5 Sebab dan Punca Anda Tidak Berjaya dan Gagal Dapat pilihan tawaran Sambung Belajar untuk permohonan tempat study samada bidang kemahiran diploma, degree / ijazah sarjana muda 2023. Persoalan laluan halatuju lepasan spm jika anda gagal spm nak buat apa terjawab seperti di bawah ini
Kepada kalangan yang berminat belajar lagi ke peringkat yang lebih tinggi, ini nasihat dan tips untuk anda. Sejak daripada awal lagi anda perlu ada matlamat dan sasaran supaya mudah untuk anda buat perancangan apa yang perlu anda belajar dan fokuskan sebenarnya.
Bukan cara dahulu lagi. Semua nak belajar, semua nak dapatkan yang bagus akhirnya kesemuanya tidak menjadi menyebabkan apa yang anda harapkan tidak menjadi kenyataan.
BACA SINI >> semakan upu online 2024
Jadi apa yang perlu anda ketahui adalah apa yang senarai kriteria yang diperlukan untuk melayakkan anda masuk ke Kolej Komuniti, politeknik atau universiti awam di Malaysia bagi mengelakkan anda gagal dallam setiap permohonan yang anda hantar kelak. Jangan sampai gagal atau tak dapat sambung untuk belajar. Teruskan membaca…
5 Tips Permohonan Sambung Belajar Lepasan Spm 2023
1) Selepas spm nak buat apa. Hakikat yang sebenarnya tempat sambung untuk anda belajar dan study masuk ke universiti awam kerajaan tidak sebanyak permohonan UPU online.
- BACA SINI >> Daftar kemaskini upu online
- BACA SINI >> syarat kemasukan kolej komuniti
- BACA SINI >> Semakan permohonan politeknik 2023
Setiapnya ada kuota yang tersendiri. Begitu juga tempat di Kolej Komuniti ataupun politeknik.
Oleh itu, jikalau anda melepasi semak sarat yang telah ditetapkan sekalipun, anda tetap tiada peluang untuk dapat tawaran ke instituasi yang anda inginkan disebabkan kerana ada yang lebih layak daripada anda.
Anda mesti jadi terbaik dikalangan yang terbaik untuk mendapatkan tempat.
2) Sistem online sekarang ini lebih efisien. Ada 12 pilihan dan program yang perlu anda pilih mengikut keutamaan. Jangan ikut-ikutkan orang. Satu lagi kena ingat, masih ada peluang kedua. Gagal spm boleh sambung belajar, ya betul. Ada peluang lagi.
Jangan letak pilihan semborono. Berdasarkan sistem sekarang, jikalau anda tidak berjaya pada pilihan pertama, pilihan kedua akan dipertimbangkan dengan buat rayuan sambung untuk belajar lagi. Dan begitulah seterusnya sehingga pilihan ke 12. Jadi pilih berdasarkan kemampuan dan minat anda.
3) Ada setengah program dan jurusan memerlukan anda menghadiri temuduga online upu, temuduga politeknik. Jadi anda perlu persediaan penting untuk menghadapinya jikalau memilih program tersebut
4) Jangan ingat semasa anda belajar dahulu hanya fokus kepada akademik semata. Sistem sekarang memerlukan kelibat anda terlibat dengan aktiviti kokurikulum yang mana ia menyumbang 10 peratus untuk masuk ke universiti awam dan politeknik. Jadi jangan ambil remeh perkara ini.
5) Jikalau anda mahu masuk ke kejuruteraan elektrik contohnya. Pastinya anda perlu ada kelulusan pada bidang yang sama dahulu.
Walaupun semasa tarikh keputusan SPM anda dapat cemerlang sekalipun itu bukan jaminan untuk anda layak dan dapat tawaran sambung jikalau anda tiada kelulusan yang sama semasa belajar dahulu.
Jadi kami nasihatkan letak program dan jurusan sama dengan apa yang anda nak sambung study dahulu pada pilihan utama supaya ia mendapat pertimbangan yang sewajarnya.
SUMBER RASMI LINK PAUTAN: http://www.mohe.gov.my
Pilihan Halatuju Selepas SPM
Ada yang bertanya apa nak buat lepas spm. Sebenarnya, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia akan menentukkan hala tuju lepasan spm setiap pelajar sekaligus menentukan masa depan pelajar sama ada cerah atau tidak.
Berikut merupakan turutan halatuju pelajar untuk sambung belajar dan sambung study setelah melepasi peringkat pelajaran pada peringkat SPM;
1. Hala tuju Lepasan SPM Untuk Kerja Kerajaan
Anda boleh memilih untuk tidak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, anda boleh memilih untuk terus bekerja sebagai kakitangan awam di malaysia di mana-mana badan kerajaan.
Kepada yang ingin bekerja dalam institusi kerajaan boleh membuat permohonan kerja di laman sesawang https://spa9.spa.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini
2. Permohonan Bidang Kemahiran Lepasan Spm
Student dan pelajar juga boleh memilih untuk memasuki kolej kemahiran kerajaan lepasan spm seperti kolej komuniti, IKBN, GiatMara, ILP dan seumpama dengannya.
Kolej kolej kemahiran kerajaan untuk lepasan spm diwujudkan untuk membantu pelajar yang mahir dalam bidang-bidang kemahiran seperti elektronik, jahitan dan kemahiran-kemahiran asas.
Program sekolah kemahiran lepasan spm lebih tertumpu pada bidang praktikal berbanding akademik.
Permohonan program kemahiran lepasan spm ini boleh dilakukan menerusi portal rasmi kolej-kolej tersebut.
3. Cara Mohon Universiti Lepasan SPM
Kebanyakkan pelajar akan memilih untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat Institusi Pelajaran Tinggi Awam yang ditubuhkan oleh kerajaan kepada warganegara Malaysia. Cara mohon nak masuk universiti lepasan spm pun mudah sahaja.
Yuran pengajiannya juga berpatutan untuk semua pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Banyak keistimewaan yang diberikan kepada pelajar jika ingin daftar permohonan universiti lepasan spm 2023 untuk menyambung pelajaran ke IPTA.
Begitu juga dengan institusi politeknik. Cara mohon universiti Institusi pendidikan IPTA dan Politeknik ini boleh dipohon menerusi laman sesawang bagi permohonan untuk lepasan spm https://upu.mohe.gov.my.
Banyak peluang melanjutkan pelajaran selepas spm sebenarnya. Teruskan membaca….
4. Permohonan Untuk Lepasan Spm Masuk Matrikulasi
Pemilihan untuk masuk ke matrikulasi juga menjadi salah satu hala tuju pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Dua (2) bidang pengajian utama iaitu sains dan matematik ditawarkan kepada pelajar. Pengajian ini mengambil masa tempoh 1 tahun.
Student yang berjaya melepasi pengajian di matrikulasi ini boleh terus menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan untuk lepasan spm untuk masuk ke matrikulasi boleh dipohon online menerusi laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my seperti pada rajah di bawah ini.
5. Buat Bisnes Pilihan Kerjaya Selepas Spm
Pelajar yang memilih hala tuju selain menyambung pelajar ke peringkat yang lebih tinggi boleh memilih untuk membina karier dalam bidang perniagaan.
Kini, banyak peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh semua pelajar termasuklah perniagaan secara atas talian atau perniagaan syarikat.
Mereka juga boleh mempunyai masa depan yang cerah dengan membina karier dalam bidang perniagaan.
Cara Permohonan Sambung Belajar Lepasan Spm ke Luar Negara
Pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang pastinya mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Begitu juga dengan institusi pendidikan, banyak tawaran yang telah dibuka kepada pelajar yang layak dan memenuhi syarat kelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke luar Malaysia.
Bukan itu sahaja, pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan kepada pelajar bagi program sambung belajar ke luar negara termasuklah bidang pengajian kejuruteraan, sains dan teknologi malaysia, pergigian, perubatan, seni bina, undang-undang dan banyak lagi.
Walaubagaimanapun, hanya pelajar yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja yang boleh melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara.
Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk melebarkan impian dan Hasrat pelajar ke luar negara adalah;
- Pelajar merupakan warganegara Malaysia.
- Pelajar mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya Gred A dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Islam/ Moral.
- Pelajar mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya Gred B dalam matapelajaran yang berkaitan dengan bidang pengajian yang dipohon.
- Pelajar terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Cara Apply Universiti Luar Negara
Sambung belajar di luar negara menjadi impian setiap pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Samada belajar di jepun selepas spm atauoun belajar di UK USA selepas spm.
Pelbagai cara untuk sambung belajar di luar negara lepasan spm, termasuklah memohon biasiswa menerusi institusi awam atau swasta seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MARA, institusi bank, Yayasan atau syarikat swasta.
Menerusi biasiswa ini, pelajar akan berpeluang untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Pengajian mereka semasa belajar di luar negara selepas spm akan ditanggung sepenuhnya sepanjang tempoh pengajian.
Selain itu, pelajar juga boleh memilih untuk masuk ke matrikulasi dan mendapat keputusan 4 flat untuk kedua-dua semesta dalam jurusan yang dipilih oleh pelajar, pelajar akan berpeluang untuk disenarai pendek untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Pelajar akan dihantar ke luar negara oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Bukan itu sahaja, peluang pekerjaan seperti menjadi pensyarah di matrikulasi akan ditawarkan kepada pelajar matrikulasi yang menyambung pelajaran mereka ke luar negara.
Pelajar juga boleh memilih untuk memasuki institusi bahasa seperti KLC Language Center.
Kepada yang mempunyai kemahiran berbahasa, pelajar akan dihantar ke negara yang mana pelajar mahir dalam bahasa tersebut. Antara bahasa yang ditawarkan adalah Jepun, Turki, Bahasa Arab, Perancis, Jerman dan banyak lagi.
Akhir sekali, sambung belajar di luar negara untuk pengajian oversea ini boleh dipohon menerusi ejen yang berdaftar.
Namun begitu, kos yang perlu ditanggung adalah agak tinggi berbanding cara-cara lain. Jadi cara sambung belajar di luar negara selepas diploma tidak masalah walaupun tidak dapat biasiswa jika anda mahu sambung study di luar negara.
Anda yang mahu buat permohonan sambung belajar di luar negara lepasan stpm mestilah memastikan ejen yang membantu pelajar untuk menyambung pelajaran ke luar negara mempunyai sijil MQA.
Course Yang Senang Belajar Untuk Sambung Study Lepas Spm
Terdapat hampir tujuh (7) bidang pengajian tinggi yang ditawarkan kepada pelajar pengajian tinggi di Malaysia.
- Antaranya ialah sains, perdagangan, bahasa, teknikal, keseniaan, agama dan sosial.
- Kesemua bidang pengajian ini hadir dengan tahap kesenangan dan kesusahan yang tersendiri.
- Ianya bergantung sepenuhnya pada minat pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang mana.
Walaubagaimanapun, bidang pengajian dalam bidang bahasa dan keseniaan menjadi antara bidang pengajian yang memerlukan keputusan peperiksaan yang tidak terlalu tinggi.
Tuntasnya, jika dilihat dapa isi kandungan dua (2) bidang ini lebih tertumpu pada bakat dan idea.
Namun begitu, minat yang tinggi terhadap bidang pengajian yang dipilih oleh pelajar memainkan peranan utama dalam menentukan tahap kesenangan dan kesusahan sesuatu pengajian.
Gagal Matematik Spm Boleh Sambung Belajar
Keputusan SPM yang cemerlang akan membuka peluang yang cerah kepada pelajar.
Oleh itu, setiap pelajar wajib berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Namun begitu, pelajar akan berdepan dengan kegagalan jika mereka tidak berusaha.
Setiap matapelajaran yang gagal akan memberi kesan kepada pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Matapelajaran khusus seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik wajib lulus untuk membolehkan pelajar menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Kegagalan dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah, pelajar perlu menduduki ujian ulangan SPM semula.
Namun, kalau gagal matematik spm, pelajar masih boleh menyambung pelajaran ke peringkat STPM dan pengajian ke kolej berbayar.
Gagal Spm Nak Buat Apa
Gagal spm boleh sambung belajar atau tidak? Jangan risau ada banyak peluang belajar di universiti lepasan spm yang gagal.
Ada banyak pilihan untuk anda mohon sambung pengajian dan belajar di peringkat lebih tinggi termasuk boleh cuba dibahagian teknikal seperti kolej komuniti, giatmara, kolej profesional mara atau ikbn.
Jika anda tak dapat tawaran sambung belajar lagi selepas spm, boleh berjaya sebenarnya.
Mungkin rezeki anda di lapangan perniagaan dan bisnes online mungkin?
Punca Sebab Pelajar Tidak Sambung Belajar
Keputusan SPM yang diterima oleh pelajar bukanlah penentu utama hala tuju dan masa depan pelajar.
Gagal atau berjaya bukanlah halangan untuk seseorang pelajar untuk terus putus asa dalam kehidupan.
Tidak semua pelajar yang bernasib untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ada beberapa faktor yang mendorong pelajar untuk tidak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- Antara faktor utama adalah pelajar gagal untuk mendapat keputusan SPM yang cemerlang menyebabkan mereka tidak layak untuk sambung ke mana-mana universiti.
- Selain itu, faktor kewangan juga menjadi punca kenapa pelajar tidak menyambung pelajaran mereka ke mana-mana institusi pendidikan.
- Kos pengajian pada masa kini semakin tinggi boleh menyebabkan hasrat pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi menjadi halangan.
- Akhir sekali, pelajar yang tidak minat dalam bidang pendidikan juga boleh menjadi faktor untuk tidak sambung belajar.
- Pelajar lepasan spm tak sambung belajar kerana tidak minat untuk menyambung pelajaran boleh memilih untuk bekerja dan berniaga untuk meneruskan kehidupan.
- Banyak inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu pelajar dalam menentukkan hala tuju dan perjalanan lepas spm selain bidang pendidikan.
Senarai Kursus Yang Senang Dapat Kerja
Pentingnya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mendapat keputusan pelajaran yang cemerlang adalah untuk mendapat pekerjaan yang baik.
Oleh itu, pemilihan kursus atau bidang pengajian ini juga memainkan peranan yang penting.
Pemilihan kursus selepas spm yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam dunia pekerjaan hari ini sangat penting. Jangan ambil course yang senang belajar, tetapi cari kursus dan bidang yang senang dapat kerja.
Ini kerana bidang kursus yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran pekerjaan akan memudahkan pelajar untuk mendapat tempat dalam bidang pekerjaan serta dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.
Antara kursus, kos atau bidang pengajian yang mempunyai peluang pekerjaan yang cerah untuk lepasan spm adalah;
- Pengurusan perniagaan
- Sains fizikal
- Kejuruteraan
- Perakaunan
- Sains Hayat
- Informasi dan Teknologi
- Sains Sosial
- Perhubungan Awam dan Komunikasi Media
- Pentadbiran Awam
- Pentadbiran Sumber Manusia
Tawaran Sambung Belajar Kemahiran Senang Dapat Kerja
Pelajar yang sambung belajar kemahiran lepasan spm seperti mekanik, elektrik, jahitan, pertukangan dan banyak lagi yang memerlukan kemahiran praktikal juga menjadi permintaan dalam bidang pekerjaan.
Kepada yang tidak berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang akademik akan memilih untuk belajar dalam bidang kemahiran.
Mereka boleh menyambung pelajaran mereka menerusi Program Kemahiran Malaysia.
Pelbagai kos selepas spm yang ditawarkan mengikut bidang kemahiran yang dipilih.
Menerusi kemahiran ini, pelajar boleh mendapat pekerjaan mengikut kursus kemahiran yang dipilih.
Disebabkan oleh permintaan yang tinggi dalam bidang kemahiran dan kos selepas spm ini, pelajar akan senang untuk mendapat kerja.
Soalan Lazim & FAQ
1. Tak tahu nak sambung belajar apa
2. Adakah tiada spm boleh sambung study?
3. Adakah Perlu Ada Diploma Untuk Sambung Degree
Jelaslah, untuk menyambung pelajaran ke peringkat Degree, pelajar tidak semestinya mempunyai sijil diploma.
Ianya kerana masih terdapat cabang dan pilihan lain lagi untuk membolehkan pelajar ke peringkat Degree.
4. Boleh Lepas SPM Terus Degree
Oleh itu, pelajar tidak boleh terus ke peringkat Degree sebelum melepasi fasa peringkat pengajian tersebut.
5. Cara Sambung Belajar Tanpa Sijil SPM 2023
Pelajar boleh memilih untuk menyambung pelajaran mereka ke institusi GIATMARA, Program Kemahiran Malaysia, MQA APELA dan mengambil SPM Ulangan.
Menerusi cara-cara tersebut, pelajar masih berpeluang untuk mempunyai masa depan yang cerah dan melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Semoga study dalam negara dan juga permohonan sambung belajar lepasan spm luar negara 2023 dipermudahkan. Insyaallah!