Master Scholarship.
Bukan itu sahaja, terdapat banyak juga khusus yang ditaja di bawah program-program ini.
- Pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di Universiti Sunway boleh cuba membuat permohonan biasiswa ini di portal sunway scholarships seperti pada Rajah di bawah ini
3. Google Scholarship Malaysia 2024
Biasiswa Google merupakan satu inisiatif yang ditawarkan oleh syarikat Google kepada pelajar-pelajar seluruh dunia di peringkat global.
Matlamatnya adalah bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi.
Google bukan hanya menyediakan bantuan biasiswa berbentuk kewangan semata-mata, namun ianya merangkumi pembelajaran amali dan praktikal.
Terdapat tujuh (7) jenis biasiswa yang ditawarkan oleh syarikat Google untuk pelajar-pelajar seluruh dunia termasuklah biasiswa Udacity-Google Developer, Women Techmakers Scholars Program, Google Venkat Panchapakesan Memorial Scholarship, Google Conference and Travel Scholarships, Doodle 4 Google India Contest, Google India Code to Learn Contest dan Generation Google Scholarship.
- Permohonan biasiswa Google ini boleh dibuat menerusi portal buildyourfuture with google scholarships seperti pada Rajah di bawah ini
4. Asean Scholarship Malaysia
Biasiswa ASEAN merupakan biasiswa yang dikhususkan kepada pelajar Malaysia yang ingin menyertai sekolah peringkat menengah rendah, sekolah peringkat menengah tinggi atau pra-universiti di sekolah menengah atau univerisiti terpilih di Singapura.
Pelajar yang mempunyai kelayakan seperti fasih dalam bahasa Inggeris, mempunyai percapaian terbaik di sekolah dan mempunyai rekod penglibatan kokurikulum yang aktif akan terpilih dalam menerima biasiswa ini.
Banyak kelebihan yang ditawarkan kepada pelajar di bawah biasiswa ini termasuklah elaun rumah, elaun perjalanan, elaun seklah, elaun peperiksaan bagi A-Level dan banyak lagi.
Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan permohonan biasiswa ini boleh dipohon di portal moe gov sg scholarship secara atas talian dengan mengisi borang pendaftaran seperti pada Rajah di bawah ini
5. Biasiswa Petronas Scholarship Malaysia
Biasiswa Petronas scholarship merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh syarikat minyak dan galian, PETRONAS.
Biasiswa petronas scholarship 2024 ini dibuka kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia, kejuruteraan, sains computer, minyak dan galian dan banyak lagi.
Pelajar yang memenuhi kriteria yang dinyatakan wajib menduduki dua (2) fasa temuduga iaitu fasa ujian atas talian dan temuduga secara atas talian bagi melayakkan pelajar untuk menerima biasiswa petronas postgraduate scholarship ini.
- Permohonan biasiswa petronas boleh dibuat menerusi laman sesawang scholarship educationsponsorship petronas scholarship seperti pada Rajah di bawah ini
6. Yayasan Khazanah Scholarship 2024
Biasiswa Yayasan Khazanah merupakan biasiswa peringkat global yang menawarkan peluang pelajaran yang cerah kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level dan Sarjana di universiti-universiti terpilih di seluruh dunia.
Menerusi biasiswa ini juga, pelajar akan dibekalkan dengan kursus dan latihan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan bidang pelajaran dan pekerjaan yang mereka pilih.
Biasiswa yang ditawarkan ini adalah biasiswa yang merangkumi pembelajaran sepenuh masa.
Rekod pencapaian pembelajaran pelajar mestilah seiring dengan rekod pencapaian kokurikulum pelajar bagi melayakkan mereka menerima biasiswa ini.
- Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi laman sesawang yayasankhazanah scholarship.
7. Shell Malaysia Scholarship 2024
Tawaran biasiswa Shell adalah dikhususkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level dan Sarjana di university tempatan atau luar negara.
Walaubagaimanapun, ianya tertakluk pada percapaian persekolahan pelajar dari semasa ke semasa.
Biasiswa ini dibiayai bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan, sains dan komersial.
Proses permohonan yang merangkumi empat (4) tahap seperti permohonan atas talian, penilaian atas talian, temuduga menerusi video atas talian dan temuduga akhir akan melayakkan pelajar untuk menerima biasiswa ini.
- Namun, pelajar yang berminat untuk membuat permohonan biasiswa ini, permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang shell scholarship seperti pada Rajah di bawah ini
8. Permodalan Nasional Berhad Scholarship PNB
Biasiswa Pemodalan Nasional Berhad pnb scholarship disediakan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan luar negara.
Pelajar mestilah mengikuti pengajian di kolej persediaan yang telah ditetapkan oleh pnb scholarship sebelum boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Banyak syarat kelayakan dan syarat tawaran yang perlu dipatuhi oleh penerima biasiswa permodalan nasional berhad scholarship jika berjaya menerima biasiswa ini.
- Permohonan biasiswa PNB ini boleh dibuat menerusi laman sesawang pnb scholarship seperti pada Rajah di bawah ini jika pelajar memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan oleh PNB.
9. Karangkraf Scholarship
Biasiswa Karangkraf merupakan bantuan pembelajaran yang diwujudkan untuk membantu pelajar lepasan SPM, STPM dan Diploma untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Program biasiswa ini dibuka pada orang awam dengan pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke SEGI, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), UNITAR, UNISEL, KUIS, UNITEN dan banyak lagi sepertimana yang diiktiraf oleh Karangkraf.
Matlamatnya adalah untuk membantu pelajar yang kurang cemerlang tetapi mempunyai hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Penerima biasiswa Karangkraf layak untuk bekerja di bawah syarikat Karangkraf setelah tamat tempoh pembelajaran.
Walaubagaimanapun, ianya tertakluk pada tawaran pekerjaan mengikut prestasi dan percapaian pelajar sepanjang dibiayai oleh Karangkraf.
Permohonan biasiswa Karangkraf ini boleh dipohon dengan menghantar emel ke danapendidikan@karangkraf.com.
10. Ocbc Scholarship
Biasiswa OCBC bank ditawarkan kepada pelajar tahun pertama yang mempunyai keputusan yang cemerlang di peringkat STPM dan Matrikulasi.
Bidang pelajaran yang layak dipohon bagi mendapatkan biasiswa ini ialah bidang pelajaran yang berkaitan dengan perbankan di Malaysia.
Pembiayaan biasiswa sebanyak RM12,000 setahun bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti awam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan RM23000 setahun bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Permohonan biasiswa ini boleh dilakukan di laman sesawang ocbc scholarship seperti pada Rajah di bawah ini
11. YDP Yang Dipertuang Agong Scholarship
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong ini merupakan bantuan kewangan yang dibiayai kepada rakyat Malaysia yang layak untuk mengikuti pengajian ke peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (phdscholarship).
Bidang pengajian yang layak menerima biasiswa ini ialah bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Kewangan Islam dan Udang-undang.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan dengan mendapat keputusan yang cemerlang dengan minimum CGPA 3.75 di peringkat Ijazah Sarjana Muda layak untuk menerima biasiswa ini.
- Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi laman sesawang esilav2 jpa gov my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini
Pelajar akan menerima pelbagai jenis elaun biasiswa dan scholarship Yang Dipertuan Agong ini sepanjang tempoh pengajian sebanyak RM10000 setahun.
12. Heriot Watt Scholarship
Biasiswa Heriot Watt menawarkan tajaan pembiayaan pelajaran bagi program sarjana dan pascasiswazah dalam bidang kursus sains aktuari, perniagaan dan kewangan, alam sekitar, psikologi, kejuruteraan dan ukur bahan.
Setiap pelajar atau pemohon biasiswa ini wajib mengekalkan 70 peratus kadar julat Gred A bagi setiap tahun pengajian.
- Permohonan bagi biasiswa ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal hw ac uk scholarship seperti pada Rajah di bawah ini
13. Biasiswa Sarawak Energy Scholarship
Biasiswa Sarawak Energy merupakan biasiswa yang disediakan khusus bagi rakyat Sarawak.
Program biasiswa ini bertujuan membantu menggalakkan perkembangan dan pembangunan masa depan tenaga di negara kita.
Pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan, informasi dan komunikasi teknologi, undang-undang, perakaunan dan kewangan layak untuk memohon biasiswa ini.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang sarawakenergy scholarship seperti pada Rajah di bawah ini.
14. Insurance Etiqa Scholarship
Program biasiswa Etiqa ini merupakan tajaan pendidikan dengan kerjasama Yayasan UMP.
Tawaran biasiswa ini dikhaskan kepada pemohon para pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Permohonan biasiswa ini adalah terhad kepada golongan pemohon yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan RM3000 ke bawah sebulan.
15. Insuran Great Eastern Scholarship
Great Eastern merupakan syarikat insurans milik Singapura. Bukan itu sahaja, syarikat ini juga ada menyediakan biasiswa kepada para pelajar.
Biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar dikenali sebagai Great Eastern Supremacy Scholarship.
Terdapat 17 universiti yang tersenarai di bawah pembiayaan biasiswa ini termasuklah Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan banyak lagi.
Pelajar yang menerima biasiswa ini akan ditaja dengan kadar pembiayaan biasiswa sebanyak RM15000 setahun bagi setiap tahun akademik.
- Individu yang layak dan tersenarai dalam kursus yang layak menerima biasiswa ini boleh membuat permohonan dengan menghantar emel ke scholarship@greateasternlife.com.
16. Al Bukhary Scholarship
Pelajar yang cemerlang dalm bidang akademik dan kokurikulum layak untuk membuat permohonan dan menerima biasiswa Albukhary.
Penerima biasiswa ni layak menyambungkan pelajaran mereka ke Albukhary International University (AIU).
- Permohonan secara atas talian menerusi laman sesawang aiu edu my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini mestilah dibuat bagi menerima biasiswa ini.
17. Panasonic Scholarship 2024 Malaysia
Biasiswa Panasonic scholarship merupakan tajaan bantuan pendidikan yang dikhususkan kepada pelajar bahagian kejuruteraan sahaja.
Pemohon biasiswa ini mestilah merupakan pelajar yang mendapat CGPA 3.0 dan ke atas di dalam bidang kejuruteraan.
- Permohonan biasiswa Panasonic scholarship ini boleh dilakukan secara atas talian dengan menghantar emel ke mongyih.chong@my.panasonic.com
18. Menteri Besar Selangor Scholarship
Biasiswa Menteri Besar Selangor merupakan tajaan pembiayaan kepada pelajar anak kelahiran negeri Selangor.
Ia merupakan biasiswa penuh bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah dan Doktor Falsafah (PhD).
Hanya individu yang bermastautin dan berstatus anak kelahiran negeri Selangor layak memohon biasiswa ini.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang danapendidikan selangor gov my secara atas talian bagi melayakkan seseorang pelajar untuk menerima biasiswa ini.
19. PIDM Scholarship
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PDIM) menawarkan program biasiswa kepada pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian mereka.
20 institusi awam dan 17 institusi swasta yang ditaja di bawah biasiswa ini dengan bidang pengajian seperti perakaunan, perbankan, pentadbiran, teknologi maklumat, ekonomi, undang-undang, insurans, komunikasi dan banyak lagi.
Nilai biasiswa sehingga RM10,000 setahun bagi setiap tahun pengajian penerima biasiswa.
Bukan itu sahaja, penerima biasiswa bakal menerima elaun sehingga RM2,000 bagi urusan pembelajaran seperti alat tulis dan buku.
- Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi laman sesawang pidm gov my seperti pada Rajah di bawah ini
20. Biasiswa Tunku Abdul Rahman BTAR Scholarship
Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) merupakan tajaan pengajian oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman bagi siswa yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan biasiswa ini dibuka kepada pelajar yang telah menamatkan pelajaran mereka di peringkat pra-universiti dan peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mempunyai sekurang-kurangnya baki dua (2) tahun tempoh pengajian.
Biasiswa yang bakal memanfaatkan penerima adalah termasuklah penajaan penuh bayaran yuran pengajian, elaun bulanan sepanjang tempoh pengajian dan elaun menghadiri program kepimpinan.
- Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi laman sesawang yayasantar org my seperti pada Rajah di bawah
21. Kerajaan Jepun Japan Scholarship
Kedutaan Jepun di Malaysia mengumumkan biasiswa Kerajaan Jepun kepada individu yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di Jepun.
Elaun bulanan sehingga 242,000 yen bersamaan RM8,000 disediakan kepada penerima biasiswa ini.
Segala yuran pengajian dan juga tiket penerbangan akan ditanggung di bawah biasiswa ini.
- Permohonan biasiswa kerajaan Jepun ini boleh dimohon menerusi laman sesawang myemb japan go jp seperti pada Rajah di bawah ini
22. Top Glove Scholarship
Tajaan biasiswa sehingga RM13,000 setahun oleh Syarikat Top Glove.
Biasiswa Top Glove ini diperkenalkan dengan objektif untuk menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar sepenuh masa dalam bidang kursus Ijazah Sarjana Muda.
Dua (2) kursus utama yang ditaja di bawah biasiswa ini iaitu bidang kejuruteraan dan bidang pengurusan perniagaan.
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang topglove seperti pada Rajah di bawah ini
23. Yeoh Tiong Lay YTL Scholarship
Biasiswa Yeoh Tiong Lay (YTL) merupakan tajaan biasiswa kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.
Pelajar yang melepasi peringkat pengajian pada peringkat SPM, Matrikulasi, A-Level dan program asasi layak untuk membuat permohonan biasiswa ini.
Di bawah biasiswa ini, pelajar yang berminat untuk memohon boleh memohon tanpa mengira jenis bidang kursus yang dipilih.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang ytlfoundation org seperti pada Rajah di bawah ini
24. Biasiswa Yayasan Pahang Scholarship
Biasiswa Yayasan Pahang merupakan tajaan pembiayaan kepada pelajar anak kelahiran negeri Pahang.
Ia merupakan biasiswa penuh bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah dan Doktor Falsafah (PhD scholarship).
Kadar elaun yang bakal memanfaatkan penerima adalah RM3,000 setahun.
Hanya individu yang bermastautin dan berstatus anak kelahiran negeri Pahang layak memohon biasiswa ini.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang sispen yp org my seperti pada Rajah di bawah ini bagi melayakkan seseorang pelajar untuk menerima biasiswa ini.
25. Biasiswa Kerajaan Sabah Scholarship
Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah merupakan tajaan pembiayaan kepada pelajar anak kelahiran negeri Sabah.
Biasiswa kerajaan negeri sabah merupakan scholarship penuh utuk anak Sabah bagi pengajian di peringkat Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Doktor PhD (Doktor Falsafah). Hanya individu yang bermastautin dan berstatus anak kelahiran negeri Sabah layak memohon biasiswa ini.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang biasiswasabah gov my bagi melayakkan seseorang pelajar untuk menerima biasiswa ini.
26. IOI Scholarship
IOI Group menawarkan biasiswa kepada bakat muda untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Biasiswa ini didatangkan dengan bantuan kewangan, latihan kemahiran dan pengalaman pekerjaan sebelum penerima biasiswa tersebut mendapat tawaran bekerja di Syarikat IOI.
Bidang kursus yang ditawarkan di bawah tajaan ini adalah termasuklah Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan, kimia, sains computer, pertanian, alam sekitar, perakaunan dan kewangan.
- Permohonan bagi biasiswa daripada IOI Group ini boleh dipohon di yayasan ioigroup seperti pada Rajah di bawah ini
27. Biasiswa Yayasan Terengganu Scholarship
Biasiswa Yayasan Terengganu scholarship ini merupakan tajaan pembiayaan kepada pelajar anak kelahiran negeri Terengganu.
Ia merupakan biasiswa penuh bagi pengajian di peringkat Program Perakaunan Professional ACCA Kohort 2, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Biasiswa ini diberi keutamaan kepada golongan penerima B40. Hanya individu yang bermastautin dan berstatus anak kelahiran negeri Terengganu layak memohon biasiswa dan scholarship ini.
- Permohonan biasiswa yayasan terengganu scholarship boleh dibuat di portal yt gov my seperti pada Rajah di bawah ini bagi melayakkan seseorang pelajar untuk menerima biasiswa ini.
28. British Council Great Scholarship
Biasiswa GREAT ini ditawarkan kepada pelajar daripada 14 negara termasuklah Malaysia.
Pembiayaan tajaan biasiswa sehingga $10000 selama setahun diberikan kepada pelajar bagi menampung kos pembelajaran mereka.
Biasiswa ini merupakan tajaan penuh oleh Kerajaan UK dan British Council dan pemohon dari 14 negara yang tersenarai layak untuk membuat permohonan.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang studyuk britishcouncil org seperti pada Rajah di bawah ini
29. Yayasan Peneraju Scholarship
Biasiswa Yayasan Peneraju merupakan tajaan pembiayaan akademik bagi pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.
Ianya merupakan satu inisiatif untuk membina keupayaan masyarakat Bumiputera dalam melahirkan masyarakat yang berkualiti dan mempunyai bakat dalam pelbagai bidang.
Antara program-program yang ditawarkan adalah program peneraju tunas, peneraju skil, peneraju profesional, peneraju teknologi dan peneraju spesialis.
- Permohonan bagi program-program biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Peneraju boleh dipohon di yayasanpeneraju com my seperti pada Rajah di bawah ini
30. Maybank Scholarship
Maybank Group mewujudkan satu program biasiswa di bawah institusi perbankan Maybank.
Biasiswa ini meliputi semua kos pengajian termasuklah pembayaran yuran pengajian, buku-buku, tempat tinggal dan elaun sara diri.
Bidang kursus utama yang ditaja ialah bidang perbankan dan kewangan.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang maybankfoundation seperti pada Rajah di bawah ini
31. Biasiswa Bank Negara Scholarship 2024
Biasiswa Bank Negara scholarship yang dikenali dengan Biasiswa Kijang scholarship (The Kijang Scholarship) diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Penerima biasiswa bank negara bnm scholarship 2024 ini secara tidak langsung perlu berkhidmat di bawah pengurusan Bank Negara tersebut setelah berjaya menamatkan program pengajian.
- Individu yang memenuhi syarat kelayakan Bank Negara scholarship bagi program ini, mereka boleh membuat permohonan di bnm gov my seperti pada Rajah di bawah ini
32. Sime Darby Scholarship
Biasiswa Yayasan Sime Darby scholarship menawarkan tajaan pembiayaan akademik kepada pelajar Malaysia yang layak dari segi akademik dan juga sosial.
Antara program-program yang ditawarkan adalah program biasiswa YSD Excellence dan program YSD Bursary Malaysia.
- Permohonan bagi program-program biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Sime Darby boleh dipohon di yayasansimedarby seperti pada Rajah di bawah ini
33. Biasiswa Yayasan UEM Scholarship
Biasiswa Yayasan UEM memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan atau universiti luar negara.
Tiga bidang pengajian yang ditaja di bawah program biasiswa uem scholarship ini iaitu perniagaan, kejuruteraan dan teknologi.
- Permohonan bagi program biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan UEM scholarship boleh dipohon di uem seperti pada Rajah di bawah ini
34. Biasiswa Yayasan GAMUDA Scholarship
Yayasan GAMUDA membuka permohonan biasiswa dan scholarship kepada pelajar Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi.
Antara tiga (3) kelebihan menerima tajaan biasiswa menerusi Yayasan gamuda scholarship ialah penerima bakal menerima bantuan kewangan, peluang penempatan kerja dan latihan amali serta dapat melibatkan diri dalam program melibatkan barisan kepimpinan GAMUDA.
- Permohonan bagi program biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan GAMUDA boleh dipohon menerusi laman sesawang gamuda
35. Biasiswa The Star Scholarship
Biasiswa The Star Education Fund memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pelajaran di Malaysia.
Ia merupakan usaha sama di bawah kerjasama antara Star Media Group dan beberapa institusi pendidikan yang lain yang terdapat di Malaysia.
Peluang ini dibuka khusus pada pelajar lepasan SPM bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- Permohonan bagi program biasiswa yang ditawarkan oleh The Star boleh dipohon menerusi laman sesawang thestar.
36. Biasiswa TNB Scholarship
Biasiswa TNB Prime scholarship di bawah Yayasan Tenaga Nasional (YTN) diperkenalkan bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara dan UNITEN di peringkat asasi sehingga Ijazah Sarjana Muda.
Program yang ditawarkan di bawah biasiswa ini ialah Program Universiti Terkemuka Luar Negara dan Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan ke peringkat asasi sehingga Ijazah Sarjana Muda.
- Permohonan bagi biasiswa TNB Prime scholarship ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman sesawang ytn tnb seperti pada Rajah di bawah ini
37. Biasiswa Universiti Teknologi MARA UITM Scholarship
Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyediakan satu bantuan penajaan akademik kepada pelajar yang menyambung pengajian mereka di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pelajar cemerlang di peringkat sarjana muda dan pasca siswazah ini layak untuk memohon biasiswa ini. Biasiswa ini dikenali dengan UiTM Endowment Scholarship (Ensure).
Jumlah biasiswa yang bakal diterima oleh penerima biasiswa ini adalah bergantung pada peringkat pengajian mereka yang bermula dengan kadar RM10,000 setahun sehingga RM42000 setahun.
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang ipsis uitm
38. Biasiswa Maxis Scholarship
Program biasiswa syarikat telekomunikasi Maxis scholarship yang diperkenalkan bagi membantu para belia Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ianya dikhususkan pada individu yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang teknologi.
Bantuan kewangan sehingga RM40,000 setahun dijamin di bawah program biasiswa Maxis scholarship ini. Bukan itu sahaja, peluang latihan praktikal dan jaminan pekerjaan di syarikat Maxis disediakan kepada penerima biasiswa ini.
- Oleh itu, permohonan biasiswa ini dibuka kepada pelajar Malaysia yang berminat menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda secara atas talian di maxis seperti pada Rajah di bawah ini
39. Sin Chew Scholarship
Biasiswa Sin Chew atau dikenali sebagai Sin Chew Daily Education Fund merupakan bantuan kewangan kepada pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Menerusi biasiswa ini, pelajar berpeluang untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat Diploma atu Ijazah Sarjana Muda secara percuma.
Yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya di bawah biasiswa Sin Chew ini.
- Permohonan bagi biasiswa Sin Chew ini boleh dipohon secara atas talian menerusi laman sesawang scedufund sinchew
40. YTP Scholarship
Penajaan pelajaran oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dikenali dengan Young Talent Development Programme atau Program Pembangunan Bakat Muda (YTP scholarship) diperkenalkan kepada pelajar bermula di peringkat Persediaan sehingga Ijazah Pertama.
Hanya institusi terpilih sahaja yang layak dipohon untuk penajaan.
- Permohonan bagi biasiswa YTP scholarship ini boleh dipohon secara atas talian menerusi myeduloan mara seperti pada Rajah di bawah ini
41. Mybrain Scholarship
Biasiswa MyBrain merupakan biasiswa yang diwujudkan bertujuan melahirkan lebih ramai graduan yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana dan PHD Doktor Falsafah (phdscholarship).
Ia merupakan hasrat Kerajaan untuk melahirkan 60 ribu pemegang sijil Sarjana dan PhD di Malaysia.
- Permohonan biasiswa ini dibuka kepada mana-mana pelajar Malaysia yang berminat dan permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang biasiswa mohe
42. Hong Leong Bank Scholarship
Institusi perbankan Hong Leong Bank mewujudkan satu program biasiswa. Ianya bertujuan memajukan pendidikan dalam kalangan pelajar Malaysia bagi melahirkan lebih ramai modal insan.
Kadar biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Hong leong adalah berdasarkan tahap pengajian yang dipohon oleh pelajar serendah RM8,500 sehingga RM32,000.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang hongleongcsr org seperti pada Rajah di bawah ini
43. MRC Malaysia Scholarship
Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC) diperkenalkan kepada rakyat Malaysia bagi tujuan tajaan pendidikan yang dikhususkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana atau bidang Professional Teknologi Getah.
Pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) boleh membuat permohonan untuk mendapatkan biasiswa ini.
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang myrubbercouncil seperti pada Rajah di bawah ini
44. Biasiswa Singapore Scholarship
Singapore Government Scholarship (SINGA) merupakan biasiswa penuh yang disediakan kepada pelajar antarabangsa termasuklah Malaysia bagi membolehkan pelajar bukan warganegara Singapura untuk melanjutkan pelajaran di universiti Singapura.
Dua (2) peringkat pengajian yang ditaja di bawah biasiswa ini iaitu peringkat Sarjana dan Peringkat Doktor Falsafah.
Bidang khusus yang ditaja di bawah biasiswa ini ialah Sains Biomedikal, Sains Komputer dan Maklumat, Kejuruteraan dan Teknologi dan Sains Fizik.
- Permohonan bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke negara jiran iaitu Singapura boleh dipohon menerusi laman sesawang a-star edu sg
45. Kuok Foundation Scholarship Malaysia
KUOK Foundation Berhad menawarkan pelajar yang sedang atau bakal melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma untuk memohon biasiswa ini.
Tajaan pendidikan ini akan diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di mana-mana politeknik awam Malaysia.
- Permohonan boleh dibuat menerusi atas talian di laman sesawang kuokfoundation seperti pada Rajah di bawah ini atau dengan menghantar borang permohonan secara pos.
46. Biasiswa CIMB Scholarship Malaysia
Institusi perbankan CIMB Bank mewujudkan satu program biasiswa dan scholarship. Ianya bertujuan membantu pelajar merealisasikan impian mereka dalam bidang perbankan dan kewangan.
Pelajar akan ditapis menerusi lima (5) peringkat bagi melayakkan mereka mendapatkan biasiswa ini.
Pelajar akan menerima tajaan penuh termasuklah yuran pengajian, elaun sara diri, elaun kediaman dan elaun-elaun yang berkaitan.
Bukan itu sahaja, pelajar juga akan didedahkan dengan peluang jaringan global dengan negara-negara luar sebagai pendedahan awal bagi alam pekerjaan.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang careers cimb seperti pada Rajah di bawah ini
47. Biasiswa Yayasan Sarawak Scholarship
Biasiswa Yayasan Sarawak merupakan tajaan pembiayaan kepada pelajar anak kelahiran negeri Sarawak.
Ia merupakan biasiswa penuh bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah dan Doktor Falsafah (PhD).
Hanya individu yang bermastautin dan berstatus anak kelahiran negeri Sarawak layak memohon biasiswa ini.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang yayasansarawak org my seperti pada Rajah di bawah ini bagi melayakkan seseorang pelajar untuk menerima biasiswa ini.
48. Biasiswa UTAR Scholarship
Biasiswa UTAR scholarship ini hanya ditawarkan kepada pelajar UTAR sahaja.
Pelajar UTAR yang mendapat keputusan yang cemerlang digalakkan untuk membuat permohonan biasiswa dan scholarship ini kerana pihak UTAR akan menanggung sesi pengajian pelajar secara penuh.
Tiada bayaran balik perlu dibuat bagi biasiswa ini. Walaubagaimanapun, jika pelajar tidak memenuhi kriteria pencapaian yang telah ditetapkan oleh UTAR, pelajar wajib membuat bayaran balik biasiswa yang telah diterima tersebut.
Pembayaran balik adalah dibuat berdasarkan keputusan semesta pelajar.
- Pelajar UTAR yang berminat untuk memohon biasiswa UTAR scholarship ini boleh memohon di laman sesawang study utar edu my
49. Biasiswa Chevening Scholarship
Biasiswa Chevening merupakan biasiswa antarabangsa yang diberikan kepada pelajar seluruh dunia yang cemerlang akademik dan kokurikulum bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di Amerika Syarikat.
Syarat kelayakan untuk mendapatkan biasiswa ini amatlah ketat kerana hanya individu yang benar-benar memenuhi syarat yang ditetapkan layak untuk menerima biasiswa ini.
Biasiswa ini ditawarkan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai individu yang celik intelektual dan interpersonal yang berkualiti yang terdiri daripada pelabagai latar belakang dan warganegara.
Antara universiti yang tersenarai di bawah tajaan biasiswa ini ialah London School of Economics & Political Science, University College London, University of Bath, University of Oxford dan King’s College London.
- Permohonan biasiswa ini boleh dipohon secara atas talian menerusi laman sesawang chevening org seperti pada Rajah di bawah ini
50. Biasiswa Sunway Scholarship
Jeffrey Cheah Foundation merupakan Sunway Education Group. Yayasan ini menawarkan biasiswa pendidikan bagi pelajar melanjutkan pelajaran di Sunway University dan Sunway College.
Bantuan biasiswa ini diberikan kepada pelajar cemerlang yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah tetapi berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, yayasan ini mewujudkan inisiatif ini.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang sunway
51. Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah Scholarship
Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah merupakan biasiswa pengajian yang dikhususkan kepada pelajar kelahiran negeri Kedah. Ianya dikenali dengan bantuan pinjaman pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah.
Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan bagi tujuan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Kedah.
- Permohonan bagi pinjaman ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi eservices kedah gov my seperti pada Rajah di bawah ini
52. Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu Scholarship
Pelajar anak kelahiran Negeri Terengganu boleh membuat permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu.
Biasiswa ini merupakan biasiswa kerajaan negeri yang diberikan kepada pelajar untuk postgrad melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Program Perakaunan Professional ACCA Kohort 1 dan Sarjana (Master malaysia) dan Doktor Falsafah (PhD).
- Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan biasiswa ini boleh membuat permohonan secara atas talian menerusi laman sesawang ytpenajaan terengganu gov my.
- Pendaftaran akaun mestilah dilengkapkan dengan mengisi butiran maklumat diri dengan betul dan menghantar permohonan tersebut secara atas talian sahaja.
53. Biasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI Scholarship
Institusi pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan pelbagai skim biasiswa kepada pelajar mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara skim bantuan pengajian yang diperkenalkan adalah Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Bantuan WEZAS, Bantuan JHEPA, Biasiswa BITARA dan Biasiswa NAM.
- Pelajar yang memenuhi syarat kelayakkan mana-mana biasiswa ini boleh membuat permohonan secara atas talian menerusi laman sesawang ips upsi edu my
54. Biasiswa Zakat Maybank Scholarship
Maybank Berhad merupakan salah satu institusi perbankkan yang menawarkan biasiswa bantuan pengajian berbentuk zakat kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara.
Zakat Maybank ini adalah dikhususkan kepada pelajar yang berpendapatan rendah.
Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan seperti pelajar merupakan pelajar yang sedang melanjutkan pengajian Sarjana Muda di Timur Tengah, melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian islam, perubatan, pergigian dan farmasi, pelajar tahun 1, 2 dan 3 serta ibu bapa pelajar berpendapatan sekitar RM5,000 sebulan.
- Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati menerusi laman sesawang maybank.
- Borang ini mestilah dilengkapkan dan emel permohonan tersebut ke alamat emel admin@emegypt.net.
- Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan akan menerima zakat Maybank ini.
55. Biasiswa Anak Sabah Scholarship
Biasiswa Anak Sabah merupakan tajaan pendidikan yang diperkenalkan oleh Yayasan Sabah kepada pelajar yang merupakan anak kelahiran negeri Sabah.
Ianya diberikan kepada pelajar yang layak melanjutkan pengajian ke IPTA dalam negeri atau luar negeri Sabah.
Ianya dikhususkan kepada pelajar yang ingin mengikuti peringkat pengajian ke peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sesi pengajian 2024.
- Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Yayasan Sabah boleh memohon biasiswa ini secara atas talian menerusi laman sesawang biasiswa sabah seperti pada Rajah di bawah ini
56. Biasiswa Yayasan Pahang Scholarship
Biasiswa Yayasan Pahang merupakan skim bantuan pengajian kerajaan negeri yang diperkenalkan oleh Yayasan Pahang kepada pelajar yang mengikuti pengajian pada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi.
Skim bantuan ini dikhususkan kepada golongan pelajar yang lahir daripada golongan keluarga yang kurang berkemampuan.
- Permohonan biasiswa ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman sesawang sispen yp org my
57. Biasiswa Uitm Scholarship
Universiti Teknologi MARA (UiTM) memperkenalkan bantuan pengajian dalam bentuk biasiswa yang dikenali sebagai Biasiswa Endowment UiTM. Ia merupakan biasiswa yang yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan pasca siswazah.
Yuran pengajian dan elaun bulanan merupakan antara kemudahan bantuan pengajian yang diberikan kepada pelajar menerusi biasiswa ini.
Permohonan biasiswa ini hanya boleh dimohon oleh pelajar yang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa.
- Permohonan boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman sesawang ENSURE di ensure uitm edu my seperti pada Rajah di bawah ini
58. Biasiswa Kecil Persekutuan BKP Scholarship
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) merupakan biasiswa kerajaan yang diperkenalkan kepada pelajar sekolah menengah.
Biasiswa ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi pelajar peringkat sekolah menengah untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Ianya juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran terutamanya pelajar-pelajar daripada golongan keluarga berpendapatan rendah.
Permohonan BKP ini boleh dilakukan melalui sekolah pelajar masing-masing menerusi guru tingkatan pelajar dengan kerjasama guru biasiswa dan JK Bantuan peringkat sekolah.
Permohonan ini akan dilakukan oleh pihak guru yang menguruskan biasiswa pelajar melalui sistem APDM.
Borang-borang seperti Borang Permohonan Biasiswa BKP/BKPU (Lampiran A), Borang Permohonan Penyata Akuan Pelajar dan Surat Persetujuan – Aku Janji (Lampiran H) mestilah dilengkapkan oleh pelajar dan dihantar kepada pihak sekolah.
Pelajar yang layak akan menerima BKP ini dan bantuan biasiswa ini akan dikreditkan ke akaun ibu bapa atau pelajar sendiri.
Scholarship in Malaysia For International Students Terbaik
Terlalu banyak bantuan pendidikan / biasiswa / scholarship in malaysia yang terdapat di Malaysia diperkenalkan di Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa dibatasi dengan bebanan kewangan.
Biasiswa ini juga tidak terhad untuk lanjutan pengajian di institusi pendidikan di dalam negara sahaja, bahkan ianya merangkumi pengajian ke universiti luar negara.
Antara dua (2) biasiswa yang terbaik terdapat di Malaysia bagi malaysia scholarship for international students ialah;
- Biasiswa Bank Negara Malaysia.
- Biasiswa British Council GREAT.
Scholarship For Degree Overseas Yang Terbaik Malaysia
Setiap badan/ institusi yang menawarkan tajaan biasiswa dan scholarship for degree ini adalah bergantung kepada jenis peringkat pengajian.
Antara dua (2) biasiswa dan scholarship for degree yang terbaik bagi pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara ialah;
- Biasiswa Khazanah Global.
- Biasiswa Bank Negara.
Scholarship Yang Sesuai Untuk SPM 8A
Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 8A boleh memohon biasiswa seperti berikut;
- Biasiswa Kijang scholarship dari BNM
- Biasiswa Watan Khazanah
- Biasiswa Shell Malaysia
- Sponsor Biasiswa PETRONAS Education Scholarship Programme (PESP)
- Biasiswa PNB Overseas Scholarship Awards
- Tajaan JPA Program Penajaan Nasional
Scholarship Yang Sesuai Untuk SPM 9A
Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dengan keputusa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 9A boleh memohon biasiswa seperti berikut;
- Scholarship Hong Leong Foundation
- Scholarship UEM Global Scholarship
- Program Khas JPA MARA
- Scholarship PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP)
- Scholarship IJM Award
- Scholarship a Global Khazanah
Cara Sambung Belajar Luar Negera Lepasan Diploma
MARA merupakan antara badan yang menawarkan bantuan biasiswa kepada pelajar lepasan diploma yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.
Program yang ditawarkan adalah Program Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP).
- Pelajar yang mendapat keputusan akademik pada peringkat Diploma sekurang-kurangnya Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.50/4.00 boleh membuat permohonan biasiswa ini bagi pengajian luar negara secara atas talian menerusi mara gov my
Cara Sambung Degree di Luar Negara Selepas Matrikulasi
JPA antara badan yang menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke luar negara. Pelajar lepasan Diploma, Asasi, STPM dan Matrikulasi boleh membuat permohonan JPA untuk mendapatkan biasiswa bagi menyambung pengajian mereka ke luar negara.
Pelajar yang mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.50/4.00 boleh membuat permohonan biasiswa bagi pengajian luar negara.
Permohonan ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi esilav2 jpa gov my
Berapa Anggaran Yuran Master UITM Malaysia
Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Teknologi MARA boleh membuat permohonan secara atas talian.
Namun begitu, pelajar yang tidak ditaja di bawah mana-mana badan biasiswa, mereka perlu membuat bayaran yuran pengajian secara sendiri.
Berikut merupakan anggaran yuran bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana di UiTM mengikut bidang pengajian yang dipilih oleh pelajar;
BIDANG PENGAJIAN | YURAN (RM) |
---|---|
Perniagaan & Perniagaan | 7000 |
Akaun & Matematik | 5000 – 13000 |
Pentadbiran Sains & Pengajian Polisi | 10000 |
Sains | 7000 |
Tumbuhan & Agroteknologi | 7000 |
Reka bentuk | 6000 |
Teknologi | 6000 – 18000 |
Kejuruteraan | 7000 |
Pergigian | 16000 |
Pendidikan | 6000 |
Hotel & Pengurusan Perlancongan | 6000 |
Pengajian Islam Kontemporari | 5000 |
Bahasa | 7000 |
Undang-Undang | 5000 |
Perubatan | 40000 |
Farmasi | 7000 |
Manakala yuran phd uitm pasti lebih mahal. Akan kami kemaskini dan update untuk anda.
Tawaran PHD Scholarship Untuk Malaysian
Biasiswa Yang diPertuan Agong (BYDPA) merupakan antara tajaan biasiswa phd yang terbaik yang ditawarkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat PHD.
Pelajar perlu melalui pelbagai proses untuk melayakkan pelajar menerima biasiswa ini.
Pelbagai elemen dititikberatkan termasuklah dari segi akademik, penglibatan dalam aktiviti kemanusiaan, kokurikulum dan sahsiah diri.
Scholarship Untuk Penjawat Awam Sambung Belajar
Individu yang berkhidmat sebagai penjawat awam masih boleh menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi dengan malaysian government scholarship yang ditawarkan.
Peluang pengajian yang ditanggung oleh kerajaan malaysia melalui malaysian government scholarship disediakan kepada penjawat awam bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan PhD untuk kumpulan Pengurusan dan Profesional, Gred 41 dan ke atas.
Antara senarai peluang kemudahan pengajian penjawat awam bagi tahun 2024 adalah seperti berikut;
- Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
- Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)
- Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS)
Tips Untuk Berjaya Lulus Dapat Malaysia Scholarship
Secara umumnya, biasiswa yang ditawarkan oleh institusi-institusi tertentu hanya diberikan kepada pelajar yang benar-benar layak mengikut syarat kelayakan yang telah dinyatakan.
Prestasi dan penglibatan sosial pelajar akan diambil kira bagi meluluskan pelajar untuk menerima biasiswa ini.
Bukan mudah untuk seseorang pelajar menerima biasiswa pendidikan ini.
Berikut merupakan beberapa tips persiapan untuk memastikan pelajar lulus untuk menerima tajaan biasiswa yang dipohon;
- Individu yang layak akan menerima panggilan temuduga. Oleh itu, setiap individu wajib bersedia dan memenuhi syarat temu duga yang telah ditetapkan dengan baik.
- Menghadiri temu duga mengikut waktu yang telah dijadualkan.
- Patuhi etika pemakaian yang betul.
- Yakin dan bersedia apabila ditemuduga.
- Terlibat secara aktif dalam sesi temuduga secara berkumpulan untuk menunjukkan tahap kerjasama dalam kumpulan seseorang.
- Bertutur dengan lancar dan baik.
- Mempunyai pengetahuan yang meluas terutamanya berkenaan dengan isu semasa di malaysia.
Kelebihan Dapat Scholarship Malaysia
Pelajar yang berjaya mendapatkan tajaan pendidikan merupakan pelajar yang layak mengikut kelayakan yang ditetapkan.
Banyak kelebihan yang bakal diterima oleh pelajar master dan phd malaysia yang berjaya menerima biasiswa dan postgrad scholarship, antaranya;
- Pengajian pelajar akan ditaja secara penuh tanpa perlu mengeluarkan apa-apa kos untuk pengajian mereka. Secara tidak langsung dapat meringankan beban kewangan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- Pelajar akan didedahkan dengan peluang latihan praktikal dan mendapat tawaran pekerjaan di bawah institusi yang memberi biasiswa tersebut.
- Pelajar juga akan dibekalkan dengan pelbagai elaun seperti elaun sara diri.
- Tiada bayaran balik perlu dibuat jika menerima scholarship termasuk biasiswa phd.
- Pelajar akan didedahkan dengan kursus, seminar dan program yang menarik daripada syarikat atau Badan yang menaja pendidikan pelajar.
Soalan Lazim & FAQ
1. Kenapa Duit Scholarship Tak Boleh Keluar
Punca utama kegagalan duit biasiswa dikeluarkan adalah disebabkan oleh pihak tajaan telah meletakkan had pengeluaran wang biasiswa tersebut ke atas penama biasiswa.
Ianya adalah untuk memastikan duit biasiswa tersebut tidak digunakan untuk tujuan selain daripada pengajian.
2. Ada tawaran scholarship untuk penjawat awam sambung belajar
3. Boleh belajar di uk tanpa scholarship?
Segala yang kos pengajian yang terlibat akan ditanggung sepenuhnya oleh pelajar sehingga selesai tempoh pengajian. Ataupun boleh apply scholarship yang ditawarkan di luar negara
4. Anggaran Berapa Lama Tempoh Master Malaysia dan PHD
Walaubagaimanapun, tidak semua pelajar mampu mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Berikut merupakan anggaran tempoh pengajian di peringkat pengajian Ijazah Sarjana (Master Malaysia) dan Doktor Falsafah (PHD);
* Ijazah Sarjana (Master malaysia) – 2 tahun
* Doktor Falsafah (PHD) – 4 tahun