Cara Terminate Astro Potong Tamat & Tutup Akaun

Cara Nak Potong Terminate Astro melalui email untuk Tamatkan langganan dan tutup akaun dalam kontrak dengan mudah dan senang pada tahun 2024 ini berdasar pengalaman sendiri.

cara nak buat potongan terminate astro 2024

Dahulu betul Astro mendominasi slot hiburan di Malaysia. Sekarang tidak lagi. Ada banyak pilihan di luar sana. Yang percuma, ada juga pilihan berbayar yang jauh lebih baik.

Astro ini satu masalah yang kami perhatikan, kandungan program mereka acapkali berulang-ulang ditambah dengan siaran yang terganggu. Tidak banyak inovasi dan kandungan program yang berkualiti sepadan dengan harga yang ditawarkan.

Dengan kemasukan Unifi TV, netflix plan malaysia, Disney plus dan banyak lagi penyedia streaming TV di luar yang boleh disambung secara VPN, ramai pelanggan sudah mula tidak kisah untuk berpindah ke perkhidmatan yang lain.

Jadi, untuk anda yang ingin terminate astro untuk close, tutup & tamat akaun langganan astro account, kami kongsikan cara yang betul. Ini kerana berdasar pengalaman kami, masih ada mengalami masalah tetap terima bil tertunggak samada masih banyak lagi atau terlalu kecil.

1. Cara Terminate Astro 2024 Melalui Email

Tidak perlu buat temujanji, tak perlu ke kaunter, ini cara nak tamatkan, cancel dan terminate dan tutup langganan akaun astro melalui email

BACA SINI >> List Channel Astro Malaysia: List Number Upgrade & Downgrade

  1. Hantarkan terus email anda ke ke wecare@astro.com.my
  2. Pada subjek email sila tulis Penamatan Perkhidmatan ASTRO
  3. Sila beritahu kepada pihak astro apa sebenarnya tujuan emel tersebut dihantar. Contoh ayat boleh rujuk pada gambar di bawah ini
  4. Sertakan juga butiran tentang diri dan akaun Astro anda
  • Nama penuh anda
  • Nombor kad pengenalan / no ic
  • Nombor akaun Astro anda
  • Alamat lengkap
  • Nombor telefon

Pada akhir emel anda, anda boleh sertakan harapan agar permintaan close astro account dapat diproses dengan segera.

cara tutup akaun astro
  • BACA SINI: Boleh tukar ke pakej astro njoi channel boleh tonton secara percuma
  • Ada juga yang nak lakukan astro termination pasang unifi package

SUMBER: astro portal

2. Cara Tutup Akaun Astro Call Customer Service 24 hours

Untuk makluman anda jika anda mahu terminate astro dengan cepat, pantas dan mudah, anda boleh terus hubungi dan call customer service center dengan bercakap sendiri permohonan anda untuk tamat langganan, tutup astro subscription dengan operator yang bertugas pada ketika itu. Cubalah!

  1. Anda boleh telefon customer sevice di nombor untuk tujuan tutup dan terminate akaun astro anda, 03-9543-3838
  2. Dalam tempoh 24 jam sahaja akaun langganan astro akan ditamatkan. Namun, anda perlu semak astro account termination untuk kepastian. Jika masih belum (jarang berlaku), sila call operator semula untuk tindakan segera daripada mereka.

3. Ada Cara Terminate Astro Online?

Tiada kemudahan sistem untuk proses dan urusan astro termination online setakat ini.

Contoh Nombor & Semak No Akaun Astro

PERKARABUTIRANNYA
Semak no akaun astro melalui panggilan telefon astro customer service 24 hours03-9543 3838
Check Astro bill account with ic numberTaip SMS: ASTRO ACC 900202022345
dan hantar ke 666888
Ini adalah contoh nombor akaun astro (ada 10 digit)08XXXXXXXX

Berapa Caj Penalti Jika Tamat Langganan Astro & Broadband 2024

Berdasar pengalaman sendiri, cara terminate astro & Broadband sebelum tempoh tamat kontrak selama 24 bulan, anda perlu bayar caj penalti untuk tutup akaun sebanyak RM106 (termasuk cukai Kerajaan) sebulan mengikut baki bulan dalam tempoh kontrak anda.

Manakala bagi pelanggan Astro & Broadband, tamat servis perkhidmatan sebelum dari tempoh tamat kontrak (24 bulan), anda perlu bayar caj penamatan awal / termination penalty sebanyak RM53 (termasuk cukai kerajaan) sebulan mengikut baki bulan dalam tempoh kontrak anda.

Walaubagaimanapun, selepas pemberhentian perkhidmatan jalur lebar / broadband, pelanggan perlu mengikat kontrak semula dengan Astro untuk tempoh 24 bulan lagi.

NOTA: Tidak ada caj bayaran pembatalan dan cancel astro subscription jika anda telah melebihi tempoh kontrak 24 bulan untuk perkhidmatan Astro & Broadband / Jalur Lebar.

tamat langganan astro

FAQ Cara Potong Astro

1. Boleh hantar email untuk tamat langganan astro dalam Bahasa melayu?

Boleh terminate astro account guna BM. Guna bahasa Inggeris pun boleh. Salah satu. Yang penting sila gunakan bahasa yang elok dan profesional untuk unsubscribe astro.

2. Saya mahu terminate astro multiroom. Berapa caj penalti astro termination fee?

Sekiranya langganan Multiroom anda masih dalam tempoh kontrak 24 bulan, anda akan kena denda RM500 untuk set-top box manakala untuk Ultra Box anda kena denda penalti sebanyak RM1000 untuk unsubscribe astro.

3. Tempoh Kontrak Astro Berapa Tahun

Tempoh kontrak astro adalah 2 tahun bersamaan 24 bulan

4. Kenapa dan Sebab Astro Saman Pelanggan

Apa jadi kalau tak bayar astro? Astro boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggan yang melanggar syarat perjanjian kontrak langganan.

Sebab utama saman astro biasanya melibatkan tunggakan bil pelanggan yang tidak diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.

Selain itu, penyalahgunaan perkhidmatan seperti penyebaran kandungan Astro tanpa kebenaran juga menjadi sebab tindakan undang-undang.

Langkah ini penting bagi melindungi hak dan harta intelek Astro.

5. Cara Semak Kontrak Astro

Pertama, log masuk ke portal rasmi Astro menggunakan akaun berdaftar. Kemudian, pergi ke bahagian “My Account” untuk melihat tempoh kontrak dan maklumat lain. Pelanggan juga boleh menghubungi khidmat pelanggan Astro melalui talian rasmi atau aplikasi MyAstro.i.

Semoga proses untuk anda terminate Astro untuk tutup akaun dan tamat langganan dapat mengurangkan belanja bulanan anda, dan boleh cuba servis perkhdimatan lain

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia