Tukaran SGD ke RM: 1 Dollar Singapore Berapa Ringgit to MYR

Tukaran SGD ke RM: 1 Dollar Singapore Berapa Ringgit to MYR

tukaran sgd to rm

Mata wang Ringgit Malaysia merupakan mata wang yang digunakan oleh rakyat Malaysia dan warga asing yang melakukan transaksi pembelian dan penjualan di Malaysia.

Begitu juga dengan mata wang bagi negara lain, termasuklah Singapura. Singapura menggunakan mata wang dolar Singapura.

BACA SINI >> 1 dollar berapa ringgit

Kadar pertukaran wang asing ini adalah berbeza dari semasa ke semasa mengikut keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. 

Berapa Tukaran SGD ke RM / MYR Hari Ini

Di bawah ini kami kongsikan tukaran sgd ke RM / myr hari ini untuk 1 , 10, 20, 140, 500, 1000, 1600, 2200 singapore dollar

TUKARANNILAI
1 sgdRM3.50
10 sgdRM35
20 sgdRM70
50 sgdRM175
75 sgdRM262.71
140 sgdRM490
200 sgdRM700.57
500 sgdRM1751
600 sgdRM2101.52
750 sgdRM2626.90
1000 sgdRM3502
1600 sgdRM5603
2200 sgdRM7706

1 Dolar Singapura Berapa Ringgit Malaysia

Kadar terkini setakat 15 Januari 2024, kadar pertukaran mata wang Ringgit Malaysia dengan Dolar Singapura adalah SGD 1 bersamaan MYR 3.49.

Oleh yang demikian, individu yang ingin membuat pertukaran mata wang Ringgit Malaysia kepada Dolar Singapura atau sebaliknya boleh membuat semakan kadar pertukaran tersebut di laman sesawang https://www.google.com

Bukan itu sahaja, graf yang dipaparkan pada laman tersebut adalah menunjukkan tahap ekonomi terkini negara Malaysia dan Singapura.

1 dolar singapura ke rm

Kebaikan Kepada Malaysia Bila Mata Wang Singapure Jatuh

Keadaan ekonomi semasa sesebuah negara akan memberi kesan terhadap kenaikan dan kejatuhan nilai mata wang sesebuah negara. 

Secara amnya, kadar tukaran Ringgit-Dolar, dolar Singapura adalah melebihi paras lebih tiga (3) kali ganda daripada ringgit Malaysia.

Ini bermakna nilai mata wang dolar Singapura lebih tinggi dan kukuh daripada mata wang ringgit Malaysia.

Dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif dan semakin membaik, nilai mata wang ringgit Malaysia akan menjadi lebih kukuh dan baik.

Oleh yang demikian, ianya akan memberi impak yang positif kepada ekonomi negara. 

Tambahan pula, nilai mata wang ringgit Malaysia yang semakin meningkat boleh menandingi dolar Singapura. Apabila nilai mata wang Singapura jatuh, kemasukan warganegara Malaysia ke Singapura akan meningkat.

Hal ini boleh menggalakan aktiviti perlancongan antarabangsa yang boleh memberi kesan terhadap industri perlancongan di Malaysia.  

Secara amnya, Malaysia merupakan negara ketiga terbesar yang menyalurkan sumber import bagi Singapura. Justeru itu, aktiviti perdagangan melibatkan barangan import ke Singapura dan meningkat.

Kestabilan harga barang di Singapura akan tergugat dan kerajaan Malaysia boleh mengurangkan kos mengimport barangan ke Singapura.

Oleh yang demikian, ianya merupakan salah satu kebaikan yang boleh dimanfaatkan oleh kerajaan Malaysia apabila nilai mata wang dolar Singapura menurun. 

Akhirnya, kejatuhan nilai dolar Singapura ini boleh meningkat aktiviti pelaburan Malaysia melibatkan negara-negara Asia yang lain.

Ramai pelabur asing akan memilih Malaysia untuk menjalankan aktiviti pelaburan kerana negara jirannya, Singapura dilihat tidak menjamin pulangan pelaburan yang baik apabila berlakunya kejatuhan mata wang Singapura. Kesannya, ekonomi Malaysia akan semakin membaik.

Kesan Kepada Malaysia Bila Tukaran Dolar Singapura ke Ringgit Malaysia Naik

Malaysia kini berada di fasa pertumbuhan semula ekonomi ke arah yang lebih baik disebabkan oleh beberapa faktor seperti wabak pandemik Covid-19, inflasi dan banyak lagi.

Hal yang demikian telah menyebabkan berlakunya kejatuhan nilai mata wang ringgit Malaysia ke tahap yang serius. Ianya memberi kesan dan impak yang negatif kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial di Malaysia.

Sebagai contoh, pertukaran nilai mata wang antara ringgit Malaysia dan dolar Singapura.

Nilai mata wang dolar Singapura yang tinggi memberi kesan terhadap ekonomi Malaysia seperti kos import dan eksport yang tinggi telah menyebabkan kos harga barangan keluaran Singapura yang berada di pasaran Malaysia akan meningkat sekaligus mengurangkan kadar pembelian barangan tersebut.

Justeru itu, pertukaran mata wang antara ringgit dan dolar memberi impak yang besar terhadap hubungan dagangan antarabangsa antara Malaysia dan Singapura.

Selain itu, kemasukan warga Singapura akan meningkat apabila kadar tukaran dolar Singapura ke ringgit Malaysia adalah tinggi.

Namun begitu, kemasukan warganegara Malaysia ke Singapura akan menjadi sebaliknya. Secara tidak langsung, industri perlancongan akan terjejas.

Akan tetapi, jika dilihat dari pandangan yang positif, kemasukan warga asing Singapura ke Malaysia akan merancakkan lagi ekonomi negara apabila kuasa membeli bagi warga asing meningkat disebabkan oleh nilai mata wang ringgit yang rendah. 

Dari segi hubungan dagangan antarabangsa, nilai mata wang ringgit yang rendah akan menyebabkan berlakunya peningkatan kos barangan eksport.

Kerajaan akan mengenakan cukai barangan dagangan yang tinggi dan syarikat atau pembekal barangan eksport Malaysia ke Singapura turut terjejas di mana mereka perlu menanggung kos yang tinggi untuk mengeksport barangan tersebut. 

Sebaliknya, ianya memberi keuntungan kepada negara lain termasuklah Singapura kerana mereka akan menerima barangan keluaran Malaysia dengan harga yang jauh lebih rendah. Secara tidak langsung, permintaan terhadap barangan tersebut akan meningkat. 

Tuntasnya, kerajaan Malaysia perlu mencari solusi untuk mengukuhkan lagi nilai mata wang ringgit Malaysia yang lebih stabil dalam jangka masa yang panjang.

Kadar inflasi di Malaysia perlu dipantau dan diatasi dari semasa ke semasa untuk mengelakkan berlakunya kejatuhan mata wang ringgit dengan lebih drastik. Ianya akan memberi kesan kepada sektor ekonomi dan kewangan Malaysia.

Punca Tukaran SGD Kepada MYR Hari Ini Mengukuh

Nilai pertukaran mata wang asing antara ringgit Malaysia dan dolar Singapura menurun, mengukuh dan meningkat dari semasa ke semasa disebabkan oleh beberapa faktor.

Antara faktor penyebab yang boleh menjejaskan tukaran mata wang ini adalah seperti berikut;

1 dolar singapura berapa ringgit

(i) Ekonomi Malaysia Melemah

Punca utama kejatuhan nilai ringgit Malaysia pada hari ini adalah disebakan oleh keadaan ekonomi Malaysia yang semakin melemah dan merosot.

Ianya disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran yang menjejaskan kitaran ekonomi Malaysia.

Salah satunya adalah disebabkan oleh kegagalan kerajaan dalam mengawal inflasi di Malaysia. Kesannya, nilai mata wang ringgit merudung.

Secara tidak langsung, aktiviti perdagangan antara Malaysia-Singapura turut terjejas di mana kos pengeksportan barangan tempatan ke Singapura akan rendah. Bukan itu sahaja, kemasukan warga Singapura ke Malaysia akan meningkat.

Tuntasnya, ini menunjukkan kesan ekonomi Malaysia telah berjaya mengukuhkan dolar Singapura terutamanya melibatkan sektor perdagangan dan perlancongan. 

(ii) Kurang Permintaan Pada Matawang Malaysia

Penurunan nilai mata wang ringgit Malaysia telah memberi kesan terhadap pengurangan permintaan pada mata wang Malaysia.

Ramai pelabur asing terutamanya negara jiran iaitu Singapura akan memilih untuk membuat pelaburan di negara lain yang menawarkan kadar faedah pulangan yang tinggi disebabkan oleh nilai mata wang yang tinggi.

Kekurangan aktiviti pelaburan antara Malaysia-Singapura boleh menjejaskan ekonomi Malaysia.

Bukan itu sahaja, para pelancoong akan memilih negara Asia yang mempunyai nilai mata wang yang lebih kukuh.

Ianya dapat dibuktikan apabila kadar kemasukan pelancong ke Singapura semakin meningkat.

Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan semula nilai mata wang ringgit ini.

(iii) Kadar Faedah Amerika Meningkat

Dasar polisi kewangan yang digunakan oleh Malaysia adalah Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Ia menjadi instrumen utama dalam mengawal, mentadbir dan menguruskan dasar monetari negara. Nilai OPR ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pertukaran mata wang ringgit Malaysia.

Kadar OPR ini adalah bergantung pada dasar monetori yang diperkenalkan oleh Rizab Persekutuan (Fed) di mana Amerika Syarikat telah meningkat kadar faedah ini untuk mengatasi kadar inflasi yang boleh menyebabkan krisis ekonomi dunia.

Ini bermakna nilai OPR yang semakin meningkat memberi impak kepada penurunan nilai mata wang ringgit Malaysia menyebabkan tukaran dolar Singapura meningkat dan mengukuh.

Solusinya, Malaysia perlu mengatur strategi ekonomi yang jelas bagi menangani isu ini.

(iv) Ekonomi Singapura Meningkat Naik

Akhir sekali, pertumbuhan ekonomi sesebuah negara memainkan peranan yang penting dalam mengawal kenaikan dan penurunan nilai mata wang sesebuah negara.

tukaran singapore dollar to myr

Oleh itu, ekonomi Singapura yang semakin meningkat menjadi salah satu punca tukaran nilai dolar Singapura mengukuh pada hari ini.

Monetary Authority of Singapore (MAS) sebagai bank pusat Singapura mengawal perkembangan ekonomi mereka dengan menggunakan instrumen dasar monetari.

Tujuannya adalah untuk mensasarkan kadar tukaran asing dengan menaikkan nilai kadar pertukaran efektif nominal dolar Singapura.

Polisi kewangan yang digunakan oleh Singapura adalah lebih tertumpu kepada menguruskan pergerakan nilai mata wang dolar agar ianya sejajar dengan nilai mata wang utama dunia iaitu Dolar Amerika Syarikat (USD). Secara tidak langsung, masalah inflasi dapat diatasi dengan baik.

Oleh sebab itu, mata wang dolar Singapura ini semakin mengukuh kerana dasar kewangan yang dipraktikkan di dalam negara mereka.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia