12 Senarai skim bantuan selangor 2024 daripada kerajaan negeri selangor untuk kewangan rakyat dan anak selangor khasnya.
Dalam banyak-banyak negari, Mypt3 cukup kagum dengan inisiatif kerajaan negeri Selangor yang begitu giat mengumumkan dan menyediakan pelbagai program bantuan kerajaan selangor untuk rakyat selangor.
Apa yang dilakukan oleh kepimpinan terdahulu diteruskan malah ada beberapa program bantuan 2024 baru yang diumumkan dengan harapan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk dari Yayasan Selangor ini.
Mana tidaknya, kerajaan negeri Selangor terkenal sebagai sebuah negeri yang berjaya menjana pendapatan yang besar setiap tahun. Ini memberikan kemampuan kepada kerajaan negeri untuk berbelanja besar tetapi berhemah dengan harapan dapat memberikan kebajikan terbaik kepada anda semua. Untung orang Selangor.
Malah rekod menunjukkan walaupun kerajaan negeri belanja besar, tetapi rizab tunai mereka terus meningkat naik setiap tahun.
Senarai Kandungan Penting:
12 Senarai Bantuan Selangor 2024
Bersama-sama ini Mypt3 kongsikan kepada anda, deretan program bantuan yang disediakan kepada rakyatnya di bawah nama Inisiatif Peduli Rakyat.
- BACA SINI >> Skim Insurans Am INSAN Selangor: Insuran Percuma & Free
Daripada hanya 7 program besar sebagai permulaan, sekarang sudah ada lebih 12 program bantuan yang bermanfaat ini.
Butirannya ada pada senarai skim bantuan rakyat selangor 2024 yang dikongsikan di bawah ini :
1) Air Selangor Percuma
Anda berhak dapat 20 meter padu air percuma dan air FREE setiap bulan. Anda guna lebih daripada itu baru bayar bakinya.
2) Biasiswa Selangor
Atas nama biasiswa anak selangor, anda berhak layak mohon jikalau memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Pastinya anda lahir di Selangor dan ayah atau ibu anda pun orang Selangor diberikan keutamaan. Butirannya ada pada jadual di bawah ini.
Perkara | Pautannya |
---|---|
Permohonan Biasiswa Selangorku | http://tkwbns.selangor.gov.my |
3) Bantuan Skim Peduli Sihat Selangor
Di bawah program ini, anda layak mendapatkan rawatan terbaik di klinik swasta sehingga RM500 setiap tahun yang mana ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor.
Perkara | Pautannya |
---|---|
Butiran Skim Peduli Sihat Selangor | http://bantuansihat.selangor.gov.my |
4) Bantuan Skim Rumah Selangorku
Kepada anda rakyat Selangor yang masih tercari-cari rumah mampu milik di Selangor mungkin skim Rumah Selangorku adalah tepat buat anda.
Di bawah skim ini, rakyat boleh dapat peluang untuk memiliki unit di bawah harga RM250 ribu.
Perkara | Pautannya |
---|---|
Skim Rumah Mampu Milik | Permohonan rumah selangorku |
5) Bantuan Wifi Smart Selangor
Seiiring dengan perkembangan teknologi maklumat hari ini, kerajaan Selangor berbesar hati untu membantu anda mendapatkan akses internet walau di mana sahaja terutamanya di kawasan tumpuan di sekitar negeri Selangor secara FREE DAN PERCUMA.
Perkara | Pautannya |
---|---|
Akses Wifi Smart Selangor | semak senarai lokasi, wifi selangor |
6) Bantuan Bas Selangorku Percuma
Dengan khidmat Bas Selangorku yang disediakan secara FREE dan PERCUMA, anda boleh ke mana-mana kawasan yang menawarkan perkhidmatan ini secara PERCUMA setiap hari, sepanjang tahun.
Yang bagusnya skim bantuan untuk bas Selangorku ini mampu mengalakkan rakyat naik perkhidmatan awam sekaligus dapat meringankan kos perjalanan dan pengangkutan di negeri ini
Perkara | Pautannya |
---|---|
Laluan Bas Selangorku | https://www.selangor.gov.my |
7) Bantuan Skim Tadika Selangor
Di bawah skim bantuan ini atau dikenali juga dengan TUNAS, yuran tadika anak anda akan dibayar terus oleh kerajaan negeri selangor.
Perkara | Pautannya |
---|---|
Borang Permohonan Tunas Selangor | http://tunas.yawas.my |
8) Bantuan Skim Asuh Pintar Selangor
Dengan bantuan yuran taska atau yuran nurseri di Selangor semakin melonjak tinggi. Kerajaan negeri Selangor tampil memperkenalkan skim bantuan Asuhan Anakku Pintar yang membolehkan penerima menerima bantuan kewangan selangor.
Penerima akan diberikan bantuan di mana yuran taska akan juga dibayar terus oleh kerajaan negeri
Perkara | Pautannya |
---|---|
Skim Bantuan Asuh Pintar | http://asuhpintar.yawas.my |
9) Bantuan Pusat Tuisyen Rakyat Selangor
Ini adalah program tuisyen percuma untuk anak Selangor yang layak.
Berdasarkan ramai anak Selangor yang berjaya dalam pelajaran dilahir melalui skim smart selangor free tuition online ini.
Perkara | Pautannya |
---|---|
Pendaftaran Tuisyen Online Selangor | https://eptrs.my |
10) Bantuan Skim Kewangan Hijrah Selangor
Bantuan Untuk anak Selangor yang memulakan perniagaan tetapi ada kekangan kewangan termasuk modal permulaan bisnes dan perniagaan di Selangor.
Dengan mematuhi beberapa prosedur mudah, anda berpeluang layak mendapat bantuan pinjaman perniagaan sehingga RM50 ribu. Berdasarkan pengalaman, sangat mudah untuk terima loan di bawah skim bantuan kewangan kerajaan negeri selangor ini.
Perkara | Pautannya |
---|---|
Bantuan perniagaan Hijrah | https://www.hijrahselangor.com |
11) Hadiah IPT Selangor
Bantuan jika mana-mana anak Selangor yang berjaya masuk ke universiti, secara automatik anda akan dapat duit daripada kerajaan negeri di bawah skim hadiah IPT Selangor yang bernilai RM1 ribu.
Perkara | Pautannya |
---|---|
Permohonan Hadiah Duit RM1 ribu Masuk Universiti | https://hpipt.selangor.gov.my |
12) Bantuan Tabung Warisan Anak Selangor
Satu lagi yang mendapat hati dikalangan rakyat selangor adalah Tabung Warisan Anak Selangor atau dikenali dengan skim TAWAS.
Untuk bantuan kelahiran anak selangor, setiap kali anak Selangor lahir sahaja secara automatik layak RM1,500 yang mana kerajaan negeri akan uruskan duit bantuan anak Selangor tersebut sehingga anak anda berumur 18 tahun untuk tujuan pengeluaran
PERKARA | PAUTANNYA |
---|---|
Borang Permohonan Hadiah Anak Selangor | http://tawas.org.my |
Dan tidak lupa juga kepada Skim Kasih Ibu Smart Selangor atau dikenali juga dengan program kiss selangor.
Sangat bermanfaat kepada semua terutamanya kepada golongan wanita
Semakan Permohonan Asrama Yayasan selangor
Kepada anda yang mahu masuk ke sekolah menengah yang terkemuka ternama dan terbaik dikalangan terbaik di Kala Lumpur Kl, Putrajaya dan Selangor dan mahu mendapat bantuan, boleh mohon Yayasan Slangor.
Maknanya, jika anda lulus masuk ke sekolah menengah yang bternama, terbaik dan paling bagus bagus di Selangor, Putrajaya atau di Kuala Lumpur Kl dan anda lulus permohonan Yayasan Selangor Tingkatan 1, anda layak dapat bantuan biasiswa dan penempatan asrama Yayasan Selangor secara free dan percuma.
Semuanya ditanggung, dengan harapan pelajar B40 yang ada masa depan yang cerah ini dapat fokus kepada pelajaran dan pendidikan mereka. TERBAIK!
- Jika anda berminat boleh terus isi dan hantar borang permohonan Yayasan Selangor Tingkatan 1 2023 secara online dengan terus log masuk di link pautan ini.
- Kemudian, selepas isi maklumat tersebut selengkapnya secara online di portal anda mesti cetak borang permohonan tersebut bersama-sama dokumen sokongan lain
- Bawakannya terus secara serahan tangan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Slangor
- Jika anda mahu hantar secara pos pun boleh. Tiada masalah. Ini alamat untuk rujukan anda:
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
ALAMAT | Bahagian Hal Ehwal Pelajar Tingkat 17, Menara Yayasan Slangor, No. 18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, SELANGOR DARUL EHSAN |
NO TELEFON | 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141 |
hep@yselangor.com |
Yang bagusnya ia tidak terhad untuk anak Selangor sahaja, mana-mana murid darjah 6 atau pelajar tahun 6 dari negeri lain termasuk dari Sabah Sarawak Perlis Kelantan Terengganu Negeri Sembilan Kuala Lumpur KL Putrajaya Melaka Johor Pahang Kedah Perak Pulau Pinang Penang layak mohon permohonan Yayasan Selangor untuk Tingkatan 1 jika ibu bapa bermastautin di Selangor.
Kepada anda yang mohon dengan hantar permohonan yayasan selangor, anda boleh buat semakan keputusan dengan log masuk dengan link pautan ini, yselangor
Semoga Berjaya!
Mypt3 sediakan segala informasi senarai bantuan selangor ini dengan harapan, anda mudah mencari maklumat yang tepat di satu halaman seperti ini dan tidak terlepas walau satu pun peluang untuk menerima senarai bantuan yang dikongsikan ini.