Myhome : Skim Bantuan Pinjaman Perumahan BSN

Skim rumah pertamaku myhome dan dapat claim segera Bantuan kerajaan RM4,800 untuk Pinjaman perumahan BSN, caranya seperti di bawah ini

skim rumah pertama bsn myhome

Biasa jikalau mahu mencari dan beli rumah pertama, macan-macam perkara bermain di fikiran bukan. Mampukah bayar bayaran ansuran bulanan, nak bayar itu lagi, ini lagi. Akhirnya perancangan beli rumah terhenti sekerat jalan dek kerana kekangan kewangan.

Dan….Kepada kalangan bujang atau yang baru berkahwin sedang mencari-cari rumah pertama, ini berita baik untuk anda. (Boleh cuba semak sprn kpkt teduh)

Sekali lagi kerajaan Malaysia dengan kerjasama pihak Bank Simpanan Nasional BSN memperkenalkan semula satu program dan skim pembiayaan dan pinjaman perumahan yang cukup ‘HOT’ dan mendapat permintaan ramai, iaitu Skim Pembiayaan Beli (SPB).

Dengan skim pinjaman perumahan inilah lebih 100,000 golongan belia yang berjaya beli rumah dengan cukup mudah. Bagaimana mudah? Mari kami kongsikan kepada anda keistimewaan yang diberikan kepada pembeli bantuan rumah pertama melalui skim ini.

Permohonan Skim Myhome 2023

1) Bank Simpanan Nasional mendahulukan kelulusan pinjaman perumahan di bawah skim perumahan belia bsn ini, kepada sesiapa daripada anda di sini yang hantar permohonan skim rumah pertamaku bsn kepada mereka. Jadi, siapa cepat, dia dapat. Jika terus berminat, boleh

  • BACA SINI: Kepada yang mahu mohon rumah mesra rakyat boleh dapatkan borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2024 dari SPNB Syarikat Perumahan Negara Berhad
PERKARAPAUTANNYA
Portal Rasmi skim myhomehttps://www.mybsn.com.my
Download Borang Permohonan skim rumah pertama bsnDOWNLOAD SINI

2) Anda boleh pilih mana-mana projek perumahan di Malaysia untuk beli di bawah skim rumah pertamaku myhome ini baik di negeri anda di Selangor, Kuala Lumpur KL, Putrajaya, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Melaka, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Pulau Pinang Penang.

3) Pastikan harga rumah yang anda mahu beli itu tidak lebih RM500,000

Apa Berlaku Selepas Lulus Pinjaman

4) Menariknya, jikalau anda lulus pinjaman perumahan skim pembiayaan belia di bawah skim ini, anda dapat bantuan diskaun atau bantuan subsidi atau potongan bayaran bulanan sebanyak RM200 untuk tempoh selama 24 bulan pertama (2 tahun pertama). Apa maksudnya?

  1. Anda beli rumah RM180,000 dengan deposit rumah RM18,000 yang boleh juga mohon mydeposit, bayaran bulanan anda sepatutnya sekitar RM807 sebulan untuk tempoh 30 tahun. Tetapi dengan skim ini anda dapat jimat duit banyak.
  2. Ini kerana anda HANYA PERLU BAYAR bayaran bulanan sebanyak pinjaman rumah RM607 sebulan untuk 2 tahun pertama. Bermula 3 tahun dan seterusnya, barulah andaa bayar semula RM807 sebulan. (ini cara kira loan rumah anda)
  3. Faham?
  4. Melalui dua tahun ini sahaja melalui skim ini, anda sudah dapat jimat RM4,800
  5. Dengan RM4,800 ini boleh bantu anda tukar tayar, bayaran insuran dan harga renew roadtax kereta dan macam-macam lagi. Berbaloi-baloi

5) Satu lagi, jikalau anda beli rumah di bawah skim pembiyaan belia (SPB), anda mendapat pengecualian dan pelepasan duit setem 100 peratus untuk perjanjian pindah milik atau perjanjian pinjaman. Tidak perlu bayar. PERCUMA!

6. AKHIR SEKALI, kadar pinjaman perumahan yang dikenakan ke atas anda sangat-sangat RENDAH! Memang kerajaan nak bantu anda beli rumah pertama dalam hidup anda dengan MUDAH & TIDAK MEMBEBANKAN!

Sudah tahu apa kelebihan dan keistimewaan skim (youth housing scheme) ini? Apa syarat kelayakan ditetapkan di bawah skim ini:

Syarat Kelayakan Myhome BSN

  1. Anda mesti memegang status warganegara Malaysia
  2. Umur anda mestilah berada di antara 25 tahun hingga 40 tahun sahaja
  3. Pastikan pendapatan dan gaji isi rumah anda tidak lebih RM10 ribu sebulan
  4. Anda merupakan salah seorang yang sedang berkira-kira mendapatkan rumah pertama dalam hidup dan keluarga anda.
skim rumah pertama

Apa dokumen yang perlu anda bawa semasa memohon adalah seperti berikut:

(i) Dokumen Penjawat awam atau Pekerja swasta

  • Borang permohonan pinjaman perumahan BSN
  • Salinan Mykad (Kad Pengenalan)
  • Salinan slip gaji
  • Perjanjian SNP (Sales & Purchase Agreement) atau bukti pembayaran deposit rumah
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terakhir
  • Salinan penyata KWSP untuk kakitangan swasta
  • Surat majikan yang mengesahkan pekerjaan anda
  • Borang EA atau Borang EC

(ii) Bekerja sendiri

  • Borang cukai pendapatan (B/BE) dan resit pembayaran cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN
  • Sijil SSM
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini

Soalan Lazim & FAQ

1. Bagaimana dengan pengalaman pinjaman perumahan bsn dengan skim ini? Adakah mudah LULUS?

Sangat BAIK! Insyallah permohonan akan MUDAH LULUS untuk yang berkelayakan seperti anda

2. Loan rumah bsn ok tak

Sangat OK. Dan dah ramai yang menggunakan pinjaman perumahan dengan BSN termasuk melalui skim ini yang sangat berbaloi-baloi ini

3. Apakah skim pinjaman perumahan pertama yang terbaik?

Nah, inilah skim yang terbaik dilancarkan oleh kerajaan Malaysia khusus untuk bantu anda beli rumah pertama dengan MUDAH & BERPATUTAN

Jikalau anda berminat boleh terus pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional BSN terdekat dengan anda untuk tujuan permohonan. Ingat, siapa cepat dia dapat!

P/S : Jika aanda merasakan skim myhome 2023 permohonan skim perumahan belia bsn ini sesuai untuk adik beradik anda atau kawan-kawan anda yang rapat, boleh terus SHARE pengumuman baik ini di Facebook dan Whatapps mereka! JOM!

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia