Shopee Express Tracking Number, shopee express Drop Off Point) & SPX HUB Contact Number Shopee Customer Service
Shopee Xpress adalah perkhidmatan logistik Shopee yang disediakan khas untuk vendor Penjual Shopee.
Dek kerana permintaan yang tinggi dan pembelian yang melonjak untuk online shopping di Malaysia, shoppe express merasakan sudah tiba masanya mereka menguruskan sebahagian daripada proses penghantaran dengan memperkenalkan sistem kurier milik mereka sendiri.
BACA SINI >> Semak Tracking Poslaju: Contoh Format Nombor & Cek Barang
Memandangkan ia adalah terdiri daripada rakan kongsi logistik yang telah dimulakan oleh armada logistik Shopee sendiri, ia menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran secara eksklusif dan boleh dipercayai untuk vendor Penjual Shopee.
Senarai Kandungan Penting:
Berapa Harga Package Shopee Express Malaysia
Jika anda menjual di Shopee, anda patut mencuba penghantaran melalui Shopee Xpress, kerana ia tiada bayaran pendahuluan!
- BACA SINI >> jnt postage fee
- BACA SINI >> Semakan saman jpj Malaysia
- BACA SINI >> ddr sorting centre shopee
Kos penghantaran ke lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia adalah bermula dari RM4.03.
Walaubagaimanapun, perkhidmatan Shopee Xpress tidak tersedia untuk Sabah dan Sarawak buat masa ini, dan hanya tersedia untuk para Penjual Shopee yang terpilih sahaja mengikut kriteria tertentu.
Untuk berat pakej sehingga 3kg, penghantaran adalah percuma dengan menggunakan Baucer Penghantaran Percuma Shopee.
Untuk berat yang lebih dari 3kg, atau jika caj penghantaran sebenar yang dinilai oleh Shopee Xpress adalah lebih tinggi daripada bayaran penghantaran yang dijangkakan (yang dikira berdasarkan berat), Shopee akan menolak lebihan kos penghantaran tersebut daripada jumlah bayaran pembeli, sebelum mengembalikan bakinya kepada penjual.
Cara Check Shopee Express Tracking Number
BACA SINI: Harga pos laju 2024 & kadar rate dan kos
Bagi individu yang menggunakan perkhidmatan mereka, anda boleh buat semakan shopee tracking number untuk barangan anda melalui laman sesawang shopee xpress tracking di liank pautan ini, https://shopeexpress.com.my seperti pada Rajah di bawah ini untuk mengetahui status penghantaran barang mereka.
Anda boleh track pesanan anda melalui aplikasi shoppe express tracking, serta laman web, atau laman penjejak Shopee Xpress dari masa ke semasa.
- Pembeli hendaklah memasukkan nombor pengesanan untuk menjejaki barang yang ditempah melalui aplikasi Shopee.
- Klik pada butang “Trek” dan pembeli akan tahu barang mereka berada di mana.
Jaminan Shopee juga sahlaku untuk pesanan Shopee Xpress.
Cara Pos Barang Dengan ShopeeExpress
Langkah 1: Penjual Shopee menerima pesanan di kedai mereka yang akan dihantar melalui Shopee Xpress.
Langkah 2: Penjual Shopee menyediakan produk mengikut pesanan Pembeli, serta memastikan produk dibungkus dengan betul (dengan balutan “bubblewrap” atau dibungkus dengan plastic untuk produk bercecair) untuk mengelakkannya dari sebarang kerosakan semasa penghantaran.
Langkah 3: Bungkusan pesanan tersebut dilampirkan denganLabel Penghantaran (ukuran A6) yang dicetak dari Shopee Seller Centre.
Langkah 4: Bungkusan pesanan tersebut dihantar ke yang Cawangan Hab Shopee Xpress terdekat, atau diambil melalui *pilihan Pengambilan atau “pick-up”, tanpa bayaran pendahuluan.
Langkah 5: Shopee Xpress meneruskan penghantaran kepada Pembeli.
*NOTA PENTING:
- Pilihan Pengambilan Xpress Shopee (“pick-up”) tersedia hanya untuk Penjual yang memenuhi purata kiraan pesanan sebanyak 10 atau lebih pesanan berbayar sehari dalam tempoh 30 hari.
- Pilihan Pengambilan Shopee Xpress juga tertakluk kepada liputan dan ketersediaan kawasan dalam Lembah Klang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor (kawasan terpilih).
- Pengambilan untuk hari yang sama boleh diminta jika penghantaran diatur sebelum jam 11 pagi. Untuk penghantaran yang diatur selepas jam 11 pagi, tarikh pengambilan paling awal yang tersedia adalah pada hari bekerja berikutnya, dari Isnin hingga Ahad antara jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.
Kelebihan Pos Dengan Shopee Xpress
(i) Penghantaran Shopee Xpress yang cepat dan mudah
Masa penghantaran adalah antara 1-3 hari bekerja, manakala beroperasi 7 hari seminggu dari 9 pagi hingga 6 petang (tidak termasuk cuti terpilih).
(ii) Penghantaran shoppe express pesanan tanpa bayaran pendahuluan
Anda boleh menghantar bungkusan pesanan melalui Shopee Xpress tanpa membayar wang pendahuluan.
(iii) Label Penghantaran Automatik (“Air Waybill”)
Label Penghantaran atauboleh terus dicetak dari Shopee Seller Center dan bukannya menggunakan Label Penghantaran bertulisan tangan.
Semua pesanan yang telah dihantar menggunakan Label Penghantaran dari Shopee Seller Center akan dikemas kini secara automatik dalam Aplikasi Shopee.
Selain itu, status penghantaran semua pesanan akan dapat dilihat terus dari Aplikasi Shopee.
(iv) Pengiraan automatik yuran penghantaran
Yuran penghantaran akan dikira dan dilaraskan secara automatik berdasarkan jumlah berat produk apabila dipesan dari kalangan yang beli dari kedai online shopping Shopee milik anda
(v) Promotion Pos Free & Percuma Untuk Senarai Pembeli Anda
Berdasarkan promotion ini, anda boleh pos barang yang dibeli oleh pembeli anda secara free dan percuma untuk berat maksimum sehingga 3kg di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk dari Perlis Kelantan Terengganu Pahang Sabah Sarawak Pulau Pinang Penang Melaka Johor Negeri Sembilan Putrajaya Selangor Perak Kedah, apabila Pembeli menggunakan Baucar Penghantaran Percuma semasa pembayaran.
Berat dan Ukuran Untuk Pos Spx express
Berat maksimum yang dibenarkan untuk menggunakan spx express ialah 30kg, manakala dimensi yang dibenarkan adalah mengikut pengiraan berikut:
- Pengiraan berat isipadu (kg) = Tinggi (cm) x Lebar (cm) x Panjang (cm) / 5000
Panjang ditakrifkan sebagai sisi terpanjang bungkusan spx express, manakala Tinggi adalah sisi terpendek bungkusan (dimensi tidak boleh melebihi 100cm).
Lokasi Shopee Sxpress Hub Near Me?
Anda boleh menghantar bungkusan anda di mana-mana Cawangan Hub Shopee Xpress location. Cawangan Hab Shopee Xpress terdekat boleh dicari di, https://shopeexpress.com.my
Apabila anda tiba di Cawangan Shopee Xpress, kakitangan di situ akan mengimbas label atau memasukkan nombor penjejakan secara manual untuk mengesahkan data yang dikemukakan oleh Shopee bagi memastikan ia adalah penghantaran Shopee Xpress yang sah.
Dengan ini, bungkusan tidak akan diterima, jika tiada label bercetak ditemui, jika terdapat lebih daripada 1 set label, atau jika label rosak.
Untuk memperbanyakkan lagi cawangan, Shopee telah bekerjasama dengan pusat perkhidmatan logistik ParcelHub dan Mail Boxes Etc (MBE).
Inisiatif ini telah menambahkan lagi Cawangan kepada lebih 300 lokasi di seluruh negara termasuk di sabah Sarawak Pulau Pinang Penang Melaka Putrajaya Negeri Sembilan Kuala Lumpur Kl Selangor Perlis kedah Perak Terengganu Kelantan Johor dan Pahang.
Apa Itu Shopee Xpress
Shopee merupakan satu platform jual beli atas talian yang dapat memudahkan para pelanggan membeli dan menjual barang merentasi negara.
Pelanggan yang menggunakan aplikasi ini boleh memilih untuk membuat penghantaran secara penghantaran kurier biasa atau melalui penghantaran Shoppe Express.
Shope Express ialah program yang ditubuhkan oleh pihak logistik Shopee yang menyediakan khidmat pengambilan dan penghantaran barang kepada pelanggan.
Ia merupakan sistem penghantaran yang pantas yang hanya memakan masa satu (1) hari atau kurang untuk sesuatu barang sampai ke tangan pelanggan dengan selamat.
Perkhidmatan ini juga merupakan antara perkhidmatan kurier seperti J&T, Pos Laju dan Ninja Van, namun lebih dikhususkan kepada pembeli yang membeli di aplikasi Shopee.
Cara Daftar Shopee Express Rider
Shopee Express Rider ialah perkhidmatan penghantaran barang atau servis dengan pembelian melalui aplikasi Shopee yang dihantar menggunakan motosikal.
Mereka ini bertanggungjawab penuh untuk menghantar barang atau servis ke rumah pelanggan.
Hal ini telah membuka banyak peluang pekerjaan buat anak muda yang masih menganggur.
Antara cara cara untuk register sebagai Rider adalah seperti berikut;
- Individu yang berminat boleh membuat permohonan di laman sesawang https://careers.shopee.com.my seperti yang tertera di atas ini
- Kemudian, tekan pada butang “Search Job” dan masukkan kata kunci “Shopee Express Rider” dan klik pada butang “Enter” untuk melihat senarai jawatan kosong berkaitan seperti pada Rajah di bawah ini.
- Seterusnya, klik pada mana-mana jawatan yang menawarkan tugasan Rider yang anda berminat, kemudian klik butang “Apply Now”.
- Selepas itu, pemohon hendaklah mengisi permohonan dengan maklumat yang betul dan tepat.
- Setelah mengisi semua maklumat yang diperlukan, muat naik resume anda sebagai pemohon dalam borang permohonan sebagai lampiran.
- Akhir sekali, tekan butang “Submit” untuk menghantar permohonan anda.
Berapa Potensi Income Shopee Express Rider
Taraf hidup di Malaysia kini meningkat kerana krisis ekonomi dunia yang sangat teruk.
Bagi meneruskan kelangsungan hidup, ada sesetengah individu perlu membuat kerja separuh masa atau mungkin sepenuh masa bagi menampung pendapatan harian.
Oleh itu, ramai anak muda hari ini yang mempunyai kelulusan yang cemerlang terpaksa menjadi penghantar barang disebabkan oleh kekangan kewangan yang membebankan.
Walaubagaimanapun, pendapatan sebagai seorang penghantar barang pada masa kini tidak boleh dianggap remeh.
Ini kerana boleh jadi pendapatan mereka adalah lebih tinggi daripada individua tau pekerja yang makan gaji di Jabatan-Jabatan Kerajaan.
Potensi gaji dan pendapatan Shopee Express Rider adalah dengan gaji minimun RM2000 sebulan dan boleh mencecah sehingga RM4000 sebulan bergantung kepada komisen dan jumlah barang yang dihantar oleh rider.
Pendapatan mereka ini bersifat fleksibel bergantung kepada usaha dan kerajinan seseorang.
Check Shopee Express Drop Off Point
Penjual yang menjual barang melalui aplikasi Shopee wajib mengetahui “shopee express Drop Off Point” mereka yang terdekat untuk menghantar barang kepada pembeli.
- Untuk menyemak senarai Shopee Express Drop-Off Point, penjual boleh melayari laman sesawang https://shopeexpress.com.my dan klik pada butang “Cari Service Point”.
- Kemudian, masukkan alamat anda di bahagian “Please input address” untuk mengetahui “Drop-Off Point” terdekat untuk menghantar barang seperti pada Rajah di bawah ini.
Sangat senang untuk cari lokasi shopee express kota bharu kelantan jasin melaka terenganu damansara rawang klang kepong ampang serdang selangor kuantan pahang sabah senawang seremban negeri sembilan kuching sarawak perak.
Kelebihan Shopee Express Vs J&T
Khidmat penghantaran barang melalui kurier Shopee sangat popular dalam kalangan penjual dan pembeli Shopee. Ia menawarkan banyak kelebihan kepada kedua-dua pihak.
- Sistem untuk shopee xpress track sangat mudah digunakan
- Kebiasaannya, Ia menawarkan penghantaran percuma kepada penjual dan pembeli. Pembeli hanya perlu membayar harga barang sahaja tanpa melibatkan kos penghantaran. Hal ini dapat menggalakan lebih ramai pembeli untuk memilih Shoppe xpress.
- Shoppe Express juga terkenal dengan kelajuan penghantarannya ke rumah pelanggan.
- Shopee Express ini terbahagi kepada tiga (3) jenis perkhidmatan iaitu Standard, Sameday dan Instant. Pemilihan jenis-jenis penghantaran barang ini penting bagi memastikan barangan pelanggan sampai mengikut kadar masa yang diinginkan.
- Oleh sebab itu, perkhidmatan Shopee Express ini menjadi pilihan warga Shopee dalam membuat penghantaran barang.
Kelemahan Shopee Xpress
Shopee Express juga tidak lari daripada keluhan masyarakat disebabkan oleh faktor-faktor penghantaran yang kurang menyenangkan.
- Antaranya ialah barang yang dihantar melalui Shopee Express perlulah banyak proses seperti melalui Shopee Express DDR Sorting Center, dimana ada barang sesetengah pembeli yang tersangkut di sana dalam masa yang begitu lama.
- Tidak hairanlah apabila anda check no tracking shopee express mendapati ia lama di lokasi tersebut
- Hal ini membangkitkan kemarahan pembeli kerana mereka menunggu barangan mereka sampai mengikut masa yang telah ditetapkan di dalam aplikasi Shopee.
- Oleh sebab itu, pihak Shopee Express perlu mengambil maklum terhadap hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya masalah ketika proses penghantaran.
Cara Contact Shopee Express Customer Service
Sila hubungi nombor telefon Perkhidmatan Pelanggan Shopee express contact number di +603-2777-9222 atau help@support.shopee.com.my.