Subway Menu Malaysia: Roti Salad Subway
Syarikat Subway ini diasaskan oleh individu yang bernama Fred DeLuca bersama rakan kongsinya, Peter Buck, di mana beliau mengeluarkan modal sebanyak USD1,000 untuk membangunkan kedai roti sandwic yang segar kepada pelanggan.
Pada ketika itu, kedai roti mereka dinamakan sebagai “Pete’s Super Submarines” yang ditubuhkan pada tahun 1965. Idea dicetuskan oleh Fred kerana beliau memerlukan dana untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran.
Pada mulanya, perusahaan mereka menunjukkan kegagalan, namun setelah beberapa strategi pemasaran seperti perjualan dari bilik ke bilik dan banyak lagi meningkatkan jualan mereka sehingga berjaya meraih USD7,000 pada tahun pertama serta membuka ribuan outlet di serata dunia pada hari ini.
Subway mula bertapak dan beroperasi di Malaysia pada tahun 1999, di mana kedai pertamanya di Ampang Point, Kuala Lumpur. Subway menjadi pilihan ramai masyarakat Malaysia yang inginkan makanan segera yang berkhasiat dan berasaskan salad serta sayur.
Subway Menu Malaysia
Subway menyajikan menu-menu yang berkhasiat yang berbentuk roti panjang, sayur dan salad.
- BACA SINI >> Menu starbucks: price air starbuck coffee malaysia
- BACA SINI >> Menu mcd: mcdonald delivery near me & harga happy meal
Subway sangat menekankan penyediaan bahan yang berkualiti tinggi, segar dan kepuasan pelanggan apabila berkunjung ke Subway.
Bukan itu sahaja, penyediaan roti Subway ini disediakan di restoran Subway itu sendiri setelah pelanggan membuat pesanan untuk meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan terhadap kualiti penyediaan roti Subway ini.
Menu yang disediakan oleh Subway Malaysia terbahagi kepada tiga (3) iaitu sandwich, sarapan pagi dan menu sampingan seperti berikut;
1. Subway Sandwich
BACA SINI >> buffet buka puasa putrajaya
MENU | 6 INCI (RM) | FOOTLONG |
---|---|---|
Egg Mayo Breaded Chicken Cutlet Bulgogi Chicken Chicken Slice Chicken Teriyaki Italian B.M.T Subway Seafood Sensation Tuna Turkey Breast Turkey Breast and Chicken Slice Veggie Delite Meatball Marinara Roast Beef Roasted Chicken Smokey Chicken Steak and Cheese | 11.55 12.95 12.30 12.60 12.20 13.50 11.55 12.95 12.95 12.60 7.55 12.00 12.95 12.95 12.60 12.60 | 20.20 21.70 20.95 21.35 20.85 22.35 20.20 21.70 21.70 21.35 12.35 20.65 21.70 12.95 21.35 21.35 |
2. Sarapan Pagi Subway Breakfast
MENU | 6 INCI (RM) | FOOTLONG |
---|---|---|
Breakfast Strip & Egg Cheese & Egg Chicken Slice & Egg Tuna & Egg | 7.50 6.80 7.20 7.50 | 14.70 13.30 14.30 14.70 |
3. Menu Sampingan
BACA SINI >> harga pizza domino kecil
MENU | HARGA |
---|---|
Double Chocolate Chip Cookie Chocolate Chip Cookie Oatmeal and Raisin Cookie White Macadamia Cookie Chips Toasties Egg Mayo Toasties Chicken and Cheese Toasties Mushroom and Cheese Macaroni & Cheese Cheesy Meat Bowl Meatball Marinara Pasta with Cheese Sweet Corn | 2.10 2.10 2.10 2.10 3.60 6.89 6.41 6.41 8.37 11.55 11.55 4.56 |
SUMBER: Subway
Menu Subway Yang Sedap dan Best
BACA SINI >> secret recipe menu price
Dalam banyak-banyak menu yang disediakan di Subway, terdapat beberapa menu yang popular dalam kalangan penggemar sandwich.
Sandwich yang dijual di Subway sangat berkualiti dari segi penyediaan bahan, rasa dan tekstur.
Ini kerana polisi Subway yang mementingkan kepuasan pelanggan terhadap produk Subway.
Antara menu yang popular di Subway ialah;
- Tuna Sandwich
- Steak and Cheese
- Smoky Chicken
- Bulgogi Chicken
- Chicken Teriyaki
- Italian B.M.T
- Breaded Chicken Cutlet
- Cookies
Cara Order Subway Malaysia Online Delivery
Subway Malaysia tidak ada menyediakan khidmat penghantaran ke rumah dengan pembelian atas talian.
Walaubagaimanapun, Subway masih boleh dibeli secara atas talian dan dihantar ke rumah pelanggan melalui aplikasi pihak ketiga iaitu Grab Food dan Food Panda.
- Pelanggan boleh melayari laman sesawang subwayisfresh seperti pada Rajah di bawah ini.
- Pelanggan boleh klik pada butang “Order Now” dan memilih platform mana untuk membuat pesanan.
- Sebagai contoh, jika pelanggan memilih untuk membuat tempahan secara atas talian melalui Grab Food seperti pada Rajah di bawah ini.
- Pelanggan perlu memasukkan alamat penghantaran dan pelanggan boleh membuat pesanan.
Pesanan boleh dibuat dengan memilih jenis roti seperti garlic, parmesan oregano, honey oat, wheat, italian dan wrap, pilihan sayur seperti jeruk timun, bawang, bell paper, timun, tomato dan lettuce dan pemilihan sos seperti mustard, hot pepper, bbq, spicy mayo, honey mustard, sweet onion, thousand island, mayonnaise, chilli dan ketchup.
Setelah selesai memilih roti, sayur dan sos, pelanggan boleh mula membuat pembayaran.
Akhir sekali, setelah membuat pembayaran, pesanan akan dihantar ke rumah pelanggan.
Subway Promotion
Banyak promosi yang ditawarkan oleh Subway untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk merasai sandwic yang baru disediakan dari ketuhar bersama sayur-sayuran yang segar. Antara promosi-promosi Subway pada tahun 2023 adalah;
- Promosi 2 kotak cookies pada harga RM20 pada setiap hari Selasa.
- Promosi Combo Deal pada harga RM10.90 dan Double Deal pada harga RM20.
- Promosi Beli 1 Percuma 1 bagi tarikh-tarikh tertentu.
- Promosi Everyday Value Meals dengan harga RM11.90.
- Promosi Family Bundle.
- Promosi “7 Days, 7 Flavours” dengan harga RM9.90 seperti pada Rajah di bawah ini.
Cara Tebus Subway Coupon
Kupon bagi mendapatkan roti Subway dengan harga yang lebih murah adalah melalui laman rasmi Subway iaitu subway dengan klik pada butang “Promotion, melalui hantaran di Facebook Subway Malaysia atau melalui aplikasi parti ketiga iaitu Shopee, Lazada dan banyak lagi.
- Setelah mendapatkan kopun dari laman sesawang tersebut, pelanggan kemudian boleh menebusnya dengan dua (2) cara iaitu melalui aplikasi parti ketiga seperti Grab dengan memasukkan kod promo yang tertera pada kupon tersebut.
- Seterusnya, dengan mempamerkan kupon yang ada pada anda ketika membuat pembelian di kaunter Subway.
- Dengan cara ini, pelanggan akan menikmati Subway dengan harga yang lebih murah dan berpatutan.
Cara Buka Subway Franchise Malaysia
Subway sangat terkenal dengan perniagaan berasaskan francais yang terbesar di dunia.
Outlet francais Subway di seluruh dunia adalah lebih kurang hampir 42,000 cawangan di 100 buah negara seperti Filipina, Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan banyak lagi.
Bagi peniaga yang berminat untuk melibatkan diri dengan francais, mereka boleh menyertai francais Subway kerana permintaannya yang tinggi secara tidak langsung memberi pulangan yang tinggi.
Makanan segera yang berkhasiat sangat jarang dijual kerana makanan segera sangat sinonim dengan makanan yang kurang sihat seperti makanan bergoreng, sebagai contoh burger, nuget, ayam goreng dan sebagainya.
Bagi peminat sayur, tentu skali Subway menjadi pilihan utama.
- Untuk menyertai francais Subway, seseorang individu mestilah mempunyai modal sebanyak RM400 ribu sehingga RM1 juta.
- Permohonan menyertai francais Subway boleh dibuat di laman sesawang subway franchise seperti pada Rajah di bawah ini.
- Anda boleh mengisi borang permohonan francais Subway seperti pada Rajah di bawah dan klik pada butang “Submit” setelah mengisinya dengan maklumat yang betul.
- Permohonan anda akan ditapis dan jika berjaya, anda boleh memulakan perniagaan francais Subway.
FAQ
1. Apa itu syarikat Subway
2. Apa produk makanan yang dijual oleh syarikat Subway
3. Siapa yang bawa franchise Subway ke Malaysia
4. Apakah keunikan menu Subway yang ditawarkan sekarang ini
Kini, Malaysia mempunyai lebih kurang 270 restoran Subway di serata negeri-negeri di Malaysia.