Cara Badal Haji 2024 & Syarat Hukum Upah Untuk Siapa samada orang yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia
BACA SINI >> Daftar Haji: Buat Semakan Pendaftaran & Pakej Harga Kos Haji
Ia juga dikenali dengan upah haji bagi pihak individu lain dengan syarat-syarat yang telah dibenarkan oleh agama Islam.
BACA SINI >> Rayuan Haji 2024: Semakan Tarikh Surat Tawaran Panggilan
Kaedah ini hanya dibenarkan dilakukan bagi menggantikan pihak tertentu seperti bagi pihak individu yang telah meninggal dunia atau individu yang berada dalam keadaan terlalu uzur untuk melakukan ibadah haji.
Cara Badal Haji 2024
Berikut merupakan cara untuk melakukan badal haj yang sah;
BACA SINI >> akaun tabung haji
- Pengupah atau individu yang wakil melakukannya wajib meminta izin individu yang ingin dibuatkan badal untuknya (jika masih hidup).
- Kemudian, membayar kos pembelanjaan badal kepada pengupah.
- Individu yang diupah hendaklah berniat menunaikan badal haji untuk si mati (meninggal dunia) atau individu yang mengupah disebabkan keuzuran yang dialaminya.
- Individu yang bertanggungjawab melaksanakan badal, perlu bermiqat dari miqat pihak yang diwakilkan ataupun si mati.
- Pelaksanaan cara badal wajib menjaga rukun ibadah haji daripada terbatal.
Syarat Badal Haji
Beberapa syarat wajib yang perlu dipenuhi oleh waris yang ingin melakukan haji badal ini. Hal ini penting untuk memastikan badal yang dilakukan sah disisi agama dan diterima amal ibadahnya oleh Allah SWT. Berikut merupakan syarat-syarat badal;
BACA SINI >> cara keluarkan duit tabung haji
- Al-Ihjaj iaitu waris melakukan ibadah badal bagi pihak individu yang uzur atau telah meninggal dunia.
- Badal ini ditunaikan oleh individua tau waris yang telah melakukan ibadah ini untuk dirinya sendiri sebelum ini.
- Mendapat keizinan daripada individu yang diwakilkan jika masih hidup dan jika meninggal dunia, maka badal ini mestilah dipersetujui oleh waris.
- Kos perbelanjaan badal ini ditanggung oleh harta individu yang ingin dilakukan badal ke atasnya.
- Berlakunya ijab dan qabul atau persetujuan antara dua (2) pihak.
Badal Haji Untuk Siapa
Badal ini dikhususkan oleh individu yang tidak mampu untuk melakukan ibadah disebabkan oleh keuzuran dan kematian.
Keuzuran tersebut mestilah keuzuran yang disifatkan sebagai tiada harapan untuk sembuh.
Sebagai contoh, keuzuran disebabkan sakit tua.
Hukum Badal Haji
Mengikut jumhur ulama’, hukum badal adalah HARUS mengikut syarak.
Dengan kata lain, ianya harus dilakukan jika ingin melakukannya dan ianya juga tidak mengapa jika tidak ingin dilakukannya.
Hukum ini akan jatuh haram jika ianya dilakukan ke atas individu yang mampu untuk melakukan ibadah ini secara kewangan, rohani dan jasmani.
Boleh Badal Haji Untuk Orang Yang Masih Hidup
Badal ini boleh dilakukan bagi pihak individu yang masih hidup, akan tetapi individu yang masih hidup mestilah individu yang uzur disebabkan oleh faktor kesihatan seperti sakit tua yang menyebabkan beliau tidak mampu menunaikan ibadah secara fizikal serta tidak mempunyai harapan untuk sembuh.
Ibadah ini akan menjadi tidak sah jika dilakukan bagi pihak individu yang mampu untuk melakukannya dengan sendiri.
Senarai Pakej Harga Badal Haji
Boleh semak di sini, antara contoh kos dan pakej harga upah haji samada untuk untuk orang meninggal ataupun untuk orang yang masih hidup seperti di bawah ini:
1. Badal Haj dengan Andalusia
Pakej badal yang ditawarkan oleh syarikat Andalusia Travel & Tours adalah RM2,500 seorang.
Pakej tersebut termasuklah mengerjakan ibadah haji dan individu yang mengupah akan menerima sejadah, tasbih, air zam-zam dan sijil badal.
Pihak pakej badal Andalusia akan menguruskan ibadah ini dengan mengupah individu yang layak mengikut syarak.
- Pendaftaran badal haji 2024 ini boleh dilakukan menerusi laman sesawang umrahziarah
2. Badal Tabung Haji TH Travel
Ibadah badal oleh Tabung Haji kini diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi Tabung Haji Berhad. Harga pakej bagi urusan melakukan badal ialah RM3500 seorang.
Cenderahati iaitu Sijil Upah Haj dan Umrah, sejadah yang berkualiti tinggi, air zam zam 10Liter dan kurma ajwa 1 kg akan diberikan kepada pewaris atau individu yang pengupah badal ini.
Ibadah ini akan diuruskan oleh individu yang berpengalaman dalam ibadah haji ini.
3. Badal Haj Dengan Bank Islam
Bank Islam dengan kerjasama Tabung Haji menguruskan pakej badal ini.
Individu yang berminat untuk melakukannya di bawah pengurusan Bank Islam Malaysia hendaklah berurusan secara terus dengan Tabung Haji.
Pakej yang ditawarkan adalah sama seperti yang ditawarkan oleh Tabung Haji.
4. Badal Haji dengan Bank Muamalat
Pakej badal yang disediakan oleh Bank Mualamat adalah bermula dengan harga pakej sebanyak RM1900 sehingga RM2500 seorang.
Menerusi pakej ini, ia akan dilaksanakan oleh individu yang arif tentang ibadah haji ini beserta tahlil arwah (bagi si mati), khatam al-quran sepanjang ibadah haji, wakaf al-quran beserta badal umrah.
Sijil akan diberikan kepada individu yang mengupah setelah ibadah selesai.