Atome Payment: Login Check Credit Limit & Guna Installment

Bagus ke? Jom daftar dan login untuk Cara Beli barang Guna atome payment Installment & check Limit Paylater, atome register seller & merchant adalah promo free dan percuma di Malaysia

cara beli guna atome payment malaysia

Atome payment merupakan suatu platform yang menawarkan perkhidmatan pembayaran secara ansurans. Bil pembayaran akan dibahagikan kepada tiga (3) kali pembayaran.

Ia merupakan rancangan pembayaran secara ansurans masa pendek yang diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan urusniaga perniagaan sekaligus meningkatkan ekonomi negara.

Bukan itu sahaja, pengguna Atome payment boleh membuat pembelian menerusi platform ini dan membayarnya mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang faedah dan bayaran perkhidmatan.

Pembayaran pertama akan ditolak daripada akaun pelanggan pada hari pembelian dilakukan dan pembayaran seterusnya adalah dalam tempoh 30 hari seterusnya.

Cara Beli Barang Guna Atome Payment Malaysia

Penggunaan platform ini boleh digunakan untuk beli barang secara atas talian dan di kedai-kedai fizikal yang menawarkan perkhidmatan atome ini.

BACA SINI >> gaji degree di malaysia

  • Bagi penggunaan Atome untuk pembelian secara atas talian, pengguna perlu memilih kaedah pembayaran menerusi aplikasi Atome ketika ingin membuat pembayaran barangan yang dibeli.
  • Kaedah pembayaran ini akan dipaparkan di dalam laman sesawang rasmi peniaga yang berdaftar dengan syarikat Atome ini.
  • Kemudian, pengguna yang memilih pembayaran secara ansurans menerusi aplikasi Atome akan dilinkkan ke aplikasi Atome untuk membuat bayaran.
  • Jadual pembayaran akan dipaparkan mengikut bulan yang telah ditetapkan daripada tarikh pembelian.
  • Ansurans pertama akan ditolak daripada akaun bank pengguna dan seterusnya pada bulan-bulan yang ditetapkan seperti mana bil pembelian pengguna.

BACA SINI >> kad kredit cimb

portal register atome login dengan email

BACA SINI >> Tarikh Cabutan Al Awfar 2024: Semakan Nama Pemenang

Cara Register & Daftar Atome Paylater

Individu yang ingin menggunakan perkhidmatan Atome payment, pendaftaran akaun Atome mestilah dilakukan terlebih dahulu bagi memudahkan transaksi pembelian.

Berikut merupakan cara untuk daftar dan register atome malaysia ;

  • Muat turun aplikasi Atome menerusi telefon pintar pengguna menerusi laman sesawang https://www.atome.my seperti pada Rajah di bawah ini
  • Buka aplikasi tersebut dan klik pada butang “Daftar/ Register”.
  • Masukkan nombor telefon bimbit pengguna dan klik pada butang “Next”.
  • Kod pengesahan akan dihantar kepada pengguna menerusi nombor telefon yang telah didaftarkan dan masukkan kod tersebut pada ruangan yang disediakan.
  • Halaman menu utama akan dipaparkan kepada pengguna.
  • Klik pada bahagian “Pay”.
  • Pengesahan pengguna perlu dibuat dengan mengisi maklumat peribadi pengguna dengan lengkap dan betul.
  • Kemudian, masukkan informasi kad debit/ kad kredit pengguna untuk melengkapkan pendaftaran.
  • Akhir sekali, register atome malaysia berjaya didaftarkan.
atome merchant fee requirements login malaysia

Untuk kos harga daftar dan register atome merchant malaysia ada dikongsikan di bawah ini. Teruskan membaca..

Cara Login Atome Malaysia Dengan Email

BACA SINI >> Pengeluaran Kwsp 2024 Terkini Akaun 1, 2, 3 Untuk Peribadi

Pengguna Atome yang berjaya membuat pendaftaran akaun boleh mula log masuk ke akaun Atome login mereka pada bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian secara ansurans.

Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun Atome login;

  • Klik pada aplikasi Atome.
  • Masukkan nombor telefon pengguna.
  • Pergi pada butang “Next”.
  • Kod pengesahan akan dihantar kepada pengguna dan masukkan kod tersebut pada ruangan yang disediakan.
  • Klik pada butang “Log Masuk”.
  • Akhir sekali, halaman utama Atome akan dipaparkan selepas anda berjaya akses portal atome malaysia login.

Syarat Guna Atome Online

BACA SINI >> kod bayaran lhdn

Individu yang memenuhi syarat kelayakan sahaja yang layak untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi ini.

Syarat kelayakan ini mestilah dipenuhi untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan identity.

Berikut merupakan syarat penggunaan aplikasi Atome;

  • Anda merupakan warganegara Malaysia.
  • Pengguna mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Nombor telefon pengguna yang didaftarkan mestilah aktif.
  • Kad debit / kredit kad yang digunakan oleh pengguna mestilah kad bank yang dikeluarkan oleh institusi kewangan.

Cara Semak Limit Atome Debit Card & Credit Card

BACA SINI >> cara kira interest loan kereta

Terdapat had kredit yang telah ditetapkan oleh pihak Atome kepada pengguna.

Ianya bertujuan untuk memastikan pengguna boleh membuat pembayaran bulanan serta mengelakkan berlakunya tunggakkan atau gagal bayar.

Berikut merupakan had kredit yang telah ditetapkan;

KAD DEBITKAD KREDIT
RM1500RM5000

Walaubagaimanapun, had kredit ini boleh meningkat mengikut rekod pembayaran pengguna yang baik.

Oleh itu, had kredit bagi pengguna Atome adalah berbeza antara satu sama lain.

Kenapa Pembayaran Atome Gagal

Notifikasi seperti yang tertera di bawah ini akan dipaparkan kepada pengguna jika pembayaran menggunakan aplikasi Atome adalah gagal.

Contoh kenapa pembayaran atome gagal adalah seperti di bawah ini:

“we are unable to process your payment”

Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti berikut;

  • Pengguna telah membuat pembelian melebihi had kredit yang telah ditetapkan.
  • Terdapat tunggakan pada pembelian sebelum ini sehingga menyebabkan masalah atome debit card declined
  • Membelanja melebihi had kredit kad bank pengguna.
  • Sistem Atome telah mengesan risiko pembayaran pada akaun bank pengguna.

Kenapa Atome Account Kena Blocked

Individu pengguna yang tidak bertanggungjawab dalam menguruskan akaun Atome, akaun mereka berpontensi untuk disekat.

Akaun Atome pengguna boleh disekat atas alasan pengguna mempunyai masalah untuk membuat pengesahan identiti.

Maklumat yang didaftarkan adalah palsu menyebabkan identiti pengguna tidak boleh disahkan.

Oleh itu, akaun Atome akan disekat untuk mencegah berlakunya penyalahgunaan identiti.

Akaun pengguna Atome juga boleh disekat disebabkan oleh bayaran tertunggak pada pembelian pengguna pada bulan-bulan sebelumnya.

kenapa pembayaran atome gagal blocked

Tunggakan pada tempoh yang lama disebabkan kegagalan untuk membuat bayaran ansurans menjadikan ianya disekat. Tuntasnya, pembayaran ini mestilah dilakukan mengikut jadual bil yang ditetapkan.

Akhir sekali, akaun Atome yang disekat juga adalah disebabkan oleh berlakunya aktiviti penipuan di platform Atome.

Penipuan ini adalah merupakan antara salah satu perbuatan penyalahgunaan akaun Atome yang tidak wajar dilakukan.

Cara Beli Iphone Installment Guna Atome Malaysia

Tahukah anda sekarang anda sudah ada cara beli iphone secara ansuran di switch ataupun di machines.

Rakan kongsi Switch dan Machines, kedua-duanya berdaftar dengan syarikat Atome. Kedua-duanya menawarkan machines installment plan debit card ataupun switch installment plan debit card

Pengalaman beli iphone di switch sangat memudahkan dengan ada kemudahan payment menggunakan atome ini.

Pengguna boleh membuat beli iphone switch dan machines installment without credit card malaysia menerusi aplikasi Atome.

Berikut merupakan cara cara beli iphone ansuran di switch melalui installment without credit card malaysia dengan menggunakan aplikasi Atome;

  • Pengguna boleh beli Iphone ini secaraonline atau di kedai fizikal Switch atau Machines.
  • Pada bahagian pembayaran, pilih kaedah pembayaran Atome atau scan QR Code yang terdapat pada kedai fizikal.
  • Paparan bil mengikut ansurans bulanan akan dipaparkan untuk tujuan pembayaran sepertimana tarikh yang ditetapkan.
  • Klik pada butang “Pay” untuk membuat bayaran ansurans pertama.
  • Wang akan ditolak menerusi akaun bank pengguna mengikut nilai ansurans bulanan.
  • Akhir sekali, pembelian dengan atome iphone installment berjaya dilakukan.

Berapa Harga Fee Untuk Register Atome Merchant

How to apply atome merchant? Berapa atome merchant fee?

Hampir lebih 2,000 atome untuk peniaga / merchant yang menjadi rakan kongsi syarikat pembayaran ini. Semakin ramai yang kami perhatikan yang register sebagai seller atome.

Adakah bagus atome untuk peniaga? Sudah semestinya.

Ianya bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Atome sebagai salah satu kaedah pembayaran bagi perniagaan mereka.

cara beli guna payment atome merchant fee

Bukan itu sahaja, ianya bertujuan untuk meningkatkan jualan mereka dari semasa ke semasa.

Peniaga yang register dan daftar atome online store untuk menjadi rakan kongsi syarikat ini, mereka tidak akan dikenakan apa-apa kos pendaftaran atome register seller / merchant.

Walaubagaimanapun, pihak Atome hanya mengenakan bayaran kadar diskaun pedagang (MDR) bagi setiap transaksi pembelian pengguna.

Jadual untuk atome register seller adalah free dan percuma. Atome merchant requirements yang ditetapkan pun snagat mudah untuk anda follow.

Kelebihan Atome Bagus ke

Ramai yang tanya atome bagus ke untuk digunakan sebagai salah satu kaedah pembayaran?

Jika anda semak dan check deretan atome malaysia review yang ada, banyak kelebihan yang boleh diperolehi oleh pengguna apabila menggunakan aplikasi Atome. Yang guna pun ramai yang berpuati hati.

Berdasar pengalaman kami sendiri guna atome untuk beli barang, antara kelebihannya ialah pengguna boleh membuat pembayaran ansurans sekaligus dapat mengurangkan beban kewangan pengguna apabila membuat pembelian.

Bukan itu sahaja, segala transaksi urusniaga dapat dijalankan dengan mudah. Pengguna hanya perlu membayar ansurans pertama terlebih dahulu dan menerima barangan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran seterusnya.

Hal ini dapat meningkatkan kuasa membeli pengguna sekaligus meningkatkan ekonomi negara.

Dengan menggunakan Atome juga, pengguna tidak dikenakan apa-apa kadar faedah dan caj perkhidmatan. Ini bermaksud pengguna hanya membayar barangan belian mereka tanpa sebarang caj tambahan.

Keburukan Atome Malaysia

Aplikasi Atome payment bukan hanya memberi manfaat kepada pengguna, ianya juga boleh memberi impak negatif kepada pengguna.

  • Pengguna yang gagal menguruskan kewangan mereka bakal memberi kesan kepada akaun Atome mereka.
  • Bukan itu sahaja, akaun pengguna bakal digantung atau disekat. Oleh itu, pengguna mestilah bijak dalam menguruskan kewangan mereka dengan baik.
  • Keburukan Atome ini adalah apabila pengguna gagal membuat bayaran ansurans dan caj pentadbir dikenakan.
  • Hal ini akan meningkatkan beban hutang yang ditanggung oleh pengguna. Ianya juga boleh menjejaskan kewangan pengguna jika ianya tidak diuruskan dengan baik.

Kesan Lambat Bayar Atome

Pembayaran Atome yang berasaskan ansurans mestilah dibayar mengikut jadual bil yang telah ditetapkan. Namun, jika pengguna Atome gagal untuk membuat bayaran mengikut yang telah ditetapkan, tunggakan bayaran akan berlaku.

Setiap tunggakan yang dilakukan oleh pengguna, caj pentadbir akan dikenakan sebanyak RM30 pada setiap bayaran yang tertunda.

Caj pentadbir disebabkan oleh kegagalan membayar tunggakan akan meningkat sehingga maksimum RM60 bagi setiap pesanan.

Jika pengguna masih gagal membuat bayaran tunggakan dalam tempoh yang terlalu lama, akaun Atome pengguna berkemungkinan akan dibekukan sehingga segala tunggakan dapat diselesaikan.

Bukan itu sahaja, akaun Atome pengguna juga berkemungkinan untuk disekat.

Atome 12 Months Installment / Atome 6 Months Instatmant Malaysia

Aplikasi Atome ini hanya menawarkan ansurans sebanyak tiga (3) bulan sahaja.

Ia juga menawarkan ansurans selama enam (6) atau dua belas (12) bulan. Ianya kerana aplikasi ini merupakan platform pembayaran ansurans jangka masa pendek.

Walaubagaimanapun, pelan ansurans selama enam (6) dan dua belas (12) bulan hanya ditawarkan pada urusniaga tertentu sahaja.

  • Aplikasi ini tidak menawarkan ansurans selama enam (6) atau dua belas (12) bulan. Ianya kerana aplikasi ini merupakan platform pembayaran ansurans jangka masa pendek.
  • Pelan ansurans selama enam (6) dan dua belas (12) bulan hanya ditawarkan pada urusniaga tertentu sahaja.

Cara Dapatkan Atome Promo Code

Atome ini juga menawarkan kod promo yang menarik untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan aplikasi ini.

  • Kesemua kod promo ini boleh didapati di dalam platform Atome di bahagian “Voucher”. Antaranya ialah atome promo code shein, atome promo code bjak, atome promo code switch, atome promo code zalora, atome first time user rm15, atome promo code charles and keith, atome promo code singapore, atome promo code malaysia new user dan banyak lagi.
  • Voucher yang disediakan boleh digunakan apabila pengguna melakukan transaksi pembelian.
  • Walaubagaimanapun, ianya tertakluk pada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
cara dapatkan diskaun atome promo code 2023

Cara Contact Atome Customer Service Malaysia

Pengguna yang mempunyai masalah dengan aplikasi Atome ini boleh menghubungi atome customer service Malaysia di alamat emel support@atome.my.

no telefon atome customer service

Atome customer service ini akan menjawab segala permasalahan pengguna dalam masa 24 jam.

Hal ini dapat memudahkan pengguna untuk menyelesaikan masalah mereka jika terdapat masalah pada akaun Atome mereka melalui kemudahan atome customer service.

NOTA: Kepada yang ragu-ragu adakah atome patuh syariah, ya jawapannya atome patuh syariah. Jadi usah was-was lagi.

Pengalaman menggunakan atome sangat memudahkan urusan pembelian. Salah satu cara baru untuk berbelanja sekarang dengan kemudahan atome payment paylater.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia