Senarai aktiviti percutian best dan tempat menarik di selangor yang percuma 2024 termasuk bercuti pada waktu malam termasuk yang free
Negeri Selangor termasuk di bandar besar seperti Shah Alam bukan sahaja tempat untuk anda shopping dan membeli belah sahaja, tonton filem di panggung wayang semata.
Tetapi banyak lagi yang boleh ditawarkan kepada anda jika datang bercuti dan melancong di negeri Selangor.
Daripada waktu siang sehingga ke waktu malam, ada sahaja aktiviti bersama keluarga dan pasangan di negeri Selangor.
- SEMAK SINI: Senarai tempat best dan tempat menarik di kuala lumpur
- BACA SINI >> Singapore Airlines Booking: Flight To Singapore Air Promotion 2024
Bersama-sama, ini kami kongsikan senarai tempat menarik di Selangor yang boleh anda pergi sehingga ke waktu malam
Tempat Menarik di Selangor 2024
Sedang dikemaskinikan senarai tempat best di selangor termasuk pada waktu malam tahun 2024
- BACA SINI >> Permohonan border pass online
- BACA SINI >> Tempat Menarik di Perak 2024: Percutian Best Ipoh
Tempat Menarik Daerah Sepang
Anda pernah menonton sukan bermotor Formula One? Di sinilah tempatnya jika anda merupakan peminat lumba kereta.
Namun bukan itu sahaja, tempat percutian tepi pantai yang menarik turut disediakan di Sepang iaitu Avani Sepang Gold Coast Resort.
Tempat Menarik di Sabak Bernam
Sudah lama tidak mendapatkan suasana nyaman kampung? Sabak Bernam adalah kawasan pertanian. Fokus utama masyarakat di sini adalah industri pertanian seperti kelapa sawit dan kelapa.
Mungkin anda pernah terdengar produk Bio Asli minyak kelapa dara yang sangat berkhasiat dan bermanfaat. Produk ini dihasilkan di sini.
Daerah Sabak Bernam juga popular dengan kawasan tanaman padi.
Pemandangan yang indah dan suasana aman damai juga ditawarkan oleh kebanyakan homestay di tengah-tengah sawah padi di sini. Anda juga boleh menginap di Chalet Terapung Sungai Haji Dorani.
Tempat Menarik di Gombak
Masih banyak tempat-tempat menarik di daerah Gombak ini yang harus anda terokai walaupun daerah ini terletak berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur.
Di daerah yang merupakan pintu masuk dari negeri Pahang ini, terdapat juga kawasan hutan tebal yang menjadi tumpuan peminat flora dan fauna.
Tempat Menarik di Kuala Langat
Pantai Morib adalah antara tempat menarik di Kuala Langat.
Selain itu, anda juga boleh bercuti di tempat menarik seperti Pantai Kelanang, Gold Coast Morib Resort, Pantai Tanjung Rhu, Bukit Api Jugra, Bukit Jugra, Pulau Carey, Muzium Tapak dan Balai Cerap Bukit Jugra dan banyak lagi yang boleh dijadikan tempat hiking yang menarik di Selangor.
Tempat Menarik di Hulu Langat
Disebabkan lokasi daerah Hulu Langat yang strategik yang terletak di kaki gunung Banjaran Titiwangsa, banyak tempat menarik ditawarkan di sini.
Terdapat banyak sungai dan tempat perkelahan air terjun yang cantik yang boleh didapati.
Banyak homestay yang berpatutan harganya menawarkan pakej yang sangat menarik kepada para pengunjung.
Air Terjun di Hulu Selangor
Anda ingin merasai dan menikmati kedinginan air terjun? Banyak tempat mandi dan berkelah yang menarik di selangor.
Hulu Selangor mempunyai banyak air terjun yang menarik untuk berkelah bersama keluarga dan kanak kanak anda tersayang :
- Air Terjun Semangkuk
- Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling
- Sungai Kedondong
- Sungai Inki Kalumpang
- Air Terjun Serendah
- Air Terjun Hutan Lipur Sungai Sendat
- Kolam Air Panas Kerling
- Kolam Air Panas Hulu Tamu
- Taman Millenium Kuala Kubu Baru
- Sungai Bernam Teratak Riverview
- Lata Kakau Kuala Kubu Baru
Tempat Menarik di Kuala Selangor 2024
Banyak tempat percutian menarik yang ditawarkan di Kuala Selangor.
Terdapat beberapa tempat menarik yang terkenal selalunya menjadi pilihan setiap pengunjung yang datang semasa hujung minggu ataupun musim cuti sekolah.
Antara tempat-tempat menarik di Kuala Selangor adalah seperti berikut:
- Taman Alam Kuala Selangor
- Pantai Remis Sungai Sembilang
- Eagle Feeding Pasir Penambang
- Kelip-kelip Kampung Kuantan
- Bukit Malawati Kuala Selangor
- Tempat makanan eksotik
Tempat Best di Klang
Bandar Diraja Klang merupakan sebuah bandar untuk pusat perniagaan dan pelabuhan.
Plaza GM Klang adalah tempat yang wajib dilawati sekiranya anda ingin melancong sambil berniaga, kerana di sini menyediakan lambakan barangan murah sesuai bagi mereka yang mahu memulakan perniagaan.
Antara tempat makan best di klang dan menarik adalah seperti Kambing Bakar Terima Kasih Ibu, Muara Ikan Bakar, Ikan Bakar di Klang, Warung Kita @Bukit Raja
Tempat Menarik di Daerah Petaling
Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya merupakan komponen bagi Daerah Petaling. Ibu negeri Selangor adalah Shah Alam dan merupakan pusat pentadbiran negeri. Terlalu banyak tempat menarik untuk kami senaraikan seperti Taman Botani Bukit Cerakah, Taman Tasik Shah Alam, Dataran Bunga Raya dan banyak lagi.
Manakala tempat menarik dan best yang free di Petaling Jaya, Selangor pula seperti:
- Pasar Karat Amcorp Mall
- Sunway Lagoon
- Sunway Lagoon Amusement Park
- Sunway Lagoon Water Park
- Sunway Lagoon Scream Park
- T & T Kidspark Sunway Piramid
- Ice Skating Sunway Piramid
Kami berharap dengan perkongsian senarai tempat-tempat menarik Selangor ini dapat memberi sedikit sebanyak idea dan gambaran sebelum memulakan percutian anda ke Selangor.
Cuti Cuti Selangor di Trick Art Museum I-City
Pameran di muzium ini adalah berkonsepkan seni kuno Trompe L’oeil. Fikiran pengunjung akan digoda dengan ilusi optik yang dicipta oleh penataan pintar bayang dan subjek yang melampaui bingkai gambar.
Terletak di dalam ruang pameran seluas 8,000 kaki persegi, muzium ini mempunyai lima tema seni – Mesir, Karya-karya, Kehidupan Laut, Klasik Moden dan Kerajaan Haiwan. Pengunjung yang datang cuti cuti di muzium sekitar selangor ini digalakkan untuk bersenang-senang untuk mengambil gambar dengan pameran.
- Alamat: 2-48, Jalan Plumbum 7/103, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
- Waktu Operasi: 11pagi-12tengah malam
Tempat Menarik di Selangor Yang Percuma
Tempat percutian menarik di selangor yang ramai orang tidak tahu dan murah malah ada yang free dan percuma.
- Bukit Melawati Kuala Selangor (FREE)
- Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara (FREE)
- Hutan Rekreasi Sungai Congkak (RM1 / seorang)
- Bukit Broga & Gunung Tok Wan (RM1 / seorang)
- Hutan Rekreasi Sungai Tekala (RM1/seorang bagi kanak kanak bawah 12 tahun) & RM2/seorang untuk dewasa
- Paya Indah Wetlands (FREE)
- Santuari Ikan Sungai Chiling (PERCUMA untuk kanak kanak) & dewasa hanya bayar RM1 sahaja
- Air Terjun Serendah (RM1 untuk setiap kereta yang masuk)
- Taman Eko Rimba Kanching (RM1/seorang)
- Kolam Air Panas Selayang PERCUMA)
- Hutan Lipur Gunung Nuang (RM1/seorang)
- Air Terjun Pisang (FREE)
- Sungai Lalang Hotspring Semenyih (RM2/seorang untuk dewasa) & (RM1/seorang untuk kanak kanak)
- Air Terjun Lepuh (RM1/seorang)
- Kolam Air Panas Sungai Serai (RM1/seorang)
- Bukit Jugra (Percuma)
- Sungai Kendondong (Percuma)
- Taman Rimba Templer (FREE)
- Kilang Roti Gardenia (PERCUMA)
- Air Terjun Sungai Pinang (RM1/seorang)
Boleh lihat senarai yang kami kongsikan ini majoriti adalah tempat mandi dan berkelah yang menarik di selangor sesuai family dan keluarga serta kanak-kanak anda. Cubalah datang.
Share!
Sumber: https://www.tripadvisor.com.my
Boleh share kesemua senarai tempat percutian menarik di Selangor dengan kawan2 atau ahli keluarga terdekat anda jika anda plan mahu bercuti di Selangor. Dipersilakan!