Ebaki Mara: Login Bayaran Balik Pinjaman

Cara bayar ebaki Mara Login & semakan pengurangan Bayaran Balik Pinjaman

cara bayar ebaki mara login semakan bayaran balik

e-Baki MARA merupakan portal atas talian yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat untuk membolehkan pelajar yang menerima pinjaman pendidikan menerusi institusi MARA membuat bayaran balik pinjaman mereka.

Sistem e-baki mara ini juga menawarkan beberapa perkhidmatan berkaitan dengan pinjaman ini termasuklah semakan bayaran pinjaman, semakan penyata baki pinjaman, permohonan pengurangan pinjaman, permohonan emoratorium dan pembayaran pinjaman secara atas talian.

BACA SINI >> Biasiswa mara scholarship

Oleh yang demikian, sistem e-Baki MARA ini ternyata memberi banyak manfaat kepada pelajar dalam menguruskan pinjaman pendidikan mereka.

Cara Check eBaki Mara Login Online

Salah satu perkhidmatan atas talian yang boleh dilakukan oleh peminjam menerusi portal e-Baki MARA ini adalah membuat semakan secara atas talian.

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan baki pinjaman peminjam;

  1. Layari portal ebaki mara login online, https://apps.mara.gov.my
  2. Peminjam perlu memasukkan ID pengguna dan kata laluan yang sah.
  3. Kemudian, klik pada butang “Hantar”.
  4. Klik pada bahagian “Jadual Bayaran Balik”.
  5. Akhir sekali, paparan maklumat pinjaman peminjam akan dipaparkan untuk semakan.
mara ebak

Cara Bayaran Balik ebaki Mara

Terdapat beberapa kaedah pembayaran yang boleh dilakukan oleh pelajar menerusi sistem e-Baki MARA.

Antaranya termasuklah cara pembayaran balik e-baki mara adalah seperti berikut;

1. Cara Bayar Balik e-Baki Mara Secara Tunai

Bayaran pinjaman ini boleh dilakukan secara fizikal menerusi mana-mana kaunter cawangan pejabat MARA yang berdekatan dengan pelajar.

Pelajar perlu membuat bayaran kepada pegawai yang bertugas dan setelah selesai pembayaran ini dilakukan, pelajar akan menerima resit pembayaran pinjaman tersebut.

2. Online Banking

Portal e-Baki MARA ini menawarkan kaedah pembayaran baki pinjaman pelajar menerusi kaedah perbankkan internet. Pelajar perlu pilih kaedah “online banking” dan memilih mana-mana jenis akaun bank yang dimiliki oleh pelajar.

Pembayaran pinjaman mara ebaki ini akan ditolak daripada akaun bank yang pilih oleh pelajar.

Antara akaun bank yang disenaraikan di bawah kaedah pembayaran “online banking” ini adalah Maybank2U, CimbClicks, HongLeong Connets, dan banyak lagi.

3. Direct Debit

Pembayaran pinjaman ini juga boleh dilakukan dengan membuat kaedah pembayaran “Direct Debit”.

Debit secara terus ini bermaksud pembayaran pinjaman yang dikenakan ke atas pelajar secara bulanan akan ditolak secara terus menerusi bank akaun pelajar.

Ianya lebih mudah dan efektif kerana menerusi kaedah ini pinjaman pelajar tidak akan tertunggak.

4. Maraeps

MARA Electronic Payment System (MARAEPS) merupakan aplikasi atas talian bagi urusan pembayaran fasiliti-fasiliti dan kemudahan-kemudahan MARA.

Pelajar juga boleh melakukan pembayaran balik pinjaman mereka menerusi aplikasi ini.

Berikut merupakan cara untuk membuat pembayaran balik pinjaman menerusi aplikasi ini;

Peminjam perlu akses portal, https://bayar.maraeps.my/login

  1. Daftar dan log masuk ke akaun peminjam.
  2. Pilih bahagian pembayaran balik pinjaman.
  3. Lakukan pembayaran pinjaman.
  4. Akhir sekali, pinjaman berjaya dibayar.

5. Jompay

Setiap institusi perbankkan menawarkan kaedah pembayaran pinjaman menerusi JomPay.

Ianya juga mudah untuk dilakukan. Peminjam hanya perlu mamasukkan code biller yang betul ketika ingin membuat pembayaran.

Code biller bagi pembiayaan pinjaman adalah 7195 dan pada bahagian “Ref-1”.

Peminjam perlu memasukkan nombor akaun pinjaman mereka.

6. Potongan Gaji

Kaedah pembayaran balik pinjaman yang paling selamat adalah dengan membuat pembayaran pinjaman melalui pemotongan gaji bulanan peminjam.

Kebiasaannya, kaedah ini dilakukan oleh penjawat awam.

Dengan kaedah ini, tunggakan pembayaran balik pinjaman boleh dielakkan.

7. Bank Draf

Pembayaran pinjaman ini boleh dilakukan menerusi Bank Draf.

Peminjam perlu hadir ke mana-mana institusi perbankkan yang berdekatan untuk berbuat demikian.

8. Pengeluaran KWSP Untuk Bayar ebaki Mara

Akhir sekali, pinjaman ini boleh dibayar balik dengan cara melakukan pengeluaran wang KWSP peminjam.

Namun begitu, pengeluaran ini hanya boleh dilakukan mengikut baki yang terdapat di dalam Akaun 2 KWSP peminjam.

Pengeluaran ini boleh dilakukan secara atas talian sahaja. Ianya sangat mudah.

Peminjam perlu log masuk ke akaun mereka dan klik pada bahagian “Pengeluaran”.

Seterusnya, pilih institusi pendidikan “MARA” dan hantar permohonan pengeluaran tersebut dengan klik pada butang “Hantar”.

Dengan kaedah tersebut, pihak KWSP akan membuat bayaran pinjaman tersebut menerusi akaun KWSP peminjam terus kepada pihak MARA.

Cara Tukar Alamat Peminjam di Portal Ebaki Mara

Bagi peminjam MARA yang telah bertukar alamat tempat tinggal mereka, mereka perlu memaklumkan kepada pihak MARA berkenaan pertukaran alamat tersebut.

Ini akan memudahkan pihak MARA membuat penghantaran surat kepada alamat kediaman peminjam yang betul.

Pertukaran alamat peminjam ini boleh dilakukan dengan memaklumkan kepada Bahagian Kawalan Kredit MARA menerusi surat, emel atau panggilan telefon berkenaan pertukaran alamat tersebut.

Peminjam juga perlu menghantar salinan kad pengenalan atau bil-bil utiliti yang menunjukkan peminjam telah bertukar ke alamat yang baharu.

Bagaimana Cara Pengurangan Mara Bayaran Balik Pinjaman

Peminjam MARA yang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon pengurangan bayaran balik pinjaman boleh memohon secara atas talian.

Berikut merupakan cara untuk memohon pengurangan bayaran balik pinjaman;

cara pengurangan mara bayaran balik
  1. Peminjam perlu melayari portal mara ebaki, https://apps.mara.gov.my atau https://econversion.mara.gov.my
  2. Kemudian, log masuk ke akaun peminjam dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah.
  3. Kemudian, isi butiran maklumat peribadi dan pendidikan pelajar dengan lengkap.
  4. Seterusnya, lampirkan dokumen-dokumen sokongan yang diminta.
  5. Setelah selesai, pada bahagian status permohonan, ianya akan memaparkan status layak.
  6. Selepas itu, peminjam perlu memuatnaik resit bayaran bagi bayaran komitmen conversion di bahagian yang disediakan.
  7. Lengkapkan segala butiran dan dokumen yang diperlukan sehingga status pada bahagian permohonan menunjukkan tanda “status telah diterima”.
  8. Akhir sekali, permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman diproses dan diluluskan oleh pihak MARA.

Kesan Tak Bayar Mara Ebaki

Pihak MARA menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun begitu, pelajar mestilah membuat bayaran balik terhadap pinjaman yang telah dilakukan oleh mereka setelah tamatnya tempoh pengajian mereka.

Akan tetapi, ada segelintir peminjam yang enggan membuat bayaran balik pinjaman mereka atas sebab-sebab tertentu.

Kegagalan membayar pinjaman ini boleh memberi impak kepada peminjam sebagaimana berikut;

(i) Blacklist Dari Sebarang Kemudahan Pinjaman

Pinjaman yang tidak dilunaskan akan menyebabkan pelajar dikecualikan daripada menerima apa-apa kemudahan daripada institusi MARA.

Hal ini kerana pelajar yang gagal menyelesaikan pinjaman ebaki.mara mereka telah memaparkan rekod yang buruk terhadap sejarah pembiayaan pinjaman mereka.

Oleh sebab itu, segala kemudahan pinjaman mereka akan disekat dan dikecualikan sehingga segala tunggakan yang ada diselesaikan.

Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak MARA kepada peminjam MARA adalah seperti bayaran yuran pengajian, yuran kediaman, bantuan sara hidup dan sebagainya.

(ii) Sekatan Perjalanan

Peminjam MARA yang mempunyai tunggakan pinjaman dan gagal membuat bayaran pinjaman mereka juga akan disekat daripada ke luar negara.

Ini bermakna peminjam tidak boleh melancong atau keluar daripada negara Malayia disebabkan oleh hutang pinjaman yang belum dilunaskan.

Perjalanan ke luar negara akan disekat oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sehingga nama peminjam bebas daripada sebarang tunggakan pinjaman.

Oleh itu, peminjam mara yang berhasrat ke luar negara wajib membuat bayaran balik pinjaman mereka bagi mengelakkan berlakunya sekatan perjalanan antarabangsa ini.

(iii) Tindakan Undang-undang Tunggakan ebaki.mara

Kegagalan untuk membuat pembayaran balik pinjaman ini juga boleh dikenakan tindakan undang-undang di Mahkamah.

Pihak mahkamah boleh mengeluarkan surat saman atau waran tangkap kepada peminjam MARA jika mereka enggan untuk membuat pembayaran balik.

Mereka perlu membayar denda terhadap tunggakan dan kegagalan pembayaran pinjaman ini terutamanya bagi peminjam yang membuat pinjaman dengan jumlah pinjaman yang tinggi.

Oleh sebab itu, pembayaran balik pinjaman ebaki.mara ini wajib diselesaikan mengikut tempoh masa yang telah ditentukan oleh pihak MARA.

(iv) Senarai Nama di Akhbar

Pelajar yang telah tamat pengajian mereka dan tidak membuat bayaran balik pinjaman ebaki.mara mereka boleh menyebabkan nama mereka tersenarai di dada akhbar disebabkan oleh kegagalan tersebut.

Nama pelajar yang meminjam akan tersenarai di dalam akhbar sebagai contoh, Harian Metro, Sinar Harian dan banyak lagi.

Nama peminjam akan tersenarai di bahagian hutang pinjaman pendidikan.

Hal ini sedikit sebanyak boleh mencemarkan nama baik peminjam. Oleh itu, pinjaman ini wajib diselesaikan untuk mengelakkan hal sedemikian.

(v) Nama di Pemungut Hutang

Akhir sekali, impak yang paling besar terhadap peminjam akibat tidak membayar pinjaman ialah nama peminjam tersenarai dalam senarai oleh pemungut hutang.

Pemungut hutang akan menghubungi peminjam berkali-kali sehingga peminjam berjaya menyelesaikan hutang ebaki.mara ini.

Ianya sedikit sebanyak boleh mengganggu kehidupan seharian peminjam.

Pemungut hutang ini boleh jadi dari kalangan pihak bank atau institusi pemungut hutang berlesen.

Tuntasnya, peminjam perlu mengetahui tanggungjawab mereka sebagai peminjam dan jika tidak mampu pengurangan pinjaman ebaki mara boleh dilakukan dengan memaklumkan hal tersebut kepada pihak MARA.

Bagaimana Cara Untuk Clear Nama Blacklist Dengan Mara

Peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan akan disenarai hitamkan oleh pihak MARA.

Nama peminjam akan dimasukkan ke dalam sistem senarai hitam MARA sehingga tunggakan berjaya diselesaikan oleh peminjam.

e-baki mara

Berikut merupakan cara untuk membersihkan nama peminjam yang telah disenarai hitamkan oleh pihak MARA;

  1. Peminjam perlu hadir ke mana-mana kaunter cawangan MARA yang berdekatan dengan peminjam.
  2. Peminjam perlu menyatakan hasrat mereka untuk membuat pembayaran balik tunggakan pinjaman ebaki.mara mereka.
  3. Pembayaran balik tunggakan ebaki mara mestilah dilakukan sehingga selesai.
  4. Akhir sekali, nama peminjam akan dikeluarkan daripada sistem senarai hitam MARA.

Adakah Akan Terima Surat Sudah Buat Ebaki Full Settlement Mara

Individu peminjam yang tidak mempunyai kekangan membuat bayaran balik pinjaman secara berkala sepertimana yang dijadualkan dan berjaya melangsaikan hutang mereka, mereka akan menerima satu surat yang menunjukkan mereka telah berjaya melunaskan hutang pendidikan ebaki.mara mereka.

e baki full settlement mara

Pihak MARA akan menghantar surat rasmi menunjukkan peminjam telah membuat penyelesaian penuh ebaki.mara hutang mereka.

Bukan itu sahaja, peminjam juga boleh membuat semakan menerusi portal e-Baki untuk melihat status penyelesaian penuh pinjaman mereka.

Tuntasnya, surat penyelesaian penuh pinjaman ebaki mara ini akan menjadi bukti jika berlaku apa-apa terhadap rekod pinjaman peminjam.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia