Permohonan Upu Online 2025: Kemaskini Borang

Cara Daftar Akaun Baru untuk link borang permohonan upu online dan cara kemaskini pendaftaran semasa mohon kemasukan pelajar ke ipta 2025

daftar akaun baru borang permohonan upu online 2025

Kementerian pengajian tinggi telah berjaya membangunkan satu sistem online portal untuk hantar permohonan kemasukan ke universiti Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi pelajar lepasan SPM dan STPM.

BACA SINI >> result semakan upu

Semua pelajar yang ingin sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi di kebanyakan IPTA di Malaysia, akan hantar permohonan ke universiti awam melalui sistem upu online.

Mereka perlu melalui beberapa proses termasuk hantar permohonan, kemaskini, keputusan dan juga permohonan universiti kali kedua untuk rayuan bagi yang gagal sehingga berjaya diterima masuk.

Cara Pendaftaran Akaun Baru Upu Online

Kepada anda yang masih belum pernah register, sign up, mereka perlu daftar upu pendaftaran kali pertama bagi membolehkan anda log masuk akaun sistem Upu online untuk kemasukan universiti Awam.

Berikut cara untuk sign up, register, daftar online upu 2025 untuk proses pendaftaran akaun kali pertama:

  1. Pertama sekali di pergi terus ke portal upu, mohe gov my untuk mula proses pendaftaran akaun buat pertama kali.
  2. Kemudian, tekan link pautan “daftar akaun baru upu online”
  3. Seterusnya, isi butiran seperti nombor kad pebgenalan, alamat e-mel, nama ibu, soalan keselamatan dan kata lalaun dan tekan butang “daftar”.
  4. Setelah pendaftaran selesai, anda boleh log masuk ke dalam sistem online portal upu.

Proses Lengkap Cara Login Upu Online Selepas Daftar Akaun

Selepas anda berjaya daftar upu, anda sudah boleh mula log masuk ke dalam sistem portal kemasukan ke universiti awam di Malaysia;

  1. Mula-mula sekali, ketika login masukkan butiran nombor ic dan password samada lepasan SPM atau STPM.
  2. Di halaman yang terpapar, anda perlu menjawab beberapa soalan seperti pinjaman PTPTN, jumlah bilangan adik-beradik yang sedang / telah melanjutkan pelajaran ke IPTA dan lain-lain. Jawab semua soalan tersebut dan tekan “seterusnya”.
  3. Anda akan dibawa ke bahagian maklumat peribadi. Isikan maklumat peribadi anda seperti nomobr kad pengenalan, nama, alamat rumah, nombor telefon anda dan ibu bapa, alamat e-mel, tempat lahir, bilangan adik beradik dan menjawab soalan samada anda OKU ataupun tidak. Setelah lengkap, tekan “seterusnya”.
  4. Bahagian seterusnya adalah maklumat keluarga. Pada bahagian ini, masukkan maklumat ibu bapa seperti nombor kad pengenalan, alamat, jumlah pendapatan dan lain-lain. Tekan “seterusnya”.
  5. Masukkan keputusan SPM anda di bahagian maklumat akademik dan tekan “seterusnya”.
  6. Untuk halaman ini pula, anda perlu memilih Universiti awam dan bidang Kursus anda menjadi pilihan anda.
  7. Terdapat 12 pilihan yang anda boleh pilih dan pastikan anda meletakkan kursus yang menjadi pilihan utama anda.
  8. Pilih zon temuduga anda sebelum klik “simpan” dan “seterunya”.
  9. Akhirnya anda boleh cetak maklumat upu anda di bahagian pengesahan.

Kenapa Upu 2025 Permohonan Tidak Berjaya

Terdapat pelbagai sebab dan punca kenapa permohonan tidak berjaya dan gagal.

(i) Tidak Memenuhi Syarat Am IPTA

Antara sebab yang paling mudah kenapa permohonan anda tidak berjaya adalah keranan keputusan SPM, STPM, Matrikulasi dan peperiksaan setaraf lain tidak memenuhi syarat am IPTA seperti yang dibincangkan di atas.

Sekiranya syarat am ini tidak dapat dipenuhi, maka permohonan universiti anda tidak akan diterima

Kursus-kursus dan senarai program degree upu popular pastinya menjadi tumpuan ramai dan menerima permohonan yang banyak.

Perkara ini sekaligus meningkatkan persaingan dan calon yang memiliki keputusan yang lebih cemerlang akan diutamakan.

Oleh kerana permohonan yang banyak tetapi dengan kuota pengambilan yang terhad, maka banyak permohonan akan terpaksa ditolak menggunakan sistem merit.

(iii) Menolak Tawaran dan Memohon Semula Melalui e-Rayuan

Apabila anda menolak tawaran yang ditawarkan dan membuat rayuan melalui sistem e-Rayuan, permohonan anda akan gagal.

Ini kerana sistem e-Rayuan andalah untuk calon yang langsung tidak menerima sebarang tawaran.

(iv) Gagal Temuduga

Terdapat beberapa program yang memerlukan temuduga sebelum menerima anda sebagai pelajar.

Apabila anda gagal melepasi tapisan temuduga maka anda akan gagal untuk mengikuti pengajian tersebut.

(v) Tidak Menekan Butang Sah dan Hantar

Semasa anda mengisi borang permohonan secara dalam talian, pastikan anda menekan butang pengesahan dan hantar permohonan universiti anda.

Sekiranya anda tidak berbuat demikian, sudah tentu pihak berwajib tidak menerima permohonan universiti anda.

(vi) Dokumen Yang Penting Tidak Lengkap

Semasa membuat permohonan, calaon akan dikehendaki untuk memuat naik dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, sijil SPM / STPM dan sijil pendidikan lain.

Dokumen-dokumen ini perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dimuatnaik, kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan permohonan anda gagal.

7 Contoh Permohonan Upu Yang Lulus Masuk

  1. Borang berjaya diterima oleh sistem upuonline
  2. Memenuhi syarat khas program
  3. Terdapat kekosongan kuota
  4. Lulus temuduga upu university
  5. Kedudukan merit yang tinggi
  6. Dokumen lengkap
  7. Permohonan disahkan dan dihantar 

Tips Memilih Program Pengajian Sesuai Dengan Minat & Akademik

a) Pastikan keputusan anda melepasi syarat am UA dan syarat khas program

Sebelum anda register upu, calon perlu memahami dan mengetahui syarat am kemasukan ke UA dan juga syarat-syarat khas program yang ingin diikuti.

Sekiranya keputusan anda tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, masih terdapat banyak lagi institusi pengajian dan latihan yang lain yang mungkin menepati syarat keputusan peperiksaan anda.

b) Gunakan sistem merit permohonan upu online

Sistem merit merupakan sistem yang sangat membantu dalam membimbing calon untuk membuat permohonan agar keputusan permohonan tidak mengecewakan.

Di situ anda boleh tahu, keputusan spm yang layak masuk universiti mengikut kos yang anda inginkan.

Gunakan kalkulator merit untuk mendapatkan markah merit anda untuk dipadankan dengan markah merit yang diperlukan oleh program.

c) Dapatkan maklumat berkaitan program pengajian dan Upu university

Sebagai persediaan sebelum membuat permohonan, calon boleh merisik maklumat berkenaan IPTS Malaysia dan juga kursus-kursus yang ditawarkan agar calon mempunyai panduan untuk membuat permohonan.

Semak senarai kursus upu 2025 termasuk senarai program degree & senarai program diploma yang ada untuk buat perbandingan.

Sesetengah Universiti juga akan menganjurkan karnival pendidikan bagi kemasukan ke universiti masing-masing.

Para calon harus memanfaatkan peluang ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan Universiti tersebut beserta dangan program-program yang ditawarkan agar mereka dapat menilai kelayakan mereka dan seterusnya memohon pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat.

d) Elak sebarang kesilapan semasa membuat permohonan

Semasa mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan semasa membuat permohonan kemasukan upu, pastikan anda mengisi maklumat yang tepat dan terkini.

Pastikan maklumat seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat rumah dan e-mel, dan maklumat-maklumat lain diisi tanpa sebarang kesilapan ejaan atau nombor.

Dokumen-dokumen lampiran yang diperlukan perlu lengkap dan telah disahkan.

e) Susun program mengikut keutamaan

Semasa memilih 12 kursus atau program pengajian dalam sistem dalam talian, pastikan anda meletakkan kursus yang paling anda minat sebagai pilihan utama.

Selepas itu, pastikan anda memilih dengan teliti kursus pilhan yang lain agar anda tidak hanya memilih kursus, kos sekadar untuk memenuhkan ruang sahaja.

Ini kerana, sekiranya anda tidak layak untuk pilihan utama, anda kemungkinan besar akan ditawarkan kursus pilihan yang lain.

f) Rujuk pihak yang berpengalaman

Bagi membuka minda dan menunjukkan jalan untuk anda memilih pengajian yang sesuai dengan kehendak anda dan juga kehendak alam pekerjaan sebenar, anda boleh merujuk kepada guru-guru kaunseling, ibu bapa, serta ahli keluarga dan rakan-rakan yang berpengalaman dalam membuat permohonan.

Kos terbaik untuk lepasan spm untuk sambung belajar ke universiti awam adalah bidang yang mampu menjanjikan peluang kerjaya yang luas selepas tamat belajar.

g) Utamakan kehendak anda semasa membuat permohonan

Pelbagai pihak akan memberi pandangan dan pendapat semasa anda ingin membuat permohonan, tetapi akhirnya nanti anda sendiri yang akan mengharungi dunia dan kehidupan kampus yang mencabar.

Justeru pilih kursus yang bersesuaian dengan minat, kebolehan diri, sesuai dengan cita-cita anda dan perlu diambil kisah juga berkenaan peluang pekerjaan bagi program tersebut.

h) Selidik kelebihan dan kekurangan program yang ditawarkan

Memilih program, kos upu pengajian ibarat menentukan masa depan anda.

Jadi pilihlah program yang mampu menjamin masa depan anda agar pengajian anda bukanlah sesuatu yang sia-sia dan perlu anda kesali.

Buat sedikit kajian berkenaan kelebihan dan kelemahan kursus yang ingin anda ceburi agar anda boleh membuat pilihan yang tepat.

Elak ambil kursus yang kurang popular di universiti dan course yang jarang orang ambil.

Aplikasi Online Pocket

Pocket online merupakan satu aplikasi mudah alin yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk memudahkan pemohon atau calon-calon bagi mendapatkan maklumat, perkhidmatan dan rujukan berkaitan urusan kemasukan pelajar ke IPTA.

Antara perkhidmatan yang disediakan di dalam aplikasi ini adalah seperti:

a) Semakan 

  • Semakan status upu.
  • Semakan keputusan permohonan kemasukan
  • Semakan kelayakan program pengajian.

b) e-Panduan

  • e-Panduan SPM
  • e-Panduan STPM/Setaraf
  • e-Panduan Skils
  • Carian Program
  • Laluan Kerjaya

c) Direktori IPTA

d) Takwim

e) Hubungi

f) Notifikasi

Cara Kemaskini UPU

cara kemaskini upu online 2025 registration

Pemohon yang memohon untuk memasuki matrikulasi / asasi boleh buat permohonan kemaskini upu online untuk pilihan program pengajian dengan memasukkan keputusan sebenar dan penuh lepasan SPM, STPM dan STAM serta lepasan diploma untuk kemasukan diploma dan degree..

Bagi permohonan untuk semua pengajian yang lain pula, pemohon boleh mengemaskini pilihan program kecuali program yang ada melibatkan temuduga termasuk cara update keputusan spm.

Pada fasa ini, tiada lagi pilihan untuk pengajian bertemuduga untuk kemasukan pelajar ke ipta 2025.

Bagi pemohon yang memiliki diploma/setaraf, kemaskini upu 2025 hanya boleh dibuat dengan memuat naik dokumen sokongan dan keputusan sebenar tanpa update pilihan kursus pengajian.

Untuk kemaskini dan update permohonan, anda perlu peka dengan tarikh update baik lepasan spm, stpm dan diploma.

Sebagai contoh pada tahun ini, fasa tarikh kemaskini telah dibuka dari tarikh Jun, 12pm sehingga Jun, 5pm.

Selain daripada tempoh tersebut, sistem tidak dapat dibuka untuk pengemaskinian. Cara kemaskini permohonan upu online ntuk kemasukan pelajar ke ipta 2025 sangat mudah.

  1. Layari laman web, mohe portal
  2. Seterusnya log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda.
  3. Upu kemaskini 2025 pilihan program pengajian anda.
  4. Tekan sah dan hantar.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan dikalangan anda semua yang berminat untuk kemasukan pelajar ke ipta 2025.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia