Cara isi untuk tukar nama tanah dengan Borang 14A: Surat dan Kos Pindah hak Milik Tanah kasih sayang di pejabat tanah bagi prosedur pertukaran maklumat geran tanah tahun 2024
Borang 14A ialah surat cara pindah milik atau lebih dikenali dengan “Memorandum of Transfer (MOT)” merupakan dokumen perjanjian pertama yang perlu ditandatangani oleh penama hartanah lama dan baru bagi tujuan pertukaran hak milik atau penjualan hartanah tersebut.
BACA SINI >> Berapa kos bina rumah sendiri
Borang 14A ini perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak sebagai bukti berlakunya proses pertukaran hakmilik dan nama pemilik hartanah tersebut akan dipaparkan pada geran hartanah.
BACA SINI >> Semakan cukai tanah melalui kad pengenalan
Cara Pindah Milik Tanah Dengan Peguam
Setiap pertukaran hak milik hartanah boleh dilakukan melalui peguam dan tanpa peguam.
- BACA SINI >> erumah Penang: Rumah Mampu Milik Pulau Pinang
- BACA SINI >> deko ruang tamu
- BACA SINI >> harga getah sekilo hari ini
Borang 14a pindah milik boleh dapatkan terus di pejabat tanah KL Putrajaya Johor Negeri Sembilan Melaka Pulau Pinang Penang Pahang Kedah Perak Kelantan selangor Kuala Lumpur Terengganu Perlis pahang Sabah Sarawak ini.
Proses pertukaran hak milik tanah yang melibatkan peguam akan dikenakan kos lantikan dan pengurusan peguam.
Berikut prosedur, langkah dan cara untuk pindah milik tanah melalui peguam melalui borang 14a samada di selangor pahang Kuala Lumpur KL Putrajaya Johor Negeri Sembilan Sabah Sarawak Kedah Perak Kelantan Terengganu Perlis Melaka Pahang dan Pulau Pinang Penang;
- Pemindah hartanah boleh melantik mana-mana peguam yang layak untuk mewakili dan menguruskan proses pemindahan dan tukar hak milik tanah ini.
- Peguam akan menguruskan dan mengumpulkan dokumen-dokumen seperti Perjanjian Jual Beli antara penjual dan pembeli, SPA asal hartanah, Borang 14A tukar hak milik tanah, resit bayaran cukai tanah bagi tahun semasa, resit bayaran cukai pintu terkini dan geran tanah asal.
- Pihak-pihak yang terlibat perlu menandatangani dokumen yang tersebut dengan penyaksian peguam yang dilantik.
- Penjual dan pembeli mestilah menyediakan butiran-butiran peribadi mereka seperti salinan kad pengenalan dan passport (jika ada) kepada pihak peguam bagi proses pindah milik ini.
- Peguam perlu membuat carian hartanah di pejabat tanah bagi mendapatkan butiran hartanah yang ingin dipindah milik.
- Penjual tanah perlu membayar cukai tanah kepada pihak LHDN ke atas keuntungan yang diperoleh daripada penjualan hartanah tersebut.
- Proses rundingan harga penjualan hartanah dijalankan bagi mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak.
- Akhir sekali, nama pemilik baru didaftarkan borang 14a ke Pejabat Tanah Negeri Melaka Pahang selangor pahang Sabah Sarawak Pulau Pinang Penang Kuala Lumpur KL Putrajaya Johor Negeri Sembilan Kedah Perak Kelantan Terengganu Perlis untuk pertukaran hak milik hartanah.
Cara Pindah Milik Geran Tanah Dengan Buat Sendiri
Pemilik hartanah yang ingin pindah milik hartanah mereka kepada pihak lain boleh melakukan proses pindah milik tersebut tanpa melibatkan peguam.
Proses ini sekali gus dapat menjimatkan kos.
Namun begitu, pemindahan hartanah ini hanya tertakluk kepada hartanah lot kecil atau tidak melibatkan pinjaman bank.
Berikut merupakan langkah-langkah dan cara untuk pindah milik hartanah tanpa melakukan lantikan mana-mana peguam termasuk prosedur pindah milik tanah kasih sayang;
- Penjual (pemindah) dan pembeli (penerima pindahan) hartanah tersebut setuju untuk melakukan pindah milik hartanah tersebut.
- Borang 14 A perlu diisi dengan lengkap yang boleh didapati menerusi pautan ptgps dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang disaksikan oleh pentadbir tanah.
- Bayar setem duti di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi penjanjian yang telah ditandatangani.
- Kemudian, pemilik/ pemindah hartanah perlu menyelesaikan cukai tanah dan cukai pintu serta bil-bil yang berkaitan dengan hartanah yang tertunggak.
- Pemindah dan penerima pindahan perlu hadir ke pejabat tanah dan membayar fi bagi pindah milik hartanah tersebut.
- Akhir sekali, geran hartanah yang baru akan dikeluarkan dan penerima pindahan boleh hadir ke pejabat tanah untuk mendapatkan geran tersebut.
Cara Isi Borang 14A Pindah Milik di Pejabat Tanah
Borang 14A merupakan dokumen yang paling penting yang perlu ditandatangani sebagai bukti berlakunya pemindahan tanah daripada penjual (pemilik lama) kepada pembeli tanah (pemilik baru).
Berikut merupakan cara cara untuk mengisi Borang 14A (surat cara hak milik) dengan betul;
- Mukasurat Pertama – butiran peribadi penjual hartanah seperti nama penjual, nombor kad pengenalan, alamat dan harga jualan yang dipersetujui mestilah diisi dengan betul pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, ianya mestilah ditandatangani oleh penjual hartanah sebagai tanda setuju untuk melakukan pindah hak milik tersebut.
- Mukasurat Kedua – peguam yang dilantik perlu menandatangani sebagai saksi terhadap pemindahan hartanah yang dilakukan oleh penjual hartanah adalah sah.
- Butiran peribadi pembeli hartanah mestilah diisi dengan lengkap dan ditandatangan oleh penerima pindahan.
- Mukasurat Ketiga – Penjual dan pembeli hartanah mestilah menandatangani Borang 14 A ini sebagai tanda setuju untuk pindah hak milik hartanah untuk geran rumah / geran tanah tersebut yang disaksikan oleh peguam atau pentadbir tanah (bagi tanah hakmilik rizab Melayu).
- Mukasurat Keempat – Butiran maklumat hartanah tersebut perlu diisi dengan betul seperti mukim, nombor lot tanah dan nombor hak milik tanah tersebut.
Borang 14A pindah milik yang berjaya diisi dengan lengkap dan betul dan mestilah disetem duti di pejabat LHDN bagi menunjukkan penjanjian tersebut dilakukan secara sah mengikut undang-undang.
Berapa Kos Duti Setem Pindah Milik Tanah
Setiap perjanjian yang dilakukan bagi tujuan pindah hak milik mestilah disetem duti bagi mengesahkan perjanjian tersebut di sisi undang-undang. Ianya tertakluk di bawah Akta Duti Setem 1949.
Perjanjian pertukaran hak milik tanah yang diduti setem akan dikenakan bayaran oleh pihak LHDN dan pejabat tanah berdasarkan taksiran tanah yang dipindah milik.
Berikut merupakan bayaran duti setem bagi tujuan pindah milik hartanah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri;
Manakala, berikut merupakan bayaran duti setem yang dikenakan bagi tujuan pindah milik hartanah oleh Pejabat Tanah Negeri;
- Untuk nilai sehingga RM100,000 dikenakan 1 peratus daripada nilai tanah
- Untuk nilai RM100,001 – RM500,000 dikenakan 2 peratus daripada baki tersebut
- Melebihi RM500,000 dikenakan 3 peratus daripada baki tersebut
Segala kos tukar nama geran tanah yang dinyatakan seperti di atas tertakluk kepada semua negara termasuk Pejabat Tanah KL Putrajaya Pulau Pinang Penang Johor Negeri Sembilan Melaka Pahang Kedah Perak Kelantan selangor pahang Sabah Sarawak Kuala Lumpur Terengganu Perlis
Tempoh Terima Notis Taksiran LHDN Untuk Tukar Nama Geran Rumah
Penerimaan notis taksiran daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas menghantar dokumen 14A adalah dalam tempoh 14 hari daripada tarikh setem duti secara atas talian menerusi portal stamps hasil seperti pada Rajah di bawah ini.
Berapa Lama Proses Dapat Geran Tanah Selepas Bayaran Cukai
Kepada yang bertanya berapa lama proses tukar nama geran rumah di pejabat tanah, ini jawapannya. Setelah selesai membuat pembayaran cukai 0.1% kepada pejabat tanah, pindah milik hartanah akan diproses 3 sehingga 7 hari.
Resit pembayaran dan Penyata Perserahan perlu diserahkan kepada pegawai pejabat tanah bagi memproses pindah milik geran rumah ini.
Geran tanah / geran rumah yang baharu akan dikeluarkan kepada pemilik baru setelah proses pindah milik hartanah ini selesai.
Pengecualian Duti Setem LHDN Untuk Pindah Milik Kasih Sayang 2024
Pengecualian bayaran duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah melalui borang 14a kasih sayang diberikan menerusi Program Pemilikan Rumah (Home Ownership Programme – HOPE).
Pindah milik borang 14a hartanah kasih sayang ini melibatkan tukar nama tanah ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu akan dikecualikan bayaran duti setem pindahmilik 2024 secara penuh terhad kepada nilaian hartanah RM1,000,000 pertama bagi nilai keseluruhan hartanah.
Pengiraan duti setem pindah milik kasih sayang, mudah sahaja. Segalanya adalah FREE dan percuma. Cuma bayaran RM untuk yuran proses sahaja.
Pastikan anda mematuhi syarat pindah milik dan tukar nama geran tanah melalui borang 14a kasih sayang yang telah dimaklumkan seperti di atas ini.
Contoh Pengiraan Duit Setem Pindah Milik 2024
Berikut merupakan contoh pengiraan duti setem pindah milik bagi tahun 2024;
Harga hartanah untuk situasi pemberian kasih sayang tanah: RM300 ribu
Cara pengiraan duti setem pindahmilik kasih sayang 2024 untuk tukar nama tanah;
- RM100 ribu X 1% = RM1 ribu
- RM200 ribu X 2% = RM4 ribu
- Jumlah duti setem = RM5 ribu
NOTA: Kepada yang belum, tukar nama geran tanah kepada anak amsing-masing. Sila berbuat sekarang, sementara kerajaan mahu berikan kos percuma dan free kepada anda sekarang. Jangan terlambat, sebelum arahan ini DITARIKBALIK BALIK!